Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, August 16, 2011

Kerja makan gaji sampai muntah

Korang pernah terfikir tak nak kerja makan gaji sampai bila? Sampai ke tua? Atau sampai anak dah besar sikit? Pastu berhenti kerja duduk rumah buat bisnes full time. Atau korang memang nak kerja sampai pencen? Itupun kalau ada pencen bagi yang kerja government. Bagi yang kerja private boleh kerja sampai ke tua pastu boleh keluarkan semua duit KWSP. Mana satu pilihan korang?

Sejak kebelakangan ni aku asyik fikir sampai bila aku nak kerja. Letihlah wei nak hadap jalan macam tin sardin tu hari-hari. Lenguh kaki aku drive dalam keadaan jalan sesak macam tu. Kepala lutut aku ni sakit bukan main lagi sekarang ni. Maklumlah kereta manual je. Hehe. Eh tapi memang dari dulu aku suka bawak kereta manual berbanding kereta auto. Pelikkan aku ni?

Kerja makan gaji ni aku rasa sampai ke tua pun tak kaya-kaya. Lainlah kalau kita ni kerja jawatan tinggi gaji 15K sebulan. Kadang-kadang tu aku tension jugak bila tiba masa nak kira payroll staff aku tengok gaji orang atasan bukan main banyak lagi. Masuk kerja boleh lewat. Nak balik pun boleh ikut sesuka hati diaorang je. Datang kerja pun aku tengok bukan buat kerja sangat pun. Cuma check dan monitor kerja-kerja staff mana yang patut pastu balik. Bulan-bulan gaji 3,4 kali ganda dari gaji aku. Dari situ aku terfikir sampai bila aku nak kerja makan gaji macam ni tapi tak kaya-kaya pun. Tapi kalau duduk kawasan KL dan selangor ni gaji RM2K-RM3K sebulan pun belum tentu cukup. Duit minyak kereta aku je pun dah dekat RM400. Itu belum termasuk duit tol lagi.

Sebab tu aku buat bisnes secara kecil-kecilan. Aku nak ada pendapatan lain selain gaji bulanan semata-mata. Duit untung niaga tu aku memang asingkan siap-siap dan simpan dalam akaun berlainan. Itu sebab otak aku sekarang ni asyik fikir macam mana nak kembangkan bisnes kecik aku tu. Hari-hari aku dok fikir-fikir benda yang sama. Kadang-kadang tu sampai dah naik muak aku fikir.

Aku pernah terfikir nak berhenti kerja duduk rumah sambil bisnes dari rumah. Tapi bukan sekarang. Mungkin tunggu anak aku dah sekolah. Tapi masa tu aku kena pastikan bisnes aku tu dah stabil. Tapi bila fikir-fikir balik macam rugi je. Baik aku kerja sambil bisnes macam sekarang ni. Duit gaji dapat. Pastu hujung tahun atau awal tahun ada rezeki bos bagi bonus. Itupun kalau rezeki berpihak kepada kita. Keuntungan bisnes pun dapat kan? Best kan?

Kadang-kadang tu aku pernah jugak pasang impian nak ada satu butik pengantin yang sediakan macam-macam perkhidmatan selain buat pelamin dan make up pengantin. Macam buat souvenior dan reka bentuk kad kahwin. Tak payah nak pening kepala fikir pasal nak jaga hati bos pastu terkejar-kejar nak settlekan kerja yang bos suruh buat . Kita jugak tak payah nak terkejar-kejar masa nak punch card atau thumb print bagai. Sebab kalau kita ada butik atau kedai sendiri, kitalah bos besar. Best gila kan? Alahai aku ni memang kuat berangan.

Tapi mana tahu ada rezeki lebih akan datang, termakbul pulak apa yang aku impikan ni. Sampai bila nak makan gaji dengan orang? Sampai bila kita nak jadi kuli? Nak kerja makan gaji sampai muntah? Paling tidak pun kalau kita masih nak kerja makan gaji sekalipun kita mesti ada pendapatan sampingan yang lain. Baru kita rasa puas hati kan? Itu pendapat aku je. Sebab aku memang dah terbiasa dari zaman anak dara buat kerja-kerja sampingan. Cuma sejak dah ada anak ni je aku dah kurang buat kerja-kerja sampingan ni.

Terus-teranglah aku bagitahu, dulu aku pernah kerja kat pusat tuisyen. Hari-hari bekerja aku macam biasa kerja kat Kelana Jaya. Hujung minggu aku balik Banting kerja kat pusat tuisyen. Dalam masa yang sama aku buat freelance berkaitan graphic. Best tau dapat income sana sini walaupun aku penat sikit ulang-alik hujung minggu dari Kelana Jaya ke Banting tapi aku puas hati.

Masa sekolah dulu, aku pernah kerja kat pasar minggu. Kerja dengan family kawan aku. Kawan aku ni anak tokeh ayam terkenal kat kawasan Banting. Jadi aku dan kawan-kawan aku sepakat nak kerja dengan family dia kat pasar minggu jual ayam. Memang bau ayam je aku dulu kalau hujung minggu. Hehe. Sampai pernah kena perli dengan cikgu. Tapi aku tak kisah pun sebab masa tu aku dengan kawan-kawan aku memang suka gila buat kerja ni. Boleh dapat duit tiap-tiap minggu. Boleh beli macam-macam tau. Konon-kononnya dulu dah rasa macam hebat sangatlah sebab masih pegang status budak sekolah tapi dah boleh pakai barang-barang berjenama, makan kat tempat yang mahal-mahal dengan kawan-kawan. Sebab tu aku jenis tak kisah buat 2,3 kerja dalam satu masa. Janji masyuk kan?

Sekarang kawan aku yang anak tokeh ayam tu dah tak kerja. Dia dah berhenti kerja dan bisnes ikan segar. Memang dasar otak bisnes kawan aku tu. Dia sendiri cakap itulah minat dia. Ada sorang lagi kawan aku ni pun dah berhenti kerja bukak kedai dobi. Aku memang terkejut dengan kawan aku yang sorang ni. Sebab senyap-senyap je dah ada kedai dobi. Aku memang salute kat kawan-kawan aku yang sanggup berhenti kerja sebab nak bisnes.

Aku harap rezeki aku berniaga ni sentiasa ada. Aku memang berharap aku dapat kembangkan bisnes kecik aku ni. Walaupun aku masih kerja makan gaji sekalipun tapi aku masih boleh berpuas hati sebab ada jugak kerja sampingan yang aku buat berdasarkan minat aku. Alhamdulilah.

13 comments:

  1. Amin..amin..semoga awak dimurahkan rezeki..betul kata Nurul. kalau makan gaji memang tak kayo-kayo. Good luck bebeh!

    ReplyDelete
  2. same cam ony pikir nurul..$$$ mmg penting zaman skrg ni...nak lebih kene kerja lebih...InsyAllah ade rezeki kite kembangkan bisnes kecik tu...start dr bawah...good luck..:)

    ReplyDelete
  3. erm..banyak betol pe yang nurul karangkan ni. Akak pun tgh pk bnda sama, biar hubby je kije. Kekadang jeles dgn hubby sndri sbb pe yg dia dapat. Dia cakap usaha tapi rasa mmg tak sronok bekerja makan gaji. Lagipon akak ni course blaja dulu bisnes management so patutnya buat bisnes bukan snp rumah orang...nk jugak bisnes..huhu

    ReplyDelete
  4. memang pown..i pun tak tahu sampai bila nak gaji besar ni..tu yang tengah dok pkkkkk nak bisnes apa..kalo ajak join MLM memang i taknak..tu yang i pown ngah wat biz kecik2..rezeki mesti ader..trust me....

    ReplyDelete
  5. hurm mun pun penah terpikir ape yang nurul pikir..tp ntahlah nurul...

    ReplyDelete
  6. hmmm..

    sy pun minat nak wat bisnis dan ada rasa luck sy dlm bisnis..

    keje skg tetap keje sampai pencen..

    ReplyDelete
  7. minat gak nak meniaga..tp bab money mgmt fail la..so, rasanya akan terus jadik lecturer kot..insyaallah kalau ada rezeki selain ngajar ofis hour nak wat freelance gak..=)

    dpt side income mmg best!!

    ReplyDelete
  8. betul tu nurul..shima pun pk gitu.sampai bila nk mkn gaji..mmg makan gaji ni tak akan jd kaya

    ReplyDelete
  9. Yes,itu yg afdal, ada bisnes sampingan..ok je nurul saya sokong!

    ReplyDelete
  10. nurul kalau keje makan gaji je mmg sampai mati hidup balik pun belum tentu kaya gak lain la kalau gaji 2 Besorrrrrrrr kan .. and now mai da tak keje lebih berbaloi mai duk umah jaga anak2 alhamdullilah rezeki sentiasa ada tak pernah kurang semua rezeki anak2 nurul... husb mai pun da ada kedai makan sendiri x yah mai pening paler nak cari keje or naka keje lg syukur ...

    ReplyDelete
  11. mmg nurul, jue pun pk nak wat biz tapi tak tau nak wat apa huhu sbb keje skang pun terok, penat.. anka kecik nak perhatian kita lagik huhuhu

    ReplyDelete
  12. hi nurul...dah lame nad x melawat blog nurul...alhamdulillah nurul dah ade bisnes...kite ade minta yang sama...iaitu meniaga...dalam masa yang sama kiter takut nak berhenti keje coz belum betul2 rase stabil...alhamdulillah, setakat ni nad ade 2 bisnes yang nad usahakan...jual tudung, kain pasang dan jugak jadi agen premium beautiful...alhamdulillah, bonus adelah lumayan...terus terang nad katakan xsama kepuasan meniaga dengan keje seharian yangtggu gaji hujung bulan....meniaga nih, hri2 kiter bleh buat duit...insyallah nad akan teruskan jadi agen premium beautiful yang berjaya serta bekerja sampai pencen...nad mmg sayang nak lepaskan keje yang nad ade skrg...walaupun gaji xseberapa, tp benefitlain adelah sangat menarik...sbb tu nad buat bisnes premium beautiful as side income...tp, alhamdulillah sangat untung...semuanya xsusah hanya di hujung jari...xpayah pening2...kalo nurul minat nak buat bisnes as side income why not...cozpeluang bisnes ni sangat besar..dah ramai surirumah berjaya buat...kalo berminat boleh email nad, amynadia@gmail.com ...bleh baca contoh mereka yang berjaya www.hanishaizi.com, www.salhazain.com

    ReplyDelete