Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, January 17, 2012

Terbaru dari Bani Jamian

Bani Jamian

Dah lama aku tak cerita pasal adik aku si Bani tu kan? Sekarang ni dia dah tahun akhir kat UiTM tu. Aku tengok sekarang ni dia busy bukan main lagi. Biasalah tu student. Aku dah rasa semua tu dulu. Aku rasa tak sia-sia adik aku ambil jurusan photography ni. Sebab aku tengok itulah minat dia. Aku nampak minat dia tu makin menjadi-jadi dalam diri dia. Sekarang ni aku tengok dia lebih suka ambil gambar yang berunsurkan journalism.

Alhamdulilah berkat minat dan kesungguhan adik aku tu, dia menjadi pelajar terbaik dalam batch dia untuk semester lepas dan dua kali dia dapat Anugerah Dekan. Macam tak percaya je adik aku tu dinobatkan best student. Sebab kalau dia balik rumah, aku tengok kerja dia adalah makan je. Hobi dia ialah makan sepanjang masa kot. Lagi-lagi menu roti. Apa yang sedap dengan roti tu, aku pun tak tahu. Suka benar dia dengan roti. Heeeee.






Hari tu sebelum bulan puasa yang lepas, aku ada daftarkan nama adik aku untuk menghadiri course yang diseliakan oleh Photographer Saiful Nang. Itupun atas bantuan Xeea. Thanks Xeea. Aku tengok adik aku suka sangat dengan couse tu. Aku sanggup hantar dan ambil adik aku kat Kajang semata-mata untuk dia tambah ilmu. Tak kisahlah penat mana pun yang penting adik aku dapat ilmu baru kan?

Sebelum ni ada jugak dia pergi course under Kuku Besi. Selain tu dia jugak suka pergi menjelajah tempat-tempat baru. Lagi-lagi tempat yang pelik. Sebab tu aku tengok koleksi gambar-gambar dia pun banyak gambar-gambar yang pelik. Entahlah aku pun tak berapa faham jiwa dia berinspirasi dengan kemera dia tu. Heeeee.






Sejak adik aku belajar dunia photography ni, banyak perkara yang aku belajar dari dia. Sebenarnya bukan mudah nak ambil gambar menggunakan kemera besar gedabak tu. Memang tak dinafikan sekarang ni ramai orang ada kemera besar gedabak tu. Aku tengok sekarang ni dah macam satu trend. Budak sekolah pun ada kemera kan? Tapi tak semua yang tahu teknik untuk mengambil gambar dengan cara yang betul macam nak control color, control cahaya, ambil gambar guna lensa yang betul dan macam-macam lagilah yang aku pun tak tahu. Dulu aku ingat kalau nak ambil gambar ni main redah je. Rupa-rupanya banyak perkara dalam dunia photography ni yang kita kena ambil tahu supaya kita dapat hasil yang cantik dan memuaskan.

Adik aku pun masih peringkat belajar lagi. Masih banyak perkara yang dia kena belajar. Tapi Alhamdulilah masih ada orang mempercayai hasil kerja dia dan dari situ adik aku dapat banyak job luar. Dari situ adik aku belajar perbaiki apa yang patut. Aku jugak nak ucapkan terima kasih kepada semua client yang pernah menggunakan khidmat adik aku.

Sekarang ni, adik aku ada buat part time dengan satu butik Mak Andam kat Melaka. Itu pun lecturer dia bagi peluang. Alhamdulilah rezeki adik aku. So dapatlah adik aku duit poket sambil kumpul pengalaman. Aku selalu pesan dengan dia jangan memilih sangat yang penting pengalaman. Lagi satu aku lebih suka dia berusaha cari duit sendiri time belajar ni. Biar dia tahu macam mana susahnya cari duit tu. Maklumlah adik aku ni anak bongsu dalam family aku. So apa yang dia nak selalu kami akan tunaikan. Jadi bila dia dah mula belajar cari duit sendiri, aku adalah orang paling setuju sebab aku tak mahu dia terlebih manja.


Adik kesayangan :D

Untuk Bani,
Along harap kau akan dapat result yang terbaik untuk semester akhir ni. Jangan dok layan cintan je. Study smart okeh. (Oh adik aku dah ada girlfriend tau. Bukan main lagi).

Sesiapa yang mahu menggunakan khidmat adik aku bolehlah email aku di ainiee_overmars@yahoo.com. Adik aku selalunya tak meletakkan harga yang tinggi. Semua harga adalah normal mengikut harga semasa. InsyaAllah adik aku akan cuba berikan yang terbaik.

15 comments:

  1. untung nurul.. nk pkai photogpher cr adek jer

    ReplyDelete
  2. untung nurul.. nk pkai photogpher cr adek jer

    ReplyDelete
  3. farhana : hehehe Alhamdulilah akaknya senang cari adik je :)

    ReplyDelete
  4. eh mcm sebak plak aku bc entry ni, nape eh?
    huhuhu walaupun xde adik,
    tp tetap trase bangga cmne yg nurul rase tu,
    tahniah bani, :)

    ReplyDelete
  5. wah bagusnya adik Nurul nie..berbakat! tp betul la skrg ni mcm trend budak2 pgg DSLR..kite dolu2 kemain nk cri camera 1 pun payah..huhu

    ReplyDelete
  6. na : eh ye ke na? thanks na sbb mcm fhm apa yg nurul rasa :)


    ain : kan? bdk2 sekolah pun ada kemera kan? hebat budak2 sekarang ni ye

    ReplyDelete
  7. wah tahniah bani..dan tahniah jugak pada nurul yang ader adik macam bani....

    ReplyDelete
  8. Untunglarrrr Nurul, bakal ada photog sendiri nanti. =)

    ReplyDelete
  9. aj : ye ke aj? hehehe bolehlah dikatakan begitu :)

    ReplyDelete
  10. mun : thanks mun tu lah best jugak ada adik yg boleh amik gmbr mcm2 ni :)

    ReplyDelete
  11. yaya : thanks yaya :)



    ain : hehehe kembang hidung. hahaha :D gurau je

    ReplyDelete
  12. tiba-tiba cik ina teringat arwah adik yang dah pegi buat selama-lamanya. bestkan ada adik, Alhamdulillah adik nurul berbakat.

    ReplyDelete
  13. salam akak . saya nak tanye , akak ade jual macarons lagi ? boleh contact saya kat sini https://www.facebook.com/rosseiyra
    saya nak add n pm sis tak boleh . please ye sis

    ReplyDelete