Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, February 23, 2011

Dari hati (4) : Sejuk perut mengandung

Entri ini bukanlah mahu membanggakan anak sendiri cuma terdetik rasa syukur dalam diri aku yang mengandungkan Raina selama 9 bulan itu. Hati aku ini mudah tersentuh lebih-lebih lagi sejak bergelar mak budak. Benda remeh-temeh pun boleh buat hati aku tersentuh.

Dan semalam Raina telah buat hati aku sedikit tersentuh dengan gelagatnya. Terfikir apakah dengan persekitaran sekeliling membuatkan anak aku jadi begitu atau bagaimana? Aku pun tiada jawapan yang sahih untuk menjawab persoalan ini.

Ceritanya begini :

Sejak umur Raina menginjak setahun ini, aku dapat rasakan anak aku ini dah pandai menjawab apabila kita menegur perbuatannya. Dan dia suka mengikut apa yang kita cuba cakapkan kepada dia. Kalau dia rasa dia boleh ikut setiap patah perkataan itu sedaya-upaya dia cuba ikut. Jadi, apabila aku tersedar tentang ini aku memang berhati-hati bila berkomunikasi takut tersalah cakap dan dia akan ikut apa yang kita cakapkan itu.

Contohnya Saiful suka menegur Raina seperti ini :

"Ya Allah Raina buat apa dalam bilik nie sepahkan barang macam nie?"

"Ya Allah Raina kenapa tak mahu sleep? dah malam esok kan nak pergi school.


Itu adalah cara Saiful menegur perbuatan Raina. Dia suka menyelitkan perkataan 'YA ALLAH'. Mula-mula aku tak perasan. Sejak sebulan yang lalu baru aku perasan suami aku ini begini cara tegurannya terhadap Raina. Terukkan aku tak perasan dari awal lagi?

Dan semalam Raina mengikut apa yang Saiful cakapkan itu. Aku macam tak percaya pun ada. Sebelum ini Saiful ada pernah bagitahu aku yang Raina pernah cuba mengikut apa yang dia katakan tapi aku buat tak endah saja.

Raina akan menjawab balik setiap kali Saiful menegurnya dengan jawapan ini : "Allah... Allah".

Terkejut beruk aku semalam bila tengok anak aku dah pandai menjawab teguran orang dengan jawapan sebegitu. Aku dan Saiful terpempan seketika.

Saiful : "Sayang, tengok anak kita dah pandai menjawab"
Aku
: "Amboi Raina dah pandai menjawab ye. Takpelah sejuk perut mama mengandungkan Raina"

Aku sebenarnya tak tahu nak jawab apa apabila Saiful berkata begitu. Sebab aku masih terpinga-pinga dan begitu tersentuh budak umur setahun 3 bulan dah boleh menjawab apa yang kita tegurkan dengan sebutan perkataan 'Allah' itu.

Mungkin Raina tak faham lagi apa itu 'Allah'. Nanti bila dia besar sedikit akan aku terangkan kepada Raina bahawa Allah itu Tuhan kita yang satu. InsyaAllah.

Monday, February 21, 2011

Demi anak

Raina tengah cuba rasa kelazatan sizzling :D


Sekarang ini rutin aku di pagi subuh makin kelang-kabut berbanding biasa. Sebabnya aku bukan saja masakkan bubur untuk makanan tengahari dan petang Raina malah aku sediakan juga sarapan untuk Raina yang perlu dibekalkan ke rumah babysitter Raina.

Dulu, kebiasaannya Saiful yang buatkan bubur Raina. Tapi bila Raina dah besar sedikit dan aku pula memang berazam mahu belajar memasak segala jadi tugasan menyediakan bekalan Raina semua beralih kepada aku atas kerelaan aku sendiri.

Dulu masa umur Raina belum menginjak setahun, Raina cuma di beri cerelac atau orang panggil nestum untuk sarapan pagi. Tapi sejak umur Raina sudah setahun ini, aku terpaksa kurangkan pemberian cerelac @ nestum ini demi kebaikan Raina. Lagipun aku memang tidak berapa gemar bagi makanan yang jenis segera seperti makanan dalam tin dan sebagainya kecuali jika terdesak seperti terlewat bangun contohnya.

Tetapi selalunya w/pun terlewat bangun pun aku akan cuba sedaya-upaya menyediakan bekalan Raina. Pada aku biar aku lewat ke tempat kerja janji Raina cukup makan dan dapat makanan yang berkhasiat. Itu prinsip aku.

Berbalik kepada cerita tadi, sejak aku mula menyediakan sarapan Raina ini rutin aku bertambah mencabar aku rasakan. Bayangkan aku nak buat bubur makanan tengahari dan petang Raina dan dalam masa yang sama, aku nak sediakan sarapan Raina. Agak kelang-kabut sedikit.

Contohnya pagi tadi, selepas buat bubur Raina, aku terus gorengkan sosej untuk sarapan Raina. Berpeluh juga di buatnya. Oh ye sejak umur Raina dah menginjak setahun nie, aku baru berani bagi makanan sedikit bergoreng untuk Raina. Alhamdulilah Raina dah mula serasi.

Sekarang ini aku sibuk cari menu untuk mempelbagaikan menu sarapan Raina. Kalau boleh aku tak mahu Raina cepat jemu dengan satu-satu menu yang disediakan. Oh ye kepada korang yang ada menu yang best untuk menu sarapan si kecil silalah kongsi dengan aku ye.

Semuanya demi anak. Aku lewat pergi kerja. Aku pernah kena warning dengan boss pun aku terima dengan terbuka hati disebabkan aku mahukan yang terbaik untuk Raina. Bayangkan aku bangun seawal pukul 5 pagi disebabkan mahu menyediakan bekalan Raina. Kalau tengok beg sekolah Raina itu penuh dengan bekal makanan dia saja. Ada tiga bekas aku sediakan. Rupanya dah macam mahu pergi berkelah je. Hehe :)

Aku lebih suka sediakan makanan sendiri untuk anak. Jika pun babysitter mahu offer masakkan makanan untuk Raina, rasanya baiklah aku sediakan sendiri. Lagi puas hati dan kita tahu apa isi kandungan makanan anak kita. Itulah pengorbanan aku demi anak. Harap Raina akan ingat pengorbanan aku ini bila dia sudah menginjak dewasa nanti. InsyaAllah :).

Friday, February 18, 2011

Selekeh

Aku suka gambar nie. Masing-masing nampak cantik disebabkan mahu makan besar :)

Entah kenapa jika aku ke office aku tak suka mahu menampakkan diri aku ini seperti ala-ala vogue atau senang kata seperti nampak lebih bergaya dari rakan-rakan office yang lain. Secara jujurnya aku memang nampak agak selekeh bila ke office.

Bukan tak mahu bergaya seperti berpakaian ala-ala korporat tetapi dengan suasana dan situasi yang aku alami di tempat kerja ini cukuplah jika aku bersederhana saja. Siapa aku mahu melawan mereka yang cantik bergaya di office? Tapi rasanya kat office aku tak ada seorang pun yang aku betul-betul admire gaya pemakaian mereka. Rasanya kot. hehe :)

Dulu selepas aku habis belajar peringkat degree, aku berehat selama lebih kurang sebulan. Selepas itu baru aku bertungkus-lumus mencari kerja. Alhamdulilah rezeki aku yang tak lama tu aku dapat bekerja di sebuah institut pengajian. Tapi tak lama aku bekerja di situ sebab aku mahukan pekerjaan yang lebih mencabar diri aku. Tapi aku tetap bekerja di institut tersebut sebagai part time di hujung minggu. Tapi itu cerita lapuk ketika zaman anak dara aku dulu.

Bermula dari itu aku apply bermacam-macam kerja. Tup-tup aku dapat banyak tawaran bekerja dan aku telah menerima tawaran bekerja di tempat aku sekarang ini. Bayangkan aku pergi interview ditemani ibu aku. Disebabkan aku tak tahu sangat jalan-jalan area PJ jadi aku minta bantuan ibu aku. Dulu semasa di zaman muda ibuku itu dia bekerja di Sungai Way, PJ. Jadi ibu aku memang agak mahir jalan-jalan di area PJ ini.

Masa aku pergi interview itu aku berpakaian seperti ala-ala korporat yang tidak menjadi. Pada peringkat awal aku mula bekerja di office aku ini, aku memang suka nak bergaya. Iyalah dalam hati aku mestilah kita kena tunjukkan keserlahan dalam berpakaian juga di samping mutu kerja. Tapi lama-kelamaan aku jadi malas disebabkan aku lihat rakan-rakan di sekeliling aku berpakaian biasa-biasa saja ke office. Dalam hati aku kenapa mereka berpakaian seperti ini?

Mula-mula dulu aku rajin berkasut tumit tinggi. Sekarang kalau korang nak tahu aku pakai kasut flat biasa je ke office. Siap ada selipar buruk yang aku tinggalkan di bawah meja aku ini yang aku pakai ke hulu ke hilir semasa di dalam ruang office itu. Cuma pergi dan balik kerja saja aku tukar pakai kasut yang agak cantik sedikit.

Aku juga hanya bermake up nipis ke office. Tidaklah nampak keterlaluan. Tapi tak elok juga bukan jika langsung tak make up atau kusut masai berpakaian ke office? Aku cuma anggap aku sedikit selekeh dengan berpakaian yang tidak keterlaluan dan cukuplah secalit lipstik, pemerah di pipi dan kemaskan bahagian kening. itu saja jika aku ke tempat kerja. Selekeh bukan?

Dalam permasalahan ini, aku rasa situasi dan suasana sekeliling memainkan peranan penting dalam isu berpakaian. Macam aku, memang aku tak nafikan situasi di office yang aku hadapi sekarang adalah peranan utama kenapa aku selekeh di office.

Tapi bila aku di luar memang lain sedikit. Aku lebih suka ada rasa mahu nampak sedikit bergaya dengan belt yang besar gedabak itu, dengan kasut bertumit tinggi itu, bermake up bagai. Memang tak dinafikan di luar aku lebih suka mahu nampak cantik-cantik saja. Mungkin salah-satu sebabnya support dari Saiful. Sebab Saiful memang pantang sikit tengok aku berkasut flat atau muka kusut tak bermaya. Jadi aku turutkan saja apa yang Saiful sukakan itu.

Kadang-kadang aku terfikir agaknya bilalah aku mahu keluar dari kepompong ini dan dapat merasa situasi yang agak berbeza dan sedikit hebat dalam suasana bekerja bagi menaikkan mood aku dalam berpakaian ketika bekerja? Isu bilakan itu selalu berlegar-legar dalam kepala otak aku ini.

Sekarang aku dalam misi untuk cuba keluar dari kepompong kecil ini. Tapi belum ada rezeki aku agaknya. Aku selalu berdoa agar ada rezeki aku nanti. Aku amat rindukan cara dan situasi ketika aku bekerja di Putrajaya dulu. W/pun bekerja di site tapi suasana bekerja itu yang aku rindukan. Harap-harap tahun ini aku dimurahkan rezeki dalam apa-apa perkara sekalipun. InsyaAllah.

Thursday, February 17, 2011

Cakap berpada-pada

Ada orang yang jenis pendiam cakap sepatah dua je. Orang marah ke orang kutuk ke orang maki-hamun ke dia diam macam tak ada perasaan dengan apa yang berlaku. tapi dalam hati dia kita tak tahu. Mungkin dia berdendam atau dalam hati dia fikir lantak korang lah nak cakap apa pun. mana kita tahu kan?

Ada orang yang jenis cakap main lepas. Seperti pepatah cakap siang pandang-pandang cakap malam jeling-jeling. eh betul ke pepatah ni? kalau silap sila betulkan aku. orang jenis macam ni dia main cakap je tanpa fikir perasaan orang lain.

Ada orang yang jenis cakap berpada-pada. aku salute orang jenis macam nie. dia nak cakap apa pun dia jenis fikir dulu baru dia cakap. Tapi aku rasa dalam dunia nie tak banyak orang yang jenis macam nie. Orang jenis macam nie aku anggap dia manusia yang sangat berhemah dalam tutur katanya.

Untuk diri aku sendiri, aku pun tak tahu nak kategorikan diri aku nie dalam kategori yang mana satu. sebab cara dan kawalan aku ketika bercakap sebenarnya berdasarkan emosi, orang yang di ajak berborak sama dan situasi aku sendiri.

Tapi dulu masa di sekolah ramai kawan-kawan aku cakap aku nie seorang yang pendiam. Tapi bila aku mengamuk semua kawan-kawan aku takut. yup! aku jenis tak banyak cakap kalau dengan orang yang aku rasa tak selesa. Aku akan jadi banyak cakap kalau aku rasa selesa dan aku rasa 'ngam' dengan seseorang tu.

Tapi mungkin itu dulu zaman anak dara belum ada anak. Mudah sangat nak melenting. Orang kata darah muda kan?

Sejak ada Raina nie, aku lebih berpada-pada bila bercakap. Tapi pernah juga terlepas cakap sebab terlebih emosi ikut situasi. Tanpa sedar kita manusia biasa mesti ada melakukan sedikit kesilapan kan? Cuma sekarang nie aku lebih berhati-hati. Risau kalau-kalau ada menyakitkan hati sesiapa.

Tapi kadang-kadang kita cuba cakap berpada-pada atau senang kata 'cakap berlapik' untuk jaga hati semua orang tapi orang tak pernah cuba nak jaga hati kita bukan? kadang-kadang macam tu kan? Tapi bak kata ibu aku biar orang buat kita tapi jangan kita cuba membalasnya.

P/s : Sebenarnya ini entri tahun lepas dah lama aku simpan as draf saja. Hari nie baru aku nak publish sebab tiada idea nak menulis. Dari blog nie bersawang baiklah aku publish mana-mana entri yang tersimpan as draf je kan? Idea banyak tapi malas nak menulis. Tunggu mood menulis datang dalam diri :).

Wednesday, February 16, 2011

Perjumpaan terhebat


Selamat pagi semua :)

Hari ini aku mahu ceritakan tentang perjumpaan terhebat dengan para blogger yang aku join pada cuti chinese new year dan sabtu lepas yang lalu. Sebenarnya aku agak terlewat membuat entri ini. Alasan utama tiada mood menulis dan tiada idea mahu menulis. Aku rasa aku dah mula malas menulis agaknya. Dah cuba berazam nak rajin menulis tapi masih bermalas-malasan saja diri aku ini.

Ok mari aku ceritakan tentang perjumpaan dengan rakan-rakan blogger aku.


Semasa cuti chinese new year hari tu Na atau dikenali sebagai Nano telah datang ke KL. aku memang dari dulu teringin nak jumpa dengan si Na nie. Tapi disebabkan Na nie duduk jauh di Kuantan jadi impian untuk berjumpa Na macam dalam mimpi saja aku rasakan.

Aku mula baca blog Na dari mula-mula dia sibuk uruskan majlis kahwin abang dia tak silap aku. masa tu Na nie anak dara lagi. kiranya Na nie antara blogger terawal yang aku kenal dalam dunia berblogging. Sekarang nie Na dah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang comel iaitu Mika. Eh eh aku macam mengarang karangan bahasa melayu yang bertajuk 'Na blogger dari Kuantan' pulak ye. hehe :)

Alhamdulilah akhirnya dapat juga aku jumpa Na yang kebetulan dia turun KL semasa cuti chinese new year hari tu. Lokasi perjumpaan adalah di Megakidz, Mid Valley. Lokasi yang sama semasa 1st gathering hari tu.

aku juga dapat jumpa Jue, Evyn dan sekali lagi aku dapat berjumpa dengan Zuris. perjumpaan kali ini memang tak layak di panggil gathering sebenarnya. Sebab ini hanya perjumpaan kecil untuk meraikan kedatangan Na dari Kuantan saja. Lagipun hanya kami berlima saja yang join perjumpaan kali ini disebabkan para blogger yang lain masih bercuti di kampung masing-masing sempena cuti chinese new year hari tu.

W/pun perjumpaan kali ini agak singkat lebih-lebih lagi aku terlewat sampai, Alhamdulilah dapat juga aku berkongsi pelbagai cerita dengan mereka. Aku juga nak ucapkan terima kasih dekat Saiful sebab sudi ikut agenda isterinya ini w/pun kelihatan Saiful seperti kebosanan saja.



Perjumpaan kali ini memang singkat sebab aku pun kena bergegas ke Melaka pada petang itu. Memang agak penat sebenarnya. Tergesa-gesa dari Mid Valley dan terus balik ke Banting dan seterusnya ke Melaka. Tapi aku enjoy w/pun sedikit penat.

Ok mari kita beralih cerita tentang 2nd gathering pula. 2nd gathering ini kalau ikutkan agenda asal patutnya di postpone atas sebab cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini dan juga atas sebab ramai blogger yang tak dapat join untuk tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 13/02/2011 yang lalu.

Akan tetapi agenda ini diteruskan juga pada saat-saat akhir apabila Dayu menyatakan hasrat mahu juga ke Splash Park. dan secara tiba-tiba ramai pula yang mahu join. Jadi aku cadangkan kepada Dayu 2nd gathering ini patut diteruskan juga apabila mendapat feedback yang memberangsangkan.

Tapi aku sendiri tidak dapat join pada hari Ahad yang lalu disebabkan Saiful mempunyai agenda pada hari tersebut. Jadi aku harus patuh pada suami. Kebetulan darah tinggi ibu aku naik pada hari ahad tu. Jadi aku tak senang duduk di buatnya. Alhamdulilah keadaan ibu aku dah beransur pulih.



Kebetulan Sherena dan Ann bercadang mahu ke Splash Park pada hari sabtu. Dan memang rezeki aku yang kebetulan pada hari sabtu petang itu aku memang free. Jadi aku bolehlah join mereka. tup tup ramai pula yang mahu join pada hari sabtu tersebut. Jadi kiranya 2nd gathering ini dibuat dua hari berturut-turut iaitu aku handle untuk hari sabtu manakala Dayu handle untuk hari ahad.

Tapi aku tak sangka ramai yang join pada hari sabtu. aku sangkakan ramai yang join pada hari ahad. Jika digabungkan kedatangan bloggers untuk kedua-dua hari tersebut tentunya lebih meriah bukan? InsyaAllah next time kita boleh buat lagi perjumpaan seterusnya ye kawan-kawan.

Untuk hari sabtu itu ramai blogger yang join aku kenal. ada juga yang aku tak kenal tetapi mereka kenal aku. jadi aku rasa keseganan dan rasa serba-salah. Minta maaf kepada mereka yang aku kurang cam. Harap lepas ini kita boleh berkenalan dengan lebih rapat lagi. Dan harapnya mereka tidaklah lagi menjadi silent reader. Mari rajinkan diri tinggalkan jejak supaya aku boleh lebih cam korang ye.



Antara blogger yang join untuk hari sabtu itu ialah Ann, Sherena, Chempaka, Hannah, Julia, Mai, Ojel, Jue, Yun, Raihan. oh ye Ojel nie kawan sekolah aku. dia juga mempunyai blog tetapi tidak berapa aktif. Tak sangka Ojel nak join gathering kali ini. Untuk Raihan (betul ke nama ni?), aku baru kenal kat Splash Park hari tu. Rasanya aku pernah terjah blog dia dulu kot. Siapa lagi ye yang aku tak sebutkan nama kat sini? Sila bagitahu aku jika ada yang tertinggal nama yang aku tak tulis di sini.

Anyway aku enjoy berjumpa korang kali ini. W/pun aku agak lewat sampai sebab aku tergesa-gesa balik kerja bersiap-siap then ambil rakan aku yang namanya juga adalah Jue. Wahhh ramai sungguh yang namanya Jue yeah?

Apakan daya aku nie bekerja pada hari sabtu. itu yang aku terlewat. maaf kawan-kawan. Dan kebetulan Saiful kerja luar pada hari tersebut. So Saiful tak join agenda kali ini. Nasib baik Jue yang merupakan rakan serumah aku di Kelana Jaya dulu mahu temankan aku. Alhamdulilah Raina sangat suka dengan Jue. Thanks untuk Jue sebab temankan Kak Nurul dan tolong kejarkan Raina yeah :).


Alhamdulilah dapat juga aku berjumpa dengan Sherena dan anaknya Naurah bermulut muncung itu, Ann dan Kaisya yang sangat tinggi lampai itu, Mai dan anaknya Hayfa yang juga sangat tinggi lampai, Chempaka yang peramah dan anaknya Aishah yang tembam itu, Julia dengan anaknya Marissa yang putih gebu itu, Yun dengan anaknya Mya yang bermata bulat itu. Aku memang pantang tengok si kecil bermata bulat ye sebab Raina bermata sedikit sepet.

Oh ye dapat berjumpa sekali lagi dengan Hannah dan Myiesha. Kali ini aku dapat gomol puas-puas Myiesha. geram ok tengok mata bulat Myiesha. Oh ye Hannah daku hari tu terpegun dengan Hannah berkomunikasi dengan Mett. Nurul terdengar Hannah panggil Mett "Sayang tolong ambilkan gambar ai". daku terpegun dengan kelembutan suara kamu Hannah.

Dapat juga berjumpa dengan Jue dan anaknya Alif sekali lagi. Kali ini Aliff sangat ok dan tak moody seperti di Megakidz sebelum ini. maybe Alif seronok main air. hehe :). Dan thanks kat Jue sebab tolong ambilkan gambar yang cantik-cantik semuanya. Daku tak bawa kamera semasa di 2nd gathering hari tu. So tumpang kemera Jue je. Thanks Jue.

Ok rasanya dah panjang lebar aku menulis. Harap tiada orang bosan membacanya. Aku harap lepas ini akan ada lagi gathering seterusnya. Kalau ikut agenda seterusnya dengan Dayu lokasi seterusnya adalah Genting Highland. InsyaAllah masih dalam perbincangan. Apa-apa nanti aku war-warkan kepada korang semua ye.

P/s : semua gambar-gambar di atas adalah ihsan dari kamera Jue. Thanks Jue atas gambar-gambar yang cantik ini :)

Friday, February 11, 2011

Apabila si kecil belajar mewarna dan menulis

Raina sekarang dah pandai ambil kasut sendiri kat rak almari kasut dan tunjuk kasut dia nak pakai. sebab itu dalam gambar nie dia berkasut ala-ala Micheal Jackson. itu kasut kesukaan dia. entah apa specialnya kasut tu, aku tak tahulah


Sebenarnya kalau ikut plan asal aku nak mula ajar Raina mewarna dan menulis apabila genap umur Raina setahun. tapi aku terlewat sebulan. aku mula ajar Raina pegang pen, pensil dan pensil warna apabila umurnya setahun 1 bulan tak silap aku.

aku tak pasti jika ada anak-anak orang lain yang lebih awal mendedahkan anak mereka memegang pen, pen dan pensil warna. mungkin aku sedikit terlewat. mungkin.

memang aku lewatkan sedikit sebab aku rasa umur baby yang belum mencapai setahun rasanya belum sesuai memegang pen, pensil dan pensil warna tersebut. sebabnya aku pernah cuba sebelum Raina mencapai usia setahun dulu tapi Raina masuk mulut dan gigit-gigit. jadi jalan penyelesaian aku plan tunggu umur Raina mencapai setahun baru aku ajar Raina pengang pensil warna contohnya.

percubaan pertama aku adalah mengajar Raina pegang pen dan mengajar dia menulis nama dia sendiri. tetapi percubaan pertama itu bolehlah dikatakan gagal. sebabnya Raina nak conteng muka dia sendiri dan dia lebih suka masuk pen tersebut dalam mulut. aku pun silap ketika itu. patutnya aku bagi pegang pensil dulu bukannya pen. hehe :)

percubaan kedua aku bagi Raina pegang pensil warna. sebelum tu aku pesan dengan Raina. macam-macam aku terangkan kat Raina. antara dia faham ke tidak faham ke aku tolak ke tepi dulu. tapi rasanya anak dara aku tu dah boleh faham sikit demi sedikit apa yang kita cuba sampaikan. sebab dia elok je duduk bersimpuh atau bersila depan aku mendengar aku ceramah kat dia sebelum sesi mewarna tu. hehe :)


Aku rasa Raina bukan seorang yang kidal seperti Papa dan Mama dia. sebab Raina pengang pensil warna guna tangan kanan

then aku bagi satu pensil warna dan buku mewarna. oh ye aku memang dari dulu suka beli buku-buku mewarna. dari umur Raina belum mencecah 7 bulan kot aku dah belikan tapi baru sekarang aku berani bagi Raina teroka buku-buku mewarna Raina tu.

mula-mula sebelum sesi mewarna aku akan perkenalkan gambar yang hendak diwarnakan oleh Raina. masih aku ingat lagi masa Raina mahu mewarnakan gambar epal. sampai sekarang aku teringat-ingat bagaimana Raina tidak tahu menyebut perkataan EPAL itu. Raina menyebut perkataan 'ATOS' yang bermaksud epal bagi dirinya. sudah banyak kali aku betulkan kesilapan tersebut tetap juga dia panggil epal itu 'ATOS'. haha :D

tak pe lah. maybe tunggu Raina besar sedikit mungkin masa tu dia dah boleh sebut perkataan epal. InsyaAllah.

tips dari aku apabila mahu mengajar anak mewarna atau menulis jangan tunjuk semua kotak pensil atau kotak pensil warna tersebut. hanya bagi satu pensil warna untuk satu-satu masa saja sehingga mereka selesai mewarna gambar tersebut baru bagi pensil warna yang lain.

sesi mewarna juga tidak boleh di adakan dalam jangka masa yang panjang. sebabnya si kecil mudah jemu dengan sesuatu perkara itu. untuk aku, sesi mewarna ini aku limitkan antara 15 minit hingga 30 minit saja untuk Raina. Percayalah umur si kecil yang baru setahun ini mudah jemu dengan sesuatu barang atau perkara. jadi perlu limitkan masa tersebut.

selain itu, kita juga kena turun sama mewarna. konon-konon saja. sebab si kecil akan tengok apa yang kita buat then dia pun akan ikut apa yang kita buat. tapi jangan kita pula yang lebih -lebih mewarna. biar si anak tersebut saja yang teroka buku mewarna tersebut ikut kemampuan ereka. biarkan mereka nak conteng bagaimana sekalipun. sebab percayalah langkah-langkah ini juga membantu membimbing perkembangan otak si kecil. InsyaAllah.

selamat mencuba :)

Monday, February 7, 2011

Entri baru selepas lama tidak menulis

Cuti kali nie memang aku sedikit busy tapi aku cuba juga luangkan masa bersama suami dan anak. untuk Raina, next time if papa dan mama free, kami bawa pi holiday ye. kali nie main pasir kat kampung Atok dan Tok Wan je tau :)


Aku baru saja selesai jenguk blog kawan-kawan. mana yang aku rasa nak komen tu telah aku tinggalkan komen aku di blog masing-masing. mana yang aku tak tinggalkan komen tu sebabnya aku tak tahu nak komen apalah tu ye. aku tetap baca blog kawan-kawan aku tau bukan tak sudi. cuma tak tahu nak komen apa je. dan kadang-kadang tu internet macam kura-kura. tu yang aku baca laju-laju then tak dapat komen blog kawan-kawan. tapi yang penting aku baca juga blog kawan-kawan aku ye supaya aku tak ketinggalan cerita.

ya ampun hampir dua minggu juga ye aku tak update blog aku nie. alasan utama busy sikit dengan kerja-kerja di office juga kerja sampingan di rumah. aku sekarang agak busy dengan kerja-kerja men 'design' something untuk Raina. dan aku ada sedikit misi yang aku sedang usahakan. tu yang blog pun terabai nie.

kasihan kat blog aku dah berhabuk tak update nie hah. daku berangan nak dapat 12K. berangan sajooo :D. mentang-mentang baru dapat cheque dari nuffnang terus blog pun terabai. hehe :)

ok lepas nie aku cuba untuk rajinkan diri menulis ye. cuba cari dan kumpulkan idea-idea untuk menulis nanti. harap ada info yang boleh di kongsi nanti. entah kenapa aku sejak dah ada anak nie lebih suka menulis entri yang boleh di kongsi bersama kawan-kawan yang lain. InsyaAllah.

macam mana holiday chinese new year korang? mesti masing-masing pergi holiday ke mana-mana kan? untuk aku sekeluarga tak ke mana-mana pun. tapi adalah beberapa agenda yang aku buat semasa cuti hari tu. cuma cuti aku kali nie aku banyak habiskan masa aku menghadap illustrator dan photoshop. sudah beberapa malam aku tidur apabila menjelang subuh tau. tapi demi Raina aku gagahkan juga.

oklah nanti jika ada idea dan mood menulis datang dalam diri, akan aku tulis lagi ye. apa lagi korang sila update blog korang. aku nak terjah membaca nie.