Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, May 24, 2011

Jika diberi peluang kedua

Gambar dari Yaya. Thanks Yaya :)

Semasa aku mengandungkan Raina dulu, aku tak begitu mengambil berat tentang ilmu penyusuan ibu terhadap si kecil. Dulu aku selalu berfikir bila anak yang dikandung selamat dilahirkan maka ketika itu air susu akan keluar secara natural dengan begitu mudah. Selalu terfikir yang air susu itu akan keluar mencurah-curah apabila selesai sahaja proses melahirkan anak. Jahilnya aku dulu kan?

Aku tak terfikir langsung nak beli peralatan mengepam dan peralatan yang berkaitan. Aku memang tak ambil pusing semua tu. Bila jenguk blog rakan-rakan seangkatan dengan aku semasa aku mengandungkan Raina dulu, kebanyakan masing-masing sibuk nak beli itu ini yang berkaitan dengan penyusuan ibu. Tapi aku tak ada hati langsung nak beli semua tu.

Sampailah tiba masanya aku selamat melahirkan Raina. Aku masih ingat lagi, aku melahirkan Raina pada sebelah malam dalam pukul 9.59 malam. Jadi pada sebelah malam aku di tahan di wad itu, aku selamber saja baring di katil sendiri dan termangu-mangu di situ bertemankan Raina. Aku tengok Raina elok saja tidur jadi aku biarkan saja. Lagipun aku masih blur tak tahu nak buat apa. Maklumlah baru 2,3 jam bergelar mama. Mana aku tahu nak uruskan anak macam mana kan? Jadi aku biarkan saja Raina tidur.

Masa tu aku lupa Saiful pergi mana. Oh ye, aku rasa Saiful pergi cari makanan. Sebab aku mengadu kat Saiful yang aku lapar. Memang patut lapar pun sebab bertarung nyawa, berhempas-pulas meneran bagai nak rak keluarkan Raina. Hehe. Gaya macam baby tu besar saja kan? Padahal 2.37kg je. Doctor dan nurse yang sambut kelahiran Raina pun cakap kat aku :

Keciknya baby puan. Ingatkan besar tadi’
(Macam perli aku pun ada sebab tengok aku meneran bagai nak rak tak keluar-keluar kot. Haha)

Sampailah satu tahap Raina dah mula merengek malam tu. Aku dah gelabah ayam ok. Berpeluh juga aku nak handle. Dalam hati :

‘Kenapa time nie kau nak menangis wahai anak?

Sampailah datang seorang nurse ke katil aku.

Nurse : Puan, tak bagi susu badan?
Aku : (Masih dalam keadaan blur termangu-mangu terus selak baju nak bagi Raina susu badan)
Nurse : Bukan macam tu Puan (Sambil ajar aku macam mana nak bagi baby menyusu badan)
Aku : Oh macam nie ye? (Padahal masa tu aku masih blur lagi)

Kalau korang nak tahu air susu aku tak keluar pun pada malam aku melahirkan Raina tu. Puas aku urut-urut dan tekan-tekan tapi tetap tidak keluar. Masa tu rasa macam nak menangis. Sebenarnya aku dah amalkan mengurut bahagian tertentu itu semasa kandungan aku 8 bulan kot. Tapi mungkin bahagian puting aku itu tersumbat sebab itu air susu tak keluar-keluar. Masa tu aku kasihan sungguh dengan Raina. Terkulat-kulat mulut dia nak susu tapi air susu tak keluar pun.

Keesokkannya ibu aku datang melawat, terus aku mengadu dengan ibu aku. Puas ibu aku ajar dan tolong tengokkan tapi air susu aku tetap tak keluar. Saiful dah siap sedia beli satu kotak susu tepung Anmum untuk persediaan awal. Tapi mana boleh bagi susu formula kat hospital. Sebab setiap masa doctor dan nurse datang buat pemeriksaan. So dalam diam ibu aku tak sampai hati tengok mulut Raina terkulat-kulat mahukan susu, ibu aku senyap-senyap bagi Raina air masak. Laju je Raina minum. Kasihan anak aku. Lapar rupa-rupanya. Patutlah menangis je.

Alhamdulilah aku duduk kat wad satu malam je. Jadi lega hati kat situ. Balik rumah, aku cuba bagai nak rak bagi Raina susu badan. Tapi tetap tak berjaya. Sampailah mak bidan datang nak urut aku. Bila mak bidan tu check rupa-rupanya memang betul bahagian puting aku tersumbat. Macam mana nak keluar air susu kan? Sakit gila kena urut. Hampir seminggu jugalah baru air susu aku boleh keluar. Jadi Raina dari sejak kecil sudah merasa minum susu tepung disebabkan air susu aku lambat keluar. Sedihkan?

Tapi sebenarnya timbul lagi satu masalah. Masa nie aku rasa macam dah berputus asa. Air susu aku taklah banyak mana. Mak bidan yang urut aku pun cakap air susu badan aku memang tak banyak. Percaya atau tidak, aku tak pernah rasa bengkak susu. Jadi apabila Raina minum direct ke badan aku dia selalunya seperti rasa tak puas. Selalu saja menangis.

Jadi, jalan penyelesaian aku adalah aku perah kemudian masuk ke dalam botol. Aku lihat Raina lebih suka cara begini. Tapi sesekali aku akan paksa Raina minum direct ke badan aku juga. Tapi akhir cerita dia mesti menangis tak puas. Jadi terpaksa juga aku pam siap-siap semasa Raina tidur ke atau selepas Raina dah kenyang menyusu ke. Memang aku akan pam setiap hari. Tapi aku pam manual je.

Ada pernah beli peralatan pam. Tapi beli yang murah je. Aku lupa apa jenama pam tersebut. Tapi aku rasa macam menyakitkan saja. Jadi aku terus tak mahu pakai pam tersebut. Aku lebih selesai pam manual. Alhamdulilah bolehlah dapat 3-4 ouz sekali pam. Memang tak banyak mana pun. Tapi aku tetap bersyukur.

Sampai satu tahap, masa tu usia Raina hampir dua bulan kot, ketika aku mahu pam manual seperti biasa, air susu aku kering tak keluar langsung. Menangis meraung-raung aku ketika itu. Tak boleh aku bayangkan anak aku baru saja mahu mencecah usia dua bulan tapi air susu aku sudah kering.

Bila dikaji puncanya baru aku tahu, yang aku tak pam ikut masa yang betul. Ikut mood aku saja. Kalau rasa nak pam aku pam. Bila aku malas memang aku tak pam. Pastu dalam masa yang sama Raina tak mahu menyusu direct kat badan aku w/pun dipaksa. Raina minum susu guna botol. Akhirnya kering macam tu saja. Aku dah buat macam-macam cara tapi air susu tetap tak keluar. Nak menangis pun tak berguna. Jadi bermulalah episod Raina minum susu tepung sepenuhnya ketika aku masih cuti berpantang. Aku rasa Raina cuma dapat susu badan hampir dua bulan saja.

Tapi ibu aku selalu pujuk aku. Ibu aku cakap aku kena bersyukur sebab Raina dapat juga merasa susu badan aku. Ada sesetengah baby langsung tak merasa susu badan. Jadi aku sedikit lega bila ibu aku pujuk aku macam tu.

Apabila Raina makin membesar, dan aku melihat kawan-kawan yang lain gigih memberi susu badan kepada anak mereka, aku jadi cemburu. Perasaan ini tiba-tiba saja datang. Terus-terang aku menyesal sebab tak mendalami ilmu penyusuan ibu itu dari peringkat awal lagi.

Aku cuma berharap, jika aku diberi peluang dan rezeki oleh Allah S.W.T untuk mendapat zuriat lagi, aku bertekad akan cuba memberi susu badan ini selama mana yang boleh. Kalau Raina dulunya cuma dapat minum susu badan hampir dua bulan, aku berharap adik Raina dapat minum lebih dari dua bulan.

Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Gambar dari Pak Usu Raina : Bani Jamian


Untuk Raina,

Maafkan mama sebab mama cuma dapat bagi Raina susu terbaik di dunia iaitu susu ibu itu hanya hampir dua bulan saja. Sebab itu mama dan papa sanggup berhabis duit untuk berikan Raina susu formula yang terbaik w/pun kami tahu susu formula ini tidak dapat menandingi susu ibu. Mama harap Raina dapat maafkan mama. Dan mama berharap Raina dapat membesar dengan sihat w/pun hanya minum susu formula. InsyaAllah.

40 comments:

  1. Na pun hrp pluang ke2 nanti kite prbaiki kesilapan yg sblm ni,amin

    ReplyDelete
  2. huhuhu its ok lah awak

    pengalaman pertama kan

    bukan nya awak sengaja

    sedih btol sy baca entry ni
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. Nurul xmo sedih2 ye..nanti ada peluang lg tuk anak2 seterusnya..raina is a good girl,she'll understand.bukan awak sengaja sebab memang xtahu waktu tu kan..

    ReplyDelete
  4. Babe, xpe..janji raina sehat kan..InsyaAllah ade rezeki next time u bole bf for next baby pulak..I dulu pun blur..I x buat persiapan tp mase pregnant, started 5 months I hari2 minum air kelapa..and setiap hari I usap perut bagiau my baby I nk full bf until 2 years..sbb tu kot my baby xmo botol langsung! Mmg xde preparations at all..
    I percaya, if u nekad to bf ur next baby, u'll be..InsyaAllah..
    Xmo sedey2 ye..

    ReplyDelete
  5. Nurul...

    =,(

    Itulah yang ain hadapkan sekarang ini sampai ain jadi stress.

    Sekarang susu langsung tak keluar dah.

    ReplyDelete
  6. Nurul, xpe..pengalaman banyak mengajar.Next baby da bole ready sume tu kan. Bile Raina nak dapat adik Nurul????:)

    ReplyDelete
  7. takpela nurul..at least dapat jugak raina merasa susu ibu. Alhamdulillah sy dpt fully bf smpi setahun jer. Lepastu da campur FM. Insya Allah adik Raina nnt dpt minum susu ibu..and nurul set siap2 dlm mind utk bf tau. Insya Allah ade.

    Raina makin cute...comey. Kiss2 to raina.

    ReplyDelete
  8. insyallah, next baby. jadikan pengajaran dan setiap yg berlaku ada hikmahnya... :-) cheers

    ReplyDelete
  9. teringat 1st time kasi mikhail nenen...mmg sgt x reti smpai tercabut jarum kt tgn...hehehehhe...pastu pja mmg curik2 kasi air masak kat dia sbb time memule tu susu mmg x kuar n bibir mikhail dh kering2...sian sgt kat dia..huhuhuh...

    pja kecik dulu pn sempat nenen ngan mak pja 3 minggu je kot...pastu isap FM je....

    ReplyDelete
  10. Betul, at least Raina pernah merasa. 2 bulan cukup lama juga. Fie tak berkesempatan cuma setakat sebulan je. Next time akan lebih gigih lagi. :)

    ReplyDelete
  11. kita sama lah nurul.rasa menyesal sgt2 tak kaji segalanya tentang dunia penyusuan ibu masa pregnant.kesian mya,xsampai seminggu pon dia merasa susu momy nya.insyaallah 'jika diberi peluang kedua' sy akan pastikan adik mya dpt full breastfeed

    ReplyDelete
  12. sayu hati asna baca kak.. =( hampir menitis juga air mata asna.. sabar ya kak. insyallah adik raina nanti asna bg semangat kat akak kumpul susu badan.

    *w/pun asna belum mengalami lagi pengalaman nie. tp insyallah asna dh korek semua peluang yg ada dlm KIM kat facebook. insyallah asna boleh. =) Doakan asna ya =)

    ReplyDelete
  13. pam pu de ikut waktu or jadual k??serius ana pn xtau,ana dulu pun ikut mood pam...

    same la kite nurul bf 2 bln je..hope 2nd bb dpt bf lg lama..same2 kite doa ye..

    :))

    ReplyDelete
  14. Insya-Allah, pasti boleh Nurul. Sama-samalah kita baiki diri untuk masa yang mendatang. Aishah pon dah stop BF. Cuma mampu bertahan selama 7 bulan lebih aje. Sedih memang sedih. Ralat memang ralat. Tapi dah tertulis rezeki Nashriq takat macam gini. Redha ajelah. :)

    ReplyDelete
  15. Sepupu kita ada 6 orang anak. Dia berjaya breastfeed 5 org secara ekslusif. Tapi, bila masuk anak yang ke-6, entah macam mana, usaha dia tak berjaya. Terpaksa jugak lah bagi susu formula.

    So, semuanya bergantung pada rezeki jugak, Nurul. No worries :)

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan..

    insyalllah.. yang penting niat dan usaha kita nanti..

    ReplyDelete
  17. insyaallah nurul....panjang entr nie bersungguh mun baca tau

    ReplyDelete
  18. kalo ain mase awal2 bersalin tue mmg susu ssh kuar..pastue mak dpt spital bg petua..dia suh kite sikat tetek kita..pas pd tue alhamdulilah susu kuar.sofea isap susu bdn smpai umur 1thn lebih..(tp ade jgk cmpur dgn FM la)..tp kan smpai skrg susu ain masih ade..tp sofea xnk isap dh..lgpun dia dh ade gg..suke gigit..huhu

    p/s : eh terpjg plak komeng..huhu

    ReplyDelete
  19. pengalaman pertama jadik mama memang kite susah nak jangka apa yang bakal terjadi. Fashya doakan, semoga adik2 raina nanti boleh dapat minum susu ibu selama yang mungkin. InsyaAllah.

    At least nurul mencuba.:)

    ReplyDelete
  20. owh..entry ni buat sy terharu bile terkenangkn qaid y TAK merasa susu badan langsung...

    kesal?
    seumur hidup rasenya...

    kt punya impian y sama pada rezeki y akan dtg. so from now onwards sy cube gali dalam2 ilmu penyusuan ni.

    p/s: mama so sory qaid

    ReplyDelete
  21. sma la dgn afni, x pernah rasa bengkak susu mcmmana

    ReplyDelete
  22. sama la nasib kita nurul...mmg sedih jika difikirkan...moga anak kita dpt membesar dgn sihat ya :)

    ReplyDelete
  23. Xpe nurul next baby u try ur best k, mmg betul anak pertama mmg mcm tu, mcm i ni sbb nasib baik ade kakak2 yg bg nasihat, ckp beli pam dulu sbb die ckp 1st day slalu xde susu lagi tapi kene selalu pam dan bagi baby suck smpai keluar air, alhamdulilah after 3 days susu i keluar, berkat kesabaran dan determination tu yg penting..

    ReplyDelete
  24. xpa nurul..insyaALLAH peluang seterusnya ada..maria dulu pn mcm nurul..hehe..mmg tak terfikir nk bf..tp so far pastu tersedar nk bf sbb aqil mmg kuat menyusu..dan dia pandai menyusu..alhamdulillah..nnt kita timba ilmu sama2 okay..;)

    ReplyDelete
  25. hai nurul...sedih kan..mcm shima dulu anak 1st mmg tak dpt..sbb dia dh nipple kompius..masa tu mmg tak amik tau sangat psl bf ni segala.bila dh dpt anak 2nd br bc bc mana yg patut ...tp still takleh gak smpai 2 thn hehe..sbb tak kuat semangat. kena kuat semangat..

    ReplyDelete
  26. alhamdullah de rezeki raina w/pn di pam sekali 3-4 oz..qayyum rase susu bdn cume beberape hari je...sehari pam zura cume dpt 4oz je bkn sekali pam tu...sampai 2 pam fariff beli semata ingin kn ank bf...mlm hr pertama lahir qayyum dh strt nangis kelaparan,nk nyusukn dia time tu zura x reti nk pegang bb lg mintak tlg nurse derang suruh buat sdr...mmng siot nurse bantingdh ar kat bawah ni masuk salur kencing so pegerakkan terbatas...zura cume sudu kan air masak je..kali ni zura nk standby susu formula..

    ReplyDelete
  27. alhamdullah de rezeki raina w/pn di pam sekali 3-4 oz..qayyum rase susu bdn cume beberape hari je...sehari pam zura cume dpt 4oz je bkn sekali pam tu...sampai 2 pam fariff beli semata ingin kn ank bf...mlm hr pertama lahir qayyum dh strt nangis kelaparan,nk nyusukn dia time tu zura x reti nk pegang bb lg mintak tlg nurse derang suruh buat sdr...mmng siot nurse bantingdh ar kat bawah ni masuk salur kencing so pegerakkan terbatas...zura cume sudu kan air masak je..kali ni zura nk standby susu formula..

    ReplyDelete
  28. dun wory nurul.
    insyallah 2nd baby usahakan BF ye...jage mkn nurul,insyallah susu mengalir dgn mayaknyer...lagi satu yg penting MIND set kt utk bfkan anak kt smpai dia sendiri yg xnak...ble mind set kt dh set mcmnie, insyallah susu nurul mayak.

    xoxo.
    -zaza-

    ReplyDelete
  29. hmmm, tq along sbb buat n3 ni. baru sdr betapa penting pengetahuan ttg BF. kene amik tau gak la kan.

    tp kite xbrpa berkenan dgn sesetgh kenalan / kwn kite yg terlalu taksub dgn BF ni. smpi kat FB pun asyik buat status sal BF jer. sederhana sudah la kan.

    insyaAllah ada zuriat lg boleh la di praktikkan.. :) harap2 kite nti pun camtu gak, insyaAllah :D

    ReplyDelete
  30. 3-4 oz banyak dah tu nurul. tak apa nanti next baby u mesti berjaya. sebab dah ada pengalaman.

    i pun nak tulis pasal my BF experience tapi tak tertulis2 lagi.

    ReplyDelete
  31. na : mudah-mudahan na. hrp peluang kedua lebih baik ye


    weee : tu lah hrp ada peluang kedua dan belajar dari kesilapan lalu


    lip : tu la tp kdg2 terasa sedih lip


    nurulzia : mudah2an nurul. InsyaAllah.


    ain : tak kelaur langsung ye? sabar ye ain

    ReplyDelete
  32. irnie : tggu raina besar sikit leh lah bersedia bg raina adik. hehe :)



    elin : kena set minda ye? ok thanks elin



    as : tu lah jadikan pengajaran nie as


    pja : tu lah kelakar gak kalau ingatkan balik bg minum air senyap2 kat hsp dulu. hehe

    ReplyDelete
  33. fie : ayuh fie. mudah2an kan die ada peluang kedua nanti


    yun : sama2 lah kita belajar dr kesilapan kan yun



    asna : hrp akak diberi peluang kedua dan belajar dr kesilapan. yeah asna boleh. caiyok2x asna



    ana : agaknya kot ana. nurul tak pasti sgt. tp nurul rasa mcm tu lah kot

    ReplyDelete
  34. aishah : ye ke aishah dah stop bf kan nashriq? baru nurul tahu. sabar ye aishah


    xeea : rezeki masing2 kan?



    ummie m.i.m InsyaAllah. thanks awak :)


    mun : ye ke mum? thanks mun sanggup baca. hehe :)


    ain @dakcik : beruntung sofea dp merasa bf lama. oh ada petua tu pernah gak dengar tu


    fashya : thaks fashya bagi support :)

    ReplyDelete
  35. farhana : banyak bersabar ye farhana



    afni : kan? tak tahu mcm mana bengkak susu tu


    julia : mudah2an jue InsyaAllah



    jojlie : tu lah kalau ada pam canggih senang sikit kan

    ReplyDelete
  36. maria : nanti ajar nurul ye maria :)


    shima : oh semangat kena kuat ye



    zura : InsyaAllah Zura ada rezeki utk adik qayyum merasa susu zura ye



    zaza : tu lah minda kena set juga kan? thanks babe


    atiqah : ada org yg suka menunjuk2 tp along rasa eloklah sederhana je kan qah. mudah2an ada rezeki along jika diberi peluang kedua


    ederq : kongsilah pengalaman ederq

    ReplyDelete
  37. Nurul,insyallah...mesti ade rezeki untuk anak kedua nanti....mungkin ada hikmahnyer xberlaku pada raina...syukur raina sihat dan membesar dnegan jayanya...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  38. nurul xkuar susu ye? bidan yg urut tue xd bg minum jamu tambah susu badan ke? dyla masa 1st day mmg xbg susu badan, nurse yg jaga, kpmc mmg bg minum susu formula. i xpandai nk bg susu badan. breast mmg bengkak tp xkuar, t'smbat. tp lps blk umah, nenek urut tue dia urut badan, terus kuar memancut2..cuma bby dyla xpandai nyonyot, putingnya kecik sgt..asyik terlepas je..last2 i pump je masuk botol. 2nd bby masa 1st day pun susu xkuar,lps bibik urut n bg minum jamu, terus memancut2. dia mcm susah gak nk nyonyot tp bila dia nyonoyt kuat2 br ok..tp jgn terlepas la, nnti payah nk bg dia nyonyot blk. pastu dh start keje, dia xmo menyusu badan lg. smpai 2bln je..1st bby pun 2bln gak.
    dyla pun mcm nurul, mmg klu blh nk bg susu badan lama skit, paling kurang pun 6bln tp tue la..bby yg xmo. dyla terpaksa g klinik minta ubat putus susu.

    ReplyDelete
  39. whoaaa...mmg sentap sgt n3 neh..rase nk meleleh air mate neh...pasal daku pon mengalami situasi yg same...

    dadif hanye dpt susu bdan hanye 2 minggu...itupon bercampor ngn fm..lgggg sgt kesian...

    xpe yunk....kite pon dah tekad...kalo ade rejeki pegnant lg..akan berjuang habes2an..nak susukan anak dhn susu badan...

    ReplyDelete
  40. Hai Nurul... Eja pun memahami perasaan nurul... sebab Aqeil dulu pun susu badan x sampai 3bulan... bukan sebab susu xde,tapi sebab terpaksa berpisah dengan die pada hari bekerja... jumpa hanya weekend... Aqeil lak xnak minum susu perahan... kesilapan Eja susu perahan tu x disediakan dengan betul...

    Alhamdulillah, 2nd baby Adlina menyusu sepenuhnya ( dah 95 hari)... kelebihannya die memang x demam dari lahir....

    Eja doakan Nurul dapat susukan baby yg akan datang dengan jayanya... belajar dari kesilapan & teruskan mencari ilmu2 berkaitan...

    ReplyDelete