Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, July 19, 2011

Masa emas untuk anak


Hujung minggu adalah masa emas untuk anak. Sebab hujung minggu kita boleh mengadap anak lebih lama dari hari kita bekerja. Indah kan? Aku memang ternanti-nanti hari hujung minggu sebab macam-macam kita boleh lakukan tanpa fikirkan hal kerja.

Walaupun kadang-kadang Saiful kena kerja pada hari minggu, ini tidak menghalang aku untuk terus meluangkan masa bersama anak. Memang sakit hati sikit bila kadang-kadang suami dapat on call kena kerja pada hari minggu. Kadang-kadang tu kena outstation berhari-hari. Tapi suami kerja pun untuk cari rezeki kan? Jadi kita kenalah terima dengan hati terbuka. Tak payah nak komplen bagai.

Jika aku bosan duduk rumah, aku akan keluar jalan-jalan pergi taman atau pergi shopping. Kadang-kadang tu aku bawak Raina temankan aku pergi basuh kereta ataupun pergi beli stok barang dapur. Macam-macamlah aktiviti yang aku buat. Walaupun Saiful kena kerja, aku tetap akan keluar berdua dengan Raina. Selalunya Saiful memang tahu setiap hujung minggu, aku akan keluar jika aku bosan duduk kat rumah.



Bila shopping dengan anak, aku rasa itu adalah terapi diri paling hebat. Sambil shopping sambil kita berbual-bual dengan anak. Bolehlah kalau kita nak jadikan ianya satu aktiviti terapi yang hebat bersama anak. Ada komunikasi antara dua hala terjadi di situ. Bagus bukan?

Aku dah beberapa kali makan di luar berdua dengan Raina. Mula-mula tu memang agak cuak nak control Raina. Tapi lama-lama tu Alhamdulilah aku dah boleh control. Tapi siaplah aku berpeluh ketiak nak handle anak dara tu. Haha. Tapi aku tak kisah sangat sebab dapat luangkan masa dengan anak, itu dah cukup baik buat aku.

Aku pun tak tahu dari mana datangnya keberanian aku keluar berdua dengan Raina. Selalunya aku tak bawa stroller pun. Kadang-kadang aku rasa macam membazir je beli stroller yang berharga beribu tu. Kononnya dulu beli stroller Quinny Zapp berserta Maxi Cosi tu untuk memberi keselesaan kepada Raina dan tahan lama. Tapi percaya atau tidak sejak Raina dah pandai berjalan ni, kami dah jarang sangat guna stroller tersebut. Lebih selesa dukung atau biarkan Raina berjalan sendiri. Kadang-kadang rasa macam nak let go je. Tapi sayang pulak. Itu pun aku ada hati berangan nak beli stroller MacLearan bagai.

Tak payah membazir duit lah Nurul oiii.
Ok itu angan-angan aku di kala nafsu shopping memuncak. Nak kena bebel dek laki buatlah. Ada berani? Haha.

Hari minggu juga hari untuk aku test power memasak. Hari minggu kita boleh masak macam-macam untuk suami dan anak. Kadang-kadang tu aku main tibai je masak menu yang aku cipta sendiri. Dahlah tak reti masak pastu ada hati nak cipta menu baru bagai. Pastu kalau tak sedap, aku boleh bantai gelak dan membebel sorang-sorang kat dapur. Apa jadah entah aku ni kan?

Selalunya hari minggu pun aku akan bangun awal pagi. Selain aktiviti memasak, adalah aktiviti lain macam kemas rumah, basuh baju, iron baju untuk stok seminggu dan macam-macam kerja lain yang aku buat. Sampai peti ais kat rumah aku tu pun aku bersihkan kalau dah tak ada kerja lain yang nak dibuat. Penat tapi aku seronok sebenarnya.


Pernah juga aku cuba bawa Raina pergi taman area rumah aku. Masa tu Saiful baru balik outstation. Jadi Saiful sendiri tak larat mahu bawa kami keluar. So aku pun keluar berdua je dengan Raina. Masa tu memang berpeluh ketiak beb. Ada ke patut Raina nak tolak stroller mainan dia masuk dalam tasik.

Lepas tu aku rasa serik sangat nak pergi taman area rumah aku tu tanpa Saiful. Sebab taman tu ada tasik tapi tak ada palang besi penghadang di sekeliling tasik. Memang bahaya untuk budak-budak. Sesiapa yang pernah pergi tasik kat Kota Kemuning tu tentu tahu macam mana rupanya taman Kota Kemuning tu.

Tapi tak kisahlah kita penat ke, kita berpeluh ketiak ke, make up kita cair dek kejarkan anak ke, kita kena berulang-ulang kali lap lantai sebab anak sepahkan makanan ke atau apa-apa sekalipun aku memang tak kisah sangat. Janji kita boleh luangkan masa emas kita dengan anak, itu dah cukup indah buat aku.

12 comments:

  1. wah raina dh practice jd mak la..bawak anak jln2 ye raina..kagum! hihihihi bagus2

    ReplyDelete
  2. na dah biasa kuar berdua ngn mika,
    tp klu nk bwk dia g makan,
    mmg serik la,
    dia bukan nk duk ats kusi,
    nk merayap g kacau semua org,
    last2 nasi kite ntah kemana,
    blk dlm kelaparan jugak, hehehe

    ReplyDelete
  3. Fie pun rasa nak tukar stroller sekarang ni dgn buggy, ringan sikit kan. Fie tak berani lagi keluar berdua dgn Kakal. huhu~ Raina makin besar ni makin cantik lah

    ReplyDelete
  4. Eyh! Nurul duduk Kota Kemuning ke? Hoho....satu area la kita. Kitorang duduk apartment sederet Columbia Asia Hospital.

    ReplyDelete
  5. bestnya nurul. sy selalu wiken sure kena blk umah MIL.umah sendiri terabai

    ReplyDelete
  6. mun pulak malas nak keluar berdua jek dengan mirza....sebab malas nak kontrol mirza...hahahhaa

    ReplyDelete
  7. betul tu nurul. hari minggu lah masa paling emas untuk luangkan masa dengan anak. yaya pon suka hujung minggu.

    pernah jugak keluar berdua dengan anak masa ayah dia kerja dan rasanya sejak Auf dah besar mungkin mudah sikit nak handle walau penat.

    Mungkin satu hari nanti jika suami2 kite kerja boleh lah kite double date yerk. mungkin pergi taman tasik shah alam ke kan. atau shopping. hehe :)

    ReplyDelete
  8. aziyana : bawak putput jalan2 tu aziyana hehe :)


    na : raina kadang2 pun mcm tu na tp kadang2 ok jugak. tgk mood raina mcm mana

    ReplyDelete
  9. fie : fie cuba beranikan diri fie. thanks fie :)

    ReplyDelete
  10. dong,dia@azra : awak duduk kota kemuning ke? saya duduk area bukit rimau dekat lah dgn hospital columbia tu


    yun : oh ye ke yun

    ReplyDelete
  11. mun : nurul suka kelua tu yg bawa je raina mun


    yaya : sesekali kita outting bila suami busy ke ok gak kan yaya

    ReplyDelete
  12. She is so cute...suka tgk hair dia diikat gini

    ReplyDelete