Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, December 14, 2011

Kaki filem (2) : Ombak Rindu

Secara jujurnya aku dah lama tak tengok wayang. Sejak ada anak, aktiviti masuk panggung dah berkurangan begitu ketara sekali. Bukan tak nak luangkan masa untuk aktiviti seperti ni dalam kamus hidup aku tapi bila dah ada anak ni, aku rasa aktiviti masuk panggung tak berapa sesuai lagi untuk kami laki bini walaupun hakikatnya aktiviti ni adalah aktiviti favourite Saiful. Lagi-lagi dengan perangai Raina yang jenis cepat bosan. Cerita baru nak mula dia dah meragam. Perkara-perkara macam tu yang aku tak mahu berlaku dalam panggung.

Adalah sekali tu aku dengan Saiful bawak Raina masuk panggung. Masa tu umur Raina baru mencecah setahun kot. Cerita baru nak mula dia dah meragam. Puas jugak nak pujuk dia. Tapi masa tu nasib agak baik sebab tak lama tu Raina terus tidur. Bangun tidur pun masa cerita dah habis. Jadi legalah kami laki bini.

Lepas tu Saiful terus bagitahu kat aku yang dia tak nak bawak Raina masuk panggung lagi. Kalau nak tengok wayang tunggu Raina besar sikit. Kalau nak sangat tengok wayang Saiful kenakan syarat iaitu dengan syarat tak bawak Raina. Tapi sedia maklum agak payahlah kan kalau keluar berdua tak bawak anak. Rasa macam kekurangan sesuatu je. Pernahlah sekali dua keluar berdua tak bawak Raina yang kebetulan masa tu Atok dengan Tok Wan Raina nak jaga Raina. Tapi jauh kat sudut hati aku lain macam je kalau keluar berdua tak bawak Raina. Kami laki bini kalau keluar mesti nak bawak Raina. Jadi sejak tu, aku pasrah je lah bila berbulan-bulan tak masuk panggung.

Bila cerita Ombak Rindu ditayangkan dan orang sana sini menceritakan kehebatan filem ni, hati aku meronta-ronta nak tengok. Sampai beberapa kali aku pujuk Saiful nak tengok cerita ni. Bukan mudah ye nak pujuk Saiful. Tapi entah macam mana nasib menyebelahi aku. Babysitter Raina minta cuti. Katanya nak bawak anak-anak dia holiday sempena cuti sekolah. Dan kebetulan ibu aku tengah cuti panjang lepas balik dari Bandung hari tu. Jadi nak tak nak Raina kena duduk dengan Atok dan Tok Wan dia bila aku dengan Saiful pergi kerja kan?

Jadi Ahad minggu lepas aku dan Saiful decided untuk tengok cerita Ombak Rindu ni. Kebetulan hari Ahad tu aku kena pergi office sekejap nak packing barang-barang sebab nak pindah office baru. Balik je kerja terus sms ibu bagitahu aku dengan Saiful nak tengok wayang. Aku tak nak ambil kesempatan kat ayah dengan ibu aku. Mentang-mentang ayah dengan ibu boleh jaga Raina kan? Nasib baik ibu bagi green light. Maybe ibu pun faham yang kami dah lama tak masuk panggung. Thanks ibu.




Jadi aku pun tersengih-sengih macam kerang busuk macam orang tak pernah masuk panggung je gayanya. Pastu siap feeling macam zaman bertunang. Kononnya nak feeling-feeling romantik padahal dah jadi mak budak. Haha.

Nasib aku baik sungguh malam tu sebab tiket tak sold out. Aku siap bagitahu Saiful kalau tiket sold out kat Jusco Klang aku sanggup pergi mana-mana panggung yang lain. Yang penting dapat tengok cerita Ombak Rindu. Saiful layankan je lah kerenah aku. Haha. Tiket kami ngam-ngam dalam pukul 8.00 malam. So lega sikit hati kami laki bini sebab tak payah tunggu midnight punya tayangan. Sebab kami laki bini asyik menyebut nama Raina je sepanjang kami keluar berdua tu. Memang tak boleh lari ingat hal anak kan?






Pendapat aku tentang cerita ni boleh tahan best. Taklah best yang betul-betul boleh mencapai tahap terbaik. Aku rasa cerita ni better dari cerita 'Lagenda Budak Setan'. Dulu masa aku tengok cerita 'Lagenda Budak Setan' tu aku rasa agak kecewa sebab jalan cerita dan penghayatan setiap pelakon tak kena langsung dengan jalan cerita seperti dalam novel.

Jadi bila aku tengok cerita Ombak Rindu ni, aku rasa ada sedikit rasa sedih dan aku boleh rasa kesedihan jalan cerita ni walaupun tak cukup mantap jadi kesimpulannya aku suka cerita ni. Oh ye aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Aaron Aziz dan terus tak minat Remy Ishak. Tiba-tiba je terselit nama Remy Ishak kan? Haha.



Cuma dalam cerita ni aku rasa Maya Karin sedikit kaku dan tak berapa mantap. Macam ada rasa takut-takut bila dia lakonkan beberapa babak. Aku lebih suka watak Lisa Surihani tu. Lagi satu aku suka gila dengan make up si Lisa tu. Cantik kan?

Secara jujurnya aku tak ingat sama ada aku pernah baca atau tak novel Ombak Rindu ni. Aku ni memang kaki novel. Bila dah banyak sangat novel yang aku baca jadi aku lupa samada aku dah baca atau belum. Kecuali kalau novel-novel dari Ahadiat Akashah, Zuraidah Othman dan beberapa penulis novel yang menjadi favourite aku tu memang aku akan ingat setiap tajuk dan jalan cerita novel tersebut. Tapi rasanya masa kat UiTM dulu aku pernah baca novel Ombak Rindu ni. Itu pun pinjam dari budak junior. Serius aku dah lupa sebab dah lama sangat kan?

Jadi aku tak boleh nak menilai samada cerita ni betul-betul menepati 100% jalan cerita seperti di dalam novel atau tidak. Cuma aku rasa cerita ni oklah kalau nak ditonton lebih-lebih lagi bersama suami.



Sebab apa?



Sebab aku suka watak Aaron Aziz tu. Jadi aku bagitahu kat Saiful :

'Awak, jadilah macam Aaron Aziz tu. Romantik betul'

Dan Saiful jawab balik :

'Sayang jadilah macam Maya Karin tu, balik kerja suami tertidur pun dia bukakan kasut dan buatkan air. Ni Saiful tengok selalunya sayang yang tertidur dulu depan TV bila balik kerja'

Terus aku terkedu dan bertekad nak jadi macam Maya Karin yang penuh dengan kelembutan. Eh eh boleh ke kau Nurul? Haha :D

Jadi sesiapa yang tak tengok lagi cerita Ombak Rindu ni sila-silalah tengok ye.

11 comments:

  1. filem nie best utk ditonton..lebih2 lg bersame suami..tp suami ain ckp boring jek..huhu

    p/s : haha..lawak jgk saiful tu eh..;)

    ReplyDelete
  2. aku tggu kat astro 1st saje lah
    takut cha bosan layan citer2 gini
    selalu bawak dia tgk citer kartun je
    baru dia tak boring

    aku suka ayat kau yg last tu

    dan sebagai peringatan kat diri sendiri jugak 'sebelum kita meminta, fikir dulu apa sumbangan kita'

    ReplyDelete
  3. err..tggu husband donlod jelah citer nie. citer melayu nie selalunya x berbaloi sgt nk g tgk kat cinema. hahaha =p sbb dh byk kali terkena. tu yg sceptical giler huhu

    lebih excited nk tgk mission impossible: ghost protocol. kompem berbaloi =D

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha sabar ajelah. Mmg susah nak jadi mcm Maya Karin. Kang kena jemur baju berkemban plak.

    ReplyDelete
  5. ain : suami nurul tgk mcm tak ada perasaan. bini dia yg menangis berperasaan tgk citer ni

    ReplyDelete
  6. dayu : tu la aku terkedu bila suami ckp mcm tu. nak minta lebih2 kat suami tp kita tak lah bagus sgt sgt isteri masih belajar. hehehe

    ReplyDelete
  7. ena : betul tu beb selalu mcm tu kan tak pun beli dvd je

    ReplyDelete
  8. fie : kuang3x part tu tak leh menahan tu fie

    ReplyDelete
  9. waaaa! jeles btol tak dpt tgk lg ni hoooo T____T
    heh menguji kesabaran btul la bila hujung2 sem ni. mata kiri nak tgk wyg, mata kanan kena tgk buku. last2, bertapa dlm mimpi wakaka ;D

    ReplyDelete
  10. ye la since ade anak memang tak de mase nak tengok wayang,,,teringin tapi kenangkan anak, tunggu la die besar..huhu..

    ReplyDelete
  11. tp byk kesilapan dlm cite tu..huhuhu

    ReplyDelete