Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, September 26, 2011

Orang kata best tapi tidak bagi aku

Setakat ini selama dua minggu aku duduk di rumah sementara menunggu memulakan kerja di tempat baru adalah sangat membosankan. Tapi tipu pulak kalau aku cakap langsung tak best kan? Best tu memang best. Boleh bangun lambat dan dapat mengadap anak 24 jam. Kerja aku kat rumah macam biasa makan, mengadap TV, kemas rumah, masak, layan anak, baca novel dan tidur. Selain tu aku suka menyakat anak aku. Lagi-lagi sekarang ni Raina tengah dalam proses nak belajar bercakap. Pot pet pot pet mulut dia berborak dengan aku. Itu sebab aku suka sakat dia. Hehe. Hah itulah rutin harian aku sekarang.

Tapi pada pendapat aku, duduk kat rumah sepanjang masa bukan jiwa aku. Aku gelisah dan tak reti nak duduk diam kat rumah. Bayangkan aku akan bangun pagi jugak walaupun agak lewat sikit dari hari bekerja. Sebab dah terbiasa bangun pagi kan? Ini baru dua minggu aku dah berperasaan macam ni. Aku tak tahulah kalau orang lain. Tapi bagi aku lebih baik bekerja dari duduk rumah. Sebab kita akan bosan dengan rutin harian kita tanpa bersosial dengan persekitaran luar. Setakat bersosial buka lappy layan FB dan twitter pun belum tentu mengubat kebosanan aku ni.

Walaupun duduk rumah, Saiful tetap bagi aku duit untuk perbelanjaan aku tapi aku tetap nak pegang duit sendiri. Aku rasa itu jiwa aku sebab aku akan rasa satu kepuasan bila bekerja. Tapi aku tak tahulah kalau pendapat orang lain macam mana. Mungkin aku boleh bersedia menjadi suri rumah pada usia aku dah lanjut nanti tapi bukan pada usia sekarang ni yang masih dalam ketogeri masih muda. Eh muda ke aku? Hehe.

InsyaAllah, next month ada rezeki aku akan mulakan kerja baru. Banyak target yang nak aku kena capai. Sekarang ni aku nak layan anak aku puas-puas sementara memulakan kerja baru nanti. Nasib baik ada Raina. Taklah bosan sangat. Raina suka layan channel baby TV. Dia akan terjoget-joget dan menyanyi depan TV. Tengok keletah Raina ni boleh hiburkan hati aku sebagai seorang mak budak. Terima kasi Raina sebab hiburkan hati mama.

Jadi di mana tahap best duduk kat rumah? Aku tak rasa pun macam tu. Orang kata best tapi tidak bagi aku. Itulah pendapat aku buat masa ni. Kalau tak percaya silalah cuba. Hehe.

27 comments:

  1. kite tahu mmg x betah ddk rumah jaga anak masa dalam pantang dulu. honestly mmg x sabar sgt nk naik keje. bosan giler ddk rumah. mmg la syok ada anak depan mata. tp xkan ngadap anak 24jam je kan? kalo dpt kuar jalan2 pon hari2 tahan ker? msti nk kena buat keje jugak hehe..

    so da tau mmg xkan boleh ddk rmh jaga anak saja sejak dr masa berpantang tue =p

    ReplyDelete
  2. sy pernah melepak sebulan sementara start kerja kat tempat baru cz previous company bagi pelepasan awal,rasanya sangat suck sekali.hehe.

    Rutin sama ulang2 sampai bosan.Maka kesimpulannya saya tidak akan dan tidak mungkin akan menjadi suri rumah spenuh masa.Yups,pegang duit sndiri lebih seronok tanpa perlu menadah2 dari encik suami kan?:)

    ReplyDelete
  3. hurm...yeke nurul..mun baru jek ura-ura macam nak berenti kerja duduk rumah..huhuuhh

    ReplyDelete
  4. ena : masa pantang hari tu pun dah rasa bosan kan nasib baik ada anak terhibur sikit


    shema : setuju dengan pendapat awak shima

    ReplyDelete
  5. mun : oh mun nak resign ke? terpulang pada individu masing2 mun

    ReplyDelete
  6. ye la nurul...kalo jue pun mesti pening kepala...tatau nak wat per kan?

    tapi jue kan, bila cuti lama2...mesti berangan nak terus dok kat umah ulit anak hari2...sabar jer la :D

    ReplyDelete
  7. sebenarnya ikut masing2 jugak kan nurul. ada orang suka je dok umah jaga anak, masak, kemas2 umah semua tu. cam kita ni kalau kadang2 dok umah ok la...tapi kalau hari2 bosan juga.

    almaklumla...dah biasa hari2 makan luar dan bergossip ngan kawan2 keje. dok umah takkan nak bergosip ngan husband je? hehehe~

    ReplyDelete
  8. eh?? xtao plak nurul dah jd housewife skrg ni, hehehe
    syok mmg la syok kan,
    tp nurul same mcm na jugak
    xbetah duk lama2 kt umah,
    ckup skadar hr weekend je,
    nk kerja n pegang duit sdiri yg penting :)

    ReplyDelete
  9. biasa teringin nk dok rumah, time keja hr isnin.. alangkah bestnyer dok rumah x yah kjer.. tp bile cuti lama2 dok rmh.. bosan wooo.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. yeah betul. duduk rumah 2,3 hari boleh la. itu pun jadi beku otak. mesti bawak jugak dani keluar. x bole imagine rasa nye duk umah 24jam

    ReplyDelete
  11. rasanya mesti bosan kan duk umah..hehe...shima penah duduk umah je dulu setahun sbb takde keje..boring giler..dh la masa tu takde anak..hai tak leh hidup

    ReplyDelete
  12. bg career women mcm kita ni mmg xkan betah dok umah.coz dh terbiasa dgn rutin seharian di pejabat.so akan rasa janggal dan bosan bila berada di rumah

    ReplyDelete
  13. Betul la nurul..da bese keje kn..kalau do umah, ni beli spender pun Ken a mntk duit org..huhu

    ReplyDelete
  14. jue : tu la kalau time keja pastu cuti lama dah malas nak keja tp bila dah resign dok rumah bosan pulak. tp yg seronoknya ngadap anak kita jue

    ReplyDelete
  15. intan : gosip dengan suami tak semeriah gosip dgn kawan hehehe

    ReplyDelete
  16. na : dah resign masa bln puasa hari tu na notis sebulan hari tu lepas raya habis notis. InsyaAllah next month mula kerja balik

    ReplyDelete
  17. yun : tulah nurul rasa gelisah dan tak reti duduk diam yun

    ReplyDelete
  18. entry akak buat asna terfikir tp ikut kehendak suami dn ikhlas.. asna redha =)) insyallah asna boleh. mungkin asna akan penuhkan aktiviti di rumah. insyallah. hope asna kuat.. =))

    ReplyDelete
  19. Samalah kita.

    Tak boleh nak duduk diam saja kat rumah. Pening kepala dibuatnya sebab dah biasa bekerja dan ke sana sini.

    Apepun, sangat respek kat suri rumah tangga yang boleh menghadap tugasnya itu tanpa jemu.

    -dakpink.blogspot.com-

    ReplyDelete
  20. kalau aj ni mmg x mampu la kak long nk ddk umh je. lagi2 suami jauh dr mata. kalau ada anak sendiri tu lain la ... ilang gak la bosan tp ni sorg2 . lagipun klu x kerja mmg x masyuk.... eko family x bape kukuh tu kena gak keje.. hehehe

    ReplyDelete
  21. interesting perspective. saya baru habis belajar, terus bersalin x sempat kerja. cam best je duduk rumah dah dekat 5 bulan mengahadap anak 24jam. kerja rumah pun x buat sangat sbb still duduk dengan parents. masih tak bosan, mungkin sebab saya tak pernah lagi bekerja dan pegang duit sendiri kot...

    ReplyDelete
  22. duk rumah ni skali skali mmg syok..tp lama2 mmg akan bosan..masa pantang dulu, alahai rase mcm bila la nk amsuk keje...

    ReplyDelete
  23. lain org lain kan. mcm fad personally rasa enjoy and happy sgt jadi housewife selama almost sebulan ni. =)

    tp now mmg ramai yg lebih suka kerja and tak betah duduk kat rumah. zaman dah berubah.

    ReplyDelete