Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, May 18, 2011

Menulis untuk mengubat rindu

Assalamualaikum

Alamak sudah berhabuk semula blog aku ini. Aku minta maaf kerana sejak kebelakangan ini aku tidak dapat meluangkan masa untuk menghadap blog aku ini. Agak sibuk sedikit dengan aktiviti harian. Alhamdulilah aku tetap cuba untuk menjenguk blog kawan-kawan aku di sini supaya aku tidak ketinggalan banyak entri.

Untuk pengetahuan, aku dan Raina demam sepanjang minggu lepas. Pada mula asalnya Raina yang demam teruk dan kemudian aku pula diserang demam yang teruk itu. Itu antara sebab kenapa blog aku tidak ada entri baru untuk sepanjang minggu lepas.

Alhamdulilah sekarang Raina dah sihat dan aktif semula. Cuma batuk dan selesema masih belum berkurangan. Aku pula demam on off. Diri masih tak sihat sepenuhnya. Tapi disebabkan rindu mahu menulis, aku gagahkan juga untuk menulis kali ini.

Tiada cerita menarik yang hendak aku ceritakan di sini. Aku masih lagi dalam proses mencari kerja baru yang bersesuaian. Harap ada kerja yang sesuai untuk aku nanti. Untuk kali ini, aku memang agak cerewet dalam mencari kerja. Ada beberapa offer tetapi terpaksa tolak dengan alasan jauh dari rumah. Kalau boleh nak cari kerja yang berdekatan dengan rumah. Sebab aku mahu luangkan masa yang lebih untuk keluarga di rumah. Wish me luck.




Cerita baru Raina pula apa ye? Oh ye Badan Raina sudah sedikit susut sejak baik dari demam hari tu. Muka dia agak cengkung. Dia dah makin kurang mahu makan. Dia lebih suka minum susu berbanding makan. Agak risau di sini.

Dan aku lihat Raina sekarang dalam proses belajar bercakap. Sejak baik dari demam, macam-macam perkataan yang dia belajar. Seperti perkataan 'thanks', 'Allahuakhbar', 'name' dan sebagainya. Raina juga suka ikut apa yang orang dewasa suka buat. Contohnya kalau tok wan dia nak ketip kuku dia pun nak ketip kuku sendiri. Atau bila dia tengok tok wan dia masak, dia pun akan ambil pinggan mangkuk segala dan main masak-masak kemudian dia akan paksa kita konon-kononnya rasa masakan dia tu. Itu yang aku nampak sejak dia baik dari demam.

Oleh itu aku kena lebih berhati-hati sebab takut dia akan terikut-ikut perbuatan yang tak elok. Sebab itu aku cuba kawal setiap percakapan dan perbuatan yang tidak sesuai untuk si kecil seperti Raina ini.

Oklah aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Sebenarnya nak cerita tentang hal lain tetapi tangan aku nie laju taip cerita lain pula. Haha. Nanti aku update cerita lain pula ye.

24 comments:

  1. raina dah pandai bercakap ye.. good..

    ReplyDelete
  2. tulaa qa pun sekarang macam malas nak update blog.. ada idea tapi malas nak menulis.. heee~

    sekarang sedang berselesema ni nurul.. tak tahan betul bila kepala sekali sakit nie..

    ReplyDelete
  3. kejap jer raina dh besar. nanti dah masuk 2 tahun dah. semakin comel. muke dia xtau nak ckp ikut muke sape sbb muke abg saiful asna jarang tgk. muke Raina xsama ngan akak hehe.. di mata asna la =))

    ReplyDelete
  4. lame betul nurul cuti dr bebelog yek..rupanya xsehat..ololo..sian rania comel & hot mama nie..

    besela budak2 kalo nk belajar ckp or something mesti nk kene demam dlu kan? mcm anak i la..=)

    hope bersabar yek..insyaAllah ade rezki nurul utk keje yg lebih baik..=)

    ReplyDelete
  5. Get well soon Nurul and Raina! :)

    ReplyDelete
  6. so now camne?? dh 100% sembuh ke kamu berdua? yela last week kan cuaca panas sgt.sbb tu leh demam

    ReplyDelete
  7. rindu mun sudah terubat bile dapat bc entry terbaru nurul....rindu mahu tengok raina....

    ReplyDelete
  8. kids memang suka mengikut kan..kadang2 cakap benda yang something lik bodoh & etc.. tapi pengaruh kat rumah pengasuh / nursery..sapo nak jawab tuh??

    ReplyDelete
  9. aqil pun tak berapa suka makan nasi skrg..biskut okay tu pn tak berapa..

    ReplyDelete
  10. suke sgt tgk toncang Raina bucukk tu...dulu pendek je..skr dh pnjng..:)

    ReplyDelete
  11. suke sgt tgk toncang raina bucukk tu..dulu pendek je..skr dh pnjang..:)

    ReplyDelete
  12. Tak dapat jumpa Raina la haritu. Sorry Nurul, next time harus ok!

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah raina sudah sihat..semoga raina sentiasa sihat walafiat.bila anak demam,dunia kita pun rasa gelap.risau je..

    ReplyDelete
  14. sama la macam dani, suka sgt imitate apa kita buat. risau sgt kdg2 tu

    ReplyDelete
  15. cantiknya gmbar..
    budak demam sllunya nk dpt benda baru..agknya raina demam nk bercakap..hehehhe tp skrg mmg musim demam la, cuaca xmenentu..husna pun batuk2 n selsema

    ReplyDelete
  16. demam nak bljr mende baru tu:)

    ReplyDelete
  17. juelee : baru belajar bercakap jue :)



    atiqah : tgh selesema kah? jaga diri dan baby dalam perut tau


    asna : hehe ramai kata muka raina ikut muka abang saiful asna. hehe :)


    dakcik : nurul biasa2 je tak hot mama pun dakcik hehe :)

    ReplyDelete
  18. aishah : thanks aishah :)



    yun : nurul demam on off yun. rain dah sihat suara nurul pun masih serak



    mun : terharu nurul baca komen mun tau :)


    ayuraza : tu la takut lah ayu hrp anak kita dpt yang terbaik

    ReplyDelete
  19. maria : tu lah kan maria budak mcm mereka ni mmg tak suka makan nasi kot



    ain : hehe nanti auni shifa pun rambut dia panjang mcm kakak raina ye



    as : thanks babe. tp tak boleh lawan kamu. kamu lg gojes lah as

    ReplyDelete
  20. fie : ok fie. harus. hehe :)



    lip: risau semacam je kan. Alhamdulilah skrg dh sihat



    afni : daorang ni dlm proses belajar cuma kena kawal sikit kan apa yg patut dan tak patut


    aziyana : semoga husna cpt semuh ye. tu lah agaknya nak beljar bercakap kot raina nie


    maya : agaknya lah maya

    ReplyDelete
  21. semoga nurul dan raina cepat sembuh ya...
    bilalah kita nak berdating ni ya..
    raina, aunty nak pinjam toncet tu boleh tak? :P

    ReplyDelete
  22. nurul lawanye gambar.:)

    patot la nurul da jarang update blog skrg ni..xsehat rupenye.

    ReplyDelete
  23. kid : meh lah nak pinjam toncet raina. tu lah bilalah mahu berdating ni


    irnie : tu lah irnie lagi pun skrg kat office nurul kena block. kena cari masa sesuai untuk online selepas waktu bekerja

    ReplyDelete