Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, October 5, 2011

Blog : Tak semua benda boleh cerita

Blog bukanlah tempat yang sesuai untuk meluahkan segala apa yang kita pendam. Ada di antara kita anggap blog ni macam diari harian yang perlu di update selalu. Ikut suka kita nak tulis apa pun kan? Sebab ini blog kita, gambar kita, cerita kita. Peduli apa orang lain nak cakap apa pun. Tapi bukan semua cerita kita boleh ceritakan kat sini. Kita perlu jugak tapis setiap cerita yang nak kita tulis.

Kenapa perlu nak tapis-tapis?
Sebab tak mahu orang lain terasa hati dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain terasa jelik dan muak dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain rasa marah dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain salah-anggap dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain tahu 100% pasal hal kehidupan peribadi kita.


Kita perlu jugak simpan sekurang-kurangnya 50% hal peribadi kita. Tak semuanya perlu kita pertontonkan kepada umum. Kita perlu sedar tak semua orang suka kat kita. Percayalah setiap apa yang kita ceritakan kat sini boleh dijadikan bahan kepada orang yang tidak sukakan kita walaupun sekelumit kudis sekalipun. Bukan hanya kat blog malah kat facebook mahupun laman sosial yang lain.

Dulu aku tak pernah terfikir langsung yang blog aku ni akan ada orang lain jumpa dan baca. Sebab dulu aku berblogging hanya untuk suka-suka je. Kalau ada pun yang tahu pasal blog aku ni pun hanya 2,3 orang kawan rapat aku je. Tapi aku tak sangka yang hari ini agak ramai yang dah tahu pasal blog aku ni. Sehinggakan bila aku pergi mana-mana ada jugak yang kenal aku. Ada jugak yang massage inbox FB aku supaya approve kan request mereka untuk jadi kawan kat FB.

Follower aku pun masih ciput. Lagipun aku bukannya selalu update blog. Ikut mood aku je. Kalau aku rasa nak update, aku update. Kadang-kadang tu kalau aku rasa malas nak update aku biarkan je blog aku ni bersawang. Sebenarnya aku malu dan segan. Apa yang aku tulis kat sini hanya untuk suka-suka dan berkongsi cerita je. Aku minta maaf kepada sesiapa yang kalau ada aku lambat approved kat FB. Sebab selalunya aku akan tapis dan tengok dulu siapa orangnya.

Kebanyakan entri-entri aku ni berdasarkan pengalaman dan situasi yang berada kat sekeliling aku. Tapi tak semuanya aku ceritakan kat sini. Sebab aku masih mahu simpan untuk diri-sendiri jugak. Kadang-kadang tu aku takut sebenarnya. Takut kalau ada mana-mana pihak yang salah anggap dengan aku. Sebab tu aku tapis dulu apa yang aku nak tulis kat sini. Pernah kadang-kadang tu aku dah tulis panjang lebar tapi aku simpan kat draft je.

Aku rasa blog bukanlah tempat yang sesuai untuk ceritakan hal dalam dan tepi kain kehidupan. Blog jugak bukanlah tempat yang sesuai untuk tunjukkan apa yang kita ada. Cukuplah kita ceritakan secukup rasa untuk ada rasa lemak manis dalam sesebuah entri. Tapi terpulang kat korang kalau rasa mahu berkongsi cerita apa saja. Kalau macam aku ni, memang suka je baca apa-apa entri pun. Sebab memang minat aku pun membaca. Jadi aku belasah je baca. Lagi-lagi kalau entri tu ada banyak gambar. Lagi aku suka baca. Hehe.

Korang boleh nilai dan tegur penulisan aku jika aku tersasar jauh dari landasan sebenar. Sebab kita sebagai manusia tak lari dari membuat kesilapan. Mungkin jugak aku tanpa sedar telah menulis sesuatu yang mengguris hati orang. Jika ada jangan segan atau takut untuk menegur. Aku cuba perbaiki mana yang silap.

Tidak salah kan kita belajar dari kesilapan kan? Entri ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku yang pernah kena hentam pada awal-awal pembabitan aku di dunia blogging dulu. Aku hanya tulis entri pasal perempuan merokok je pun. Tapi kena hentam bukan main lagi. Mana aku bajet orang nak baca blog aku dulu kan? Tup tup kena hentam. Tapi silap aku jugak menulis tak pandang kiri kanan. Hehe. Sebab tu sekarang aku lebih berhati-hati setelah bertahun-tahun aku berblogging kat sini.

Jadi bila blog kita di serang oleh si anon, kita jangan cepat gelabah ayam pulak. Mula-mula kita cari dulu mana silap kita. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari komen si anon. Kalau komen si anon tu seperti mahu menjatuhkan kamu dan kamu rasa kamu berada di pihak yang benar, kamu biarkan je serangan si anon ini. Jangan ambil peduli sangat. Si anon pun manusia biasa jadi buat apa kita nak takut dan gelabah ayam dengan bayang-bayang manusia seperti tu bukan?

Terima kasih kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Kepada silent reader, rajin-rajinlah tinggalkan jejak kamu kat sini supaya aku dapat kenal kamu. Aku tak makan orang jadi jangan takut atau segan nak tinggalkan jejak. Muka aku je nampak sombong tapi hati aku baik tau. Cewahhh. Mulalah tu kau Nurul. Hehe.

Assalamualaikum

17 comments:

  1. salam nurul...
    saya suka cara nurul berfikir..pendapat dan buah fikiran nurul nmpak seperti org yg matang...tak semua ttg kehidupan kita hari2 kita tunjukkanpada orng lain...bersederhanalah dalam segala hal...tahniah nurul

    ReplyDelete
  2. =)
    Dah macam artis dah sebab ada orang kenal.

    ReplyDelete
  3. zuera : Nurul pun nak belajar bersederhana je zuera

    ReplyDelete
  4. ain : manusia biasa je ain. hehe :)



    asna : yeahhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. setuju gak..tp tu la kadang gtal jugk tgn ni nk bercerita :)

    ReplyDelete
  6. hurmhh betul2.. tkt dh xde privacy bile bgtau semua..

    ReplyDelete
  7. salam

    samalah dengan saya tulis utk suka2..tp bila dah ramai kengkawan seronok boleh kongsi buah fikiran

    dah follow jom follow back

    ReplyDelete
  8. betul tu nurul..ain setuju..
    tp kdg2 kite tulis juz utk sharekan sesuatu pun disalah anggap jugak..ttp nk jadik bahan umpatan org..dlu pernah terpk utk deletekan belog..tp pk2 balik, mcm sayang nk buang segala kenangan tu..

    tgk pd niat kite tuk blogging..=)

    ReplyDelete
  9. aziyana : normallah tu yana. hehe :)


    fie : :)


    farhanna : kan? heee :)

    ReplyDelete
  10. qhaifa nur : hi thanks follow :)



    ain : tu la blog ni lebih best dari fb, twitter tu semua. nurul rasalah. heeee :)

    ReplyDelete
  11. nurul, salah satu sebab farah private blog pasal privasi ni laaa. farah tak nak semua orang tau pasal life kita, specially alam rumah tangga. sebab kalau tersalah publish boleh bikin haruuuu..

    ReplyDelete
  12. thanks blas komen saya...kadang2 kalau kita terlalu menulis ttg kehidupan kita hari2 pun tak elok...macam tiada privasi langsung.....kalau dikatakan mahu share biarlah berpada2...tak semua yg kita lakukan hars dipaparkan...saya suka baca blog nurul sebab cara penulisan dan apa yg disampaikan nurul bermesej..terkdg tidak paham sesetengh blgger yg meminta pandangan kita ttg blog nya...tetapi apabila kita memberi pendapat kita pula dilentingnya..jadi tepuk dada tanya lah hati,heehee....maafkan jika komen ini agak pjg...saya masih hijau dalam dunia blogger ini..dan jika ianya menyinggung hati nurul saya menyusun sepuluh jari...stk

    ReplyDelete
  13. zuera : thanks zuera sudi baca penulisan nurul :)


    farah : oh sebab privasi ke?tak pe yang penting nurul dapat baca blog farah. hehe :)

    ReplyDelete
  14. dulu
    semua benda sy share kt blog
    blog yg lama lah
    yg dh sy tutup tu

    pastu
    kejadian yg tak diingini berlaku

    sy mula berfikir
    dan mengambil iktibar

    sbb tu blog yg skrg nie byk benda ngarut2 jek
    hal peribadi sy simpan sendiri

    ReplyDelete
  15. ween : tu la kan? entahlah kadang2 kalau nurul baca sesebuah blog dan ada tak kena nurul lebih suka tgk dan perhatikan je sbb hak masing2 kan. cuma pendapat nurul biar sederhana je cukup untuk diri nurul ween

    ReplyDelete