Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, December 5, 2011

Dua tahun Raina Evaqairina

Nampak gayanya blog aku ni makin terabai. Bukan tak sudi nak update tapi nak cari masa yang betul-betul free sekarang ni bukan main payah lagi. Aku pulak jenis orang kalau nak update tu kena betul-betul ada mood menulis. Kalau mood menulis tu setakat acah-acah ayam je jangan harap aku nak menulis walaupun idea tu dah ada dalam kepala otak. Sekarang ni mood menulis aku asyik ke laut je. Asyik fikir kerja, kerja kerja. Jadi mood yang ada sekarang cuma mood membaca blog orang lain.

Ok hari ni aku cuba jugak nak update sesuatu kat blog cap ayam ni. Update demi anak tercinta. Cewahhh. Ayat bukan main lagi ye. Oklah aku nak update pasal Raina. Tak cerita banyak pun cuma cerita mana yang best je. Hehe.

Untuk pengetahun korang, dua minggu lepas anak dara aku genap dua tahun. Sekejap je kan? Kalau Raina kat depan mata aku, selalu terdetik dalam hati :

'Eh eh anak aku dah besarlah. Sekejapnya masa berlalu.' (Tiba-tiba rasa sebak pulak taip ayat ni. Ecececeh).

Kali ni aku tak plan langsung nak buat sebarang birthday party untuk Raina macam tahun lepas. Sebab aku dah plan nak bawak Raina pergi holiday pada awal Januari depan. Jadi masa hari istimewa tu cuma ada acara potong kek kat rumah Atok Raina. Cuma masa tu Ummie Ngah Raina je tak ada sebab dia tak balik Banting. Atok dan Tok Wan adalah orang yang paling teruja nak tengok Raina potong kek. Dan kek pulak di sponser oleh Pak Usu Raina. Tapi apa kan daya Raina masih tak reti nak potong kek dan tiup lilin. Raina cuma tahu nak hempuk kek tu dengan pisau plastik ala-ala kungfu silat mana entah gayanya. Amboi dah tunjuk skill nampaknya kamu Raina. Aduhai. Mungkin tunggu Raina besar sikit nanti baru dia pandai potong kek dan tiup lilin kot.


Ambil gambar dulu sebelum potong kek. Aku yang over nak tiup lilin. Raina macam biasa tiada perasaan teruja langsung dengan hari kejadian

Masih tak pandai tiup lilin. Letak lilin ni pun untuk suka-suka pasal orang kedai tu dah bagi. Berlakon je tu sebab nak ambil gambar punya pasal

Perkembangan Raina sekarang bagi aku memuaskan. Alhamdulilah sekarang dia tengah kemaruk bercakap. Dah kurang guna bahasa German, Jepun tu semua. Haha. Raina dah boleh bercakap gabungkan 4,5 patah perkataan jadikan satu ayat. Contoh macam ayat ni :

-Mama, ne papa? Papa wok? (mama, mana papa? papa work?)
- Mama nak air cejuk no no air nas (mama nak air sejuk no no air panas)
- Fog tido laa. cam ne ni (Frog tidur lah. Macam mana ni) - Masa ni tengok frog kat Zoo.

Jadi sekarang ni kalau nak bercakap depan dia kita kena control apa yang kita nak cakapkan. Sebab anak aku cepat faham dan kadang-kadang dia akan ikut apa yang kita cakapkan.

Raina dah boleh hafal numbering dari nombor 1 hingga 10 dalam versi bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kalau bab huruf ABC tu dia baru hafal separuh tu pun dia ada skip beberapa huruf. Kalau bab mengaji Alif, Ba, Ta tu pulak Raina baru tahu sikit-sikit. Masih dalam proses pembelajaran lagi.


Tengok animals kat Zoo

Kalau cerita pasal hobi pulak, Raina ada hobi baru. Hobi baru Raina sekarang adalah menyanyi. Antara lagu kesukaan dia Kisah Hati dari Alyah dengan Kisah Dongeng dari Stancy. Raina taklah hafal semua part seni kata lagu-lagu tu. Dia cuma hafal beberapa part je lagi-lagi part yang ada perkataan 'cinta'. Itu memang dia hafal. Pernah sekali tu aku tengah sibuk nak beli barang dapur kat Econsave, Raina boleh bantai menyanyi. Bayangkan dia duduk dalam troli pastu melalak menyanyi. Terus aku tersegan sendiri. Orang tengah ramai pulak tu. Sabar je lah. Dan ada sekali tu Raina bangun pukul 4 pagi tiba-tiba je dia menyanyi. Suruh tidur tak mahu tidur. Dia dok menyanyi melalak sambil buat gaya.

Kalau bab makan pulak, aku tengok Raina dah kurang sikit nak makan nasi. Tapi kalau susu, dia memang juara. Satu hari 8,9 kali minum susu. Tak pe yang penting sihat kan? Lagi satu sekarang ni Raina belasah je kalau bab makan. Apa yang aku dengan Saiful makan dia pun nak makan jugak. Kalau aku makan coklat dia pun nak makan coklat. Kalau aku makan aiskrim dia pun nak makan aiskrim. Kalau aku makan Nandos dia pun nak makan Nandos. Eh eh Nandos pun masuk dalam senarai? Oh oh yang nak makan mama dengan papa dia. Raina ikut je. Hehe. Sampai kamu pecahkan piring kat Nandos tu Raina. Sabar je lah. Senang kata apa kitaorang makan Raina pun nak makan. Pedas pun dia bedal jugak. Cuma taklah aku bagi selalu. Masih dalam kawalan dan pemerhatian jugaklah.

Apa lagi ye nak tulis? Oh ye sekarang ni aku tengah cuba sedaya-upaya pisahkan Raina dengan soother kesayangan dia tu. Rasanya dah seminggu lebih dia tak hisap soother dia. Mula-mula memang payah sikit. Tengah malam mesti Raina terjaga dari tidur pastu menangis melalak-lalak nakkan soother dia. Tapi aku terpaksa kebalkan hati. Selalunya aku pujuk dengan cara bagi Raina susu. Memang tak sampai hati tapi terpaksa beb. Tak lama lagi konon-konon plan nak hantar Raina masuk school. Tak kan pergi school hisap soother kan? Hehe.


Nak makan sendiri. Tak mahu orang lain suapkan dia

Bila umur anak dah dua tahun ni, aku rasa dah macam senang nak handle Raina. Cuma kadang-kadang Raina adalah buat perangai manja mengada-ngada dia tu. Tapi biasalah budak-budakkan? Paling best sekarang ada teman berborak. Jadi tak boring sangat kalau Saiful kerja tinggal berdua je dengan Raina kat rumah. Raina pun macam reti-reti je layan aku berborak. Kelakar kalau fikir-fikir balik.

Contoh macam aku tanya hal aktiviti dia kat rumah babysitter dia.

Aku : Raina tadi kat rumah ibu buat apa? Ramai tak friend?
Raina : num shushu. Mah ibu fen mai. (Minum susu. Rumah ibu friend)
Aku : Siapa nama friend Raina?
Raina : kah, ifa, aish, kak yah (Ika, Ifa, Aish, Kak Dayah)

Orang cakap anak ni harta kita paling bernilai sekali. Yeah Raina adalah harta aku paling bernilai sekarang. Aku harap bila besar nanti dia jadi doktor. Ni aku punya impian je. Kot-kot ada rezeki anak aku jadi doktor bila besar nanti, aku bersyukur. Tapi kalau dia minat bidang lain tak pe. Asalkan dia jadi lebih bagus dan lebih berjaya dari mama dan papa dia. InsyaAllah.


Anak dara yang dah dua tahun umurnya

Untuk Raina,
Selamat ulangtahun kedua untuk kamu. Jangan nakal-nakal okeh. Semoga jadi anak yang solehah untuk mama dan papa.

22 comments:

  1. dari dulu sampai sekarang anT mmg adore rambit raina. tolong mintak mama petus mcm mana nk kasi panjang rambut cepat. anT nak apply dekat alia. ha ha ha.


    happy 2nd birthday, raina!!

    ReplyDelete
  2. Ann : Tak tahu macam mana rambut Raina jadi panjang macam tu Ann pasal memang dar baby lagi keluar perut rambut Raina lebat. Cuma yang Nurul perasan dulu masa mengandung Nurul amalkan petua makan jambu batu hari2 org kata boleh lebat rambut. Tapi tak sure betul ke tak. Kuasa Allah S.W.T.

    Thanks Aunty Ann - Raina jawab. hehe :)

    ReplyDelete
  3. happy 2nd birthday raina..shomellnyer la cakap pelat2 tu..bila ank semakin besar, mmg xsabar nk tunggu dia cakap sbb nk layan borak kan? lepas tu mesti mcm2 yg kelkar kuar dr mulut comel tu

    ReplyDelete
  4. happy birthday raina.... sebaya ngan anak buah aj.. raina da besar kan. kejap je masa berlalu.. mengimpikan dapat anak secomel raina jugak. insya Allah

    ReplyDelete
  5. hai kak...
    sy pun dah mls nk update blog..hu..hu...

    sekejap je raina dah 2tahn...happy belated b'day dear...
    byk juga raina dah pandai ckp...
    Haiqal sebut ibu pun belum pandai lagi kak...lambat betul dia nak berckp...xsbr nak berborak dgn dia...=)

    ReplyDelete
  6. aziyana : seronok dan layan dia berborak. berborak mcm org dah fasih bercakap gayanya. heeee

    ReplyDelete
  7. AJ : InsyaAllah AJ mudah-mudah ada rezeki. berdoa dan bersabar ye

    ReplyDelete
  8. Kasih ibu @ Zura : tak pe Haikal akan bercakap jugak nanti tau. Sabar tau. Lama tak nampak kat FB

    ReplyDelete
  9. paling jeles kat rambot Raina huhuh =p

    mmg dah nmpk big gurl sesangat kan nurul? huhuh

    hepi 2nd besday dear =)

    ReplyDelete
  10. besar dah raina, happy 2nd birthday dear!

    ReplyDelete
  11. comel betul raina nie..geram tgk! rs mcm nk pinjam bg kawan dgn Sofea..sbb sofea pun suka sgt berckp..;)

    happy 2nd birthday raina comel ! ;)

    ReplyDelete
  12. raina ni ada iras2 mcm rupa mia sara nasuha pelakon tu.kannn

    ReplyDelete
  13. Happy Birthday Raina..cewahh dah pandai pose ala2 model gitew!

    ReplyDelete
  14. happy belated birthday raina!..

    memang kalau layan budak berborak rasa mcm cool je.hey.hebat tau sebab kita je yg faham bahasa dia!

    ReplyDelete
  15. ena : tu lah ena Raina nampak dah big girl sgt lagi2 sebab gigi dah penuh tu yg nampak mcm dah besar sgt kot ena

    ReplyDelete
  16. farah : thanks farah :)


    ain : eh ain meh lah deting jumpakan Raina dengan Sofea


    Yun : Entahlah Yun. Dah ramai sgt org cakap mcm tu mcm Mia Sara tapi Nurul rasa dia mcm amoi cina je pasal mata dia sepet. hehehe

    ReplyDelete
  17. Nad : thanks Nad :)


    Shinnaz : thanks Shinnaz :)


    DD : kan? layan budak kecik berborak seronok dan boleh hilang tension

    ReplyDelete
  18. Happy 2nd birthday raina darling..

    ReplyDelete
  19. happy birthday raina. lepas ni auf pulak masuk 2tahun. cepat je masa berlalu. :)

    ReplyDelete
  20. Dah besar dah...macam anak dara dah dengan rambut lurus panjang. Rambut sabrin jugk yang kerinting afro. Hihihihi

    ReplyDelete