Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum Ramadhan

Agak lama aku tak meluangkan masa untuk menulis di sini. Bebanan kerja di tempat kerja dan kesibukan aku di rumah membuatkan aku menghadkan semua aktiviti sosial aku seperti check facebook, membaca entri terbaru kawan-kawan dan menghadap twitter. Tup-tup dah pun masuk bulan Ramadhan. Assalamualaikum Ramadhan.

Aku berharap Ramadhan kali ni lebih bermakna dan memberi keberkatan dalam hidup aku. Contohnya tahun lepas aku tak dapat solat terawih sebab Raina kecik lagi dan tahun ni Alhamdulilah aku dapat solat terawih dengan penuh keinsafan. Lagipun Raina pun dah besar. Dah setahun lebih pun dan dah boleh di harap. InsyaAllah.

Ramadhan kali ni, aku rajin sikit masak. Tak macam tahun lepas aku dengan Saiful lebih suka habiskan duit beli kat bazaar atau makan kat luar je. Dulu makanan untuk sahur pun selalunya kami beli je. Kalau masak pun selalunya Saiful yang rajin masuk dapur. Punya pemalas aku dulu.

Tapi tahun ni memang berbeza sikit sebab sebelum bulan ramadhan, aku dah beriya-iya pergi borong beli barang-barang dapur. Masa tu memang dah ada niat nak masak untuk sahur dan berbuka. Cuma waktu sahur tu agak kelang-kabut bagi aku sebab nak masakkan bekal Raina untuk hantar ke rumah babysitter dan dalam masa yang sama nak masak untuk sahur pulak. Tapi aku tak kisah sangat malah aku rasa seronok dengan perubahan pada diri aku ni.

Cuma kadang-kadang tu Saiful ada jugak masak untuk sahur dan berbuka. Mungkin dia tengok aku penat sangat tidur sampai tak ingat dunia tu yang dia masak kot. Contohnya macam semalam, aku dah kunci jam nak bangun pagi masak untuk sahur dan bekal Raina. Tapi tup tup Saiful dah kejutkan aku suruh bangun sahur. Bila bangun aku tengok Saiful dah siap masak dan makanan dan siap berhidang bagai.

Pada bulan Ramdhan kali ni jugak aku telah buat satu keputusan yang agak sukar bagi diri aku. Tetapi Alhamdulilah Allah S.W.T beri aku petunjuk dan aku yakin dengan keputusan aku ni. Untuk pengetahun korang, aku dah hantar notis untuk letak jawatan aku kat company tempat aku bekerja sekarang ni. Aku buat keputusan ni pun setelah berfikir panjang dan meminta pendapat orang lain. Susah untuk aku ceritakan kat sini. Cukuplah aku simpan untuk diri aku sendiri kenapa aku resign secara tiba-tiba. Cuma dari apa yang aku belajar di sini janganlah kita mudah mempercayai orang yang kita anggap dan lihat dia sebagai seorang yang sangat baik di mata kita. Kerana dia belum tentu baik terhadap kita. Itu yang aku belajar dari keputusan yang aku buat ni.

Tapi tak kisahlah. Aku percaya Allah S.W.T sentiasa ada dan akan membalas setiap tingkah laku yang kejam tu. Lagipun diam tak diam dah hampir 4 tahun aku kerja kat sini. Dah rasa bosan dan kadang-kadang rasa meluat. Jadi aku tekad membuat pembaharuan dalam hidup aku. InsyaAllah lepas raya seminggu ni ada rezeki, aku akan bekerja di tempat baru. Aku berharap rezeki tu berpihak pada diri aku. InsyaAllah.

Untuk semua pembaca blog aku yang tak seberapa ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga kita mendapat keberkatan dari Ramadhan kali ini. Salam Ramadhan untuk semua.

13 comments:

  1. lama tak dengar khabar nurul...dan lama jugak tak dengar cerita raina....insyallah nurul....ada rezeki tue....

    ReplyDelete
  2. w'salam nurul...insyaAllah ade rezeki anak nanti yer. Pasal life...haiiii, nurul baru raina sorang, akak ni 3 orang uiiii...tak menang tangan haaa...huhu

    ReplyDelete
  3. wah!!! nurul post la masakan nurul tu. boleh bagi idea kat kita yang selalu kering ni. hehehe.

    insyaAllah dear...ada je rezeki kat tempat baru tu. kita doakan. :)

    ReplyDelete
  4. Insyallah rezeki akak ada. Chaiyokkk!. ;)

    ReplyDelete
  5. owhh nurul bertukar angin keje tempat lain rupanya.ingatkan nk ikut jejak langkah si zuris

    ReplyDelete
  6. takpe Nurul, rezeki Allah yang bagi. mesti ada untuk Nurul :)

    ReplyDelete
  7. takpe la nurul. orang ni memang ada seribu perangai. lebih baik kita elakkan jer ok =)

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa nurul

    sy skang nie kena masak pagi dan berbuka

    tp dengan bantuan suami lah

    dlu rela bersahur dengan roti dan 3in1 je kan

    ReplyDelete
  9. mun : Mudah-mudahan Mun :)


    Jeilita : hehehe :)


    intan : Thanks Intan. Terharu tau

    ReplyDelete
  10. Asna : Thanks Asna :)


    yun : Nurul mmg nak kerja yun nak jadi perempuan bekerja. cewahhh :)

    ReplyDelete
  11. fie : Terharunya. Thanks fie :)



    afni : kan? thanks bg semangat kat nurul :)


    ween : dah jadi isteri org ween berbeza kehidupan masa anak dara dulu kan? tp seronokkan

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadhan Nurul,

    All the best to you!!!!

    ReplyDelete