Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, June 22, 2011

Minah kilang yang hebat

Kan best kalau pergi kerja boleh sarung jeans. Kami hanya dibenarkan pakai jeans setiap hari sabtu saja

Siapa kat sini pernah kerja kilang? Maksud aku jadi minah kilang kerja sebagai operator pengeluaran di sesebuah kilang? Siapa pernah tu meh sini angkat tangan tinggi-tinggi. Hah aku pun nak angkat tangan jugak. Tak percaya? Percayalah yang aku pernah kerja kilang. Buat kerja-kerja sebagai operator pengeluaran.

Tapi itu cerita lama. Lebih kurang 10, 11 tahun yang lalu. Masa tu aku baru je habis SPM. Lepas SPM sementara nak tunggu result SPM tu tak tahu nak buat apa baik kerja kan? Dapat jugak duit poket. Masa tu ibu dan ayah aku tak bagi aku kerja sebenarnya. Tapi aku nak jugak kerja. Sebab semua kawan-kawan aku nak cari kerja so aku pun nak join jugak. Punya semangat aku dangan geng aku pergi kilang mana-mana yang ada di area Banting tu tanya pak guard tentang kerja kosong kat kilang. Hebat tak kitaorang?

Akhirnya aku di terima bekerja. Boleh dikatakan satu geng aku kerja tempat yang sama. Basic gaji aku time tu taklah tinggi mana. Tapi campur elaun itu ini dan OT boleh tahan jugaklah. Tapi aku kerja tak lama kat kilang yang tu. Dalam sebulan dua je. Sebab tak tahan dengan line leader kat situ.

Pastu aku cuba pulak minta kerja kat kilang berdekatan dengan kilang mula-mula aku kerja tu. Rezeki aku terus dapat kerja. Aku pun pelik entah kenapa aku dulu nak cari kerja mesti kerja kilang. Aku tak mahu cari kerja macam kerja kat kedai baju ke? Kat gerai makanan ke? Atau kat pasaraya ke? Sebab dulu aku set otak aku kerja kilang gaji banyak. Budak lepas SPM apa yang tahu sangat pasal kerjakan? Gaji RM 800 pun dulu aku ingat dah tinggi bebenor. Budak-budak lepas sekolah pegang duit biasalah tu kan?

Kilang yang seterusmya tempat aku kerja ni macam leceh sikit. Siap kena pakai pakaian macam nak pergi angkasa lepas tu. Tutup muka bagai. Cuma nampak mata je. Mula-mula aku tak selesa kerja kilang tu. Aku rasa macam haram jadah je kerja pakai baju macam nak pergi angkasa lepas pastu nampak mata je. Lama-lama tu aku jadi selesa. Aku suka kerja kilang tu. Lagipun aku dah ada ramai kawan baru yang best-best kat situ. Mamat-mamat kat situ pun hencem-hencem tau. Amboi bukan main lagi kau ye Nurul. Haha. Aku plan nak kerja kilang tu sampai aku dapat mana-mana tawaran sambung belajar.

Gaji aku kat kilang tu agak best sikit. Kerja bagai nak rak dan OT hari-hari aku boleh dapat gaji lebih dari RM1K. Memang syok gila time tu. Dapat duit lebih RM1K pergi joli sana sini. Masa tu mana ada tanggungan kan? Pastu ibu dan ayah aku tak mahu sangat duit aku tu. Iyelah budak lepasan SPM je so ibu dan ayah aku cakap anggap je duit gaji tu duit usaha sendiri dan duit poket sendiri. So duit tu aku belilah macam-macam tak ingat dunia.

Aku masih ingat lagi aku pergi beli alat solek brand Maybellin dan Loreal. Masa tu dah bangga bebenor tu dapat pakai lipstick Maybellin. Batak kan aku dulu? Haha. Pastu aku beli rak buku saiz besar. Sebab aku gila kumpul novel. Penuh satu rak buku tu dengan koleksi novel-novel dan buku-buku aku. Aku beli VCD player. Dah rosak pun VCD player tu. Tapi aku masih simpan lagi walaupun ayah aku kata nak humban dalam tong sampah. Aku tetap mahu simpan. Sebab itu adalah hasil dari titik peluh aku sendiri.

Aku kerja kilang tu dalam 5,6 je bulan kot. Selepas tu aku sambung belajar masuk form 6 dan seterusnya aku dapat tawaran dari UITM. Aku memang plan tak mahu kerja kilang untuk jangka masa yang panjang sebab aku nak sambung belajar dan nak kerja lebih baik dari itu. Alhamdulilah impian aku itu dimakbulkan.

Alhamdulilah impian aku nak kerja lebih baik selepas habis belajar telah dapat aku capai. Cuma kalau boleh aku nak cari kerja yang dekat dengan rumah aku selepas ni. Wish me luck

Tapi percayalah kerja kilang walaupun kerja sebagai kuli bawahan je macam operator pengeluaran ni taklah sengkek mana. Kadang-kadang aku rasa kerja kilang gaji diaorang lebih besar dari kerja sebagai kerani biasa di sesebuah syarikat. Eh ye ke? Berapa ye standard gaji kerani? Tapi kerja kilang ada macam-macam elaun, ada OT, ada macam-macam faedah macam simpanan koperasi, unit saham tertentu dan sebagainya. Class tak diaorang ni?

Aku ada seorang kenalan yang kerja kilang di Bangi. Cuba korang teka berapa gaji kenalan aku tu? Gaji dia hampir RM2K sebulan tau. Kenalan aku tu cuma operator pengeluaran biasa saja. Hebat tak dia? Pada aku kira hebat sebab kenalan aku tu cuma kerja kilang tapi dia taklah sengkek yang kita sangkakan.

Sebab itu aku tak pernah nak pandang rendah kat orang yang kerja kilang. Sebab dulu aku pun pernah kerja kilang. Dan aku faham perasaan diaorang. Dan mungkin ada sebab tertentu kenapa diaorang pilih jalan hidup mahu dambakan diri kerja kilang sepanjang hidup diaorang. Sebagai contohnya seperti kenalan aku itu. Sebab taraf kerja kilang zaman sekarang lebih hebat jika nak dibandingkan dengan dulu-dulu.

Aku yang buat kerja-kerja account di sebuah company ni pun tak ada elaun macam-macam tau. Walaupun basic gaji aku agak tinggi bak kata boss aku sekalipun tapi kalau ada macam-macam elaun lagi best kan? Kerja pun semangat je.

'Bos, kasilah elaun. Boleh bos?'

P/s : Gambar-gambar tu semua aku saja je letak. Aku ni kan kalau entri tanpa gambar rasa macam tak best je. Nak jugak tempek gambar walaupun gambar-gambar tu agak selekeh sebab di ambil semasa kami bekerja pada hari Sabtu. Itu yang masing-masing pakai jeans tu. Ada korang kisah entri ada gambar ke tak ada gambar? Kisahkan? Sila sabar dengan perangai poyo aku.

20 comments:

  1. hehe..org gaji kilang mmg byk nurul.tp keje dia org teruk lah..yg bes tu sbb mcm mcm ada elaun kan..pastu yg boringnya..wat keje yg sama je stiap hari hehe

    ReplyDelete
  2. pengalaman asna lepas habis SPM ada bkerja di kedai kasut vincci KLCC. masa tue dpt la byk jugak sekali joli sane sini tau2 duit dh habis haha =D nyesal xsimpan~

    ReplyDelete
  3. shima : betul tu setuju lagi satu tak bestnya ada keja shift2 kan?

    ReplyDelete
  4. asna : kan? dulu dpt duit gaji joli sana sini duit buat beli mcm2 hehe

    ReplyDelete
  5. kite pon penah keje kilang gak nurul. adelah dlm 2 kilang try. keje kilang nie x berkembang minda sbb buat benda yg sama hari2. pastu penat.

    beza keje kilang ngn keje opis, gaji maybe x lari byk, tp bab penat ngn x penat tu mcm langit ngn bumi. huhu

    keje kilang cam rase jd kuli batak hik hik

    ReplyDelete
  6. kita penah...dan gaji kita banyak..hehe..sekali ganda ngan keje sekarang..
    ot memang kaw2 lerrrr...sebulan beribu jugak masuk asb sebab dulu tak guna duit sangat..hehe :P

    tapi memang boring sebab buat keje sama..hehe..

    ReplyDelete
  7. b4 kawen...pja kje kilang...kat nestle SA...heheheheh..tp bkn la as a operator...tp mmg jeles ngan operator...gaji dorg lag besau compare ngan gaji pja...wahahahahaha

    ReplyDelete
  8. mun tak penah keje sbg operator pengeluaran so mun tak tau lah kan gajinya mcm mana....hehehe
    dulu masa lepas habis belajar ingt nak keje kat tmpt best2...last-last kat kilang jugak tempat mun..kilang besi...

    ReplyDelete
  9. sy xpenah experience keje kilang.lepas spm dok umh jer.ayah xkasi keje coz ayah risau sy dh seronok dpt income sndri then xnak sambung blaja dah

    ReplyDelete
  10. ena : tu lah buat kerja hati2 sama je kan?


    ayu : tu la. dulu nurul pun buat kerja yang sama jugak tp dulu budak2 main kerja je asal dpt duit

    ReplyDelete
  11. pja : ye ke pja? wow


    mun : tak pe mun pun dah berjaya skrg kan?


    yun : dulu ayah ibu nurul pun tak bg kerja tp nurul nak jugak keja. hehe. tapi alhamdulilah tak lupa diri sambung study juga :)

    ReplyDelete
  12. seronok kan Nurul. dengan tak komitmen apa² lagi masa tu mmg syok lah kan. sekarang nak beli mekap pun fikir anak dulu. hehe

    ReplyDelete
  13. dina x pernah keje kilang..tak pernah keje sementara kat mana2 pun..lepas spm gi plkn..hihi

    ReplyDelete
  14. fie : betul tu nak beli apa pun skrg kena fikir 2,3 kali tau


    deena : oh pi plkn ke? time zaman nurul tak ada plkn ni deena

    ReplyDelete
  15. hehehe gimme 5

    sy pn penah keja kilang dlu
    chill jek

    bg sy
    lg besar gaji
    lg besar tanggungan
    huhuhu

    ReplyDelete
  16. saya! saya! saya pun pernah. heheh. kerja kilang lepas matrix. dapat gaji rm1.2k haha!
    tapi before dapat kerja situ, pergi 1 kilang ni. dia tau kita org budak2 nak masuk U. so dia lecture cakap kenapa nak kerja kilang. sepatutnya pergi kerja yang boleh bantu utk tmbh pengalaman bla bla hihi
    so lepas tu nak mintak kerja kilang, cakap miskin tak ada duit nak sambung belajarrrr hahhahaah!
    lepas tu bila quit kerja semua macam eh dah agakk dah hehe

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum sye nk tnya sikit nurul kerja kt banting dulu kt kilang mna ye? Sye sedang mencari pekerjaan. Harap bole bntu

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, maaf mnganggu sye nk tnya nurul dulu kerja kt banting kn dekat kilang mne ye? Sye sedang mencari kerja harap dtp membantu :)

    ReplyDelete
  19. Dulu kerja kilang kat telok panglima garang

    ReplyDelete
  20. Kerja kilang mmng penat bakhang...aku snggup 2 bulab..hari2 buat kerja sama...x open mind duk Salam xtahu dunia luar..aku respeck dorng yg berpuluh tahun kerja..aku 2 bulan je mmpu

    ReplyDelete