Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, December 23, 2011

Kini aku di Setia Alam

Assalamualaikum

Rasanya hampir seminggu kot aku tak bukak langsung blogger ni. Hari ni baru ada masa free nak log in. Ni pun sebenarnya aku tengah sibuk siapkan report salary untuk bulan December. Tapi diri tu macam tak senang duduk je kalau dah berhari-hari tak log in blogger, twitter, facebook tu semua. Jadi aku selamber kodok log in dan buat-buat macam tak banyak kerja. Padahal budak-budak office semua dok tanya aku :

Nurul, gaji boleh keluar before cuti hari christmas tak?

Kalau budak-budak office ni tanya aku soalan macam tu, aku dengan confident jawab tak boleh je. Gila apa? Minggu lepas sibuk settlekan hal pindah office sampai ada satu hari tu aku sampai rumah dekat pukul 12 malam. Mana boleh gaji keluar seawal tu kan? Minggu ni baru ada masa nak buat report salary tu. Ni pun sebenarnya banyak lagi barang yang tak berkemas dan bersusun.

Sebenarnya masa aku dapat call untuk datang interview kat company ni dulu, head department aku tu dah bagitahu yang company ni akan pindah kat Setia Alam area Meru. Tapi disebabkan aku punya target memang nak cari tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah jadi dalam banyak-banyak tempat yang aku pergi interview tu aku pilih company ni yang masa tu terletak kat area Pandamaran, Port Klang.





Kalau ikutkan dari rumah aku kat Shah Alam nak ke Pandamaran tu pun sebenarnya taklah dekat mana pun. Tapi kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja lama kat Kelana Jaya tu, Pandamaran area ni dekat sikitlah. Tapi masa tu yang penting bagi aku jalan nak ke tempat kerja tak sesak macam kat Federal Highway. Aku benci Federal Highway. Dulu setiap pagi aku mesti stuck kat area Subang depan Empire Shopping Gallary tu. Menyampah ok!

Jadi aku pun setuju je kerja kat company ni walaupun aku tahu company ni akan pindah kat Setia Alam. Kalau nak tahu dari rumah aku nak ke Setia Alam tu agak jauh ye. Ambil masa lebih kurang 45 minit. Kadang-kadang 1 jam perjalanan kalau jalan sesak teruk. Aku rasa dah macam aku kerja kat area Kelana Jaya dulu. Tempat kerja yang agak jauh pastu jalan sesak teruk. Pelik betul aku dengan bos aku ni. Pindah jauh-jauh. Pindahlah area Shah Alam ke Subang area jalan ke Hicom tu ke? Bestlah jugak kan?





Mula-mula pindah kat sini aku taklah teruja mana pun. Sebabnya aku selalu tertanya-tanya apa yang best kat area Setia Alam ni? Adakah tempat ni macam kat area Pandamaran yang panas terik pastu tak banyak tempat yang menarik? Oh cakap pasal Pandamaran, aku secara jujurnya tak berapa suka tempat ni. Nak pergi bank jauh, tak banyak tempat makan yang best-best, tak ada shopping mall (Eh ada tapi itu pun Econsave je kot), pastu banyak bangunan kedai-kedai yang menakutkan. Serius aku tak suka tempat ni. Aku terpaksa gagahkan jugak ke Pandamaran ni sebab office lama company ni kat situ dulu.

Tapi jangkaan aku meleset. Sebab Setia Alam ni better than Pandamaran. Sini ada Tesco, Giant, nak makan Subway ke Mc Donalds pun sangat dekat. Pastu kalau tiba-tiba nak berubah angin boleh lepak kat Starbucks atau Tutti Frutti. Senang kata kat Setia Alam ni macam-macam ada. Pada pandangan aku Setia Alam ni tengah membangun. Pembangunan kat sini pun tersusun je aku tengok. Sedap mata memandang.

Ok berbalik pasal hal pindah office ni, beberapa minggu sebelum pindah tu aku memang super duper busy. Sebab aku secara tak langsung terlibat nak settlekan hal Kastam, Bomba, Majlis Perbandaran Klang dan macam-macam lagi. Iyelah nak pindah kena dapatkan kelulusan dari semua pihak. Dan yang paling penting kelulusan dari pihak Kastam iaitu kebenaran menduduki bangunan baru. Rupa-rupanya bukan mudah nak pindah bangunan ni.

Dua, tiga hari sebelum pindah, aku balik lewat sesaja. Dok leka packing dan kemas barang sampai tak sedar dah dekat pukul 10 malam. Pernah sekali tu aku sampai rumah dekat pukul 12 malam. Sampai rumah memang dah kebabooo penat. Ni pengalaman pertama aku pindah office. Memang memenatkan dan agak rumit. Sebab nak packing barang pun bukan mudah. Lagi-lagi barang yang jenis kecik-kecik. Tapi apa-apa pun aku selamatkan dulu barang-barang aku. Itu yang penting kan? Hehe.


Kalau nak cerita persekitaran office baru ni banyak sebenarnya. Cuma yang aku boleh cakap persekitaran office ni macam agak scary. Mungkin salah-satu sebab bangunan ni terlalu besar. Jadi bila aku overtime balik malam-malam memang meremang jugaklah. Tapi mungkin ni perasaan aku je kot.

Bila bangunan lebih besar memang berpeluh ketiaklah aku dibuatnya bila aku turun kat bahagian production. Sebab kadang-kadang aku kena turun kat bahagian production kalau-kalau ada aduan dari pekerja berkaitan bahagian pentadbiran. Boleh kurus kot kalau hari-hari turun bahagian production ni. Eh kalau boleh kurus best jugak kan? Heeeee.

Apa-apa pun aku harap aku cepat sesuaikan diri dengan tempat baru ni. Mungkin sekarang ni tempat ni masih baru bagi aku tu sebab aku rasa macam tak teruja. Mungkin lama-kelamaan nanti bila aku dah rasa sesuai dengan tempat ni aku akan rasa teruja macam masa aku kerja kat area Kelana Jaya dulu. InsyaAllah.


19 comments:

  1. Nurul, Setia Alam best tau..kita tinggal area Meru so, mmg suka sangat Setia Alam kat sebelah Meru...tak lama lagi ada shopping mall..besarrrrr!! hehe..makan pun best-best!

    ReplyDelete
  2. Area setia alam tu memang dah dekat sangat dengan rumah hubby kat kapar. Kalau pegi sana slalu shopping dekat tesco tu. Tapi suasana kat area rumah hubby macam tak best jugakla bagi Fashya sebab banyak foreigner. Kilangkan banyak kat sana. Mat bangla indon pun ramai. Dah macam dekat negara diorang je rasa.

    ReplyDelete
  3. shinnaz : tu lah mcm2 ada ye ada subway, burger king, paparich, starbucks. hehe eh leh lah berdeting gitu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...boleh taw tAk skrg ne still tinggal setia alam lg ke tak? kalo dr segi tol tu camne plak?

      Delete
  4. rumah hubby fahsya kat kapar ke? area kapar dgn setia alam boleh tahan jauh jugak kan? tapi pekan kapar better than meru kot fahsya situ byk kedai kain. best kan?

    ReplyDelete
  5. slamat bekerja di tmpat bru dgn mood yg baru nurul, hehe

    ReplyDelete
  6. owah nurul mai tak tahu pun setia alam 2 tak penah sesat pun kat sana mesti nak gelak kan mai just kajang je kah kah kah .. ap2 pun the best nurul insyallah rezeki nurul sentiasa murah okey ...enjoy

    ReplyDelete
  7. wahhh..ade keje kosong tak sana??hehe..

    ReplyDelete
  8. nurullllllllllllllll.........

    adajob vacancy tak he he he..dah dekat sangat ngan umah su

    ReplyDelete
  9. nurul,rianna stay kat meru. setia alam tu tersangatlah best dan rumah tersangatlah mahal . hehhe. nak tanya ni..nurul gi setia alam ikut jalan mana ek? rumah nurul kat setia alam section berapa? kalau nurul ikut NKVE, less than 30minutes dh boleh smpai tau dear. ada 3 option jalan nak ke sana..

    1-federal > bukit raja (jusco)> lalu tol 60sen > turun bawah , lalu dpn perumahan sime darby, bukit raja 2. (this option mmg lmbt.byk kereta)

    2-federal > bukit raja (jusco)> naik hiway nkve > exit setia alam.
    5-10 minutes dh smpi setia alam.

    3-tol bukit jelutong (shah alam)> masuk hiway nkve > 5-10 minutes exit to setia alam...

    so which jalan yg u guna dear. option 2&3 is the best!

    ReplyDelete
  10. na : harap2 dpt mood yang lebih baik dan bagus. InsyaAllah

    ReplyDelete
  11. mai : oh ye ke mai. mai lah dtg setia alam. eh tapi nurul duduk shah alam nak datang ke shah alam. joms

    ReplyDelete
  12. mymie sein : ada. nak tak? :)


    pnsusu : ada. nak tak su? hantar resume kat nurul :)

    ReplyDelete
  13. rianna : nurul guna jalan yang tol 0.60tu tapi situ jem teruk lah. nurul shah alam section 32 kota kemining/bukit rimau so kat section 7 area uitm shah alam pun dah jem teruk. tu yg amik masa 45 minit - 1 jam perjalanan tu

    ReplyDelete
  14. nurul, kalau macam tu. jangan ikut tol 60 sen tu. dari jusco bukit raja tu nurul jalan sikit pastu ada satu jalan naik atas ke hiway nkve. pastu jumpe tol . in 5 minutes dh smpai. bila dh smpai setia alam dah x yah risau. lengang sgt jalannya...u shud try. mn tau lg cepat kan . tol pun 70sen aje...

    ReplyDelete
  15. rianna ; oh tol yg lagi satu 0.70 sen je ke? murah jugak. tapi tak pernah try lagi

    ReplyDelete
  16. for your reference..

    http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=setia%20alam&ie=UTF-8&tab=wl

    ReplyDelete
  17. Nurul..memang pun pandamaran tu tak best r..sy penah menyewa kat tmn pendamar indah tau..boring gila..hehe..

    ReplyDelete
  18. rianna : thanks ye awak


    lynn : kan? hehehe

    ReplyDelete