Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, November 16, 2011

Terapi untuk diri

Aku rasa dah lama aku tak manjakan diri-sendiri. Asyik kerja, kerja, kerja. Sampai ke sudah pun kerja tak akan pernah siap. Kalau dah siap satu kerja datang lagi 2,3 kerja yang lain. Kerja kuat macam mana sekali pun percayalah kerja tak akan pernah siap. Lainlah kalau aku ni bos duduk goyang kaki dan kerja aku bagi arahan kat staff je kan?

Alahai.

Ok ni kira macam entri mengeluh kat diri-sendiri. Aku tahu bukan elok sangat mengeluh. Sebab ibu aku sendiri selalu pesan kat anak-anak dia jangan selalu mengeluh. Tak baik untuk diri-sendiri. Ibu aku paling pantang kalau anak-anak mengeluh depan dia. Sorry ibu. Kaklong mengeluh sekali-sekala je. Boleh kan? Hehe.

Ok berbalik kepada tajuk entri berkenaan tentang terapi untuk diri ni, sebenarnya aku nak bagitahu yang aku memang dah lama tak manjakan diri aku macam shopping untuk diri-sendiri, pergi bercuti tenangkan fikiran dan pergi keluar berseronok dengan kawan-kawan. Lebih-lebih lagi sejak aku ada anak ni. Segala aktiviti yang aku lakukan semasa zaman anak dara dulu dah jarang-jarang sangat aku lakukan sekarang.

Serius aku rindu.

Dulu aku memang kaki shopping. Aku sanggup shopping sorang-sorang tanpa ada orang teman pun. Aku buat buka tak malu je pergi MNG, Zara, Topshop, Dorothty Perkins test baju itu, test baju ini sorang-sorang. Dulu aku kurus sikit jadi ada keyakinan kalau nak shopping sorang-sorang macam tu. Sekarang ni aku kalau nak shopping mesti nak bawak Raina temankan aku.Maklumlah dah gemuk. Bawak anak nanti orang akan tahu 'ohhh dia ni mak budak patutlah gemuk'. Hehe.

Satu hari tu, aku terfikir yang aku dah lama sangat tak shopping untuk diri-sendiri. Jadi aku rasa alangkah baiknya aku shopping untuk diri aku ni. Kebetulan baru-baru ni Saiful konon-konon nak buat suprise. Dia ambil aku balik kerja pada hari Sabtu yang lepas dan bawak aku dan Raina pergi shopping. Masa tu Saiful macam tak kisah aku nak beli apa pun. Dia sendiri cakap yang aku dah lama tak beli baju dan keperluan diri aku sendiri. Jadi aku pun menjadi seorang isteri yang jakun tak ingat dunia. Memang melepaskan gian shopping sakan masa tu.

Apa-apa pun terima kasih buat suami.

Sebelum tu aku ada jugak shopping online. Aku order sehelai maxi skirt. Aku memang suka pakai skirt atau dress kembang-kembang ni. Memang dasar tak sedar diri tu dah gemuk nak jugak ada hati pakai maxi skirt. Hehe. Jadi tanpa fikir panjang aku order je maxi skirt dari RnR Collection. Aku order bulan September hari tu dan baru minggu lepas aku dapat. Lama kan aku tunggu maxi skirt aku siap? Tapi tak pe yang penting aku puas hati.


Maxi skirt dari RnR Collection

Dalam masa yang sama aku teringin nak pakai dress macam dalam gambar kat bawah ni. Puas aku cari bisnes online yang ada jual dress macam ni. Aku minat gila dengan dress dari Ammara Hijabi ni. Tapi tiap kali aku nak order mesti sold out punya. Tension betullah.

Tak tahu kenapa sejak ada anak ni aku memang suka sangat pakai dress macam ni. Aku automatik jadi kurang gemar pakai seluar. Agaknya sebab aku dah gemuk kot. Kalau pakai dress macam ni bolehlah tutup mana yang patut lemak-lemak yang ada tu kan? Itu pendapat aku lah.


Dress dari Ammara Hijabi

Lagi satu aku teringin nak pakai longsleeve jumpsuit macam dalam gambar kat bawah ni. Keinginan ni dah lama aku pendam. Tapi bila aku nak beli je aku mesti teragak-agak. Aku takut kot-kot bila aku pakai nanti nampak macam kartun dan kelihatan kelakar kat mata orang lain.

Kan best kalau kurus tinggi lampai. Pakai apa pun nampak cantik kan? Tapi kot-kot nanti aku terbeli jugak longsleeve jumpsuit ni, bolehlah aku melaram pakai dan buat muka tak malu je walaupun nampak kelakar. Hehe. Yang penting keyakinan diri kita bila sarung sesuatu pakaian tu kan?

Longsleeve jumpsuit dari Ammara Hijabi


Oh ye aku nak bagitahu jugak yang aku dah lama gila tak beli handbag baru. Terus-terang dulu aku ni gila kumpul handbag lebih-lebih lagi handbag dari Guess. Tapi sejak ada anak ni aku macam jenis tak kisah beg tu dari brand apa pun janji nampak cantik kat mata aku. Aku terperasan yang aku dah lama tak ada beg baru sejak aku kerja tempat baru ni.

Ada sorang kakak kat office aku ni kalau pergi office dia mesti bawak handbag dia yang cantik tu. Aku selalu bandingkan handbag dia dengan handbag aku. Pastu dah termalu-malu dengan diri-sendiri pasal aku kalau pergi office asyik pakai handbag yang sama je. Handbag tahap cap ayam pulak tu yang aku bawak hari-hari. Padahal handbag kat rumah tu banyak. Masa tu lah aku terperasan yang sebenarnya aku dah lama tak shopping handbag baru. Aku dok berangan nak grab handbag Coach macam dalam gambar kat bawah ni. Tapi harga dia buat aku telan air liur je kot. Haha. Dah ada anak ni nak shopping barang mahal-mahal sikit kena fikir 4,5 kali. Sebab tak mahu pembaziran berlaku. Tapi hati dok meronta-ronta. Apa kes?




Lagi satu, aku teringin nak beli kasut baru lagi-lagi pattern macam dalam gambar kat bawah ni. Sebenarnya aku memang gila kumpul kasut. Kat dalam kereta aku je bersepah-sepah kasut. Sampaikan satu hari tu Saiful pergi kemas kereta aku dan dia pergi humban kasut-kasut aku tu masuk dalam satu beg plastik besar. Dia siap perli aku, kalau tak nak pakai kasut-kasut ni pergi buang atau bakar je. Buat apa letak dalam kereta? Hehe.

Sejak aku kerja tempat baru ni banyak perkara yang aku perasan. Aku tengok sorang kakak kat office ni hari-hari pergi kerja pakai kasut yang berlainan. Hari ni pakai color pink esok pakai color hitam lusa pakai color coklat. Yang aku pulak dok pakai kasut yang sama hari-hari padahal kasut banyak dalam kereta aku tu. Tapi aku macam dah tak berkenan dengan pattern kasut-kasut yang sedia ada tu. Sebab kebanyakan kasut-kasut tu aku beli entah zaman bila aku pun dah lupa. Ada sepasang kasut ni aku beli masa zaman aku study kat UiTM dulu. Kasut ni memang kasut favourite aku dari dulu. Kasut tu lah yang aku dok pakai hari-hari walaupun dah nampak buruk benar kat mata aku. Hajap betul kan?



Secara kesimpulannya aku rasa memang patut kot aku manjakan diri aku ni. Asyik kerja je letih satu badan aku ni. Rasanya tak salah aku spend sedikit duit aku ni beli apa yang patut. Oh ye aku pun dah lama tak pergi holiday. Aku ni laki bini asyik ingat kerja je. Lagi-lagi sekarang ni hujung minggu pun Saiful ada buat kerja part time catering dan PA sistem. Saiful ni memang jenis tak suka duduk rumah. Ada je kerja yang dia nak buat walaupun hari ahad. Tak pe lah kalau dia larat badan.

Jadi aku terfikir-fikir sebelum atau selepas percutian aku ke Sabah nanti, aku ingat nak bercuti pergi mana-mana. Ada terfikir nak ke Johor sebab teringin sangat nak jumpa kawan-kawan blogger di Johor. Tapi tak pasti jadi atau tak. Sebab ni baru perancangan je. Apa-apa pun kena bincang dengan Saiful dulu.

Harap terapi untuk diri ni dapat hilangkan stress bekerja. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

22 comments:

  1. Cantik gila maxi skirt tu. Tapi lama ek nak dpt. Alaa, geramnya tengok. Fie nk tgk pic Nurul pakai pls *busybody*

    ReplyDelete
  2. Fie : Haha hari tu test pakai kat depan cermin macam ala-ala kembang semangkuk lah rupanya fie. kelakar sbb daku gemuk

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat kat yang bila ada anak ni, apa pun kita nak buat & beli mesti kena fikir banyak kali. Kadang-kadang kena tolak terus sebab keperluan anak lagi penting.

    Hidup ni, kalau asyik nak banding kan diri kita dengan orang lain, kita memang sentiasa rasa tak cukup lah. Bila dah rasa tak cukup, timbul rasa tak happy.

    Psst Nurul, handbag I pun dah nak masuk 2 tahun tak tukar baru ni. So, kita sama lah kan? *kenyit mata

    ReplyDelete
  4. Kan Nurul kan..Sejak ada anak ni, keperluan kita cam jatuh no 2 kan..Skang ni kalau shopping mesti la brg anak jeks...Tapi sekali sekala dtg gian cam muda mudi dulu harusss la terapi utk diri sendiri

    ReplyDelete
  5. ain : bila dah anak ada ada duit sikit mmg beli keperluan anak je. yg keperluan sendiri tu mcm dah tak berapa penting kan

    ReplyDelete
  6. mala : tu lah sesekali dtg gian nak shopping mcm muda2 dulu. hehe

    ReplyDelete
  7. skali skala manjakan diri xpe nurul...hidup nie kalo stres aje mmg x best..hihi

    ReplyDelete
  8. sama la...dah lama tak shopping2, cuti...arghhhhh!!! hahaha!!!

    ReplyDelete
  9. anak come 1st..tetibe pelik camne bole jd cmni??hehe

    maxi skirt tu shantikk :)

    ReplyDelete
  10. kita pun jarang shopping utk diri sendiri skrg ni..balik2 anak..bila nak beli barang sendiri, pikir 1000kali..kalau barang anak, x sempat pikir, tahu2 dah smpai kat counter nak bayar..

    ReplyDelete
  11. nurul : betul la kdg2 perlu juga terapi diri ngn shopping..pastu duit habis melalak.. hehehhe.. tp sesekali ape slahnyer..i pun tension dgn berat badan.. tp selalu guna alasan..berat naik lps kawen n preggy.. dulu i kurus je.. bile org tnya..hehehhehhe

    ReplyDelete
  12. ena : kan? kan?


    jue : meh lah kita shopping utk terapi diri

    ReplyDelete
  13. farhana : cantik kan? kita pun suka



    ina : same here kalau brg anak tu tak fikir banyak terus bayar kalau utk diri sendiri fikir byk kali


    farhanna : kan? sekali-sekali shoppin utk terapi diri. heeee

    ReplyDelete
  14. semua cantikkkkkkk!!
    tp semua xsesuai ngn na :(

    ReplyDelete
  15. salam,hai nurul salam perkenalan..sekali sekala tak salah nak reward diri sendiri. saya pun suka pakai dress,maxi,abaya. something yang labuh. Sekarang ni pun seluar dah jarang sgt pakai..:)

    jom jengguk blog saya. i follow u..tq :)

    ReplyDelete
  16. mun pon dah lama tak shopping untuk diri sendiri nurul..bile baca entry nurul nie...ingt hujung bulan nie nak g lah shopping

    ReplyDelete
  17. Kid lagilah Nurul..
    kengkadang pakai Tshirt je pergi kerja..
    memandangkan hanya 2 orang je kat office tu..
    nak melaram bagai macam dulu malas sangat.
    sampaikan sekarang bersolek pun jarang..

    Kid pun jarang nak shopping baju baru.
    cuma awal bulan hubby belanja baju maternity..
    hehehehe.. :P

    ReplyDelete
  18. sgt cun fesyen tu... tp kan kak, macam aj ni rendah + berisi.. pakai dress macam x sesuai jer

    ReplyDelete
  19. memang betul2 kene terapi tu nurul..heheh.. tapi sometimes, dpt 1 mende baru pun dah buat stress hilang & semangat baru yg muncul:)

    ReplyDelete
  20. na : nurul rasa na kurus dari nurul sesuai je lah na


    ena : thanks jenguk blog nurul yg tak seberapa ni ye

    ReplyDelete
  21. mun : jom jom shopping sekali sekali untuk diri kita mun


    kid : jeng jeng jeng. Tahniah kid. ig hugs


    aj : yg penting keyakinan diri aj. cuba try pakai aj



    maya ; kan? shopping boleh jugak hilangkan stress lagi2 kalau dpt apa yg kita idamkan


    lip : yeahhhhhhhh betul tu lip

    ReplyDelete