Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, June 7, 2011

Hari pertambahan umur

Pada 1 Jun yang lalu bertambah lagi umur aku. Cuba teka berapa umur aku sekarang? Agak-agak korang berapa umur aku kalau tengok muka aku? Yang pasti aku bukan muda sangat. Tapi tetap nak berperasaan seperti umur 17 tahun baru nak ambil SPM. Haha. Anak baru satu pada umur sebegini. Bila nak tambah? Soalan cepumas yang selalu diajukan kepada aku.

Normal kot kalau diajukan soalan begitu. InsyaAllah bila Raina dah boleh diharap menjaga adiknya nanti bolehlah aku fikirkan soal menambah ni. Ok tak jawapan aku? Hehe.

Pada umur sebegini bermacam-macam perkara yang aku belajar. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang kelat, ada yang masam, ada yang wangi, ada yang busuk dan macam-macam lagi. Alhamdulilah aku cuba harungi walaupun bermacam-macam perisa dalam erti kehidupan ini.

Oh ye paling best Saiful ingat tarikh keramat ini. Aku ingatkan Saiful tak ingat. Iyelah dia sibuk dengan kerja jadi aku tak sangka dia masih ingat tarikh keramat ini. Hari sebelum hari lahir aku ini dia dah siap-siap bagitahu aku suruh apply cuti. Aku tanya untuk apa? Dia kata nak sambut hari istimewa ini bersama aku dan anak. Tersengih-sengih macam kerang busuk aku dengar suami sendiri cakap macam tu.

Tepat pukul 12 pada 1 Jun hari tu, aku yang sedang tidur dikejutkan oleh Saiful. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Rasa macam nak marah pun ada. Aku mengantuk gila wei. Boleh pulak Saiful kejutkan aku dan paksa aku bangun. Bila aku bangun aku lihat ada kek kat hujung kaki aku. Nasib baik aku tak tersepak kek tersebut. Terus aku rasa nak menangis. Terharu sangat sebab tak sangka Saiful nak buat surprise.

Tengah malam tu juga aku dipaksa potong kek dan Saiful suapkan aku kek tu. Kena paksa makan kek beb. Padahal aku tak mahu makan sebab masih dalam keadaan mamai. Jadi makan jugalah sebab tak mahu Saiful berkecil hati. Aku toleh ke arah Raina elok je Raina tidur. Ingatkan nak kejutkan Raina tapi tak sampai hati pula. Disebabkan aku tak sangka Saiful nak buat surprise ni jadi tiadalah moment yang dapat dirakamkan. Tak ambil gambar pun. Tengah mamai macam mana nak ambil gambar kan? Haha.


Terima kasih Saiful.


Terima kasih sebab buat surprise sebegini. Terima kasih juga sebab sanggup ambil cuti nak menghabiskan masa bersama isteri dan anak pada hari istemewa ini. Aku hepi gila sebab bukan senang nak tengok Saiful cuti. Sebab dia jenis kerja tak tentu masa sekarang. Asyik kerja, kerja dan kerja. Jadi aku hargai apa yang dia lakukan walaupun tidak sehebat mana.

Aku cuma berharap dengan pertambahan umur ini, aku dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan terutama dalam soal kerja dan keluarga. Aku juga berharap lebih banyak lagi percapaian yang best dalam hidup aku.

InsyaAllah.

18 comments:

  1. Amin. mudah-mudahan semua hajat Nurul tercapai. :)

    ReplyDelete
  2. tahniah nurul..mesti terkejut giler dpt surprise kn...hihihi..tumpang hapy 4 u....

    ReplyDelete
  3. heppi besday bebeh! hope dengan pertambahan umur ni bertambah lah juga kasih dan sayang korang ye. ewaah. hehe.

    dan gud luck utk spm eh.sama-sama lah kita jwab exam dengan tenang hahaha. (*daku pun bajet umur spm*)

    ReplyDelete
  4. so sweet...happy besday ye nurul..kita sebaya je kan...baru 21 kan

    ReplyDelete
  5. hepy belated birthday nurul ! hot momy..=)

    sorry lmbt wish..arinie baru berkesempatan bukak belog..huhuhu

    ReplyDelete
  6. So sweet, tp na tgk muke saiful, mmg nmpak ciri2 romentik tu, hehe

    ReplyDelete
  7. ohww..bday burul..happy belated bday dear:)

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahir nurul...moga di panjangkan umur dan bahagia selamanya bersama keluarga tercinta....moga apa yang diimpikan dapat menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  9. wahhh...nk teka nurul msti dalam 25-27 kn? (ampun kalo silap ye..)BTW, hepi birthday dear...amin smoga dimakbulkan segalanya :)

    ReplyDelete
  10. happy birthday kak.... suami mana ley lupa birthday wife dia.. hehe best2

    ReplyDelete
  11. sweet la saiful. bravo bravo

    ReplyDelete
  12. fie/hany/lylie/yaya : thanks korang ye:)

    ReplyDelete
  13. elly : sebaya gitu . hehe :)


    bonda akish : thanks



    ain :its ok thanks ain

    na : haha :) peleleh pun iya. hehe



    maya : thanks maya :)

    ReplyDelete
  14. mar/jelita/aj/yun : thanks korang :)

    ReplyDelete