Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, July 26, 2011

Kadang-kadang tak sengaja

Mama sayang kamu sangat-sangat Raina

Melihat keletah dan ragam anak, sebenarnya satu perkara yang boleh membahagiakan hidup aku. Walaupun aku tengah drive untuk pergi ke tempat kerja sekalipun aku boleh tersenyum sorang-sorang bila teringat keletah dan ragam anak. Walaupun kadang-kadang tu aku geram sangat dengan Raina sebab dia nakal sepahkan permainan dia, suka sembur-sembur makanan tapi jauh di sudut hati aku sebenarnya aku suka melihat keletah Raina tu.

Bila anak makin membesar, macam-macam akal baru yang dia belajar. Dari tak tahu memanjat dah pandai memanjat. Dari tak tahu merajuk dah pandai merajuk. Dari tak tahu sepahkan barang dah tahu sepahkan barang. Dari tak tahu berlari dah pandai berlari. Dari tak tahu meminta dah pandai meminta. Itulah namanya budak-budak. Setiap tumbesaran mereka akan ada saja benda baru yang mereka belajar. Kita sebagai mak bapak cuma kena perhatikan dan contol apa yang tak patut diaorang buat.

Cuma kat sini aku nak tulis tentang kesabaran kita sebagai seorang mak bapak. Macam aku ni aku rasa aku jenis yang agak tegas berbanding Saiful dalam mendidik anak. Ada je benda atau perkara yang pada aku tak boleh anak aku lakukan. Contohnya aku mengajar anak aku supaya kemas dan susun semula semua permainan dia selepas bermain. Aku tak suka dia biarkan saja permainan tersebut dalam keadaan berselerak. Memang nampak macam tak logik budak kecik macam Raina nak di ajar sebegitu. Tapi Alhamdulilah kadang-kadang tu Raina cuba buat dan mengikut apa yang aku ajar. Tapi macam Saiful dia agak berlembut dengan anak. Pada dia biar kita sendiri yang kemaskan semua permainan tu.

Aku bukan nak bersikap keras atau kasar dengan anak. Cuma aku nak ajar Raina berdispilin. Aku tak mahu sampai ke besar dia terbiasa dengan sikap yang kita tak suka tu. Jadi, bila Raina kadang-kadang tak mendengar kata, aku akan membebel dan cuba untuk terangkan kat Raina.

Kadang-kadang tu aku terpaksa tinggikan suara. Sedangkan aku tak mahu tinggikan suara. Cuma kadang-kadang tu aku tak sengaja meninggi suara dengan anak tanpa sedar. Ini akan berlaku bila tahap kesabaran aku menipis. Itu yang aku kesalkan. Bila aku tersedar yang aku dah tinggikan suara dengan Raina, cepat-cepat aku minta maaf. Walaupun aku tahu Raina masih kecil lagi. Tapi itulah yang aku akan buat setiap kali aku tersedar yang aku secara tak sengaja melakukan kesilapan kat anak.


Aku : Raina, maafkan mama ye sebab tadi mama marah dan tinggikan suara mama kat Raina.

Raina : (Angguk-angguk kepala sambil sengih-sengih. Itulah tabiat anak aku setiap kali kita minta maaf kat dia).

Aku : Mama tadi marah Raina sebab Raina nakal sangat. Kan mama dah cakap mama tak suka Raina tak kemas balik permainan Raina lepas Raina main. Raina kena kemas balik permainan Raina. Nanti rumah nampak cantik, kemas, bersih. Faham tak apa mama cakap ni Raina?

Raina : Pam ( merujuk perkataan faham. Sambil angguk-angguk kepala.)


Walaupun muka aku nampak garang dan agak serius tapi aku bukan jenis yang suka nak cubit, pukul, jentik anak. Aku memang tak pernah buat semua tu sebelum ni. Kalau aku marah sangat dengan Raina, selalunya mulut aku je yang bising tapi nama nak pukul ke cubit anak ke memang tak pernah aku lakukan sebelum ni.

Tapi baru-baru ni aku tanpa sengaja telah memukul bahagian paha Raina. Ini adalah perkara yang sangat aku kesalkan. Walaupun tak kuat mana tapi sampai sekarang terkesan sungguh kat hati aku. Sebab aku bukan jenis mak budak seperti itu. Ini semua gara-gara Raina sepahkan nasi dan buang nasi goreng kat kedai makan. Depan orang ramai pulak tu sambil menangis meraung sekuat hati dia. Terus-terang time tu aku tak tahu mana perginya tahap kesabaran yang ada dalam diri aku selama ini. Aku tengok Saiful tetap cool layan kerenah Raina. Aku pulak yang meronta-ronta menahan sabar tengok perangai anak aku tu.

Eh eh apasal laki aku ni berlagak cool semacam je layan anak ni?

Balik dari kedai makan malam tu, perasaan kesal memang menyelubungi diri aku tak henti-henti. Menyesal wei. Tak pernah-pernah aku buat macam tu sebelum ni. Tapi entah kenapa malam tu aku tanpa sedar dah buat apa yang aku tak pernah buat sebelum ni. Rasa macam nak hantuk kepala aku kat dinding je.

Raina,
Mama minta maaf. Mama tak sengaja. Raina pun tahu kan mama tak pernah ‘babab’ Raina sebelum ni. Cuma malam tu je tanpa sedar mama ‘babab’ Raina. Maafkan mama ye Raina. Mama sayang sangat dengan kamu Raina. Mama sayang kamu lebih dari mama sayang papa kamu tau. Percayalah.

15 comments:

  1. Oh Nurul, semalam kt kedai makan pun Kakal buat perangai mcm tu. Geram sgt. Bebel2 kt dia pastu dia nangis kena marah. Pastu, minta maaf kat abang kedai tu sebab sepahkan restoran dia.

    Mmg byk uji kesabaran betul la jaga anak ni.

    ReplyDelete
  2. fie : mmg menguji kesabaran kan fie tu yg kdg2 tu tak sengaja termarah ke apa ke

    ReplyDelete
  3. suami kite pun cool je layan karenah anak, tak penah sekali pun dia nak marah2 kat Husna....

    agaknya lelaki ni lebih penyabar kot.

    ReplyDelete
  4. alif penah juga wat pangai di kedai makan.. siap buang2 sudu n piring.. naseb baik lah piring plastik.. kalo tak.. mati nak mengganti,., tp slalunya jue biarkan aje.. wat pekak n wat tak nampak.. ayah die lah yg melayan kutip2 barang yg dah jatuh ke bawah tue.. jue wat pekak sbb jue nie bukan jenis penyabar.. kalo jue layankan sgt.. mmg rase ringan tangan nie..

    mmg btol2 menguji kesabaran..kan..

    ReplyDelete
  5. hoo hoo..samalah kita, mcm tu jugaklah dulu makbapak kita nak besarkan kita & adik beradik kita.baru kita rasa mcm mana susahnya nak besarkan anak2 br sorang.

    ReplyDelete
  6. fahsya : mungkin kot fahsya kan :)



    jue : betul tu jue. mcm nurul lah tapi masalahnya raina ni siap menangsi meraung kat kedai tu jue tu yg geram tu tp tgk saiful rileks je

    ReplyDelete
  7. qaseh : kan awak? tapi tu lah kita yg kena control untuk bersabar sebenarnya

    ReplyDelete
  8. nurul, pukul tak kuat? kita faham keadaan nurul sebab kita selalu je camtu. hehe. tapi pukul2 manja je la. takde la sampai nak saketkan dia.

    raina faham awak pukul nak mengajar je tu. :)

    ReplyDelete
  9. yun pon dh byk kali terlepas tgn pukul mya.yelah bila ank wat perangai kita xleh nk control kelakuan kita.but for me its ok kot selagi tak pukul ank sekuat mungkin sampai ke tahap menyakitkan dia. 'babab consider tak kuat la kan'

    ReplyDelete
  10. habi kite pon lebih sabar berbanding kite nurul. hehe.

    ReplyDelete
  11. betul nurul..
    kdg2 perangai dia tue membuatkan kite cpt hilang sabar..
    lagi2 bila kuar perangai mengada2 dia..
    eee..sabo jek la..

    tp sy pun jenis kurang sabar..
    mulut mmg bising jekkk..

    ReplyDelete
  12. intan : hrp2 raina faham lah intan


    yun : tp kita bukan jenis mcm tu yun tu yg rasa bersalah sgt tu


    ena : kaum lelaki lbh penyabar kot ena kan


    ain : perempuan tak lari dr mulut suka bising dan membebel kan hehe

    ReplyDelete
  13. warghh gut gurl.. sng dgr kate

    ReplyDelete
  14. bagusnye nurul slalu mintak maaf,
    kite lepas mrh or pukul anak
    sure cpt2 cium n pelok kemas2, huhuhu hrp2 dia fhm, :p

    ReplyDelete
  15. memng menguji kesabaran anak2 kita ni, nak2 di bulan pose nie.. semalam tengah buka, rayyan meragam nages huhu eee geram betol.. rasa nak geget2 je die..hahhaa

    ReplyDelete