Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, June 17, 2011

Soal anak

Raina ketika dia masih kecil. Time ni tetiba je aku reti dukung budak kecik. Sedangkan dulu aku takut nak dukung budak kecik


Dulu masa baru bergelar pengantin baru, aku memang dah set otak aku mahu enjoy. Aku tak mahu fikir pasal anak. Sebab aku rasa dulu aku tak bersedia nak pukul tanggungjawab yang lebih berat. Nasib baik Saiful setuju. Senyum lebar wei sebab suami setuju je apa aku cakap dan jenis tak kisah. Sampailah satu hari Saiful tanya aku soalan cepumas. Masa tu tak silap aku dah 3,4 bulan kot usia perkahwinan kami.

Saiful : Sayang tak mahu mengadung ke?
Aku : Kan dah bagitahu Nurul tak bersedia lagi.
Saiful : Hari tu kita balik Sekinchan kawan Saiful tanya Saiful bila nak ada anak. Saiful tak kisah tapi bila kawan-kawan tanya tu rasa teringinlah pulak nak tengok Sayang pregnant.
Aku : (Terdiam)

Sebenarnya kalau kita sebagai perempuan plan baik punya pasal hal anak ini tapi percayalah naluri seorang suami yang teringin nak anak itu mesti ada dalam diri seorang suami. Mereka akan rasa tergugat kalau ada di kalangan kawan-kawan mereka sebagai contohnya membicarakan hal sebegini. Ini kesimpulan aku buat sendiri je.

Aku terkedu bila Saiful mempersoalkan hal anak sedangkan kami dah bincangkan perkara ni terlebih dahulu. Puas aku memikirkan perbualan aku dengan Saiful tu. Bila minta pendapat ibu aku pun jawapan tetap sama. Mereka menggalakkan aku supaya mengandung secepat mungkin.

Lebih kurang hampir setengah tahun, barulah aku bersetuju untuk mempunyai anak. Kalau ikutkan hati aku ketika itu aku memang tak ready sepenuhnya. Tapi jauh di sudut hati aku seperti mahukan anak. Naluri itu datang secara tiba-tiba. Tengok kawan-kawan aku dah pregnant macam best je. Lagi satu nak gembira hati semua orang terutamanya Saiful.

Bulan pertama aku dan Saiful mencuba, kami tak berjaya. Masa tu aku punya teruja mengira putaran haid aku. Catat di calendar bagai. Tup tup aku period. Terus rasa sedih. Tak tahu kenapa aku rasa sedih padahal tak ready lagi tu.

Bulan kedua kami mencuba lagi. Masa tu aku dah lewat period dalam dua hari kot. Alhamdulilah aku disahkan mengandung lebih kurang 5 minggu usia kandungan. Serius aku tak percaya. Bagaikan mimpi di siang hari. Cewah.

Bila aku disahkan mengandung, secara tiba-tiba aku rasa diri aku sudah bersedia untuk menanggung tanggungjawab yang lebih berat itu. Walaupun ada rasa takut tapi jauh di sudut hati aku punya naluri keibuan itu secara tiba-tiba.

Aku rasa hidup berdua bersama suami akan lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata. Tidak semua bernasib baik untuk memilikinya. Oleh itu hargailah amanah Allah ini dengan sebaik mungkin.

Aku lihat terlampau banyak kes-kes pembuangan bayi dalam masyarakat kita sekarang. Rasa mahu tampar laju-laju je kepada manusia kejam ini. Anak itu Amanah Allah. Jadi jika kita insan yang bertuah memilikinya hargailah anugerah terhebat ini sebaik yang mungkin. Percayalah setiap saat membesarkan anak itu adalah saat yang paling berharga buat kita.

20 comments:

  1. kan Nurul kan? orang nak anak, dia buang-buang. apa lah nak jadi skg ni..tak dpt nak describe kegembiraan bila disahkan pregnant. cane lah nanti..hehe ;)

    ReplyDelete
  2. ya nurul kita harus bersyukur dengan anak yg Allah amanahkan pada kita.
    Rasa best ada anak kan??

    ReplyDelete
  3. ank tuh kn anugerah yg terindah kn nurul...harta yg x ternilai....tue je la harta yg akn kekal nanti...yg akn doakan kite bile kite da x de kt dunia nanti...harap2 la....moge raina jadi ank yg terbaik tuk nurul n saiful.

    ReplyDelete
  4. samala nurul! hubby yang asyik tanya2 hahaha

    ReplyDelete
  5. like this entry. Tuhan memang tau ape yg telah diaturkan oleh setiap hambanya :)

    ReplyDelete
  6. sama laa nurul..masa sebelum kawen, dina cakap ngan hubby nak enjoy puas2 dulu before dapat baby..tp bila 2-3 bulan duduk ber2 n hubby selalu balik lewat, rasa bosan dok sorang..last2 bila hubby kuarkan pasal topic baby ni, terus cakap on..hihhi

    ReplyDelete
  7. semua cite pasal anak kan arinie....hehehee.....betullah nurul bile kite sudah ada anak nie automatik kite jadi bersedia dalam segala segi....

    ReplyDelete
  8. anak tu peneyri rumahtangga
    ada masanya
    kalau asyik ber-2.. kita tgk dia
    dia tgk kita
    boleh jadik muak gak kan..

    ReplyDelete
  9. shinnaz : Seronok sgt dan perlu hargai kan :)


    as : best sgt as :)


    lylie : InsyaAllah Lylie. Mudah-mudahan :)

    ReplyDelete
  10. ederq : hehehe :) tp skrg ederq dah ada anak best kan?


    hanie : kan? Allah S.W.T itu lebih mengetahui


    dina : hehehe ye ke dina? tersengih2 nurul baca komen dina ni

    ReplyDelete
  11. mun ; tula nurul buka blog masing2 cerita anak kebetulan kan sbb entri ni dah lama nurul buat tp baru nak publish sbb kat opis dah kena block publish lepas opis hour secara berjadual. tu lah automatik ready dan tahu kan bila dah ada anak. seronok :)



    dayu : betul tu pastu hilang tension bila tgk muka anak, layan kerenah anak

    ReplyDelete
  12. betul tu nurul, anak ni penyeri keluarga. btw, raina sgt cute dlm gamba tu =)

    ReplyDelete
  13. kami suami isteri mmg mau ank cepat2.alhamdulilah sebulan lepas kawen dh pregnant

    ReplyDelete
  14. huhuhu
    dulu sy selalu berangan mcm tue

    tp bila dh kawen lewat nie
    terus berharap pas kawen nnt nk terus dpt baby

    tp semuanya allah yg menentukan

    sy redha dan terima jek

    ReplyDelete
  15. i plak mmg cepat2 nak ada anak,maybe sebab kawin pun umur dah 28 thn..heheh

    ReplyDelete
  16. cm pja plak...pja yg aim nk bunting pelamin...syukur tertunai...huby time tu terpinga2 n blerr je ble tahu pja pegnen...wahahahahahah

    Dgn kehadiran ank ni...at least mak pak dia ni sentiasa berusaha berubah ke arah kebaikan..walopon masih x sepenuhnye.x de la ikut darah muda sgt dh...

    ReplyDelete
  17. entahlah macam manusia sekarang ni kan. orang lain bersusah payah nak anak. dia boleh buang merata-rata.

    ReplyDelete
  18. afni : kan afni kan :)


    yun : oh ye ke yun? Alhamdulilah



    angah : raina ckp i love u ummie ngah



    lip : oh ye ke lip? ok tu rezeki kan



    pja : alhamdulilah rezeki pja



    fie : tu la pasal fie

    ReplyDelete
  19. stiap anak yg dianugerahkn pd kita tlh dtentukan rezekinya...org yg buang ank tu x taw la nk cakap cmner lagik...eeee..

    ReplyDelete