Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, September 13, 2011

Cerita raya yang biasa-biasa saja

Assalamualaikum.

Aku sedar makin lama makin jarang aku update blog aku ni. Sebenarnya aku ada buat beberapa entri sebelum hari raya hari tu tapi disebabkan aku sibuk memanjang jadi aku tak dapat nak publish entri tu. Ingat nak publish je entri tu hari ni tapi bila fikir-fikir balik tak payahlah sebab entri tu pun banyak cerita pasal hal sebelum hari raya masa bulan puasa hari tu. Cerita tu pun dah basi. Jadi baik aku peram je entri tu. Hehe.

Aku dapat rasakan cepat sangat masa berlalu. Aku rasa macam baru je berpuasa tup-tup dah raya. Alhamdulilah Ramadhan hari tu, aku dapat jugak beberapa kali solat terawih. Sebab dah dua tahun aku tak buat solat terawih. Masa tu aku tengah sarat mengandung dan masa Raina masih baby dulu. Aku jugak nak berterima kasih kat ibu aku sebab sanggup jagakan Raina masa aku pergi solat terawih.

Raya tahun ni aku buat persiapan ala kadar je. Taklah raya sakan macam tahun lepas. Sebab aku banyak fikirkan pasal kerja kat tempat baru nanti. Alhamdulilah Jumaat lepas aku last day kerja kat company lama aku tu. Sekarang aku rasa sangat merdeka. Tak payah nak pening-pening kepala mengadap muka bos aku yang poyo tu. Dan yang paling best aku tak payah nak tempuh jalan sesak setiap hari kat federal highway tu. Yahooooooo.

Cuma bila tiba hari raya ni, aku rasa yang beruntungnya adalah Raina. Disebabkan Raina ni cucu pertama dalam family aku jadi persiapan raya untuk Raina tu banyak disediakan oleh Tok Wan dan Ummie Ngah Raina. Jadi aku dengan Saiful cuma sediakan mana yang patut je untuk Raina. Alhamdulilah rezeki untuk Raina sentiasa ada.

Tahun ni aku beraya kat Banting je. Sebenarnya dari pertengahan bulan puasa hari tu aku dah banyak lepak kat rumah family aku. Pergi kerja pun travel dari Banting ke Kelana Jaya. Rumah aku kat Shah Alam tu sesekali je aku jenguk. Ibu aku masak sedap. Balik kerja sampai rumah je ibu dah siapkan juadah untuk berbuka. Itu yang best sampai aku naik malas nak balik rumah sendiri. Sampailah hari raya aku lepak kat Banting. Jadi aku tak adalah feeling balik kampung jauh-jauh sambil dengar lagu raya sebab jarak kampung aku dengan rumah sendiri sejengkal je. Dalam 40 minit je dah sampai Banting kalau dari rumah aku kat Shah Alam tu. Hehe.

Oh ye aku nak cerita pasal sehari sebelum hari raya. Pagi-pagi aku dah ikut ibu aku pergi pasar beli ayam, kerang dan bahan mentah yang lain. Raina pun aku bawak sekali pergi pasar. Meriah bukan main lagi pasar kat pekan Banting tu. Seronok tengok gelagat orang. Paling best masa nak beli ayam. Berebut-rebut orang nak beli ayam. Sampai rumah macam biasa aku akan tolong ibu aku masak rendang, nasi impit, ketupat dan macam-macam menu yang lain. Aku memang tak reti masak. Jadi aku tolong je ibu aku mana yang patut. Selalunya setiap tahun ibu akan buat rendang ayam je tapi tahun ni lain sikit. Ibu aku buat rendang kerang sebab Saiful nak sangat makan rendang kerang tu. Janji ada orang yang sanggup nak kopek kerang. Ibu beli kerang 12 kilo bersamaan dengan dua beg plastik besar. Banyakkan? Jenuh aku dengan Saiful kopek kerang tu. Hehe.

Macam biasa aku akan suruh ibu aku buat begedil udang kering. Aku memang suka makan begedil udang kering. Selalunya aku yang banyak perhabiskan begedil tu. Aku siap sorokkan satu bekas begedil sampai begedil tu basi sebab aku lupa nak makan. Hehe. Memang agak kelang-kabut dan tak cukup tangan nak siapkan kerja-kerja kat dapur sebab adik aku Dhila beraya kat Keramat dulu tahun ni. Jadi aku, Saiful dengan adik aku Bani je yang tolong ibu kat Dapur. Raina macam biasa layan TV dan main kat ruang tamu dengan atok dia.

Malam raya lepas je berbuka puasa aku dah sibuk nak jahit batu spa Q kat baju kurung moden aku dan baju kurung Raina. Disebabkan aku ni tak pandai jahit, sampai pukul 4 pagi aku mengadap batu spa Q tu. Memang kelakar sebab aku jahit senget-benget dan tak kemas langsung jahitan aku tu. Tapi masa tu badan dah letih sangat jadi aku main tibai je jahit. Patutnya aku nak letak lace tapi dah last minute punya kerja aku tibai je letak batu spa Q tu. Janji kat mata aku nampak cantik. Pada hal tak cantik mana pun. Hehe.





Pagi raya lepas solat raya, macam biasa tradisi family aku mesti ada agenda makan-makan. Dan selepas makan mesti ada sesi bermaaf-maafan. Masa ni mesti air mata aku akan keluar bila minta maaf dengan ibu dan ayah aku. Selepas sesi bermaaf-maafan tu selalunya akan ada sesi bergambar. Tapi yang tak seronoknya dalam gambar family kali ni tak ada gambar adik aku Dhila dengan suami dia. Biasalah bila dah masing-masing dah berkahwin kenalah raya di kampung masing-masing tu ikut giliran. Nasib baik kampung suami adik aku tu kat KL je.

Selepas sesi bergambar barulah aku sekeluarga pergi beraya kat rumah nenek dan saudara-mara yang terdekat. Tapi biasalah bila dah ada budak kecik ni, baru beraya 2,3 buah rumah Raina dah mula buat perangai. Biasanya bila dah tiba waktu dia nak tidur kita masih beraya rumah orang memang akan mengamuklah anak aku tu. Sekarang ni nak amik gambar Raina pun bukan main susah lagi.




Tapi yang pasti bila musim raya ni, aku jadi kuat makan. Asyik makan je kerja aku. Semua lauk pun sedap jadi aku akan makan berulang kali. Kuih raya pun aku tibai makan jugak. Bila timbang berat badan huwaaaaaaa naik gila beb. Lepas ni mesti lancarkan misi untuk berdiet semula. Itupun macam payah je nak diet sebab nafsu makan tu menjadi-jadi. Tapi aku akan cubalah kurangkan makan mana yang patut.

Sesiapa yang ada buat open house tu jangan segan-segan jemput aku. Kalau bab makan aku ok je. Dasar kuat makan kan aku ni? Hehe. Dan sesiapa yang sudi tu datanglah beraya kat rumah family aku kat Banting. Rumah aku kat Shah Alam tu sebijik kuih raya pun tak ada. Nanti aku masak sedap-sedap. Tak pun aku suruh ibu aku masak. Ibu aku masak sedap tau.


Oklah aku pun dah tak tahu nak tulis apa lagi. Rasanya dah panjang lebar aku menaip. Sekarang ni bila dah jarang update blog aku rasa agak kekok sikit bila nak menulis kat sini. InsyaAllah aku akan cuba cari masa untuk selalu update blog aku ni. Di sini aku nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya dan aku nak mintak maaf jika ada tersalah kata semasa aku menulis kat sini atau semasa aku update status kat facebook mahupun twitter. Senang kata aku nak mintak maaf jika tanpa sedar atau sedar aku ada mengguris hati sesiapa.

Sekali lagi aku nak ucapkan selamat hari raya. Maaflah aku buat ucapan raya ni dah lambat tapi masih dalam bulan Syawal lagi kan? Gambar raya banyak lagi tapi aku malas nak upload. Nanti kalau aku rajin aku upload lagi. Kalau tak rajin aku peram je gambar raya tu. Tapi harap-harap mood rajin tu datang dalam diri aku.

21 comments:

  1. Selamat hari Raya Nurul.Cantik batu Spa Q tu. Ok je Fie tgk Nurul jahit. Hehe.

    ReplyDelete
  2. jahit batu spa q tu yang tak tahan..satu set ngan baju anak dara dia..mentang2lah orang ada anak dara..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. panjang dh rambut raina..dh besar anak dara sorang ni..heheheh

    ReplyDelete
  4. comel gile raina..lama tak dgr cite nurul...rindu sgt ngn nurul...selamat hari raya nurul....

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak =) asna suke warna baju akak.. lain dr yg lain. akak buat baju kurung moden ke?

    ReplyDelete
  6. aah la..nurul dah jrg update..:(
    raina comel sgt! rmbut pun dh pjg..
    sedondon! nice pic!! i likeeee..=)

    Selamat hari raya Nurul..=)

    ReplyDelete
  7. cantiknya rambut raina.panjang lebat dan lurus.jeles aunT tgk tau.makin besar makin comel lah kamu.rindunya nk jumpa kamu dan ibu kamu tu

    ReplyDelete
  8. fie : kalau tgk dekat2 comot fie hasil jahitn tu. hehe


    dina : hehehe :)

    ReplyDelete
  9. aziyana : rambut tu dah potong masa malam raya hari tu aziyana :)



    mun : selamat hari raya mun :)

    ReplyDelete
  10. asna : a'ah asna tu baju kurung moden. baju tu color hijau sebenarnya bukan color biru asna


    ain : tu lah nurul try update kalau free ye. selamat hari raya ain

    ReplyDelete
  11. kau memang jenis rahang terbentuk kan. cantik. kalau badan naik pun tak nampak tembam.

    ReplyDelete
  12. noe : aku rasa ko pun jenis rahang yang berbentuk noe. cantik. aku ni kaau badan naik mmg ketara nampak aku rasa

    ReplyDelete
  13. yun : kan? rindu nak jumpa kamu jugak yun dan mya

    ReplyDelete
  14. ingtkan raina yg pkai tdung tu, hehe comel
    jeles btol tgk rmbut raina lurus je..
    hehe

    ReplyDelete
  15. sgt sweet pic raya.. hope thn depan dapat la amik gmbr raya

    ReplyDelete
  16. cantik colour biru baju u all...selamat hari raya

    ReplyDelete
  17. na : nurul tak tahu mana nak cari tudung bdk kecik tu yg pakai tudung anak kakak sedara

    ReplyDelete
  18. aj : adik akak yg bani tu rajin amik gambar aj

    ReplyDelete
  19. nads : selamat hari raya untuk nadfs jugak

    ReplyDelete