Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, June 22, 2011

Catatan diari diri

Seronokkan bawak anak jalan-jalan setiap petang. Aku selalunya bawak Raina jalan-jalan sebelah petang macam ni ketika hujung minggu saja. Itu pun kalau tiada apa-apa aktiviti


Aku dapat rasakan rutin aku setiap hari adalah hampir sama. Bangun pagi masak bekal untuk Raina, iron baju, bagi susu kat Raina, tukarkan diaper Raina, mandi, siap-siap pergi kerja, hantar Raina pergi rumah babysitter dan pecut kereta untuk sampai office seawal yang mungkin walaupun aku tahu kadang-kala bagaikan mimpi untuk sampai office awal. Jalan sentiasa sesak macam tin sardin dari Shah Alam ke Kelana Jaya. Tension aku.

Buat kerja sampai pukul 5.30 petang kemas-kemas meja apa yang patut kononnya macam banyak kerja sangat yang kadang-kala hanya duduk termenung lebih banyak dari buat kerja kemudian cabut keluar office secepat mungkin. Kalau datang mood rajin tu aku duduklah lepak 5-10 minit kat office sekejap walaupun jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Mana tahu kot-kot dapat anugerah pekerja cemerlang ke? Walaupun aku tahu tahap prestasi kerja aku macam mana. Saja je tunjuk baik. Haha.

Sampai Shah Alam paling awal pukul 6.30 petang. Kadang-kadang hampir pukul 7 malam. Ambil Raina kat rumah babysitter seperti biasa. Kadang-kadang Saiful yang ambil. Sampai rumah rehat sekejap sambil tengok TV. Part yang ini tak tentu masa. Kadang-kadang aku boleh tertidur depan TV dengan tak mandi. Lewat solat maghrib. Kadang-kadang terlanjak solat maghrib. Penat punya pasal. Kadang-kadang tu aku sampai-sampai rumah je aku pergi mandi dulu. Sebab takut tertidur depan TV. Bila dah mandi, badan pun segar so lambat sikit rasa mengantuk tu datang.

Aku jarang masak kalau hari bekerja. Selalu makan luar ke, tapau ke atau Saiful yang masak. Tapi kadang-kadang tu aku masak jugak. Sebab mengenangkan suami nak makan jadi aku masak jugaklah. Cuma kalau aku penat sangat memang aku tak masak. Kami pun jarang makan malam sejak dua menjak ni. Kata aku diet kan? Haha. Jadi Saiful pun aku tengok macam malas nak makan malam. Ikut akulah tu. Haha.

Sebelah malam tu, main-main dengan Raina. Layan dia berborak. Kadang-kadang bagi Raina makan buah atau makanan yang simple macam biskut ke kemudian baru minum susu. Raina makan malam awal. Babysitter dia bagi makan malam pada sebelah petang sebelum aku ambil dia balik kerja tu. So sampai rumah tu tak ada lagi aku nak bagi makanan berat. Pastu bagi Raina Scott Emulsion sebelum Raina tidur. Pujuk tepuk-tepuk paha Raina suruh tidur yang kadang-kala aku yang tertidur dulu. Apa kes?

Begitulah rutin aku yang hampir sama pada setiap hari. Kadang-kadang aku dah set otak. Sebagai contohnya balik kerja nanti nak baca novel sebelum tidur ke atau nak baca surat khabar sebelum tidur ke. Tapi tak ada maknanya. Kalau aku dah mula baring tu, mata pun kuyu dan memang sah-sah aku akan tertidur.

Kalau time aku nak basuh baju lagi penat. Aku jenis kalau basuh baju 2,3 hari sekali. Hah boleh bayangkanlah berapa banyak kain yang bertimbun. Pukul 12 tengah malam pun belum tentu aku habis membasuh walaupun pakai mesin basuh canggih mana sekali pun. Sebab lepas dah basuh selalunya aku akan terus sidai baju-baju tersebut. Bila dah mula basuh baju tu sambil-sambil tu aku buatlah kerja-kerja sampingan seperti rebus botol-botol susu dan soother Raina ke, masak air ke, kemas dapur ke. Hah memang tangan tu gatal je nak mengemas walaupun tengah malam.

Tapi sejak dua menjak ni Saiful yang selalu basuh baju, sidai baju dan kadang-kala lipat baju. Aku pun tak tahu kenapa laki aku baik semacam sekarang ni? Agaknya dia kasihan tengok aku kot. Ke dia rimas tengok baju menimbun tapi bini dia biarkan saja. Perangai bini dia ni suka tunggu baju tu dah menimbun baru nak terhengeh-hengeh basuh segala. Sila sabar dengan daku encik suami.

Hujung minggu lain sikit. Aku rasa kan aku lagi letih pada hujung minggu. Sebab hujung minggu memang aku akan masak dari pagi sampai petang. Aku bangun awal untuk masak sarapan pagi, kemas rumah, basuh baju dan buat apa yang patut. Aku mandikan Raina dan main-main dengan Raina. Rehat sekejap. Selepas itu dah mula nak masak untuk tengahari pulak. Dan seterusnya masak untuk makan malam pulak. Rutin ini hampir sama saja kecuali kalau aku ada aktiviti kat luar.

Kadang-kadang aku rasa bosan jugak. Pergi kerja, balik kerja, rehat kat rumah, tidur, bangun pagi-pagi untuk pergi kerja balik. Kadang-kadang aku nak perkara yang baru dalam hidup aku. Macam balik kerja tu keluar tengok wayang ke? Atau ronda-ronda KL tengok lampu ke? Eh merepek je aku kan? Kang penat badan je esok nak pergi kerja kan? Atau aku nak balik kerja tu layan DVD sambil goyang kaki ke? Tapi masalahnya aku ni mesti tertidur depan TV. So tak payah beranganlah nak tengok DVD bagai. Kang TV yang tengok aku tidur. Haha.

Hari tu aku sampai rumah, aku tengok sekumpulan wanita pangkat akak-akak kot tengah main bola jaring kat padang depan rumah aku tu. Dalam hati aku ‘diaorang ni tak kerja ke? Hari bekerja petang-petang macam ni main bola jaring?’ Nak je aku tanya diaorang soalan cepumas.

‘Hai kak, saya nak tanyalah akak semua ni suri rumah ke? Petang-petang macam ni boleh pulak main bola jaring. Tiap kali saya balik kerja akak semua ni mesti main bola jaring kat sini’

Agak-agak korang apa jawapan akak-akak tu semua? Ke aku kena sound sebab menyibuk hal orang? Haha.

Tapi aku percaya diaorang semua suri rumah. Sebab apa kadang-kadang aku nampak pagi-pagi aku nak pergi kerja tu diaorang pergi jogging atau diaorang melepak kat kawasan rumah.


Kalau jadi suri rumah boleh menghadap anak 24 jam. Seronokkan? Tapi aku lebih suka kerja sebab ada connection dengan dunia luar. Kalaulah boleh kerja dari rumah seperti bisnes online je kan best? Tapi aku belum ada keyakinan yang tinggi nak fully bisnes dari rumah


Jadi suri rumah memang best tak payah nak fikirkan masalah kat tempat kerja. Aku kadang-kadang ada jugak berangan nak jadi suri rumah. Boleh mengadap anak 24 jam pastu boleh pergi jogging dengan anak setiap pagi ke, main bola jaring macam akak-akak tadi tu pada setiap petang ke. Macam-macam boleh buat kan?

Tapi beberapa sebab kenapa aku mahu terus bekerja. Aku rasa aku akan rasa satu kepuasan bila dapat duit hasil titik peluh aku sendiri. Nak shopping pun pakai duit sendiri. Bekerja tengok dunia luar akan rasa otak aku ini bebas semacam. Walaupun dalam kereta menempuh jalan sesak di highway aku dapat rasakan ada connection diri aku dengan dunia luar dan merasa kebebasan itu. Cuma yang tak bestnya kalau suasana di tempat kerja membawa kepada satu beban yang buat kita tension. Itu yang tak best bagi aku.

Kalaulah aku dapat kerja lain nanti, aku harap office baru aku itu lebih friendly dan tidak ada golongan yang depan kita baik belakang mak ai mulut longkang dan hati busuk maaa. Nak je aku tampar laju-laju. Hah rasakan. Tapi itu aku berangan je. Tak kan aku nak buat betul-betul kot. Haha.

Wish me luck yeah.

25 comments:

  1. nurul.. ingat kite je rasa camni.. rupenye ada gak geng hhuhu kdg2 bosan, rasa life is not fun anymore..bk keje main ngan anak tido.. everyday the same routine, kalau dulu gi tengok wayang la.. huhu

    ReplyDelete
  2. jue : jue pun ada rasa mcm tu gak ye? nurul selalu rasa mcm tu rutin harian sama je

    ReplyDelete
  3. sama la kita.masak pun dah jarang.kdg2 mlm xmakan.bab baju tu pun sama.hehehehe bertimbun baju xberbasuh.kalau dl blh layan movie berjam-jam ini arreessa tido ainul pun tido sekali.

    ReplyDelete
  4. samalah hidup kite kalau weekdays. hari2 macam tulah.... kalau wiken tu lain plak... tp macam serupa jugak...

    ape da aku komen ni....

    ReplyDelete
  5. rutin harian kita sama lah nurul. sebijik2.timing sama.wat perkara yg sama jugak.cuma part basuh baju jer still sy sendiri yg buat bkn suami

    ReplyDelete
  6. kan nurul...mar pon rase camtu gak...bile pk nak benti keje ase nnt mesti agik busan...tapi bile dah keje rutin same jerk...hmmm...tah lah..

    *nurul,bab longgok baju tu kite same lah... :)

    ReplyDelete
  7. nurul, penat afni scroll entry ni..hehe. btw, bes di baca.

    memang kalo cerita pasal rutin isteri dan ibu ni memang penat. kadang2 rindu nak spend masa tgk dvd dgn suami..

    ReplyDelete
  8. jadi surirumah mmg best..sebab dpt mengadap anak 24 jam, yg tu lahnye yg best..tapi kerja rumah ni langsung takde stop...ade je yg nak kena buat at least kalau sy kerja..rumah sepah2..leh pejam mata..tinggal g kerja jap.. hehehe

    ReplyDelete
  9. jiha yang opis dkt umah ni pon tido cepat jugak hehee

    ReplyDelete
  10. rutin hidup kalo hari2 sama mmg naik muak kan nurul?

    kite pon kkdg boring gak. lagi2 bab nk pegi opis nih. nyampoh tgk muke bos yg x best. yg lain2 tu ok jer. haha...

    kite kdg2 mlm2 ade gak jalan2 shopping complex. saje2 je. bkn beli ape sgt pon. bwk naurah main2 kejap. saje nk elak rutin yg sama hari2 =)

    ReplyDelete
  11. nurul,apa nak buat...dh nasib badan. samalah kita. nak amik maid mmg tak mampulah waktu ni kan.
    routine kita sama jer. balik kerja x larat nk kemana2 dah..duk umah jer.rest..hari2 ulang alik klang-wangsa maju rasa mcm dh lali dah. sabtu ahad jerlah balas dendam klu nk jenjalan...niat di hati pun nk dok umah jer or wat bisnes sndiri.tp x cukup kebal lg huhuhuhu..

    ReplyDelete
  12. same laa nurul..kekadang boring lalui rutin yang sama...so, taking a break, go for holiday is a short solution for that..tp pastu sambung balik ngan rutin..huhu

    ReplyDelete
  13. nurul..... Hany pon begitu gak..... sama ja hari2... ahaksss..

    ReplyDelete
  14. hujung minggu mmg penat lah kan Nurul. sbb kita buat kerja rumah habis-habisan. kalau tak bila lg nak buat kan?

    ReplyDelete
  15. semoga dapat kerja baru. kita pun nak tukar kerja jugak.

    ReplyDelete
  16. along, kakak2 yg main bola jaring tu pakai maid kot.. hehehehe

    ReplyDelete
  17. ainul : kan ? sama2 tertido hehe


    fahsya : hehe tersengih2 nurul baca komen fahsya



    yun : nurul basuh baju gak yun cuma sejak dua menjak ni saiful rajin basuh



    mar : haha nurul kadang2 longgok baju berhari2 tu yg saiful kadang2 lipatkan aisey malunya

    ReplyDelete
  18. afni : ada gak saiful layan dvd tp nurul selalu tertido afni



    asna : thanks asna sudi baca entri panjang jela ni



    yani : kerja perempuan kemas rumah segala mmg tak henti2 kan


    jiha : ye ke jiha? hehe :)


    ena : ye ke ena? larat ena? nurul ni jenis blk keja dah cpt penat padahal keja opis je.

    ReplyDelete
  19. rianna : wow klang-wangsa maju. jauh tu rianna


    deena : nurul pun fikir mcm tu deena


    hany : boring kan?



    fie : hujung minggu lebih penant rasanya kan fie



    fad : tu lah mari sama2 usaha cari keja baru


    atiqah : tp petang2 dah ada depan padang atiqah

    ReplyDelete
  20. wah...rutin harian ye nurul...hmmm...itu lah wanita bekerjaya namanya kan...blik keje nk settle kn umah lagi..seb baik laki pun rajin tolong masak kan...hehhe...

    tapi ye la dok umah mmg syioook leh bangun tido bangun tido...kekke...tapi cam x syiook nya bila dok ngadap benda sama je kan....apa pun yg penting kita enjoy ngan apa yg kita buat tol x...

    ReplyDelete
  21. mummyr : yeahhhh penat tp tetap enjoy hehe :)

    ReplyDelete
  22. macam tu jugak lar agaknyer rutin saye biler dah ade anak nanti kan... terpikir gak lebih elok kalau saye jadi suri rumah sepenuh mase...tapi..rase macam tak besh pulak kalau tak bekerja nanti...
    terpikir :: sekarang dok berdua boleh lar saya tidur awal semendang biler penat balik kerja...nanti dah ade baby kompem tak ley tido awal lagi kan...hurrmmm..]

    ReplyDelete
  23. rasanya memang sesape yang keje memang akan rasa benda yang sama...tapi saya tak bolehla nak jadi surirumah..tak bestla takde duit..kalau somi bagi duit sekalipon..tak sama la...tak ada kepuasan kot..

    ReplyDelete
  24. Huhu..bukan senang nak jadi fully housewife tau...nampak rilex tapi lg penat dr bekerja..focus lebih kat anak,suami,rumah..huh..semputtt

    ReplyDelete