Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, October 6, 2011

Entri basi : Birthday party Mya Myiesha



Assalamualaikum,

Ini entri basi. Memang cerita ni dah lama sangat aku peram. Sebenarnya aku dah lama tulis entri ni tapi asyik tertangguh-tangguh je nak publish. Sebab hari tu aku agak busy dengan hal kerja dan uruskan bisnes kecik aku tu. Sekarang ni ada masa terluang jadi aku cuba jugak publish mana-mana entri yang dah terperam lama tu. Wish me luck. Ok kali nie aku nak ceritakan tentang birthday party Mya Myiesha anak seorang rakan blogger. Sejak ada anak nie, aku dapat banyak jemputan birthday party dan majlis cukur jambul mahupun aqiqah. Aku memang suka pergi majlis-majlis macam ni. Sebab boleh bawak Raina jumpa kawan-kawan dia. Aku akan cuba hadirkan diri jika ada kelapangan.












Terima kasih Azie atas jemputan majlis ni.

Untuk majlis Mya ni, aku memang agak teruja sikit. Sanggup ambil time off waktu kerja pastu pergi The Curve sorang-sorang nak cari hadiah untuk Mya. Aku jugak nak carikan hadiah untuk Imaan anak si Fad dan baju baru untuk Raina. Sibuk set otak aku nak cari hadiah untuk Mya dan Imaan sampai lupa nak belikan hadiah untuk Cha anak si Dayu. Maafkan aunty ye Cha. Maklumlah tarikh lahir anak-anak diaorang nie dekat-dekat je.









Aku adalah orang terawal sampai kat majlis Mya ni. Datang awal pun sebab adik aku Bani diamanahkan oleh Azie mengambil gambar untuk majlis Mya ni. Jadi memang kena sampai awal. Disebabkan kejar masa, aku pergi pun berasingan kereta dengan Saiful. Nasib baik Saiful jumpa rumah Azie ni. Mula-mula tu Saiful cakap sesat jugak. Tapi Alhamdulilah sebab Saiful dah biasa dengan area Shah Alam, cari-cari akhirnya jumpa jugak.

Aku jumpa ramai blogger kat majlis Mya ni. Tapi ada yang segan aku nak tegur. Takut diaorang tak kenal aku pulak. Aku bukannya popular pun. Hehe. Aku jumpa Diah dan Amy. Aku baca blog diaorang yang terkenal dengan blog hal persiapan perkahwinan dulu. Tapi segan nak tegur. Jadi aku cuma sengih-sengih macam kerang busuk je kat diaorang.











Eh ada jugak tegur Amy. Itupun sebab Raina nak ambil soother si Anya. Kebetulan soother MAM Anya tu sama macam soother lama Raina. Jadi Raina ingat itu soother dia. Menangis-nangis Raina nakkan soother Anya.

Akhirnya aku dapat jumpa dengan Hanie. Aku baca blog Hanie nie dari dia belum kahwin rasanya. Oh Hannah sangat putih melepak. Geram tengok Hannah. Aku jugak jumpa dengan Nadd. Baru kenal dan baca blog Nadd sebenarnya. Tapi macam dah lama kenal. Sebab Nadd ni peramah orangnya. Siap dukung si Khadra yang tembam tu. Nasib baik Raina okeh je bila tengok mama dia dukung baby lain. Hehe.

Aku tengok Mya happy sepanjang majlis berlangsung. Jadi aku tahu Mya mesti tahu semua orang sedang meraikan sambutan hari lahirnya. Walaupun Mya dah besar nanti mesti dia tak ingat tentang majlis sambutan hari lahir yang pertama dia. Tapi aku pasti apabila dia melihat gambar-gambar ni, dia mesti tersenyum. InsyaAllah.

17 comments:

  1. Uuuuu barisan babies yang comel sesangatttt! Mak² pon vogue gitteww..

    ReplyDelete
  2. fie : kalau pi besday party mcm ni acara wajib mesti nak amik gmbr dgn mak2 dan anak2 masing2. hehehe :)

    ReplyDelete
  3. Semua bloggers & baby comel je. =)

    -dakpink.blogspot.com-

    ReplyDelete
  4. wah warna-warni gitu.....semua anak mcm sebaya jek kan nurul....

    ReplyDelete
  5. ain : tu nurul pun getram tgk budak2 kecik tembam2 gitu :)

    ReplyDelete
  6. ain : tu nurul pun getram tgk budak2 kecik tembam2 gitu :)

    ReplyDelete
  7. farhanna : kan? suka tengok



    mun : tak sebaya jugak rasanya mun. ada baby batch 2009 dan ada baby batch 2010 rasanya

    ReplyDelete
  8. seronok dapt pergi bday party kan..lagi plak dpt jumpa blogger friends yg kita selalu baca blog dia..tapi kita ni banyak sangat komitment..=(

    ReplyDelete
  9. cantik sungguh gambar nurul amik ni..mmg pro :) semua pun ade moment

    ReplyDelete
  10. meriah sungguh!rasa mcm seronok je bila mak2 n anak2 berkumpul camni.

    eh nurul.siapa pulak yg pakai baju pink jd tukang conteng muka anak2 tu ye?cantik.

    ReplyDelete
  11. Sesekali luangkan masa ke majlis macam ni mesti seronok kan..
    tuanlah yang busy melayan tetamu nanti..
    hehehehe..

    nurul..
    punyalah lama gambar ni semua nurul peram..
    sampaikan semua babies dah besar dah..
    dah tak muka baby lagi..
    hiks.. :P

    ReplyDelete
  12. Betulll..amy pun kalau nurul tak tegur,amy tak kenal...so pas ni blh huha huha together gether hahaha

    ReplyDelete
  13. dina : tu la seronok dan boleh kenal lebih rapat :)



    aziyana : thanks aziyana :)


    dd : tu tak pasti siapa rasanya dia ada kena-mengena dgn kwn nurul yg buat majlis ni


    afni : thanks afni :)


    kid : tu la dah peram lama gila. ni yg sedaya upaya nak publish mana entri2 terperam tu kid. hehehe :)


    amy : boleh amy. nurul ok je. hehehe :)

    ReplyDelete
  14. fuh gambar yg sgt mables
    teringin ada gambar yg super hot mcm ni

    ReplyDelete
  15. mama shima : thanks awak. teringin? meh hire adik saya

    ReplyDelete