Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, July 5, 2011

Tidak salah mencuba

Kadang-kadang aku rasa segan. Tiada keyakinan diri. Siapalah aku. Hanya ada sedikit bakat terpendam. Bukan sedikit tetapi ciput saja. Tapi aku mempunyai minat dan berminat untuk mengembangkan bakat yang ada itu. Saja test power.

Sebenarnya dah lama aku pasang angan-angan nak bisnes berkaitan dengan apa yang aku study dulu. Selama ni aku adalah buat kerja-kerja freelance secara kecil-kecilan. Tapi sekarang dah lama aku tak buat kerja-kerja freelance tu. Masa yang ada banyak aku luangkan bersama keluarga terutamanya Raina.

Tapi bila aku fikir-fikirkan balik agak rugi jika aku sia-siakan ilmu yang aku ada. Sebab sedia maklum aku bekerja full time agak sedikit lari dari bidang apa yang aku belajar di UiTM dulu. Aku buat kerja bermain dengan nombor. Hari-hari mengadap nombor beb. Kadang-kadang pening kepala aku dibuatnya. Dan bukan aku seorang yang lari bidang tapi adik aku yang dulu merangkap senior aku di UiTM pun beralih bidang bekerja dengan banking line. Macam-macam bank adik aku dah pernah cuba seperti CIMB Bank, Maybank dan ada satu lagi bank tapi aku lupa apa kejadahnya nama bank tu. Memang agak pelik di situ tapi itulah realitinya kami adik-beradik. Yang penting masyuk. Alhamdulilah.

Gambar lama : Adik-beradik aku. Muka kami sama tak? Yang kecik tu tentulah si Raina

Mesti korang pelik macam mana aku boleh beralih bidang dengan begitu ketara sekali bukan? Aku belajar dari bawah selepas aku habis study dulu. Sebenarnya aku juga nak berterima kasih kat bos aku sebab bagi peluang untuk aku belajar dunia perakaunan. Bos aku sendiri yang tanya aku sama ada aku berminat mahu belajar dunia perakaunan atau tidak. Aku sendiri yang bersetuju semasa di awal-awal aku join company tempat aku bekerja sekarang ini.

Aku selalu kutuk-kutuk bertweet pasal tempat kerja aku kat twitter kan? Tapi jauh di sudut hati aku mahu berterima kasih juga kat company ni sebab banyak bagi ruang untuk aku belajar banyak perkara baru. Aku ada juga menghadiri pelbagai kursus dan sebagainya. Alhamdulilah tambah satu lagi ilmu dalam diri.

Antara product yang aku sedang cuba usahakan. Ada banyak lagi contoh gambar. Cuma aku agak sibuk ketika ini. InsyaAllah aku cuba rajinkan diri nanti

Dari awal lagi, aku memang tak set otak aku mahu bekerja dalam dunia dipenuhi dengan cabang-cabang graphic atau printing sepenuh masa. Sebab aku rasa kerja seperti itu seperti tidak sesuai bila usia semakin bertambah. Ini pendapat aku saja tau. Tapi aku memang dah set otak aku mahu gunakan ilmu graphic dan printing yang aku belajar ini untuk buat kerja-kerja freelance, part time atau bisnes aku saja. Sebab itu sekarang aku cuba ceburkan diri untuk membuat bisnes menggunakan ilmu yang aku ada.


Tak salahkan jika kita mencuba?


Walaupun secara kecil-kecilan tetapi aku rasa ada satu kepuasan bila aku menggunakan ilmu yang ada ini disertai dengan minat yang mendalam. Aku harap semangat aku ini sentiasa ada dalam diri aku. InsyaAllah.

Tapi dalam diam aku pasang angan-angan. Nak tahu apa angan-angan aku itu? Dari zaman study lagi aku berangan mahu bekerja dalam dunia editor. Dulu masa di UiTM jika ada project department untuk hasilkan majalah atau brosure department ke atau apa-apa event berkaitan fakulti, aku dengan laju sekali bagitahu pensyarah yang aku mahu libatkan diri untuk bahagian editor ataupun pre press dalam istilah bahasa di fakulti aku itu. Tapi belum ada rezeki aku lagi. Kalau dapat kerja di Karangkraf atau The Star kan best. Itu impian aku dari zaman study lagi tau.

Ok aku berangan je tu.
Eh tapi kalau ada rezeki macam mana? Oklah kan? Syukur Alhamdulilah.
Weeeee




Mari jenguk-jenguk blogshop aku Rainbow Lala yang simple ini. Tapi buat masa ni aku jarang update blogshop ni. InsyaAllah aku cuba rajinkan diri untuk update nanti.

14 comments:

  1. gud luck nurul utk bisnes family yg bru ini,
    :)

    ReplyDelete
  2. Fie suka family bersatu buat bisnes ni. Fie pun, cuma Fie tak pandai je bisnes² ni. Support adik beradik je boleh. :)

    ReplyDelete
  3. all the best nurul. seronok kalau family, adik beradik nak bisness sesame. mmg semangat sikit.

    ReplyDelete
  4. Nurul : semoga semua berjalan lancar..Amin..

    ReplyDelete
  5. di mana ada kemahuan. di situ ada jalan. kan

    ReplyDelete
  6. fie: hehe ni pun baru peringkat awal fie


    fad : tu lahsemnagat yg dtg lain mcm sikit. lbh sikit semangat tu


    as : thanks as


    yun : tu lah kan. hehe :)

    ReplyDelete
  7. It's good bebeh..mana tau percubaan tu boleh success kan? Rezeki ...x salah mencuba benda baik..;)

    ReplyDelete
  8. Do what u like nurul,life is too short to be wasted...

    ReplyDelete
  9. gud luck..insyaAllah ade rezeki anak nnt :)

    ReplyDelete
  10. nurul zia : tu lah kan hehe


    lip : thanks lip bg semangat

    ReplyDelete
  11. hana : thanks hana


    jeilita ; InsyaAllah jeilita

    ReplyDelete
  12. sedih tak dapat proceed party dani =(

    ReplyDelete