Itu antara contoh-contoh komunikasi antara aku dengan Raina Kadang-kadang aku pelik dan terfikir mana Raina belajar semua ni? Sebab tak semua perkataan baru tu aku yang ajar. Automatik terkeluar dari mulut Raina bila dia mula berkomunikasi dengan kita. Bila dia bercakap perkataan-perkataan baru tu, aku akan terkejut. Eh bila masa Raina belajar perkataan ni?
Aku tak sangka yang Raina akan cepat bercakap dan mudah faham arahan dan perbualan kita sejauh ini. Sebab anak aku ni tumbuh gigi cepat sikit. Umur 5 bulan lebih dah mula menampakkan proses-proses pertumbuhan gigi. Umur 6 bulan dah keluar dua batang gigi sekaligus. Ramai yang bagitahu kat aku yang anak aku mesti akan lambat berjalan dan lambat bercakap. Kadang-kadang aku terpengaruh jugak dengan kata-kata orang. Dan mulalah aku akan risau bila aku banyak berfikir. Sampailah tiba masanya Raina dah mula berjalan pada umur 11 bulan. Masa tu pun aku dah terkejut sebab aku tak sangka jugak yang anak aku akan berjalan seawal usia begitu, sebab masih memegang persepsi kata-kata orang sebelum ni. Dan sekarang pada usia Raina yang belum mencecah dua tahun, sekali lagi aku terkejut sebab anak aku dah mula bercakap menggunakan perkataan-perkataan baru yang aku sendiri tak pernah terfikirkannya.
Dari situ aku mula buang semua persepsi kata-kata orang yang tersemat dalam diri aku selama ni. Saiful selalu jugak marah aku sebab aku cepat terpengaruh dengan kata-kata orang. Sebenarnya aku dah tekad tak mahu dengar sangat cakap orang keliling. Tapi bila dah ramai yang bagitahu aku hal yang sama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi diri aku jugak. Alhamdulilah dan aku bersyukur sangat dengan proses pertumbuhan dan pembelajaran Raina setakat ini.
Buat masa sekarang ni, Raina boleh faham arahan dan percakapan kita. Kalau ada arahan dan percakapan kita yang dia tak faham, aku akan cuba terangkan dan betulkan. Cuma sekarang ni aku kena lebih berhati-hati dan control bila bercakap. Sebab anak aku ni jenis mudah mengikut apa yang orang lain cakap. Itu yang merisaukan aku sekarang ni.
Contoh hari tu, aku panggil Saiful dengan panggilan ‘awak’. Tak lama lepas tu, Raina cuba panggil papa dia dengan panggilan ‘awak’ jugak. Puaslah aku nak terangkan kat dia nak bagi dia faham. Kadang-kadang kelakar pun ada bila tengok keletah anak aku ni. Hehe.
23 ulasan:
comel Raina pupu gitu. :)
Kaisya pun cepat tiru apa org cakap. Hari tu dia dgr ayah dia panggil ibu "yang", dia pun ikut panggil "yang" juga. puas gak bagitahu n bg dia faham. haha.
btw kaisya kalau dh poo poo dia akan tarik tangan then kata, 'yak yak' haha so cute budak2 ni kan. :D
alaaaa comelnyaaa! nak pupu siap cangkung dulu. raina dgn org ramai dia ok x kak? mcm bersosial tue dia ada takut2 x dgn org yg dia tak kenal?
haaa mya pon sama style pupu sambil mencangkung.ada geng rupanya si mya yer heheheh
Panjang dah rambut Raina. Makin comel lah.
-dakpink.blogspot.com-
bila la bley jumpe ngn kakak senior raina ni lg, hehe
Raina makin cantik la Nurul :)
alhamdulillah, anak kita melalui proses tumbesaran yg baik...makin hari makin bijak...byk benda yg dia pandai :)
sama la icha, dah pandai ikut menyanyi...tapi yg tak bleh blah tue, bila dia buang pupu...'mama, eyak' siap teran sekali...sabar jer la...hahaha!!!
bestkan nurul bile anak sudah pandai cakap dan paham ape kite cakap...senang sikit..kite tahu ape die nak...hehehee
*comel raina
bijaknye little raina..:)
husna pun mula tumbuh gg umur 5 bulan..harap2 dia cepat bercakap jugak..xsabar nk melayan :)
clever girl raina..cayalah raina..rafique umur 11 bulan baru tumbuh gigi, ntah bila laa nak berjalan tuh..huhu
Makin somel anak dara awk ni skang ni ye nurul..si Alif dah mula pandai bcakap mase umo setahun kut.. ayat2 pertama was 'ball and bird' .. now dah setahun setengah..dh byk jugak lah perkataan dan dah pandai faham arahan kite..ayah die pun mmg mule2 dulu die panggil awak aje.. skang nie dah lancar sebut ayah.. ibu je die tak pas lagi.. masih bu bu..
Len anak len die punye progress sbnrnya kan.. xleyh nak samekan dgn anak org lain.. kan..
Kelakar je bila imagina Raina panggil Papa dia 'awak'. hihi
bile beborak dgn bdk yg belajar ckp ni pening pn de lawak pn de bangge pn de...
dh kena kawal percakapan depan raina lah pasni
cerita tv yg mengarut2 ada percakapan yg mencarut pn jgn bg tgk
bahaya
mama nak pupu.. comehh la
ann : hehe tu lah budak2 ni kalau baru belajar cakap mmg comel kan bila dgr mereka bercakap
asna : raina dgn org lain dia tgk mood dia asna. kalau dgn lelaki selalunya dia mcm takut2 sikit. contohnya dia takut dgn adik ipar akak sbb suara dia garau dan kuat jd raina akan menyorok kalau dgr suara mcm tu. tp kalau dgn budak2 kecik dia selalunya elok je bermain. dia jenis nak berkawan dgn budak2 selalunya
yun : hehe satu geng rupanya dgn mya ye
ain : a'ah dah panjang rambut raina tu pun dah potong beberapa kali tu ain
na : meh lah dating na. kalau turun KL jgn lupa bgtahu ok
fie : Thanks fie. Alhamdulilah dan syukur
julia : wahhh icha siap meneran ye? comelnya. raina kalau meneran tu ada jugak kadang2 siap muka merah meneran
mun : alhamdulilah mun bila dah pandai cakap mudah kita nak faham apa kemahuan si anak ni mun
aziyana : mudah-mudahan begitulah husna ye. InsyaAllah yana
dina : tak pe dina. raffique akan melalui proses tumbesaran yg sama mcm budak2 lain. jgn risau ye
fatty finger : ni jue ke? tgk gmbr mcm jue. ye betul tu lain anak lain tumbesarannya. tp setiap anak tu akan melalui proses tumbesaran yang sama je. InsyaAllah
xeea : tu la budak2 xeea. hehe :)
zura : kan? tp akak suka layan raina berborak. hehe :)
ween : betul tu skrg mmg kena control apa yg dia nak ckp , dia nak buat dia nak tgk mcm tgk tv tu ween
farhanna : hehehe :)
raina sama mcm danish..skrg nie bnyk perkataan baru yg terpacul dr mulut danish yg kdg2 alynn sendiri xfaham..anak2 cepat belajar dari apa yg dia dgr..
cth smlm danish pegang pagar alynn bgtau dirty..karat..selang beberapa minit Danish sebut no no arat (pelat karat)...
Raina...!!!!!
Meh sembang ngan aunty meh meh meh..
pelokpelokpelok <3<3
alynn : hehehe comelnya danish sebut perkataan tu ye :)
kid : meh meh sini hehe :)
alynn : hehehe comelnya danish sebut perkataan tu ye :)
kid : meh meh sini hehe :)
Post a Comment