Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, July 8, 2011

Mula-mula kutuk, lama-lama suka

Dari zaman anak dara antara perkara yang paling aku benci adalah pakai baju kurung. Bukan baju kurung je tau. Tapi baju fesyen yang lain pun aku tak suka. Tak kisahlah baju kebaya ke baju kurung moden ke semuanya aku tak suka pakai. Kalau kat sekolah aku dulu cikgu bagi green light pakai baju uniform sekolah jenis skirt tentu aku pun nak sarung skirt kot. Tapi disebabkan sekolah aku tak benarkan murid yang beragama islam memakai skirt, jadi aku dalam keterpaksaan sarung jugak baju kurung.

Bila tiba raya, memang beriya-iya aku beli kain dan tempah baju untuk raya. Tak cukup dengan sepasang, mesti nak tempah sampai 2,3 pasang. Bila dah mula kenal Saiful dan aku jadi tunang dia, pernah jugak sampai merajuk besar hanya sebab baju raya je. Ibu aku sampai membebel-bebel dan bising kat aku sebab aku beriya-iya protes baju raya yang Saiful belikan untuk aku. Ibu cakap aku tak hargai apa yang orang belikan dan beri kat kita. Ibu aku dah faham sangat dengan perangai aku yang bukan nak pakai sangat pun tapi beriya-iya nak protes bagai.


Entahlah.
Dulu aku mengada-ngada lebih kot. Kononnya nak manja lebih dengan tunang sendiri. Poyonya kau ni Nurul. Haha.


Pernah Saiful belikan aku baju kurung harga RM300 lebih kot tapi aku protes habis-habisan. Ada sekali tu aku campakkan je baju kurung yang Saiful beli tu sebab Saiful tak belikan aku tudung yang sesuai untuk baju kurung tersebut. Bila dia dah beli tudung yang sesuai, bukan aku nak pakai pun. Tersepuk dalam almari. Tak ke itu satu pembaziran? Kebanyakan baju yang dia beli pun aku cuma pakai sekali dua je sebab aku bukan suka sangat pakai baju kurung. Rasa rimas dan tak selesa. Pada aku baik pakai seluar lagi best dan senang nak bergerak. Aku lebih rela pakai skirt atau jenis dress dari pakai baju kurung.

Sebab itu ibu aku bising. Tapi ibu aku bising macam mana sekali pun aku buat tak tahu je. Tetap ikut kepala degil aku je dulu. Hah sebab itu ibu aku cakap aku ni jenis keras kepala tapi kuat peleleh. Haha. Ala dulu darah muda. Suka memberontak. Terukkan aku dulu?

Sekarang ni bila dah jadi mak budak, bila tiba raya mulalah aku berlembut dengan Saiful minta duit nak beli kain baju raya. Bila aku dah tempah baju raya, aku cuma pakai sekali dua je. Kalau hari raya, pagi je aku sarung baju kurung tu kang petang aku dah tukar balik pakai seluar. Haha. Mulalah Saiful membebel kat aku. Aku buat tak tahu je. Lantaklah situ. Orang dah tak suka pakai buat apa nak paksa-paksa pakai kan?

Sampailah satu tahap, bila aku tengok orang perempuan yang pakai baju kurung sangat cantik di mata aku. Lagi-lagi kalau pakai baju kurung moden. Mak aiii cantik gila kan? Kalau aku ni lelaki dah lama aku ngorat kau wahai perempuan. Nasib baik aku ni perempuan beb. Haha.

Bila aku sarung baju kurung nak pergi kerja aku berdiri depan cermin, aku lihat badan aku nampak sedikit selim-melim. Eh eh aku perasan sorang-sorang ke? Haha. Bila aku pakai kemeja dan seluar pergi kerja aku rasa aku gemuk sangat. Sebab memang ketara nampak benjolan sana sini selepas aku bersalinkan Raina lebih-lebih lagi bahagian paha dan punggung. Tiba-tiba aku rasa malu. Rasa nak sorok muka bawah meja.

Mulai hari tu, aku tekad borong kain dan buat baju kurung. Aku nak cuba selalu pakai baju kurung pergi kerja. Hari pertama pakai baju kurung hasil jahitan Makcik Ani iaitu mak Reen Fredo, serius aku rasa teruja. Best ok.


Eh eh kenapa aku rasa selesa sangat ni?


Bermula dari situ aku dah mula banyakkan memakai baju kurung. Mulalah aku geledah almari mencari balik koleksi baju-baju kurung yang ada. Aku rasa Saiful pun pelik tengok bini dia yang sekarang teruja bukan main lagi memakai baju kurung. Aku tertunggu-tunggu jugak kot-kot dia nak puji bini dia ni. Tapi aku tengok dia cuma sengih-sengih macam kerang busuk je. Ala dalam hati dia mesti cakap bini dia ayu. Kan? Kan? Kan? Perasanlah kau Nurul. Haha.

Orang kata jangan kutuk lebih-lebih nanti jatuh cinta kan? Mula-mula kutuk lama-lama suka. Sekarang sudah terkena kat batang hidung aku daaa.


Cik Raina Evaqairina berbaju kurung :). Gambar ni saja je nak tempek kat entri ni sebab aku sedia maklum memang tak berapa suka buat entri tak ada gambar :D

18 comments:

  1. na mmg hr2 pkai baju kurung g kerja nurul,
    hehehe sbb tu mcm biase2 je,
    nurul xbiase klu pkai skali skala nmpak brseri2 je, ehhe bak gmbar skeping pkai baju kurungnye macik ani tu buat :p

    ReplyDelete
  2. hahaha, kalau kerja gomen mmg harus ni pakai baju kurung. comel gila Raina pakai baju kurung. geram la

    ReplyDelete
  3. ma : hehe tu la bila sesekali pakai mcm best je skrg dh boleh dikatakan selalu pakai pergi kerja. lum amik gmbr lagi na. hehe

    ReplyDelete
  4. fie : keja gomen mmg kena pakai baju kurung ye? tu gmbr raina masa raya hari tu fie

    ReplyDelete
  5. kite suke pakai baju kurung. lebih2 lagi kurung pahang. kalo g opis hari rabu je sllunya pakai kurung sbb hari lain pakai uniform. jumaat leisure lebih suka pakai seluar ngn shirt jer. santai. lgpn jumaat masa cepat berlalu..rugi pakai baju lawo2 sbb masanya sekejap..haha

    now suka jugak sama jubah. lg2 bile badan dah kembang. dpt la sorok sket lemak2 membonjol ni kan? ahaha =p

    ReplyDelete
  6. kite suke pakai baju kurung. lebih2 lagi kurung pahang. kalo g opis hari rabu je sllunya pakai kurung sbb hari lain pakai uniform. jumaat leisure lebih suka pakai seluar ngn shirt jer. santai. lgpn jumaat masa cepat berlalu..rugi pakai baju lawo2 sbb masanya sekejap..haha

    now suka jugak sama jubah. lg2 bile badan dah kembang. dpt la sorok sket lemak2 membonjol ni kan? ahaha =p

    ReplyDelete
  7. Hahahah...macam2 la nurul ni,tp baju kurung modern mmg kewl pun...

    ReplyDelete
  8. aah laa nurul..skang dah ade anak barulaa mula suke pakai bj kurung...kekeke..jgn kutuk2 ...haha

    ReplyDelete
  9. qa suke pakai baju kruung dulu masa sekolah keluar jenjalan dengan kawan pi shopping mall pakai baju kurung.. tapi kawan2 semua tak suke cakap qa outofdate.. teehee dorang tak suke ajak qa keluar.. ^^

    baju kurung kalau pakai nampak ayu je tetibe.. suka la baju kruung comel nyee raina pakai bju kurung cute!!

    ReplyDelete
  10. time belajar dulu tak suka gak pakai baju kurung..skrg bila keje, lagi selesa pakai baju kurung sbb takde laa rasa macam student dok "scan" kita time ngajar kat depan..hihi

    ReplyDelete
  11. ena : oh ada uniform ye ena? ok gak tu ye


    lip : kan? cool cantik anggun hehe :)


    maya : betul2x ada anak baru suka pakai baju kurung

    ReplyDelete
  12. qah : wow pi shopping mal qah pakai baju kurung? baguslah qah ni. itu raina masa raya thn lps tu qah



    deena : hehe oh deena pendidik ke? mmg sesuai pakai baju kurung kan

    ReplyDelete
  13. ada raina, lg kerap la nurul bergaya pkai kurung. bole sedondon.bes nyaaaa

    ReplyDelete
  14. kih kih kih
    kerja sy mmg menuntut sy pake baju kurung tiap2 hari
    huehuehue

    selesa jugak

    ReplyDelete
  15. cik raina comel gile-gile tambah pulak pakai baju kurung bunge kecik-kecik....geram....

    ReplyDelete
  16. nurul.. ko igt x kite pnah pi kl pkai baju kurung... teman si rahmat n syidi... klakar ghiler...mmg x bleh blah.. tetiba tringat...

    ReplyDelete
  17. afni : pakai sedondon tu best . raya nanti nak pakai sedondon lah afni



    ween : oh ween keja gomen mmg kena pakai baju kurung kan

    ReplyDelete
  18. cik atletheea : thanks awak :)



    ojel : oh ada ke ojel? aku pun pakai baju kurung ke time tu?

    ReplyDelete