Kenangan lama. Tiba-tiba rasa rindu. Alahai
Ini lagi satu entri lama yang aku peram. Hari ni sedaya-upaya aku cuba jugak publish entri lama ni.
Banyak sebab kenapa aku resign secara tiba-tiba walaupun hakikatnya aku sayang sangat dengan kerja aku sekarang ni. Ini adalah keputusan paling besar yang aku buat pada bulan Ramadhan yang lalu. Memang menguji tahap kesabaran aku. Walaupun aku di pujuk atau di rayu, aku tetap dengan keputusan aku tu.
Sebenarnya aku dah banyak sangat makan hati tapi aku masih boleh lagi bertahan hampir 4 tahun kat sini. Aku tak tahulah kalau orang lain macam mana. Entah-entah dah cabut lari kot. Sebab situasi staff cabut lari memang biasa kat tempat kerja aku ni. Aku rasa orang yang betul-betul hati kental je boleh bertahan kat sini. Kiranya aku ni seorang yang hati kental kot kat sini. Kental tak kental sangatlah. Hehe.
Apa yang aku buat untuk bertahan kat sini cuma satu je yang aku amalkan. Aku tak pedulikan apa yang orang lain nak cakap. Yang aku tahu datang kerja macam biasa punch card dan buat kerja yang di beri. Jam 5.30 cabut balik. Dulu masa mula-mula kerja kat sini aku memang rajin sikitlah nak balik lewat tapi sekarang ni tepat jam 5.30 aku memang dah ready nak balik. Tak sabar nak jumpa anak. Hehe. Aku tak suka nak bergosip
Aku join company ni dari awal tahun 2008. Paling aku ingat ibu aku sanggup temankan aku pergi interview ni. Bos aku siap jumpa ibu aku bagitahu yang aku dah diterima bekerja. Masa tu aku bajet bos aku ni baik gila wei. Tapi tak sangka rupa-rupanya bos aku ni seorang yang sangat cerewet dan agak poyo.
Aku rasa aku adalah orang yang bernasib baik sebab lepas je aku habis belajar aku dah dapat offer kerja. Dan sebelum majlis konvo aku dah dapat beli kereta hasil titik peluh dan usaha aku. Semuanya bermula di tempat aku bekerja sekarang ni. Masa tu gaji aku kecik je. Dengan status fresh graduate berapa sen sangat gaji aku dulu. Tapi aku tetap mahu terus kerja kat sini dengan target nak cari pengalaman. Alhamdulilah lama-kelamaan tu adalah naik sikit gaji aku tu. Berkat kesabaran aku kot.
Tapi untuk bertahan kat sini bukan mudah seperti yang di sangka. Macam-macam aku tempuh. Kena marah, kena maki, dan pernah jugak kena hina dengan bos. Kadang-kadang tu kena marah atas perkara yang tak logik di terima akal. Aku jugak adalah mangsa diskriminasi! Aku tak pernah menangis depan bos. Aku akan tahan dulu rasa sebak aku dan selalunya aku akan masuk dalam toilet. Dalam toilet baru aku akan menangis sepuas-puas hati aku.
Contohnya hari tu, aku ada selisih faham dengan bos aku. Puas aku pertahankan diri. Tapi dah namanya pun bos kalau dia salah pun dia tetap cakap diri dia betul. Pastu bila dah marah aku kaw-kaw, tiba-tiba dia nak buat baik dengan aku pulak. Siap tanya kawan aku ‘Nurul marah saya ke Joanne?’ Motif? Aku tak sukalah kalau dah terang-terang aku tak salah tapi ada orang nak cari pasal dengan aku. Terus mood kerja ke laut. Sejak tu aku tak nak pandang muka bos aku. Agaknya bos aku pun perasan. Lantaklah situ.
Bukan mudah kalau kerja di sektor swasta macam aku ni. Lagi-lagi kalau dapat bos yang cerewet macam bos aku ni. Eh tapi manager department aku baik gila. Salah-satu sebab aku masih bertahan kat sini pun sebab adanya seorang manager yang baik. Cuma bos besar je yang cerewet. Semua kerja kena perfect. Macamlah staff dia ni robert dan ada kuasa magik. Semua kerja kena siapkan dalam masa yang cepat. Tak ada istilah nak mengular atau nak tangguh-tangguhkan kerja. Datang lewat sikit dah kena warning letter. Buat salah sikit pun dah kena warning. Pagi-pagi masuk kerja bukak komputer terus kena buat kerja. Kadang-kadang tu dah tapau breakfast nak makan kat office tapi makan pun dalam keadaan kelang-kabut. Sebab tak mahu dikatakan ambil kesempatan melengah-lengahkan masa bekerja. Kadang-kadang tu aku rimas jugak situasi bekerja macam ni. Tak ada kebebasan langsung. Tapi inilah protokol cara kerja di tempat aku ni.
Kalau bekerja di sektor swasta, pengiraan bonus dan pemberian increment bergantung pada prestasi kerja seseorang. Tapi kat tempat aku ni agak diskriminasi sikit. Jadi agak berat sebelah dalam bab pemberian bonus dan increment. Tapi Alhamdulilah walaupun tahun ni nama aku tak tersenarai dalam pemberian bonus dan increment tapi aku merasa jugak duit bonus dan increment beberapa kali. Sekali bonus kat tempat aku boleh sampai 3,4 bulan setahun.
Bila dah beberapa tahun aku bekerja di sektor swasta ni, kadang-kadang hati tu teringin jugak nak beralih angin kerja kat sektor kerajaan pulak. Cuma aku tak tahu macam mana cara kerja dan tahap tension bekerja kerajaan ni. Tapi bagi aku yang dah bertahun-tahun bekerja dalam situasi kerja yang sangat protokol dan menghadapi tahap tension yang agak tinggi, jadi agak biasa bagi aku nak tempuh keadaan yang agak mencabar dalam situasi bekerja ni. Nasib baik aku tak kerja banking line macam adik aku. Hampir setiap hari adik aku mengamuk mengadu hal kerja. Macam susah je kerja bank ni ye? Orang cakap gaji besar, tanggungjawab terhadap kerja pun tentulah besar. Nak pergi toilet pun fikir 2,3 kali wei kalau kerja tengah melambak.

Kalau kerja kerajaan ni tak boleh demand gaji
Tapi bagi aku tak kisahlah kerja swasta mahupun kerajaan. Janji kita dapat income tu cara halal. Mana-mana kerja ada je tahap tension dalam bekerja. Cuma aku berharap suatu hari nanti aku dapat jugak merasa bekerja di sektor kerajaan. Sebab aku dah letihlah nak menempuh tahap tension yang tinggi dalam bab bekerja ni. Lagi satu aku teringin nak kerja yang ramai staff melayu. Aku nak

30 ulasan:
kty pun kerja swasta..co cina..sorg je melayu kt sini..
try apply gomen..tak dpt2
lal atty : akak lagi hebat seorang je melayu. caiyok kak
gomen dgr cite nk naik gaji lg bajet ptg ni kang...jeles giler huhu
bila lah nak bebas dari cengkaman ini juga...hmmm
ena : tu la nurul nak try gomen lah pulak tp susah nak dpt. byk kali apply
fashya : sabarlah ye fasya :)
tekanan kerja ada kt mana2 x kira gomen atau swasta...
saya keja gomen
suma org ckp keja gomen senang relax
tp yg bercakap x penah ada kt tmpt kami.
org laain yg keja gomen sy x tao
tp sy penah lh merasa keja masuk keja kul 7 pg balik 10malam
setiap hari
bekpes depan komputer
lunch dpn komputer
time bos ade jgn harap nk kemana kan
sbb tu kalau kwn2 ckp best lh kau keja gomen
relax...makan gaji buta
sy akan senyum je
kdg2 jer sy balas mtk dorg duduk kt tmpt sy
ween : tu la nurul tak boleh nak komen sbb tak pernah merasa keja gomen dan teringin sgt nak keja gomen ween
kerja swasta mmg mcm tu kan. ada yg bernasib baik, dapat lah bos yang baik TAPI orang kata bos cha ya nun alif mmg mcm tu. tak pernah nak takcle hati pekerja kan? well, cha ya nun alif ni, selalu rasa diorang bagus. dalam bagi servis pun sama. kita pernah kerja TM, diorang mmg sgt rude and poyo and bodoh! customer is always rite katanya. langsung tak boleh pakai!
shinnaz : Tu lah tgk nasib masing2 awak. kadang2 ada bos yang baik sgt
betul keje swasta ke kerajaan ke sama jer..asal buat kerja dengna betul..
dr apa yg yana bc penulisan nurul ni mmg mcm tu la gaya keje swasta kan..sbb tu majoriti mmg ramai pekerja swasta kutuk pekeja gomen sbb keje gomen ni kononnya banyak kebebsasan, masa free..etc..hakikatnya sama je sebenarnya..bergantung pd bos kita..kalao bos jenis tegas mane ade nk merasa bebas
hurm mun pon keje swasta...tension jgn ckp ahhh nurul...tp apply gomen tak dpt2 lg nie..huhuh
aziyana : tu la nurul rasa sama je kalau dpt bos tegas keja pun kena buat betul2 kan tak kira gomen atau swasta
kata org, siapa yg da biasa keja private, masuk gomen, die cannot go. ini kalo jenis yg pentingkan kepuasan bekerja la.
dulu kat ofis afni ni, ada ex gomen keja sini. tak sampai sebulan dah cabut, tak tahan pressure.
tapi yg syok gomen ni, lebih kukuh la utk masa tua kita, sah2 ada pencen. kita swasta ni, masih bekerja masyuk la gaji. dah tua nanti, manage epf je la..hehe
hai nurul
salam kenal
rasanya situasi yg nurul lalui sama mcm saya lalui..tp mungkin belum kuat hati utk tender resignation memandangkan banyak komitmen lain
apapun smg nurul dpt keja lain yg lebih baik
amin
nurul...
marilah kita bersama-sama berganding bahu..
mencari tempat dalam sektor kerajaan..
hehehehe...
all the best nurul.. <3
nurul wat co.ape tu..construction ke?
kalau construction susah kan.
keje gomen ke swasta ke same je nurul..lylie da rase dedua.....bile keje gomen majority melayu kn... politik org melayu sgt teruk....
menjatuh kn sesame bangsa lg rase dasyat..kalau ngan bangsa lain kite tau bkn bangsa kite...keje pn penat juga...lylie penah rase keje smpi 7 pagi....blk lmbt 2 memang da selalu..kalau blk on tyme kate x perform byk juga risiko nye..ikut nasib la nurul...kengkadang ade tmpt yg rileks..kalau kt tmpt lylie memang x la....hari2 rase nk berenti...hihihihi...
Yg penting nurul enjoy..
Biasalah nurul.. kerja dgn org.. huhuhu.. alagkah bagus ada bisnes sendiri.. kan..kan..
Nurul..
Saya dah rasa keje swasta & sekarang keje gov..dua2 da rasa..
keje gov saya tengok mungkin ada yang relaxs..tengok jobs option la..tapi sy rasa..sama jer..cuma tak stress kalau kita dpt bos baik..tak byk songeh..
tapi..sesapa yg keje gov tu..bersyukurlah seadanya...bukan senang nak masuk gov..try the best k..
mun : tu la susah skrg nak masuk gomen nurul pun dah try byk kali
afni : company lama nurul dulu ada dua org ex staff gomen. dia org ada gak cerita mcm mana pengalaman kerja di gomen. tp nurul pun tak boleh nak komen sgt sbb nurul tak pernah ada pengalaman keja gomen dan teringin sgt nk join. mudah2an ada rezeki :)
lynn : thanks lynn . dan salam kenal utk lynn jugak :)
kid : ayuhhhhhh kid :)
shima : company lama nurul buat mcm2 construction, palm oil, computering, argonite system etc shima
lylie : tu la nurul pernah jugak dgr kalau sesama melayu politik lbh kuat. tp kan lylie pengalaman nurul kerja dgn bangsa lain politik diaorg pun kuat lagi menusuk kalbu sbb mereka jenis kaki kipas dan nak kaya cepat sbb itu hidup diaorg mewah dgn kereta mewah semua. ini pendapat jujur nurul sepanjang nurul bekerja dgn diaorg
lip : yeahhhhhhh senyum lebar :)
farhanna : yeah bis yang stabil dan ada staff sendiri. syok kan?
birufirus : mungkin kot awak. sbb ada kwn2 nurul yg kerja jabatan kesihatan diaorg cerita kerja diaorg relaks tp ada bbrp kwn nurul kerja gomen ckp kerja diaorg pun tension sama mcm private sektor. jadi kesimpulannya semuanya sama cuma maybe ikut jabatan atau kalau bertuah badan dpt bos ok kerja pun hepi kan?
semuanye pun nak keje kerajaan kan nurul..tapi susah nak dapat..
insyaAllah lepas ni ada rezeki nurul keje yg lebih baik k..
kak nurul....waran perjawatan dibekukan sehingga 31 disember 2011...so tggu next year bukak perjawatan baru, sekarang JPA sedang audit segala waran yang dikeluarkan;
yayan HR LUAS, SUK.
salam nurul
sy tk penah keja ngan swasta..
tgk jugalah post apa kalau kerja di goverment..makn tinggi gred makin banyak beban kerja yg ditanggunglah..
sebab itu dalam goverment ada sistem gred..
bagi saya pula,beban kerja tetap ada sebab saya kerj buat akaun...
kdg2 balik sampai 2 or 3 pagi..
tue masa bujang lah...
tapi bil dah kahwin bos paham..
sesekali je turun padang...
pada saya org perempuan seelok2nya kerja goverment sebab masa untuk anak2 lebih...
sabtu dan ahad cuti..
apapun tepuk dada tanya selera...
stk
atiqah : tu la harap2 ada rezeki kak nurul :)
yayan : oh ye ke yayan. akak tak tahu apa2 ni
zuera : tu la zuera mana2 pun sama. berdasarkan dpt bos baik untunglah seseorang tu kan
Post a Comment