Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, June 3, 2011

Setahun 6 bulan Raina Evaqairina


Patutnya aku buat entri nie pada dua minggu lepas. Tapi disebabkan mood menulis tu nan ado jadi aku tangguhkan dulu entri nie. Maklumlah mood menulis makin merundum sekarang. Tak tahulah kenapa. Tapi aku cuba jugalah untuk rajinkan diri menulis.

Ok entri nie aku tulis semasa aku malas nak buat kerja. Entah kenapa dari semalam aku dah mula malas nak buat kerja. Pagi-pagi dah duduk termenung kat meja sendiri. Bila mata dah mengantuk tahap gaban mulalah aku pergi toilet. Lepak sekejap kat toilet dan aku boleh tertidur dalam toilet. Haha.

Eh toilet office aku wangi dan bersih tau. Sebab itu aku boleh bantai tertidur dalam toilet. Sedangkan kerja tengah banyak tapi perasaan nak siapkan keja tu nan ado langsung. Bukan tak buat langsung kerja. Buatlah juga kerja tu tapi buat gitu-gitu je.

Sorry bos :D

Pada 19hb hari tu umur Raina genap 18 bulan atau bersamaan setahun 6 bulan. Lagi setengah tahun je lagi umur anak aku akan genap dua tahun. Kejap je kan?

Hari tu aku pergi melawat kawan aku berpantang anak no 2. Anak sulung kawan aku tu sebaya Raina. Tapi umur dia dah dua tahun sebab lahir awal tahun. Raina kan lahir hujung tahun jadi ramai kawan-kawan aku panggil Raina dengan panggilan ‘Adik Raina’ di kalangan anak-anak kawan aku tu walaupun sebaya. Sebabnya Raina belum mencecah umur dua tahun. Anak-anak kawan aku yang sebaya Raina tu kebanyakan dah dua tahun. Jadi Raina boleh beranganlah dia junior lagi. Hehe.

Raina sekarang macam-macam akalnya. Macam-macam keletah yang dia buat. Raina dah pandai merajuk. Kalau dia merajuk kadang-kadang tu dia merajuk terus menyorok kat belakang langsir. Kadang-kadang dia pergi belakang pintu atau belakang TV. Pernah juga Raina merajuk terus berguling-guling atas lantai pastu menangis atau tak mahu langsung bercakap dengan kita sambil palingkan muka. Hah itu tandanya dia tengah merajuk. Selalunya aku tak berjaya pujuk Raina. Tapi Saiful selalu berjaya pujuk Raina. Anak papalah katakan? Eh eh kembang hidung Saiful baca baca blog aku nie. Cit nak termuntah aku. Anak mama juga tau.

Aku suka tanya Raina macam-macam soalan. Macam kita berborak-borak dengan dia. Walaupun aku tak berapa faham bahasa dia tapi aku suka layankan je apa yang Raina cakap. Contohnya aku selalu tanya Raina :

Aku : Raina anak mama ke papa?
Raina : Papa
Aku : Mamalah. Sebab mama yang mengandung dan melahirkan Raina
Raina : Papa

Kalau dengar jawapan Raina nie aku redha je. Memang setiap kali tanya soalan yang sama mesti jawapan Raina pun sama. Saiful mesti bantai gelakkan aku. Sabar je lah

Raina juga dah pandai sebut nama sendiri. Berkat hari-hari ajar dia sebut nama sendiri. Alhamdulilah akhirnya dia dah pandai sebut sendiri. Tapi dia masih tak pandai sebut nama penuh lagi.

Aku : Siapa nama?
Raina : Raiiinaaa
Aku : Siapa nama? (Tanya sekali lagi)
Raina : Nanaaa

Hah macam-macam jawapan Raina. Kadang-kadang dia sebut ‘Raiiinaaa’ dan kadang-kadang dia sebut ‘Nanaaa’. Siap ada irama dan beralun bila dia sebut nama sendiri. Asalkan sebutan tu ada bunyi seakan-akan sama oraitlah kan? Aku dan Saiful akan berikan satu tepukan tanda bagi semangat kat dia. Nanti mulalah dia tersengih-sengih.

Raina juga dah tahu setiap nama anggota badan. Kalau kita tanya mana mata nanti dia kenyit atau pejam mata dia. Kalau kita tanya mana hidung nanti dia tunjuk hidung dia. Kalau kita tanya mana kaki nanti dia tunjuk kaki dia. Kalau kita tanya mana perut buncit nanti dia tunjuk perut dia. Begitu juga dengan anggota badan yang lain.

Sekarang aku tengah gigih nak ajar dia sebut satu-persatu mengenal ABC dan 123. Raina boleh sebut tapi tak berapa jelas bunyi sebutan. Kena usaha lebih gigih lagi. Sebab aku pernah tengok anak kawan aku tu dia dah pandai sebut satu-persatu ABC dan 123. Seronok tengok budak-budak kecil belajar mengenal abjad dan huruf.

Raina juga dah mahir berus gigi sendiri. Aku selalu ajar berus gigi dengan cara aku sendiri jadi model berus gigi. Aku pegang berus gigi aku dan Raina pun pegang berus gigi dia sendiri kemudian aku ajar cara macam mana nak gosok gigi. Alhamdulilah Raina dah boleh berus gigi sendiri Cuma kita kena sentiasa tengok-tengokkan semasa dia sedang memberus gigi tu.

Raina juga dah boleh menyanyi beberapa lagu seperti lagu ‘injek-injek semut’. Kalau korang dengar dia menyanyi mesti bantai gelak sebab dia masih baru nak belajar cakap jadi dia akan menyanyi hujung-hujung patah perkataan je tapi jelas juga bunyi sebutan tu. Aku memang tak ajar langsung Raina menyanyi. Ini semua berkat babysitter Raina yang ajar menyanyi. Alhamdulilah.

Sebenarnya banyak lagi perkembangan yang Raina belajar dan perolehi. Cuma aku malas nak menaip panjang-panjang. Aku Cuma berharap Raina akan belajar lebih gigih lagi dalam perkembangan tumbesarannya. Seronok tengok keletah anak kan? Itulah namanya anak ini anugerah terhebat dan penyeri hidup kita.

Ok nanti aku rajin aku update entri lain pulak ye. Kata nak dapat 12K nuffnang. Beranganlah kau Nurul. Haha.

Assalamualaikum.

15 comments:

  1. Bila raina dh pandai berckp nanti lagi seronok melayan dia berborak.. ;)

    ReplyDelete
  2. Hai..salam kenal jugak..comel anak dara u..;)

    ReplyDelete
  3. kalau mirza pulak asyik dengan mama jek..papa dier tak rapat sgt...betullah kan org kt anak laki rapat dengan mak..anak pompuan pulak rapat dengan bapak.....mesti cute jek kan raina nyanyi lagu tuee....

    ReplyDelete
  4. Nurul, rajin2 lah update blog yer. Rindu tau nak bace T_T

    Raina cam dah big gurl sgt2. Clever =)

    ReplyDelete
  5. Pandainyaaa Raina ni. Cpt besar ye sayang, boleh tolong Mama kat dapur. Raina comel bla nak ketemu lagi?

    ReplyDelete
  6. dlu jumpe raina xdgr spatah lg butir kluar dr mulut dia..
    maybe sbb raina pemalu kan,
    hehe na nk sgt dgr keletah dia brceloteh
    xpe next party cyrus kite jumpe yer raina,,
    bg hadiah yg dh lama aunT simpan tu skali :p

    ReplyDelete
  7. nanananana..hahaha :p dah pandai okeh..kita je dok rasa anak kecikpadahal dah boleh jawab balik apa kita cakap kan..pandainya raina..apa lagi..mintak adik la...hahahhaha :P

    ReplyDelete
  8. hahaha anak bapak betul la raina ni..dh le muka sebijik ayah..cian mama..xpe asal yg masuk perut raina tu hasil tgn mama, one day mmg die akan ingt mama die je..

    ReplyDelete
  9. dah besar anak dara nurul. makin comel :)

    ReplyDelete
  10. wow. 6 bulan je lagi nak 2 tahun. cepatnye masa berlalu kan.

    ReplyDelete
  11. kysha kan..ajar gosok gigi, dihisapnya ubat gigi tu.pening.fuhhhhh...

    ReplyDelete
  12. nanti ajar raina nyayi lagi Ibu pulak hehe. sekejap jer dah setahun stgh. lg 6 bulan cukup 2 tahun. lepas tue baru boleh plan for 2nd baby ;)

    ReplyDelete
  13. lip: tu lah tak sabar nak raina pandai cakap


    ummiummar : thanks awak :)


    mun : tu la mungkin kot mun kan :)

    ena : tu lah skrg kat opis kena block nak update pun mcm tak ada mood je akan cuba rajinkan diri

    ReplyDelete
  14. fie : tu lah bila nak deting lagi ni fie


    na : ok kita deting ye


    ayu : kasi raina besau dulu ayu. hehe :)

    ReplyDelete
  15. aziyana : tu la pasal. hehe :) tapi mama dia yg masak bekal raina hari2 hehe


    fathi : thanks fathi dah besar dan mcm2 akalnya fathi



    fad : tu lah kejap je masa berlalu



    zuris : zuris jadi model kysha gosok gigi


    asna : bagi raina besar dulu asna. hehe :)

    ReplyDelete