Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, November 3, 2011

Jangan kutuk suami anda

Sejak aku bekerja kat tempat baru ni, macam-macam orang yang aku jumpa yang aku boleh simpulkan kat sini lebih hebat dan lebih teruk dari segi perangai, sikap dan cara bekerja. Bukanlah aku nak kata aku ni bagus. Tidak sama sekali. Aku pun masih tahap belajar dan baru mempunyai pengalaman bekerja lebih kurang 5,6 tahun. Baru lagi kan? Aku konvo untuk dapatkan degree aku pun masa umur aku 26 tahun. Dah lewat sangat. Sebab tu pengalaman kerja aku baru 5,6 tahun. Itu pun kalau di campur dengan pengalaman kerja kilang sementara tunggu result SPM dan STPM dulu.

Ok berbalik kepada tempat baru aku ni, ada sorang perempuan ni agak suka bercerita tentang perihal suami dan kehidupannya kat orang lain. Dan pernah sampai satu tahap dia bercerita tentang keburukan suami sendiri. Aku selalu terfikir apa motif dia bercerita semua hal peribadinya kat orang lain. Dia mempunyai satu prinsip yang bertentangan dengan prinsip aku sendiri. Dia berpendapat bahawa tak salah kita kongsikan segala cerita suka, duka, buruk, baik kat orang lain bagi meringankan masalah yang dihadapi.

Pada pendapat aku, walau macam mana buruk pun seorang suami tu, janganlah kita kutuk dan memburuk-burukkan suami sendiri. Dalam islam pun di larang bukan? Nak cerita dan kongsi masalah boleh tapi perlu berpada-pada. Aku yang jadi seorang pendengar pun rasa meluat dan muak bila secara terang-terangan dia bercerita tentang keburukan suami sendiri.

Tolonglah, Aku pun bukanlah baik sangat tapi sekurang-kurangnya jagalah sikit hal perihal berkaitan peribadi sendiri. Bila orang lain tegur perempuan ni tak mahu terima. Pada dia semua yang dia buat betul walaupun ada salahnya. Kadang-kadang aku kasihan dengan perempuan ni. Bukan kasihan dengan cerita dia semata-mata tapi kasihan dengan perangai dan sikap dia.

Tapi disebabkan aku masih baru bekerja kat sini, jadi aku terpaksa relakan jugak telinga aku ni untuk mendengar keluhan dia walaupun hakikatnya aku tak rela langsung. Tapi aku ingat aku nak jugak test power tegur sikap dia ni. Kot-kot dia nak mendengar kata ke?

P/s : Hal dalam 'kain' tak perlu di canang. Kalau nak cerita jugak cerita depan cermin :D


18 comments:

  1. Nurul..

    saya rasa memang kat mana2 tempat pon ada org cam tu tau..kat ofis saya nie pun ada..habis semua luar dalam kain dia nak cerita..

    tapi ada juga yang suka sgt puji somi sendiri..org nie citer somi rajin,dia pun citer somi dia rajin..asik puji je..sampai nak muntah nak dengar tiap hari...

    ReplyDelete
  2. betul tue nurul..boleh kalau nak bercerita sekadar berkongsi..tp berpada-pada lah....takkan lah hal dalam kain pon nak cite....kang buruknye suami die..bukan suami kite..hehehee

    ReplyDelete
  3. betul tue nurul..boleh kalau nak bercerita sekadar berkongsi..tp berpada-pada lah....takkan lah hal dalam kain pon nak cite....kang buruknye suami die..bukan suami kite..hehehee

    ReplyDelete
  4. setuju kat tempat ana kerja pun ada jgk org mcm nie..sebagai langkah dgr jer la..tp jauhkan diri dari org mcm nie...

    ReplyDelete
  5. suami aku baek. so takde modal la nk ngompat psl dia. hahaha...

    love u habi =D

    ReplyDelete
  6. nurul

    1st time here rasanya

    berkenaan org begitu mmg ada few yg mcm tu..tp bg akak rasanya org mcm ni jenis tertekan..dia xleh nak express sadness pd hubby dia..

    so kwn2 jd mangsa..huhuhu

    ReplyDelete
  7. na : skrg belum ada keberanian lagi. hehe

    birufirus : ada jugak yg mcm tu kan puji suami lebih2 ada yg kutuk lbh2 mcm2 jenis manusia kan

    ReplyDelete
  8. mun : kan? berpada2 itu penting

    adna : oh ada jugak org mcm tu kat kerja awak ye? dengar je lah apa yg nak dicerita tp kdg2 malas nak dgr apa yg dia cerita. eh boleh gitu. hehe


    farah : kan? alahai

    ReplyDelete
  9. ena : Alhamdulilah Ena dapat suami yang sejati baiknya


    lynn : yeah mungkin dia nak jdkan kwn2 tmpt melepaskan apa yg dia rasa tak puas hati kot kan

    ReplyDelete
  10. nurul, rindu nak baca entry u. dah lama tak singgah! dah kerja tempat baru eh? beshnya

    ReplyDelete
  11. betul la nurul.. ada benda yg boleh share, n ada benda yg kite x boleh.. so pandai2 la jg.. x kn hal dlm kain .. dlm bilik tido semua nk share

    ReplyDelete
  12. Nurul, ada tu kan cerita kebaikan somi dia itu, ini tak ada buruknya! itu lagi parah and lagi meluattttt!!

    ReplyDelete
  13. betul tue nurul..hal dlm kain sepatutnya jgn citer..dikira mcm menjatuhkan maruah suami..ish ape la dia tue kan?

    xpatut betul..xmalu..

    ReplyDelete
  14. memang gitu la nurul kalau duk office yg byk pompuan..mmg ade yg cam gitu..kdg2 kite ni smapi meluat mendengarnyer...dlm dunia ni mcm2 org pun ade..

    ade plak kwn aku tu dgn rase x bsalah mengate laki org n mpertikaikan kelebriti suami org.sedangkan..laki sendiri???

    ntah la kdg2 jijik ngan pangai manusia ni..rimas bosan...

    ReplyDelete
  15. ederq ; a'ah lah ederq skrg agak busy sikit

    ReplyDelete
  16. farhanna : kan? kena ada batasan :)


    dak cik : memang tak patut ain kan


    melz : tu lagi bahaya kutuk suami org lain sedangkan tak menilai suami sendiri bagus ke tak. iks iks iks ada jugak orang mcm tu ye melz. kawan ko ke melz

    ReplyDelete