Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 27, 2011

Rainbow Lala macarons


Assalamualaikum

Sekarang aku dan adik aku sedang seronok bisnes. Sebelum ni kami adik-beradik dah mula jalankan bisnes kecil-kecilan macam adik aku Dhila bisnes berkaitan videography dan adik bongsu aku Bani bisnes berkaitan photography. Ada juga bisnes sampingan yang lain macam jual baju dan tudung. Tudung tu adik aku jahit sendiri ye. Tak ada amik dari supplier mana-mana pun. Macam aku pulak bisnes lebih berkait rapat dengan hal design seperti sticker, label dan lain-lain lagi.

Aku dan adik aku Dhila mahu cuba kembangkan bisnes kecil-kecilan kami ini. Kalau nak kirakan untung taklah besar mana tapi aku rasa puas dan seronok bila bisnes macam ni. So adalah aktiviti lain yang nak di buat di samping menjana pendapat sampingan. Yang penting aku puas hati dan plan nak ada bisnes sendiri tercapai walaupun secara kecil-kecilan saja. Alhamdulilah. Doa-doakan kami mana tahu ada rezeki lebih boleh buka stall pulak. Tengah slow-slow planning ni. Sekarang ni aku berangan je dulu. Hehe.

Aku dan adik aku ada jual macarons. Selain macarons kami ada jual apam polka dot warna-warni, cookies jar, paper bag, label, tag card, sticker dan macam-macam lagi. Cuma sekarang aku busy dengan hal kerja dan hal rumah jadi kurang promote tentang hal ini. Tapi aku tengah cuba juga merajinkan diri untuk promote bisnes kami ini.




Untuk permulaan kami separated kan blogshop kami. Blogshop aku iaitu Rainbow Lala belum lagi update. InsyaAllah aku cuba cari masa untuk update. Atau boleh melihat perkembangan terkini di FB personal aku atau di FB Rainbow Lala.

Ok sekarang ni sana sini ramai memperkatakan hal keenakkan macarons bukan? Tapi sedia maklum macarons harga sebiji di luar adalah sangat mahal bukan? Boleh mencecah RM7 sebiji di Pavillion. Jika ada terjumpa macarons di luar di jual dengan harga murah RM2.50 sebiji sekalipun tetapi saiznya adalah sangat kecil.

Tapi kami di sini menjual macarons dengan harga jauh lebih murah dan macarons kami ini mempunyai saiz yang lebih besar. Saiz adalah lebih kurang saiz biskut marie yang bersaiz sederhana dan lebih besar dari saiz duit 50 sen duit syiling. Ada mempunyai pelbagai perisa seperti oreo, vanilla, lemon, blueberry, strawberry, cuppucino, mint dan coklat.

Untuk pertanyaan bolehlah pm aku di FB : Nurul Jamian. Atau email di ainiee_overmars@yahoo.com / rainbowlala_lala@yahoo.com

25 comments:

  1. kalerfull tu yg xtahan,
    ngidam ah, tp sni payah dpt,
    nanti klu turun sane harus order gak ngn nurul ni nk rase, hehe
    btw gud luck utk bisnes baru ni :)

    ReplyDelete
  2. gud luck nurul..smga rezeki bertambah2..seronok kan bisnes yg baking2 ni..kalay yana ade masa pun yana suka nk cuba

    ReplyDelete
  3. nurul, transaction in making ni.. tak saba nak rasa

    ReplyDelete
  4. ummmmm, nmpak besh jek...nurul de kasi tester x? hehehe..same la kita pn tgh nk run biz sndri gak rase malas dh nk kije dgn org ni...

    ReplyDelete
  5. rajinnya nurul

    hrp bisnes berkembang maju. amin =)

    nak try tp xde bajet huk huk

    bln nie byk kene bayo T_T

    ReplyDelete
  6. cantik macarons nih mcm2 kaler.bila disusun begitu nampak menarikk sgt

    ReplyDelete
  7. Dear; I email you to ainiee_overmars@yahoo.com

    Thank You =D

    ReplyDelete
  8. arghh memang geram tgk macaron ni. bagus betul nurul adik beradik rajin sgt bisnes sama2.

    ReplyDelete
  9. aziyana : mmg seronok aziyana rasa puas sgt


    adni : yeahhhh thanks afni order dr nurul


    jeilita best jeilita meh lah cuba

    ReplyDelete
  10. ena : bila2 pun ena bole try nanti ye



    yun : tu yg menjadi daya tarikan macarons yun :)

    ReplyDelete
  11. kasihnya cinta : ok nanti saya check ye :)


    fad : saja suka2 fad. hehe :)

    ReplyDelete
  12. All the best nurul..moga jadi usahawan yg berjaya!! ;)

    ReplyDelete
  13. salam nurul, aritu nurul ckp nak join pameran kat karangkraf ke mane ek? bile ye?

    ReplyDelete
  14. aum, sedapnye!
    wahh murah dan lebih besar dari yg jual kat kedai eyh? ;) harus dicuba ni

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. lip : tq lip :)


    ciera : itu adik nurul yg booking kan awak


    hanie : meh lah rasa

    ReplyDelete
  17. meriah macarons dia..ari tu ingat nak order sbb tak pernah rasa..then, ada kawan bawak gi opis, dah rasa..its toooo sweet for me yang tak tahan manis..huhuhu..kalau ada rezeki buat bday party rafique, insyaallah nka order ngan nurul..coz the colour makes me feel happy!!HIHIHI

    ReplyDelete
  18. nurul..macarons tu look yummy,but betul ke yummy?huhuhu.bolehlah cuba nanti :)

    ReplyDelete
  19. gudluck tao nurul....bestnye dgr kawan2 buat bisnes..mun teringin jugak tp tak tau nak buat bisnes apelah..hhuuhuh

    ReplyDelete
  20. berapa adik jual macaroon ne?? boleh pos ke? pastu kena order min berapa??

    ReplyDelete
  21. dah wat biznes ke kak nurul..
    semoga berjaya
    =)

    ReplyDelete
  22. this is cool! nanti next birthday sabrina boleh la oreder kat kau!

    ReplyDelete
  23. macaron yang sangat cantik! seronok kalau dpt bt duit hasil titik peluh sendiri kan!

    ReplyDelete