Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, January 24, 2011

Apabila si kecil makin lasak


Dulu bila Raina belum boleh berjalan, aku sibuk-sibuk cakap dengan adik aku, ibu aku dan sesiapa saja bertanyakan :

"bilalah Raina nie nak pandai berjalan nie? dah pandai berdiri sendiri lepas-lepas tangan dari usia 8 bulan. nie bila kena demam campak je pada usia 9 bulan terus dah tak mahu bertatih lagi."

ibu, adik atau sesiapa saja mesti nasihatkan aku supaya bersabar. tiba masa Raina akan berjalan juga. jadi aku menunggu dengan sabar. dalam menahan kesabaran tu masih terselit perasaan risau. sebab target aku mahu melihat Raina berjalan sebelum umurnya menginjak setahun. itu memang cita-cita dan impian aku sejak Raina selamat dilahirkan.

ketika Raina 8 bulan, Raina dah mula berdiri sendiri dan belajar lepas kedua-dua tangan dan seterunya belajar berjalan setapak dua ketika itu, aku target mesti anak dara aku akan laju berjalan pada usia 9 bulan.

tapi rupa-rupanya tidak. sebab pada usia 9 bulan, tiba-tiba saja Raina kena demam campak. dua kali dia kena. mungkin demam campak tu tak habis keluar. itu yang Raina kena dua kali demam campak tersebut.

sejak itu aku risau sangat. aku takut impian aku mahu melihat Raina berjalan sebelum usia setahun tak tercapai. tapi aku tak pernah paksa Raina. sebab mana elok paksa si kecil bukan? biar dia secara natural.

cuma tiap-tiap hari apabila aku balik kerja aku mesti ajar dia bertatih. bersungguh-sungguh aku ajar dia. mula-mula aku ajar Raina bertatih berjalan hanya pegang satu tangan sahaja. selepas itu aku umpan dia dengan kunci kereta, remote control dan macam-macam. hari-hari aku buat sambil bagi Raina support. aku selalu cakap dekat Raina :

"Raina bijak. mama tahu Raina boleh. sebab masa Raina 8 bulan Raina dah boleh buat. sekarang Raina mesti boleh buat juga. up's Raina. go Raina go Raina"

lebih kurang macam tu lah aku cakap kat Raina. Hampir setiap hari aku cakap macam tu. Raina dengan tersengih-sengih dia mesti dengan sedaya-upaya bangun sendiri cuba untuk jalan sendiri. mula-mula setapak dua lama-lama bertapak-tapak. kejadian nie banyak berlaku di rumah family aku. mungkin dia nak tunjuk kat atok dan tok wan dia. hehe :)

dan paling terharu bila satu hari tu ketika Raina berusia 11 bulan, ada iklan TV 3 dan iklan cat colourland kat TV sedang bersiaran. tup-tup Raina berjalan bertapak-tapak ke arah TV tersebut. apa lagi kami semua terkejut. aku adalah orang yang paling gembira saat itu. sampai hampir menitis air mata aku.

Terus aku menjerit sekuat hati :

"yeahhh anak mama dah pandai jalan. anak mama dah pandai berjalan pada usia 11 bulan. mama tahu Raina boleh buat"

ayat aku lebih kurang macam tu lah. kalau ikut hati aku nak berjoget-joget tapi aku cover sebab Saiful dah menjeling tajam kat aku. haha.



tapi sekarang situasi berbeza. sebab aku dah makin tak boleh nak kawal Raina. sejak Raina dapat kaki nie macam-macam akal dia dapat. dia joget-joget lah, dia berlari-lari anak lah, dia pi dapur tolong sepahkan pinggan mangkuk lah, dia pi kat baldi atau bakul yang di penuhi longgokan baju kotor then dia sepahkanlah dan macam-macam lagi.

kalau aku dan Saiful bawa dia keluar, Raina dah pandai buat mulut muncung tanda protes tak mahu duduk dalam stroller. sebabnya? dia nak kebebasan ke sana sini. kadang-kadang tak larat aku dan Saiful nak kejar Raina nie.

aku rasa semasa membesarkan Raina ini, keadaan yang betul-betul menguji kesabaran aku adalah ketika Raina mula dapat kaki. selalu sangat aku bersabar dengan kerenah Raina. tapi dah nama anak kan? budak kecil apa yang mereka tahu sangat. nak tak nak bersabarlah.

aku tak pernah pukul anak aku. cubit pun aku tak pernah. aku sayang anak wei. paling kuat pun mulut aku je bising. dan aku berharap kesabaran aku ini makin menebal ketika membesarkan Raina. InsyaAllah :)

Friday, January 21, 2011

14 bulan Raina Evaqairina


Untuk permulaan ayat khas untuk Raina :

'mama minta maaf sebab lambat buat entri nie untuk Raina. sebab mama asyik busy melayan blogger momma group kat FB sampai lupa yang hari Rabu lepas genap umur Raina 14 bulan. maafkan mama ye Raina'

Penangan blogger momma group nie memang hebat wei. sebenarnya aku banyak kerja yang bertimbun-timbun atas meja tapi aku boleh lagi dok melayan group nie. demi bloggers. wahhh. Tapi Alhamdulilah kerja aku tetap juga siap cuma lewat sikit je. sorry boss.

Alhamdulilah banyak perkembangan Raina sekarang nie. aku rasa anak aku dalam proses belajar bercakap kot. sebab banyak sangat perkataan yang Raina dah tahu sebut dan faham. aku juga nak berterima kasih kat kakak yang jaga Raina kat sekolah sebab banyak sangat ajar Raina. Terima Kasih Kak Zurin.

Antara perkataan-perkataan yang Raina boleh sebut seperti :

nak, dah, cat, cit-cit (burung), fish, ngah (ummie ngah), bang (pak usu), mamam (makan), yum-yum (menunjukkan makanan yang dia makan tu sedap), mam-mam (mandi), amin, miau-miau (bunyi kucing), dek-dek (buku). aku pun pelik kenapa raina panggil buku dek-dek. sebenarnya banyak lagi perkataan yang Raina dah boleh sebut.

paling best bila time nak makan then kita baca doa makan Raina akan tadah tangan semasa kita baca doa makan then bila kita sebut "amin", Raina pun akan cakap "amin" sambil sapu muka dia. yang ajar semua nie semua babysitter dia.

kalau Raina dah habis menyusu dia akan cakap "dah". walaupun ketika aku kejut dia menyusu subuh-subuh dalam keadaan mata tertutup pun Raina still akan sebut "dah". ajaib kan? hehe :)

Cuma yang aku tengok sekarang nie, Raina lebih rapat dengan Saiful. Dia memang manja sangat dengan Saiful. kalau Saiful kerja luar ke dia dah pandai cari sampai ke depan pintu sambil cakap "papapapa". Kadang-kadang aku kecik hati jugak kenapa anak dara aku tu rapat sangat dengan Saiful. Tapi maybe Saiful manjakan sangat Raina nie dan suka melayan kerenah Raina. Sebab itu kot Raina manja sangat dengan Saiful.

Disebabkan gigi Raina hampir penuh jadi aku dah mula ajar Raina makan nasi separuh lembik. Raina dah boleh makan jambu batu dan kerepek tau. hari tu saja je aku try bagi rasa sebab nak try kekuatan gigi dia. sekali selamber je Raina kunyah dan telan. hehe :)

Dan lagi satu sekarang nie aku dalam proses mengajar Raina kurangkan minum susu menggunakan botol susu. baru nak cuba-cuba nie. maklumlah Raina dah setahun kan jadi aku rasa memang patut kurangkan penggunaan botol susu tu. aku dah mula ajar dia pakai cawan khas untuk dia.

aku juga dah mula ajar dia menulis dan mewarna. seminggu dalam 2 atau 3 kali aku adakan sesi menulis dan mewarna. nampak gayanya Raina nie seperti bukan kidal sebab dia pegang pensil color menggunakan tangan kanan. InsyaAllah kalau aku rajin aku buat entri khas untuk ini.

untuk Raina Evaqairina,

Happy 14 months Raina. mama, papa, atok, tok wan, ummie ngah dan pak usu semua sayangkan Raina. mama selalu tegur Raina tu sebab Raina nakal sangat. selalu sepahkan rumah. penat mama kemas rumah tapi Raina tetap nak sepahkan. tapi takpe lah mama penat takpe asalkan Raina puas main ye. I love you Raina Evaqairina :)

Monday, January 17, 2011

Ini kisah bloggers gathering


Assalamualaikum :)

Ok hari nie entri aku semestinya mahu menceritakan tentang perjumpaan para blogger yang diadakan semalam di Mega Kidz, Mid Valley. Terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang memberi sokongan kerana sanggup menghabiskan masa cuti hari ahad anda untuk menyertai perjumpaan ini.

aku pun tak sangka sebenarnya ramai yang berminat untuk join gathering ini. memandangkan idea asal pertama sebenarnya datang dari aku hanyalah tujuan untuk berjumpa dayu dan juga reen ini bertukar menjadi perjumpaan para blogger akhirnya.

Disebabkan aku terlalu teruja untuk berjumpa para blogger ini, aku telah pun bangun seawal pukul 6.30 pagi. bayangkan ye. aku bangun pagi sebab nak masak bubur Raina. memang menjadi kebiasaan aku akan buat bubur Raina untuk dijadikan bekal untuk makanan tenghari Raina. iyelah kalau bawak anak keluar nie dari segi pemakanan pun kita kena pantau juga. so aku lebih selesa bawak bubur Raina dari rumah. rajin ke tak rajin aku? hehe :)

tapi disebabkan Raina nie teruja jumpa kawan-kawan dia dan selepas menghadiri gathering tersebut aku bergegas ke bangi untuk shoot satu event birthday party seorang anak client di Mc D Bangi, jadi bubur tersebut hanya tersimpan dalam beg. sebabnya? Raina lagi suka makan kentang Mc D je. sabau je lah aku ye. penat mama masak bubur untuk Raina tau.





aku lewat sampai lebih kurang setengah jam. sebab nak siapkan Raina. bagi dia makan for breakfast, mandikan Raina dan kebetulan aku bergerak dari rumah family aku di Banting dan terus ke Shah Alam untuk tukar kereta dan ambil Saiful.

Untuk Saiful, aku nak ucapkan terima kasih juga kat dia sebab sanggup ikut aktiviti aku ini w/pun dalam keadaan penat. bayangkan dia kena stayback kat site then balik rumah dalam pukul 4 atau 5 pagi then pagi-pagi dah miss called aku. agaknya nak kejutkan aku bangun tidurlah tu untuk bersiap-siap ke Mid Valley. Masa tu aku kat rumah family aku di Banting. Thanks Saiful :).

Apabila sampai di Mid Valley, aku dah nampak kelibat Yaya dan Hannah. yeah mereka sangat peramah. bila mula bertegur sapa terus macam dah lama kenal. dan tak lama tu aku ternampak kelibat Shahril. mula-mula aku tak perasan pun Zuris. Yang aku nampak Shahril suami Zuris. oh Shahril memang popular kan Zuris? hehe :). Sangat tak sangka sebab Zuris sanggup turun dari Perak ke KL untuk menyertai bloggers gathering ini. Thnaks Zuris.

tak lama tu Fad, Mishawads, Xeea Lylie, Azie dan Mawar pun sampai. bertambah meriah. suka dengan keadaan ini. Thanks korang ye. Tetapi Dayu dan Reen adalah orang paling lewat sampai. apa cerita? haha :D. next time sila datang lebih awal okeh. tak puas borak dengan korang semalam.

Tapi, di sini aku nak minta maaf kat Mawar, sebab aku tak cam langsung muka dia. dah lama aku dok perhatikan Mawar dan anaknya Hamzah tapi aku tak berapa nak cam. I'm so sorry Mawar. Jika Mawar ada FB sila add Nurul yeah.



Disebabkan petang tu aku kena bergegas ke Bangi sebab adik aku Bani ada job di Bangi jadi aku tak boleh lama di Mega Kidz tu. dalam pukul 12 lebih aku dah bergegas ke Bangi. dan sedang aku on the way ke Bangi, ramai pula yang sms dan call aku beritahu yang mereka dah sampai ke Mid Valley. tetapi sayangnya para bloggers semua dah bersurai. Antaranya Sherena dan Mai. tak ada rezeki ye aku nak jumpa korang. ada juga yang sms di saat-saat akhir tak dapat join sebab tak ada transport dan sebagainya. padahal aku nak sangat jumpa Sherena, Mai, Aan, Chempaka, Elly dan yang lain-lain

Tak apa InsyaAllah next time kita buat gathering lagi then kita boleh berjumpa yeah. dan InsyaAllah aku dalam perancangan nak buat satu lagi gathering yang akan diadakan di Alamanda, Putrajaya untuk berjumpa para blogger yang berada di area sana pula. Harap korang dapat join ye.

Untuk bloggers yang berada di luar kawasan KL dan Selangor janganlah bersedih hati sebab tak dapat join gathering kali ini ye. yeah aku mengaku ramai antara rakan bloggers yang aku kenal berada di Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan lain-lain negeri. Terlalu ramai yang aku kenal di dunia blogging ini. maybe next time kita boleh berjumpa. InsyaAllah.

ada dengar ura-ura Aishah nak buat gathering untuk bloggers yang berada di sekitar Johor. adakah plan ini menjadi? kepada Aishah, sila jangan jeles ye. Haha. ok gurau dan saja nak usik Aishah. Jangan merajuk. sila senyum sampai ke telinga :).

ok semoga hubungan antara kita ini berkekalan. dan aku berharap lepas nie akan ada lagi perjumpaan-perjumpaan seterusnya. InsyaAllah.

Friday, January 14, 2011

Maklumat lanjut : gathering para blogger

Poster ini hasil dari Yaya

Tempat : Level 3, Mega Kidz Mid Valley
Tarikh : 16 Januari 2011
Hari : Ahad
Waktu : 10 pagi

Untuk maklumat lanjut, perjumpaan para blogger di tukar dari Cosmic Bowl ke Mega Kidz memandangkan tempat ini bersesuaian untuk si kecil dan juga ibu bapa. sebenarnya kita lebih mengambil kira kesesuaian tempat untuk si kecil memandangkan kebanyakan para blogger sudah mempunyai anak kecil.

Terima kasih kepada Xeea kerana telah memberi idea untuk tempat yang menarik ini.

jadi aku berharap sudilah kiranya kamu semua join gathering ini bagi memeriahkan suasana. dan aku berharap kita dapat kenal lebih rapat lagi antara satu sama lain nanti.

maklumat tambahan
: dan sila bawa duit lebih untuk masuk ke Mega Kidz ini. tak silap aku RM14 untuk si kecil yang berumur bawah 2 tahun. untuk mak bapak free saja. dan si kecil perlu di pakai kan socks yeah.

P/s : jadi jumpa di Mega Kidz nanti ye. jika nak jumpa aku dan Raina Evaqairina, sila datang awal ye. sebab dalam pukul 12 tengahari tu aku dah kena gerak ke Bangi sebab ada client dah booking tarikh tersebut :).

Wednesday, January 12, 2011

Dari hati (3) : Panggilan 'abang'

Suami aku yang dah besau dan mok mok :D


Dua hari lepas, aku ke econsave selepas waktu bekerja. aku memang paling suka beli barang-barang dapur kat econsave. sebabnya barang-barang kat econsave lebih murah berbanding dengan harga di giant atau carrefour. so dekat rumah aku nie ada satu pasaraya econsave. jadi, jangan ingat shah alam tak ada econsave ye. aku kan duduk shah alam hujung-hujung bersempadan dengan klang. hehe.

selepas aku amik ikan, sayur dan beberapa barang dapur yang lain, aku bergegas ke tempat rak yang di penuhi dengan sederetan tin-tin sardin dari pelbagai brand. sedang aku membelek tin-tin sardin tersebut, tiba-tiba datang sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka tak silap aku berdiri betul-betul bersebelahan dengan aku.

si isteri : abang, abang nak sardin ke?

si suami : ba ba cak... ba ba cak... (si suami leka melayan anak-anak mereka yang di letakkan di dalam troli tanpa menjawab pertanyaan si isteri. tergelak-gelak si ayah dan anak-anak kecil itu.)

dalam hati aku, bagusnya si suami ini. anak yang sudah sebesar ini pun masih main ba ba cak. aku agak anak-anak kecil itu sudah berumur dalam lingkungan 3 tahun ke atas mungkin.

si isteri : abang, nak tak sardin ni?

terus aku rasa teruja mendengar suara lembut si isteri memanggil panggilan 'abang' itu. abang? ooh bagusnya si isteri ini. aku tak pernah pun memanggil saiful dengan panggilan 'abang'.

pernah cuba semasa di awal perkahwinan tetapi kami akan bantai gelak sebab dah terbiasa dengan panggilan 'saiful'. 'awak' atau 'comel'. maaf panggilan comel tu memang aku dah terbiasa dari zaman sebelum kami bertunang lagi. so dah terbawa-bawa sampai ke alam perkahwinan.

si suami : boleh juga. ambil je lah.

si isteri : abang nak tin saiz besar ke atau tin saiz kecil? ambil yang kecil saja ye cukup untuk abang sorang yang nak makan?

si suami : mana-mana lah.

aku terasa sangat teruja sebab suara si isteri sungguh lembut. aku sendiri terpegun dengar suara si isteri.

kadang-kadang aku terfikir, berdosakah aku jika aku tak panggil suami aku dengan panggilan 'abang' itu? tapi serius aku memang tak boleh blah kalau panggil saiful dengan panggilan 'abang' tu. sebabnya kami berkawan 6 tahun lamanya sebelum mengambil kata putus untuk berkahwin.

jadi kami dah terbiasa dengan panggilan semasa zaman bercintan-cintun dulu. saiful pun tak pernah paksa aku. sebab saiful pun bahasakan diri dia 'saiful' atau 'Nurul', 'sayang' dan 'awak' saja dengan aku.

contohnya :

saiful : sayang, awak nak makan apa? saiful ingat nak makan ketam hari nie.

aku
: awak nak makan ketam ke comel? apa-apa je lah kalau awak rajin masak. nurul tak reti masak ketam comel.

itu sebagai contoh perbualan harian aku dan saiful. biasa-biasa saja.

korang semua panggil suami semua korang apa ye? abang? honey? B? sayang? busuk masam? manja? intan payung? apa-apa pun pada pendapat aku yang penting kita hormat dan sayang suami kita. tak kisahlah nak panggil suami kita tu apa asalkan jangan melampau panggilan atau nama gelaran tersebut.

Monday, January 10, 2011

Dari hati (2) : makin tidak relevan

Hari ini hari isnin yang agak bosan bagi aku. biasalah tiap-tiap hari isnin mesti macam tu. di tambah lagi aku dari semalam demam, dengan kepala berdenyut-denyut dan flu yang agak teruk. ter sok sek sok sek lah aku di depan PC nie sambil buat kerja.

aku bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. aku nak cerita pasal tengahari tadi semasa aku keluar lunch seorang diri. disebabkan kawan rapat aku cuti, maka aku keluar office seorang diri. aku tapau je.

aku : "makcik, nasi separuh" (aku dalam proses diet. sebenarnya aku jarang sangat makan nasi tapi disebabkan aku demam hari nie aku ambil keputusan untuk makan nasi).

bila makcik tu serahkan polystyrene berisi nasi separuh itu, (eh betul ke spealling polystyrene aku ni?) terus aku melihat lauk-pauk pelbagai jenis yang di jual. disebabkan aku pun bukannya ada selera nak makan jadi aku ambil lauk ala kadar saja.

aku cuma ambil ikan bilis bersaiz kecil yang di goreng bersalut sedikit sambal (sorry aku tak tahu apa nama masakan ini), telur masin juga 5,6 ketul sotong masak kunyit kot. sotong tu pun bersaiz kecil.

korang tahu berapa mereka letak harga untuk makanan yang aku ambil?

RM5 untuk makanan yang tidak seberapa tu. worth it tak pada pendapat korang? pada aku macam tak worth it langsung. tapi aku tetap hulurkan RM10 kepada bro yang kirakan makanan aku tu. aku tak buat reaksi muka terkejut pun depan dia. nanti takut dia terasa. tapi dalam hati aku, dah macam nak sumpah seranah bro tersebut.

aku rasa makin lama di persekitaran kita ini makin banyak benda dan perkara yang makin tak relevan. seperti makin tidak relevan dari segi meletakkan harga. contohnya seperti bab nak membeli makanan macam aku tadi. tup tup dah terbang RM5 untuk makanan yang tidak seberapa tu.

atau sebagai contoh semasa nak beli pakaian untuk raina. setakat baju T-shirt harga dah rm59. atau setakat jaket dan baju biasa harga dah RM139. dan kadang-kadang harga tersebut lebih dari itu.

atau sebagai contoh semasa nak belikan mainan untuk raina. setakat mainan yang biasa-biasa tu dah berpuluh-puluh ringgit harganya. sebab itu aku jarang belikan toys raina. aku lebih banyak belikan dia buku. aku mahu cuba secara manual seperti ibu dan ayah aku didik aku dulu semasa kecil. InsyaAllah aku akan cuba praktikkan.

pendapat aku nilai wang RM50 sekarang dah macam RM5. aku boleh habiskan RM50 tu hanya setakat isi minyak kereta, tol, makan breakfast, lunch tup tup tup boleh habis macam tu je dalam masa sehari. percaya atau tidak?

sebab itu sekarang aku cuba belajar untuk control diri aku. aku beli dan nak guna duit itu bila perlu saja. aku lebih sayangkan duit dari mahu membazir membeli benda yang aku tak perlukan. tetapi kadang-kadang kita terkeluar juga dari landasan bila fikir nafsu kehendak hati bukan?

so salah-satu azam aku ialah untuk lebih sayangkan duit :)

Friday, January 7, 2011

Entri pendek (4) : Raina Evaqairina yang dulu

Raina Evaqairina yang dulu. ketika nie umur Raina 6 bulan kot


Aku rasa dulu muka Raina lain dan sekarang muka Raina dah berubah sedikit. aku dapat rasakan perubahan pada muka Raina. bila balik kerja aku ambil Raina dari rumah babysitter aku mesti tenung puas-puas muka anak aku. dalam hati aku 'anak aku dah besar. lain dah rupanya. tapi dia tetap anak aku'

atau aku je yang berperasaan begitu?

P/s : tiba-tiba rindu Raina ketika baby :)

Thursday, January 6, 2011

Siapakah perempuan itu?

Gambar usang zaman 2008. guna kamera cikai je time nie :D


Cuba teka siapakah perempuan berbaju kuning itu? gaya bergambar macam hebat sangat je kan? macam kelakarlah pula bila tengok gambar nie. haha :D

aku godek punya godek computer pagi tadi terjumpa gambar lama nie. kalau nak tahu perempuan tu adalah aku. zaman dulu-dulu aku edit gambar pun macam budak-budak je. malu wei. tapi malu-malu pun aku nak juga letak dalam blog kan? hentam sajalah bai.

tak silap aku gambar nie di ambil semasa aku sedang sibuk buat preparation untuk majlis kahwin aku kot. eh ke masa tu aku pengantin baru? entahlah aku pun lupa. serius aku lupa.

tujuan aku letak dalam blog aku nie adalah untuk membakar semangat aku supaya berusaha sungguh-sungguh untuk mengecilkan badan aku. itu saja.

P/s : memakai bengkung seperti orang berpantang pada sebelah malam membuatkan diri aku tidak selesa. kepada rakan-rakan blogger yang akan join gathering di mid valley nanti silalah jangan terkejut tengok bentuk badan aku ye. aku sememangnya sudah berisi bukan seperti di dalam gambar seperti gambar di atas itu.

Wednesday, January 5, 2011

Perjumpaan para blogger

siapa nak jumpa Raina Evaqairina? eh ada ke orang nak jumpa? :)


Tempat : Mid Valley Megamall
Tarikh : 16 Januari 2011
Hari : Ahad
Waktu : 10 am

Tiba-tiba aku ada mood nak menulis apabila membaca entri hannah. terima kasih hannah kerana kamu memberi aku semangat untuk menulis hari ini. jika tidak aku malas nak menulis. semalam tengah syok-syok ada idea nak menulis tapi aku terus save as draf je. haha.

pada peringkat awal perbincangan aku bercadang mahu berjumpa dayu atas alasan mahu bagi CD gambar. tup tup adik aku bani dah pos kat dayu. aku ni kan macam iyo iyo je kan? bincang punya bincang dengan dayu dari bulan lepas lagi. so aku terus tukar plan ini lebih kepada 'gathering'. bolehlah berjumpa dengan para blogger tak kiralah aku kenal ke tak kenal ke.

jadi kepada sesiapa yang sudi nak berjumpa aku, dayu, hannah dan beberapa lagi kenalan yang lain jomlah join gathering nie. janganlah malu-malu. aku kan ada. wahhh macam iyo iyo je aku nie kan? padahal aku belum cakap lagi plan ni kat saiful. harap saiful free dan tak kerja luar untuk tarikh tersebut. kalau saiful tak free pun tak pe aku boleh pergi dengan raina nanti. wahhh semangat nie.

tapi kang kalau dah jumpa aku janganlah malu-malu nak tegur aku ye. iyo lah aku nie kan gemuk. dalam proses nak kuruskan badan nie. siapalah aku kan? eh eh apa kena-mengena dengan kisah gemuk dengan ini gathering ye? haha.

so aku harap korang dapat join gathering nie ok. aku tak nak jadi macam last week. beriya-iya je aku dah pakai lawa-lawa, make up bagai nak pergi rumah aan sempena besday alia. sekali dah sampai putrajaya tak jumpa rumah. terkilan sungguh. time tu excited nak jumpa para blogger tapi dah tak jumpa rumah, kami anak-beranak membawa diri pergi mines. macam kelakar pun ada kan? haha.

mari join gathering nie :)