Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, May 5, 2011

Percubaan pertama

Aku rasa kan aku dah banyak sangat buat entri mengatakan aku teringin sangat mahu kurus seperti zaman anak dara bukan? Tapi percaya atau tidak sebenarnya setiap kali aku buat entri mahu kurus, mahu slim-melim, mahu sedikit kecil, mahu kurangkan berat badan, dan bla bla bla itu, sebenarnya aku hanyalah berdiet main-main saja.



Serius!



Sejak dah berkahwin dan mempunyai seorang anak ini, aku rasa amatlah payah mahu mengawal selera makan. Aku macam dapat rasakan badan aku nie macam dah sebati dengan mengambil menu seperti nasi bersama lauk-pauk yang sedap itu. Oh, makanan di Malaysia ini sedap-sedap belaka bukan? Jadi macam rugi saja mahu mengelak dari mengambil semua menu yang sedap itu.

Tapi semua ini berubah serta-merta sejak lebih kurang dua,tiga minggu yang lalu. Semuanya adalah gara-gara aku pergi menimbang berat badan aku dan aku rasa seperti mahu menangis sekuat hati di atas mesin penimbang itu.


Rasa seperti hati aku ini bagai direntap-rentap.
Sebak.



Sebak sebab melihat jarum penimbang itu ke kanan dan bukannya ke kiri. Terkedu atas mesin penimbang itu. Betul ke apa yang aku lihat ini? Betul ke? Betul ke? Atau aku bermimpi? Cuba beliakkan mata sebesar-besarnya. Eh betullah. Ini realiti.

Tak mungkin!
Mesin penimbang ini tipu!

Mahu saja aku mencampakkan mesin penimbang itu di luar rumah. Tapi aku masih lagi di tahap kewarasan. Cuba muhasabah diri sebentar. Aku redha. Salah aku pun. Diet main-main. Inilah akibatnya.

Sejak dari kejadian itu, aku terus tekad. Jika mahu dibandingkan perasaan tekad aku ini dengan 5,6 tahun yang lepas semasa aku dalam proses berdiet secara bermati-matian semasa di zaman anak dara dulu memang tidak sama. Tapi aku rasa masih boleh dikategorikan perasaan tekad ini lebih dari biasa.

Sudah beberapa minggu aku tak menjamah nasi. Aku rasa aku memang tidak boleh mengambil menu nasi dalam jadual diet aku. Sebab apa? Sebab bila setiap kali aku ambil nasi, aku akan mengambil nasi untuk pemakanan harian aku yang seterusnya. Jadi baiklah aku tidak mengambil menu berbentuk nasi. Aku orang melayu jati. Jadi nasi itu seperti sudah sebati dalam diri aku. Walaupun agak sukar aku cuba juga selagi aku mampu untuk mengawalnya.

Walaupun aku sedang menyuapkan Raina nasi pada hujung minggu, aku tidak lagi curi-curi mengambil sesuap dua nasi lebihan Raina seperti dulu. Walaupun aku dipujuk dengan menu yang sedap dimasak oleh ibu aku apabila aku balik ke Banting, aku cuba juga tidak mengambil nasi. Aku tekad.

Cuma yang menjadi masalah aku sekarang, aku amatlah payah mahu memulakan sebarang bentuk senaman seperti skipping. Aku dapat rasanya masa aku di rumah agak terhad. Balik kerja sudah penat sambil melayan Raina. Selepas itu buat apa yang patut seperti membasuh baju, melipat baju, mengemas rumah bla bla bla. Jadi bila masa aku mahu memulakan aktiviti berbentuk senaman itu?

Tapi aku akan cuba juga. Mungkin aku boleh curi-curi masa iaitu pada awal-awal subuh selepas aku siap memasak untuk bekalan Raina. Atau mungkin balik kerja itu aku boleh membuat sedikit senaman sebelum aku pergi mandi kemudian baru aku boleh fikirkan mengemas rumah dan sebagainya.

InsyaAllah.
Aku akan cuba selagi aku mampu.

Aku tak mahu meletakkan target yang besar. Kondisi badan selepas berkahwin dan mempunyai anak adalah tidak sama seperti kondisi semasa di zaman anak dara. Itu kata ibu aku. Jadi kalau aku dapat turun dalam 10kg hingga 12kg pun sudah cukup baik bagi aku. Kalau lebih dari itu Alhamdulilah.

Berdiet untuk mengurangkan berat badan bukan hanya untuk kelihatan cantik tetapi untuk kesihatan kita juga. Sebab itu sekarang aku sudah tidak mengambil langsung air sejuk mahupun minuman berbentuk ais. Aku juga cuba kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Aku rasa memang patut aku kawal pemakanan aku demi kesihatan aku.

Wish me luck.
InsyaAllah.

25 comments:

  1. kak nurul memang hebat sebenarnye. reen nasik da kurang. cuma tang air sejuk tu. adoi failed betul. cemanelah nak buat kan?

    kalau kite just amek lauk tanpa nasik stil boleh dikata diet x?

    ReplyDelete
  2. hehhee...takpe nurl..banyakkan entry tentang selim melim nie..boleh jadi sebagai pembakar semangat..chaiyok nurul..all the best to u..harap sgt moga nurul dpt berat idaman...

    ReplyDelete
  3. good luck nurul.. insyaallah boleh punye

    ReplyDelete
  4. chaiyok nurul!!!

    kite diet pon dah ke laut after lost 5kg mase mula2 misi dulu. T_T

    pantang turun sikit, nak melantak je kejenya..

    mknn semua sedap2 lah. how?

    ReplyDelete
  5. wow good luck to u nurul

    same lah ween pn sedang elakkan nasi

    juga fast food

    jgn ambil tao

    mari kita sama2 turunkan berat badan

    insyallah

    ReplyDelete
  6. All the best in ur diet routine nurul..:) nanti pas bersalin saya follow..heheh..my fb Naz Reen.email fb lipbesh@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. hmm if weekend pg2 akak cuba bagun awal bawah raina pergi taman pastu akak main kejar2 dgn dia. kuarkan peluh..

    weekend pg2 tue pg dlm kul 8-9am gitu la. 1 jam jer cukup dah.. =)

    ReplyDelete
  8. em gud luck nurul..adik maria dulu pn gemuk..tp skrg dah slim melim..hehe..adik maria tu lelaki..dia joging dan jaga pemakanan..nurul kuatkan semangat okay..

    ReplyDelete
  9. as salam nurul..
    jom minum lacto-lite.. selain dpt turunkan berat ia juga bagus utk kesihatan usus kita..

    ReplyDelete
  10. hahaha..sampai juling mata tengok penimbang tu ek..saya pun tension sebab anak meter tu kekiri lebih..^_^:

    transfer lemak tu pakai maybank2u la..hehe

    ReplyDelete
  11. good luck Nurul!!

    haha.i wish i could be strong like that.nak berdiet tu rasa macam ...err..err..failed!huhu.

    ReplyDelete
  12. betolla nurul..
    nape la payah sangat nk kurus
    tension giler la.....

    ReplyDelete
  13. berlari2 mengejar rania pun exercise jugak.. sblm tido, buat sit up pun ok juga:) btw, nurul tak gemuk ok.. molek dah badan nurul tu..jgnlaa kurus sgt mase muda mudi dulu...

    ReplyDelete
  14. all the best nurul.. good luck..

    ReplyDelete
  15. chayok2 nurul..sm la kite..dlm proses mendietkn diri..tp still xblh mulakan senaman yg mudah2.. huhu..

    ReplyDelete
  16. shinnaz : thanks shinnaz


    reen : biasa saja reen. boleh amik lauk tanpa nasi. mcm tu yg akak buat selalu



    mun : thanks mun support nurul


    juliee : thanks juliee

    ReplyDelete
  17. ena : payah juga nak control kan? nurul kena tekad kali ni ena



    ween : thanks ween support nurul



    lip : ok lip skrg ni kat opis kena block blog, fb agak payah nak online bila di rumah

    ReplyDelete
  18. ena : payah juga nak control kan? nurul kena tekad kali ni ena



    ween : thanks ween support nurul



    lip : ok lip skrg ni kat opis kena block blog, fb agak payah nak online bila di rumah

    ReplyDelete
  19. asna : akak pagi2 dah kuar pi kerja asna mcm mana tu


    maria : ye ke maia? nak slim gak hehe


    aida : thanks atas infonya


    ayu : bestnya jd seperti kamu ayu


    dd hasnidar : thanks support nurul tau

    irnie : eh irnie kan dah kurus?


    nurul zia : thanks babe support i


    maya : yeah nak buat sit up tu mcm seksa je adeiiii

    waniez : thanks waniez


    myra : yeahhhh mari diet sama2


    kid : thanks kid support nurul :)

    ReplyDelete