Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, June 16, 2011

Menu si kecil (1) : Roti hirisan epal bersalut telur

Dah lama aku nak buat entri pasal masak-masak dalam blog cap ayam aku ni. Tapi selalu tertangguh-tangguh sebab aku jenis malas nak ambil gambar dan nak tulis setiap step cara memasak tu dengan terperinci. Aku rasa macam leceh je nak terangkan satu-persatu ala-ala Chef Wan tu. Haha. Lagi satu aku rasa aku bukanlah hebat sangat dalam bab memasak. So selalu rasa segan silu sendiri. Bila nak buat entri je mesti dalam hati cakap ‘arggghhh tak payahlah. Buat malu je wei’

Sampailah ada seorang sahabat blogger iaitu Reen atau nama glemer dia Reen Fredo tanya aku perihal menu makanan untuk si kecil. Syok berborak kat chat room FB dengan dia. Boleglah feeling-feeling pandai masak. Padahal taklah pandai mana pun. Cuma aku sejak ada anak ni rajin sikit cuba macam-macam menu untuk anak. Reen punya pujuk aku suruh buat entri kat blog. Lama juga aku nak bersetuju buat entri sebegini.

Ok akhirnya aku bersedia untuk membuat entri masak-masak ni. Ayuh mari kita mulakan memasak. Kali ni menu yang simple, mudah dan pasti disukai oleh si kecil. Menu ini sesuai untuk sarapan si kecil. Raina paling suka roti pisang bersalut telur. Tapi hari tu cuma ada epal je dalam peti ais. Pisang nan ado. So epal pun epal lah ye. Sedap jugakkan?

Bahan-bahan
1) Roti potong
2) Buah epal
3) Telur
4) Minyak masak (lebih elok minyak zaitun atau yang sesuai untuk si kecil)


Cara membuatnya

1) Potong buah epal menjadi hirisan yang nipis dan kecil-kecil.




2) Ambil roti keping dan tekan sedikit supaya menjadi padat.



3) Ambil sebiji telur kemudian kacau sehingga sebati



4) Ambil roti keping tadi dan celup di dalam adunan telur yang telah dikacau tadi. Kemudian ambil beberapa hirisan epal dan letak di atas permukaan roti.


5) Goreng sehingga kuning keemasan.


6) Tapis lebihan minyak. Ok sekarang bolehlah hidangkan kepada si kecil.


P/s : Nak lebih sedap cuba tukarkan buah epal dengan buah pisang. Sebab buah pisang lebih manis. Si kecil pasti suka.

Selamat mencuba.

23 comments:

  1. okay thank u kakak! terharu okay T__T

    aritu da cuba epal hijau, nanti nak test epal merah dan pisang pulak lah :D

    seronok lah ade entry masak2, next pulak erk? heeee

    ReplyDelete
  2. wow
    dapat lagi resipi simple unyuk bekal cah gi school
    thanks nurul

    ReplyDelete
  3. rajen nurul ye hehehe leh la try resipi ni bila rayyan dah ada gigi nnt

    ReplyDelete
  4. Simple & sedap! Balik nak try bagi Kakal. TQ Mama Raina mmmuahhh

    ReplyDelete
  5. tenkiu,
    share info
    nnt share lagi oke
    <3

    ReplyDelete
  6. reen : ok next menu nanti akak try buat. hehe. semangat ni :)



    dayu : tu lah simple, sedap dan mudah


    juelee : boleh2 nanti try ye bila rayyan dah ada gigi

    ReplyDelete
  7. fie : sama2 fie :)


    icha03 : InsyaAllah. tgh semangat ni :)

    ReplyDelete
  8. ni bukn ank jer suke..mak2 pon leh tangkap leleh!!disebabkn diet maka kita goreng dgn minyak y sikit...ala2 roti toast

    ReplyDelete
  9. farhana : meh cuba mmg sedap kan? nurul tgh diet pun tibai makan hehe

    ReplyDelete
  10. wah mcm bes nya nurul..len kali leh cuba

    ReplyDelete
  11. bez je bila anak dah pandai makan, ditambah pula, maknye rajin masak, maka kenyanglah perut raina =)

    ReplyDelete
  12. nama masakan nih apple pie raina hehehe

    ReplyDelete
  13. rajen ah nurul,
    xpernah lg rase epal goreng, hehehe nk try la..tp yg nurul msk la :p

    ReplyDelete
  14. naurah suke sosej roll tu je nurul. senang jugak nk buatnye. dah lame x buat sejak kt wetland hari tue..

    nk buat la weekend nie hehhe

    ReplyDelete
  15. Wah..dah lame xjenguk sini..dah ade resipi masak2 yer..best2.. Tq for sharing nurul...

    ReplyDelete
  16. mak budak pun suka!hehehee...
    tp kysha tak suka roti :(

    ReplyDelete
  17. mcm berminyak jek...apa kata just goreng kat kuale leper yg tanpa minyak tu..atau pun letak sikit mentega...lagi sedap rasenye...sbb tu mcm berminyak jek..

    ReplyDelete
  18. sab slalu jgk bt roti telur ni..tp x penh lg ltk buah...nk bg manis sab pukul telur dgn gula,lps tu sab bakar ats kuali dgn planta or mnyak skit..lps ni nk try ltk buah plak :) tgk nurul pye mcm sdp jer

    ReplyDelete
  19. nurul, just a suggestion, kalau nak kurangkan minyak, boleh goreng kat non stick pan with few drops of oil :)
    tiba rasa nak try macam sedap je hehe

    ReplyDelete
  20. nurul... ira copy eak.
    mesti best ni... hihihi

    neway, salam kenal.. :)

    ReplyDelete
  21. shima : selamat mencuba :)


    ain : hehe baru skrg nak rajin diri ain. hehe



    yun : hehehe boleh gak letak nama menu tu


    na : jauh nak pos ke kuantan tu na :)

    ReplyDelete
  22. ena : sosej roll pun sedap kan?



    nads : thanks nads :)


    zuris : tunggu kysha besar sikit mana tahu suka roti :)


    yayan : terpulang yayan nak buat mcm mana. letak mentega pun bole :)


    sab : selamat mencuba sab :)


    ederq : hah mcm tu pun boleh ederq :)

    ReplyDelete