Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, October 31, 2011

Dari Hati (5) : Bertahan atau lepaskan?

Sekali lagi blog aku bersawang tanpa entri baru. Bukan tak nak update tapi masa untuk berblogging tu agak terhad buat masa sekarang ni. Sejak aku kerja kat tempat baru ni, aku agak busy. Balik kerja pun kadang-kadang dah malam. Tempat kerja memang dekat dengan rumah dan tak payah nak tempuh jalan sesak setiap hari. Tapi kali ni tanggungjawab aku terhadap kerja lebih berat berbanding kerja sebelum ni.

Sebelum ni aku selasa buat kerja-kerja berkaitan akaun, bermain dengan nombor sampai muak. Ada macam-macam kursus khas sampai aku boleh mahir dengan bidang tersebut. Tapi bila bekerja kat tempat baru ni, head department aku offer aku buat kerja-kerja berkaitan admin dan HR. Dalam masa yang sama aku kena handle jugak buat kerja-kerja akaun. Sebab kat sini manpower kurang. Jadi aku kena tolong staff yang lain. Bayangkan kerja aku macam mana? Yang paling berat untuk aku adalah kerja-kerja berkaitan HR.

Aku suka je belajar benda baru. Aku akan jadikan perkara ni macam satu platform untuk diri aku seperti untuk demand gaji dan kumpul pengalaman bekerja yang boleh aku gunakan kat tempat lain nanti. Tapi bila kita dipertanggungjawabkan kena handle dan control banyak kerja, lama-kelamaan aku macam rasakan benda ni dah di luar kemampuan diri aku. Aku kena settlekan payroll, KWSP, SOCSO, Income tax, overtime untuk staff. Aku jugak kena handle cuti tahunan, hal kebajikan untuk staff. Aku jugak nak kena settlekan report untuk salary. Aku jugak nak kena handle dan control hal-hal pentadbiran company. Pastu ditambah lagi nak kena tolong staff lain handle bab akaun company. Gila ke apa?

Memang aku tak nafikan gaji yang aku dapat kat sini double dari tempat lama lebih-lebih lagi jika aku rajin overtime stay kat office sampai malam. Tapi aku bukan saja-saja nak stay kat office sampai malam macam tu. Tapi memang kerja aku melambak. Aku terpaksa jugak balik lewat yang kadang-kadang aku tak sedar sebenarnya dah malam. Kadang-kadang tu kalau aku dah tension sangat aku tinggalkan je kerja-kerja aku tu. Baik aku balik rumah layan anak aku. Tenang sikit jiwa aku.

Kat tempat baru ni internet tak kena block macam tempat lama aku. Jadi bila-bila masa je aku boleh nak online. Tapi sejak aku kerja kat sini, percaya tak aku jarang online. Sebab aku dah dibebani dengan kerja yang banyak jadi aku dah tak ada hati nak online waktu bekerja. Kalau aku online pun sekejap-sekejap je. Itu pun selalunya masa waktu lunch ke atau masa sebelum nak balik rumah. Balik rumah pun dah penat. Nak makan pun kadang-kadang aku boleh lupa atau aku sendiri yang malas nak makan. Sampaikan Saiful sendiri kejutkan aku suruh aku makan. Inilah salah-satu sebab kenapa masa aku terhad untuk berblogging sekarang ni.

Baru-baru ni aku ada pergi interview kat satu company ni. Dekat jugak dengan rumah aku. Dan yang bestnya dekat dengan office Saiful. Aku di offer bekerja untuk buat kerja-kerja akaun. Account department kat company tu pun ramai. So aku dah boleh agak kat situ mesti ramai manpower macam company lama aku. Tapi gaji yang mereka offer tu kurang sikit dari apa yang aku minta. Tapi elaun banyak. Jadi sekarang aku berbelah bahagi samada nak terima offer tu atau tidak? Kalau aku terima offer tu bermakna aku akan lepaskan jawatan aku kat tempat kerja sekarang ni.

Sebenarnya aku sayang nak lepaskan jawatan sekarang ni sebab gaji memang dah cantik sangat. Bayangkan aku baru kerja kat sini lebih kurang dua minggu, tapi gaji aku untuk bulan ni dah hampir sama dengan gaji sebulan aku kat company lama dulu. Tapi bila fikir bab kemampuan aku nak handle dan control kerja-kerja aku tu, aku rasa aku nak je lepaskan jawatan yang ada sekarang ni. Tapi kadang-kadang tu aku fikir macam nak stay kat sini sampai tahun depan. Pastu aku akan cari kerja lain.

Selain tu aku ada je dapat panggilan interview sana sini. Tapi ada yang aku terpaksa reject sebab position yang mereka offer tu aku tak berkenan. Jadi aku dalam kekeliruan sekarang ni. Samada nak teruskan bekerja kat sini atau lepaskan apa yang ada pastu cari lain?

Tension aku wei

16 comments:

  1. Kesian Nurul janganlah tension begitu. Buat apa yang Nurul rasa mampu dan suka.

    ReplyDelete
  2. Fie : tu lah setakat ni nurul try buat apa yang termampu je

    ReplyDelete
  3. kita faham apa yang nurul rasa skang ni. sebab macam company kita ni jugak. company kecik tapi load keje banyak.

    kita doakan nurul cepat2 dapat penyelesaian k. yang penting dapat restu suami, parents dan Allah. :)

    ReplyDelete
  4. Fikirkanlah yang terbaik untuk diri dan keluarga ya.

    Caiyok!

    ReplyDelete
  5. intan : thanks intan. comapny ni agak besar jugak tp man power kurang tu yg pelik

    ReplyDelete
  6. gud luck kak long... insya Allah.. ada jalan utk akak. hehe mesti stress pikir mana yg tbaek kan

    ReplyDelete
  7. nurul..gaji besar..makna nya..tanggungjawab pun besar..

    ReplyDelete
  8. bestnya dengar nurul senang je dapat kerja kan..maybe advantage nurul ada accounts skill kan..

    ReplyDelete
  9. bestnya dengar nurul senang je dapat kerja kan..maybe advantage nurul ada accounts skill kan..

    ReplyDelete
  10. nurul cont je sampai ujung tahun. then nex year baru fikir either nak proceed ke tak nak k =)

    ReplyDelete
  11. mama lynn : ni AJ ke? Thanks AJ bagi semangat kat along

    ReplyDelete
  12. Shima : Mungkin kot Shima. Nak buat macam mana kan. Alahai

    ReplyDelete
  13. Mymie Sein : Maybe kot awak. Nurul ada skill utk buat account tu satu kelebihan buat diri Nurul agaknya

    Afni : Nurul pun ada fikir mcm tu nak bertahan dulu selagi termampu

    ReplyDelete
  14. sampai mcm 2 sekali nurul mesti penat kan nurul hurm susah mai nak kata apa2 pun buat yg terbaik nurul rezeki sentiasa ada untuk kita insyallah ...

    ReplyDelete