Klik belanja Raina dan Raifa ais krim :)

Friday, July 22, 2011

Kalaulah aku kurus, aku nak jadi model

Aku dan adik aku. Aku memang paling suka amik gambar bercekak pinggang untuk menampakkan diri aku kurus. Haha :D

Kalaulah aku kurus, mempunyai bentuk punggung yang mantap, paha yang kecil dan saiz pinggang seperti kerengga, aku rasa mungkin sekarang ini aku akan tanpa rasa malu hantar profile aku kat mana-mana agensi untuk menjadi model. Tapi aku nak jadi model muslimah. Berangan je aku ni kan?

Tapi apakan daya aku bukan kurus mana pun. Dari dulu aku benci bahagian punggung dan paha aku. Dari zaman anak dara lagi. Lagi-lagi sejak melahirkan anak ni. Aku rasa makin membesar je bahagian tersebut. Nak pakai seluar pun fikir 2,3 kali. Sebab itu aku suka pakai kain jenis kembang macam dress labuh.

Salah aku juga sebab main belasah makan tanpa rasa bersalah masa mengandungkan Raina dulu. Lepas tu berpantang main-main. Memang menyesal habis beb. Kalau aku tahu badan aku nak jadi membulat macam ni, aku tak akan makan banyak masa aku mengandung dulu. Aku ingatkan senanglah nak dapat balik berat asal aku. Rupa-rupanya macam dalam mimpi je nak dapatkan berat asal aku tu.

Aku suka diri aku nampak cantik walaupun diri aku bukanlah cantik mana pun. Walaupun kadang-kadang tu aku malas nak hias diri sebab bergantung pada mood aku. Tapi bila mood ada dalam diri, mesti aku nak make up bagai walaupun pakai secalit lipstik. Aku juga suka tengok orang cantik. Kalau ada perempuan cantik lalu depan aku, mesti aku tengok sepuas-puas hati aku. Betapa hebat ciptaan Allah S.W.T kan?

Walaupun aku gemuk dan membulat, tapi aku tetap mahu hias dan cantikkan diri aku. Sebab memang dari dulu itulah minat aku. Ibu aku cakap aku ni suka nak melawa. Sebab itu anak aku mengikut perangai aku. Raina tu pantang nampak cermin mesti ada saja gaya yang dia nak buat. Sebijik perangai aku sebab aku pun memang pantang nampak cermin. Kadang-kadang tu siap cakap sorang-sorang depan cermin. Suami aku kalau dah nampak aku berdiri depan cermin sambil nak menggayakan tudung ke atau baju ke sambil bercakap sorang-sorang, dia mesti biarkan aku sambil gelakkan aku. Agaknya dah tak kuasa nak tegur perangai bini dia.


Ada ke nak mengadu depan cermin? Haha


Aku rasa cermin pun boleh jadi kawan baik kita. Sebab kadang-kadang cermin boleh buat diri kita nampak lebih kurus. Tak percaya? Silalah beli cermin berbentuk panjang dan dan bersaiz tinggi. Hah confirm kita nampak kurus dalam cermin. Haha.

Assalamualaikum kurus,

Kalau aku kurus, aku mahu jadi model muslimah macam Rina Salleh.
Can hah?

20 comments:

  1. kena rajin work out sikit tp kena disiplin..

    btw, janji sihat takpe :)

    ReplyDelete
  2. ustazah aku pernah ckp, klau tak cantik, kena bersyukur sbb kurang godaan utk mendedahkan aurat..ekekek...

    ReplyDelete
  3. Hehe, kalau kurus macam² boleh pakai kan.

    ReplyDelete
  4. kalo dh kurus boleh jek jd ape2 yg kite mau kan?..=)

    tu la,
    ain pun nk kurussss!
    tang bontot & peha mmg masalah besar..
    dah keturunan..emmm

    ReplyDelete
  5. me tooo!!suka berangan tinggi..pastu nak jadi model..kahkahkah..

    ReplyDelete
  6. nurul da cantik da.. nurul ade keistimewaan nurul sendiri kn? hiii semua pun cantik..

    ReplyDelete
  7. nurul, berat sure dh turun byk skrg kan??
    nmpak betul2 susut skrg :)

    ReplyDelete
  8. nurul xdela gemok sgt.lgpun nurul tinggi.rasanya mcm dh ok body mcm skrg ni

    ReplyDelete
  9. hana : dah ada anak ni malas betul nak work out hana

    ReplyDelete
  10. farhanna : yeahhhhhhhhh


    as : betul ckp ustazah ko tu as


    fie : betul tu fie tu yg selalu berangan hehe

    ReplyDelete
  11. ain : dlm family nurul punggung dan paha tu mcm nurul je besar lain mcm :(


    deena : berangan tak pe sebab free dian hehe

    ReplyDelete
  12. atiqah : thanks atiqah :)


    na : tak turun mana pun na. sama je nurul rasa. nanti puasa nak makan nasi je hehe


    yun : nasib baik tinggi Alhamdulilah yun

    ReplyDelete
  13. ala nurul..kita tgk u ok dah ape...ade jugak shape dr saya yg straight jek atas bawah sama jek...

    ReplyDelete
  14. "Aku ingatkan senanglah nak dapat balik berat asal aku. Rupa-rupanya macam dalam mimpi je nak dapatkan berat asal aku tu"

    Hahaha quote! Samalah dengan aku. Kecewa tapi sekarang malas nak fikir dah. Berat skang 5 kilo lebih berat. Tapi sangat tak seimbang. Metabolisme menurun teruk. Seminggu makan malamm balik berat aku naik 3 kilo. Rasa nak ambik pisau hiris daging sendiri.

    ReplyDelete
  15. jeilita : ada bentuk tapi gemuk membulat :( tu yg nak kurus


    noe : masalah ko sama dgn aku. makin diet makin naik tu yg pelik. aku stress tau

    ReplyDelete
  16. jeilita : ada bentuk tapi gemuk membulat :( tu yg nak kurus


    noe : masalah ko sama dgn aku. makin diet makin naik tu yg pelik. aku stress tau

    ReplyDelete
  17. haha.sama perasaan dengan dd.kdg2 pikir balik,kenapa la tak kurus macam dulu?kalau tak mesti bleh jadi model.hehe.

    nurul bleh lagi jadi model.model muslimah untuk ibu2.nurul cantik tau :)

    lagi 1 nk tanya,macarons tu kalau order bleh post ke?

    ReplyDelete
  18. intan : tu pakai baju hitam tu yg nampak kurus sikit sebenarnya lum kurus lagi intan hehe


    dd : thanks dd. hehe. leh je kalau nak pos dd

    ReplyDelete