Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, December 13, 2011

Dari Hati (6) : Teringin tapi tak berani

Bila buka FB sekarang sana sini orang jual tudung Fareeda. Mula-mula dulu aku buat tak tahu je bila tengok kat home FB aku penuh dengan orang jual tudung Fareeda ni sebab aku memang tak berapa minat tudung jenis owning ni. Sampailah satu hari tu aku tengok Fareeda ada keluar design baru. Design polkadot. Dalam hati 'eh eh cantik gila tudung design polkadot ni'. Masa tu mulalah hati meronta-ronta nak beli. Tapi sedia maklum tudung Fareeda ni bukan calang-calang harga macam harga tudung kat pasar malam atau kat Uptown yang boleh dapat sehelai tudung dengan harga RM10 ke RM20. Harga tudung ni semua mencecah ratusan ringgit. Hebat kan?

Jadi bila harga tudung mencecah ratusan ringgit, aku akan berfikir 2,3 kali sebelum buat keputusan nak beli ataupun tidak. Bukan apa takut nanti dah beli menyesal sebab tak sesuai dengan bentuk muka aku yang tembam kembang semangkuk ni ke atau tak sesuai dengan aku yang tak cukup comel macam model tudung Fareeda ni ke kan? Sebab aku perhatikan kalau orang tu muka comel molek ni kalau pakai tudung jenis owning mesti nampak cantik. Kalau muka tu memang tak comel molek pastu pakai tudung jenis owning sah-sah nampak macam makcik-makcik. Contohnya macam akulah. Haha. Tu yang buat aku tak berani nak beli.

Cuba tengok model tudung Fareeda dalam gambar kat bawah ni. Comel gila kan? Jadi kalu dia pakai jenis tudung owning ni memang sah-sah nampak cantik. Lagi-lagi dengan muka dia yang kurus dan mempunyai tulang rahang pipi yang terbentuk. Lagilah nampak menyerlah bila dia pakai tudung jenis macam ni.

Tudung polkadot color grey ni buat aku termimpi-mimpi


Cantik model ni kan? Pakai apa pun nampak cantik

Sebenarnya aku pernah beli tudung jenis owning ni. Masa tu terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Tengok orang lain pakai cantik je terus rasa nak beli. Kebetulan masa tu nak raya. Tak silap aku raya tahun 2010. So memang masa yang sesuailah memborong tudung. Hampir 10 helai tudung jenis owning aku beli. Tapi pakainya adalah 4,5 kali. Tu pun tak semua tudung yang aku beli tu aku pakai. Yang selebihnya aku peram tak pakai-pakai pun.

Aku akan pakai bila aku betul-betul rasa malas nak iron tudung. Contohnya kalau terlewat bangun tidur nak siap-siap pergi kerja ke. Jadi jalan penyelesaian adalah tudung jenis owning ni. Sebab tudung ni mudah di pakai. Sarung je dan kalau tak iron pun tak pe. Mudah bukan?

Tapi ada sekali tu adik bongsu aku, Bani komplen pasal aku kat ibu aku. Dia cakap aku tak sesuai langsung pakai tudung jenis owning ni. Nampak macam orang tua. Ibu aku terus bagitahu aku. Tengoklah budak-budak zaman sekarang pandai komplen kakak sendiri. Jadi sejak adik sendiri dah keluarkan statement yang tak best macam tu terus aku dah kurang-kurangkan pakai tudung jenis owning ni. Tersentap beb. Haha.


Gambar raya 2010. Muka aku nampak macam makcik-makcik tak? Tapi yang pasti muka macam mak budak tu menyerlah kan? Haha


Gambar raya 2010. Muka control ayu. Konon-kononnya nak nampak lebih muda

Aku rasa aku lebih sesuai pakai tudung jenis shawl. Memang payah sikit sebab nak kena belit-belit tudung bagai. Tapi aku lebih serasi pakai tudung jenis macam ni. Sebenarnya dari dulu lagi aku memang suka tudung jenis shawl ni. Dari zaman masa aku study kat UiTM lagi.

Jadi kalau pergi mana-mana sekarang tak kisahlah pergi kerja ke, pergi rumah orang kahwin ke, pergi pasar ke, aku akan pakai tudung jenis shawl ni. Kecuali kalau aku betul-betul malas barulah aku pakai tudung jenis owning ni. Cuma kalau pakai tudung jenis shawl ni kita kena bersabar sikit bila mendukung anak. Macam anak aku ni, Raina dia kalau tengah mengamuk memang tudung aku ni jadi mangsalah.


Shawl kesayangan aku


Percubaan menggabungkan color biru dan hijau. Masa ni belasah je pakai. Haha

Tapikan, tudung Fareeda design polkadot tu memang cantik gila. Aku rasa nak beli satu tapi tak berani. Muka ni dahlah bertambah bulat. Mesti nampak kelakar kot. Huh payah macam ni tau. Buat aku termimpi-mimpi.

Beli atau tak?
Berbaloi-baloi atau tak?
Aku sendiri tak ada jawapannya.

15 comments:

  1. Mula-mula memang rasa tak sesuai Nurul, bila dah lama baru boleh terbiasa.

    Dulu pun I rasa macam you juga, tapi sebab nak penuhi permintaan suami yang suka tengok orang pakai tudung ada owning, i ikutkan ajalah.

    Lama-lama dah rasa tak kisah apa pun bila pakai.

    ReplyDelete
  2. ain : oh ye ke? kalau dah biasa terus mcm ada keserasian mcm tu ye? ok thanks ain :)

    ReplyDelete
  3. wah..beli lah satu utk koleksi..nurul boleh try pakai..kalo xsesuai xyah beli..mane tau ms try tue mmg ngam dgn nurul..ha..p la cpt try..;)

    p/s : eh, muka ain pon bolattt! hehehe

    ReplyDelete
  4. ain : eh eh ain ni baca komen ain terus rasa nak beli tang-tang tu jugak hehe

    ReplyDelete
  5. biasa tudung jenis awning ni kena pilih bahagian awning ni..mcm yat x leh pakai yang jenis awning thai silk tu terus rasa muke jadi mcm makcik2 hehhe..kalau pakai yg jenis lyrca atau cotton ok je :P

    ReplyDelete
  6. emmm sy lg suka tgk nurul pkai shawl lah.lebih menyerlah kejelitaan nya

    ReplyDelete
  7. nurul kita pon dok ngiyau2 fareeda polkadot tu..so far ade selai je tudung fareeda n nmpk mcm ok je biler pkai

    **jom serbu butik sekrg sb sale cuti sek..design kaler cokelet cmtu rm 75 je kot kat butik..jimat byak**

    ReplyDelete
  8. NURUL : POLKA DOT COLOUR GREY TU MMG KITA CARI JUGAAAA!! ASIK HABIS JE..);

    ReplyDelete
  9. yats : dulu nurul suka tudung owning jenis thai silk tu tp bila dh pakai nmpk mcm makcik2 pulak. tp suka tgk org pakai

    ReplyDelete
  10. yun : eh ye ke? hehehe thanks yun bg pandangan :)


    farhana : oh murahnya? serius rm75 ke? nak kena serbu butik macam ni

    ReplyDelete
  11. hahah.pendapat nurul sama je macam dd.

    bila pakai tudung awning terus muka nampak macam makcik-makcik.hehe.

    ReplyDelete
  12. dd : kan? padahal kita yg terasa mcm tu sebenarnya ok je kalau pakai owning ni kan

    ReplyDelete
  13. sama la...cam tak comel je..nampak matang..hahahhhaahaha...kenapala kita rasa cam tu kan?

    ReplyDelete
  14. lynn : tu lah kita terasa mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  15. dulu saya fikir pakai tudung awning tu sesuai untuk orang muke bulat n penuh je sebab rase terletak je, tapi sejak dah cube ok jer...saya plak jenis muke kecik..bile pakai shawl mak cakap tak sesuai nampak lagi kecik..depends on mate yg memandang..as long comfort dengan ape kite pakai pakai jer.hehe..

    ReplyDelete