Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 31, 2011

Luahan hati seorang mama

Entri ini agak panjang sedikit. Maaf aku menaip tanpa sedar sehingga entri ini menjadi panjang berjela. Kalau membaca sambil makan kacang rebus tentunya entri ini dapat di baca dengan hati sedikit tenang. Terima kasih yeah.


Entri ini adalah luahan jujur dari aku seorang mama yang bekerja.Rutin harian aku boleh dikatakan sama pada setiap hari bekerja. Bangun awal pagi seawal pukul 5 pagi untuk masak makanan Raina yang perlu dibekalkan ke rumah babysitter atau aku bahasakan rumah babysitter tu kat Raina adalah 'school' atau 'sekolah'. Nampak lebih comel saja bunyinya kan?

Bangun seawal 5 pagi yang kadang-kala lebih awal dari itu dengan mata yang berpinau-pinau akibat blur baru bangun tidur terus ke dapur untuk memulakan aktiviti bersilat dengan sudip, pisau, penyenduk nasi dan sebagainya.



Pung pang pung pang.



Seperti bunyi orang mahu pergi berperang saja ketika itu. Tengok jam sudah mahu ke angka 6 pagi.Dalam masa yang sama aku akan bancuh susu untuk diberi kepada Raina juga menukar diaper Raina. Kadang-kadang diaper tak payah tukar sebab Saiful akan tolong tukarkan.Tengok keadaan.

Selalunya aku siap memasak dalam pukul 6.15 pagi ke atas. Bergantung kepada aku bangun cepat ke atau terlewat bangun. Begitu juga faktor menu di ambil kira.Kalau menu tu agak susah di masak maknanya agak lamalah aku di dapur. Dan sesekali aku akan steam atau rebus botol-botol Raina pada belah pagi juga sebelum pergi kerja.

Selepas settle hal-hal di dapur barulah aku iron baju. Hal berkaitan iron baju ni bergantung pada kerajinan aku sebenarnya.Kalau aku rajin aku akan iron baju untuk stok seminggu pada sebelah malam.Kalau aku malas jawabnya pagi-pagi tu juga aku baru terhegeh-hegeh iron baju.Orang cakap 'nak terberak baru nak gali lubang'.

Hah gitulah aku. Terhegeh-hegeh semua kerja. Al-maklumlah lebih suka besarkan hal tidur dan layan TV dari mahu iron baju pada sebelah malam. Selepas aku settle iron baju aku, Saiful dan Raina barulah aku pergi mandi.

Dalam pukul 7.30 pagi tu selalunya aku dah siap semuanya solat, pakai tudung dan bermake up bagai. Kejutkan Raina dan basuhkan muka Raina dan siapkan apa yang patut terus aku dan Raina keluar rumah. Memang kebiasaannya aku dan Raina keluar rumah lebih awal dari Saiful. Sebab Saiful masuk kerja pukul 9 pagi. So memang Saiful akan keluar rumah lewat sikit dari kami.

Memang selalunya aku sendiri yang hantar Raina ke rumah babysitter. Jarang Saiful yang hantar Raina ke rumah babysitter. Sebab sebagai seorang mama aku ada amalkan pembacaan selawat 7 kali ke atas ubun-ubun Raina pada setiap pagi. Ibu aku cakap lebih afdal kaum mak budak yang buat. Itu yang aku sendiri mahu hantar Raina ke rumah babysitter. Aku akan selawatkan ke ubun-ubun Raina sebelum di hantar ke rumah babysitter. Ok settle hantar Raina ke rumah babysitter.

Macam biasa aku pecut kereta untuk ke tempat kerja. Pecut dan cilok semasa memandu adalah perkara biasa bagi aku jika aku sudah terlewat.



Vrooooommmmm



Kadang-kadang aku sampai office awal dan kadang-kadang aku sampai office lewat. Tengok keadaanlah. Pukul 5.30 petang aku siap-siap mahu balik dan sampai rumah seawal yang mungkin. Paling cepat aku boleh sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Paling lewat kadang-kadang dah azan maghrib baru aku sampai rumah. Tengok keadaanlah.

Balik kerja dah penat. Badan letih. Sebenarnya badan tu letih sebab memandu dengan menempuh jalan yang sesak hari-hari. Itu yang buat aku paling letih sebenarnya berbanding kerja-kerja di office. Serius aku tak larat nak tempuh jalan sesak macam tu hari-hari. Main-main dengan Raina. Layan Raina sekejap. Pastu baru aku buat kerja apa yang patut seperti memasak ke mengemas rumah ke mandi ke.

Kiranya aku dapat luangkan masa dalam sejam dua saja bersama Raina sebelum aku pun tertidur sebab letih. Kadang-kadang tu kalau Saiful ada kat rumah, Saiful yang rajin tidurkan Raina. Sebab aku memang confirm selalu tidur cepat. Tak tahulah mata tu rasa berat je. dalam pukul 9.30 malam atau 10 malam aku dah bantai tidur.

Raina sejak melasak nie memang selalu lewat tidur. Dia suka main sampai penat baru dia tidur. Kadang-kadang tu Saiful yang rajin ajar dia mengenalkan buku-buku dan sebagainya kepada Raina. Aku dalam semiggu tu adalah sekali dua ajar Raina mewarna, membaca dan lain-lain. Yang selebihnya Saiful yang rajin buat. Sebabnya aku tidur awal beb. Mama apakah aku ini kan? Besarkan hal tidur je.

Aku sebenarnya tak suka keadaan ini. Kalau boleh aku nak luangkan masa lebih lama dengan anak. Iyelah kalau di fikir-fikirkan masa anak banyak di rumah babysitter dari bersama keluarga sendiri. Kecuali hari sabtu dan ahad masa anak bersama kita tu agak lebih sedikit. Tapi aku cuba juga pastikan dalam sejam, dua jam aku mesti luangkan masa bersama Raina semasa hari bekerja. Supaya Raina rasa kasih sayang aku nie.

Aku sebenarnya sedikit terkilan apabila babysitter Raina bagitahu macam-macam perkembangan Raina kat aku tanpa aku ketahui terlebih dahulu. Nampak sangat masa aku bersama anak itu agak kurang berbanding dengan babysitter Raina. Aku sedih sangat. Aku sedih apabila babysitter Raina bagitahu macam-macam perkembangan Raina. Antranya kakak tu kata Raina dah pandai letak botol susu dia dalam sinki atau atas meja selepas minum susu. Maknanya Raina tak campak atau baling botol dia lepas minum. Kakak tu cakap, Raina akan terus letak botol susu dia dalam sinki atau atas meja. Memanglah tak sampai sebab sinki dan meja tu agak tinggi. Tapi Raina akan menjengkit sedikit.

Selepas tu, Raina dah pandai bagitahu kalau dia nak 'pupu'. So kakak tu akan tahu kalau Raina nak 'pupu', Raina akan bagi hint. So senang kakak tu terus bawa Raina ke toilet. Tapi masalahnya bila di rumah sendiri, Raina tak buat pun semua tu. Atau Raina tak mahu tunjuk kebolehan semua tu depan papa dan mama dia. Entahlah. Itu yang buat aku pelik.

Kakak tu juga ada bagitahu yang Raina sebenarnya dah berjalan jatuh pada usia 10 bulan. Tapi aku baru perasan Raina berjalan jatuh pada usia 11 bulan. Kenapa aku tak tahu lebih awal semua nie? Kenapa? Babysitter Raina juga ada bagitahu Raina dah pandai menyanyi, dah pandai tunjuk anggota badan seperti perut, kaki, telinga, mulut jika kita tanya dia dan macam-macam lagi perkembangan Raina yang lain. Nampak sangat masa Raina banyak dihabiskan di rumah babysitter kan? Apa-apa perkembangan Raina selalunya babysitter Raina tahu dulu berbanding aku.



Secara jujurnya aku tak suka keadaan ini weiiiiiiiiiiii.



Aku mahu aku yang tahu terlebih dahulu perkembangan anak aku. Tapi apakan daya aku seorang wanita yang bekerja. Bayangkan 8 jam aku bekerja. Belum campur masa berada atas jalan menempuh jalan sesak tu semua. Ini bermakna lebih 8 jam masa Raina bersama babysitter sewaktu hari bekerja. Yang selebihnya hanya beberapa jam saja bersama aku dan Saiful. Selepas tu Raina akan tidur. Begitulah jadual rutin hari-hari.

Jadi korang boleh bayangkan macam mana jadual aku hari-hari sewaktu hari bekerja bukan? Aku rasa jadual aku ini lebih kurang sama saja dengan korang yang bekerja. Kan best kalau aku jutawan goyang kaki tak payah bekerja. Kalau boleh nak yang betul-betul jutawan. Senang duduk rumah menghadap anak 24 jam hari-hari.

Best kan?


Monday, March 28, 2011

Surat balasan dari Raina Evaqairina untuk Muhammad Nurhaqq

Hari ini, pagi-pagi lagi Hp cap ayam aku berbunyi menandakan ada SMS. Rupa-rupanya SMS dari ibu aku yang memberitahu bungkusan sudah sampai. Hati berbunga-bunga tak sabar mahu tahu apa isi kandungan bungkusan tersebut. Aku pasti itu adalah bungkusan dari Kid kerana pada hari sabtu hari tu Kid ada SMS bagitahu aku ada barang yang diposkan Kid untuk Raina.

W/pun aku tak dapat tengok lagi apa isi kandungan bungkusan tersebut tetapi bila ibu aku memberitahu isi kandungan tersebut, dalam hati aku sudah mengucap syukur kerana mempunyai seorang teman blogger yang seperti ini. Sungguh aku tak sangka Kid sebaik ini w/pun kami tak pernah ketemu.

Ibu aku memberitahu ada sedikit note seperti surat yang di tulis untuk Raina berbunyi begini :

Hari tu Haqq ada nampak busha cantik sesuai untuk gegirl macam Raina. Haqq suruh mak Haqq belikan untuk girlfriend Haqq yang sepet nie. Haqq harap Raina sudi terima busha pink ni ye. Nanti Raina tayangkan pada Haqq tau. Salam sayang dari Haqq dan mak Haqq.

Aku yang membaca ayat-ayat di atas ini tersenyum-senyum seorangan. So sweet okeh. Ok ini balasan surat untuk Haqq dan mak Haqq dari Raina yang mama Raina tolong coretkan:


Assalamualaikum Haqq,

Haqq nie macam tahu-tahu saja kita suka pakai busha. Tok wan kata kalau tiada aral tok wan nak datang rumah kita malam nie. Bolehlah nanti tok wan kita bawa bungkusan tersebut. Nanti kita tengok busha pink tu ye. Terima kasih Haqq sebab sudi belikan busha untuk kita. Kita jadi segan dengan Haqq. Mama kita pun cakap macam tu. Tok wan kita cakap nanti belikan something untuk Haqq sebagai balasan terima kasih.

Nanti kita suruh mama dan papa kita carikan something yang best-best untuk Haqq okeh? Haqq nak apa? pedang samurai ke? Hehe. Gurau saja. Kita harap kita dapat jumpa Haqq dan keluarga Haqq yang berada nun jauh di Johor sana. Papa kata nak bawa kita pergi Danga Bay nanti. Harap papa kita tak mungkir janji. Kalau jadi nanti bolehlah kita jumpa. Tak pun marilah turun KL bolehlah kita jumpa. Nanti kita bawa jalan-jalan pergi Splash Park main air. Best tau. Last two week hari tu kita pergi Splash Park tau. kita main air. Sejuk sangat. Tak pun datang rumah kita sebab papa kita pandai masak. Nanti kita suruh papa kita masak best-best untuk Haqq.

Terima kasih ye Haqq. Banyak sungguh awak bagi kita something. Seluar yang hari tu pun kita pakai longgar lagi. Nanti kita makan nasi banyak-banyak bagi badan kita lebih debab lagi supaya seluar tu tak longgar lagi. Tapi kita tak berapa suka makan nasi. Kita suka minum susu je. Macam mana tu? Mama kita tak mahu buatkan kita bubur lagi. Mama kata kita dah besar kena makan nasi. Takpe nanti kita cuba jugak makan nasi. Weeeee.

Dari,
Si mata sepet Raina Evaqairina :)


Terima kasih Haqq dan Auntie Kid :)

Dari hati (5) : Mengeluh atau tidak bersyukur?

Sejak kebelakangan ini, setiap waktu aku asyik mengeluh apabila memikirkan tentang kehidupan. Orang tua-tua kata tak elok mengeluh. Tetapi aku tetap mengeluh dengan tiba-tiba saja apabila ada perkara atau benda yang tidak dapat memuaskan diri aku ini.

Atau aku sendiri tidak rasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang? Orang tua-tua kata bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang ini. Tapi aku masih tidak puas dengan apa yang aku miliki sekarang ini. Entah kenapa aku masih rasa diri aku ini belum betul-betul berjaya dalam kehidupan. Banyak benda dan perkara yang aku ingin adakan dan ingin lakukan masih tidak dapat aku capai.

Contohnya aku target tahun ini aku akan dapat pekerjaan yang lebih baik dan lebih dekat dengan rumah aku. Tapi sampai sekarang aku belum betul-betul jumpa tempat kerja yang aku inginkan. Aku sangat cerewet dan lebih berhati-hati. Tapi sikap ini juga buat aku mengeluh hampir setiap waktu apabila target itu lambat dicapai oleh aku.

P/s : Mahu terus cuba berusaha tanpa rasa jemu.

Thursday, March 24, 2011

Apabila nafsu tersasar

Semalam balik kerja seperti biasa, aku pergi ambil Raina dulu di rumah babysitter. Dekat saja dengan rumah aku. Taman sebelah saja. Bila dah ambil Raina dan borak-borak sekejap dengan babysitter Raina terus aku minta diri untuk pulang.

Masuk je ke kawasan rumah, dari jauh dah nampak kelibat kereta Saiful. Dalam hati :

'Awalnya dia sampai rumah'

Tapi memang kebiasaannya, Saiful yang sampai rumah lebih awal dari aku. Iye lah tempat kerja aku jauh nun di Kelana Jaya. Hari-hari menempuh jalan yang sesak macam tin sardin itu.

Sampai depan rumah, Raina macam biasa akan ketuk pintu. Dua kali je Raina ketuk pintu tersebut. Aku pula menyorok. Aku memang suka main sorok-sorok macam tu. Macam budak-budak kan? Bila Saiful buka pintu, terus Saiful kata :

"Raina, anak papa dah sampai"

Sambil muka terjojol ke luar pintu mencari kelibat aku. Saiful memang tahu aku suka sorok di sebalik dinding sebelah pintu tersebut so dengan riak muka yang sama Saiful suruh masuk. So tak dapatlah aku nak buat kejutan kat Saiful. Lepas ni kena cari helah lain pula.

Masuk saja ke dalam rumah, aku lihat Saiful sedang kopek kerang. Aku diamkan saja tanpa menegur pun. Terus aku ke ruang tamu baring di depan TV. Aku dah agak Saiful mesti nak masak.

Seperti entri aku sebelum nie, dalam seminggu tu aku akan masak untuk suami dalam 3 hari dan selebihnya tu kami selalu makan di luar atau bungkus makanan bawa balik atau Saiful yang masak. Memang minat Saiful memasak. Tak boleh nak halang. Tak sampai 10 minit aku baring di depan TV, mula kedengaran pung pang pung pang pung pang. Tak lama tu Saiful melaung dari arah dapur :

"Sayang, Saiful makan dulu ye? Atau sayang nak makan dulu?"

Biasalah ada anak ni makan mesti bergilir-gilir bukan? yang seorang makan dan yang seorang lagi tolong tengokkan anak. Aku tak menjawab pun pertanyaan Saiful tu. Berulang-ulang kali Saiful tanya aku. Last-last aku suruh Saiful makan dulu. Dalam hati aku,

'Laki aku ni tak tahu ke aku diet? Saja je nak suruh aku makan. hampeh betul.'

Selesai saja Saiful makan, dia suruh aku makan. Tapi aku tak bergerak pun dari tempat aku di depan TV. Sampailah aku nak pergi mandi, kaki melangkah ke toilet tapi terus tersasar sekejap ke ruang dapur. Nak juga intai apa Saiful masak. Aku intai sekali periuk nasi.

'Mak aiii laki aku ni masak macam 4,5 orang makan je. Membazir betul.'

Terus aku separuh menjerit :

Aku : Saiful, awak saja kan suruh orang makan masak banyak-banyak macam nie
Saiful : Mana ada. Sayang makan lah lauk tu dengan roti. Nasi tak payah makan (Sambil tergelak-gelak)
Aku : Ala... dah tahu orang diet saja je pengaruh orang macam nie
Saiful : Makan je lah

Aku yang terus tak sedar diri tu tengah diet terus capai pinggan dan ambil nasi. Tak boleh tahan okeh tengok lauk kerang tu. Sahlah diet aku musnah apabila nafsu makan aku tersasar. Selepas makan baru rasa menyesal. Aku selalu macam nie. Selalu aku mengeluh perkara yang sama.

Rezeki memang tak boleh di tolak. Tapi tabiat suami aku yang suka masak banyak-banyak macam nie plus agak sedap untuk di makan boleh membuatkan diet aku musnah macam tu je. Sebenarnya Saiful tak suka aku control makan nasi. Sebab itu kalau Saiful masak nasi macam 4,5 orang punya makan. Pembaziran di situ.

So how?
Macam mana aku nak kurus macam nie gayanya? Tension okeh.

Monday, March 21, 2011

Perubahan kecil

Salah-satu perubahan yang aku mahu lakukan pada tahun ini adalah belajar memasak dan cuba rajinkan diri untuk memasak terutamanya memasak untuk suami dan anak. Sejak kebelakangan ini, aku selalu set minda aku bahawa aku ini isteri orang dan mama kepada seorang anak perempuan. Jadi sikap aku yang tidak suka memasak dan malas memasak ini seharusnya di kikis sedikit demi sedikit.

Aku seorang yang tidak hebat dalam bab memasak. Senang kata, aku tidak pandai memasak dan benci bila membincangkan topik berkaitan memasak. Dari zaman anak dara sehinggalah aku menjadi seorang isteri, sikap aku yang satu ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Bagi aku, memasak ini adalah perkara yang merumitkan, memenatkan dan susah untuk dipelajari setiap menu masakan tersebut. Alasan-alasan inilah yang membuatkan aku patah semangat untuk belajar memasak. Dulu, sebelum aku berkahwin, salah-satu soalan yang selalu aku bertanya kepada Saiful adalah soalan berkaitan memasak.

"Nurul tak reti masak dan tak suka masak. Masih mahukah berkahwin dengan Nurul? "

Boleh dikatakan hampir setiap bulan aku bertanya soalan yang sama tanpa rasa jemu. Saiful selalu cakap yang dia tidak kisah jika isterinya tidak pandai memasak sebab dia kata dia pandai memasak dan akan masakkan untuk aku. Jadi aku sedikit lega mendengar jawapan itu tanpa ada rasa usaha mahu belajar memasak pun.

Tapi, bak kata orang tua-tua, sampai bila kita tak mahu belajar memasak. Lambat-laun suami akan memperkatakan juga kelemahan diri yang satu ini. Dulu aku buat tak tahu je bila adik dan ibu aku membebel-bebel kat aku sebab aku malas memasak dan tiada usaha mahu belajar memasak.

Bayangkan semasa awal perkahwinan aku dengan Saiful, kami masih duduk berasingan. Seorang duduk di Kelana Jaya dan seorang lagi duduk di Shah Alam. Kami akan berjumpa bila rasa nak jumpa dan selalunya berjumpa di hujung minggu saja. Itu pun kalau Saiful tak busy lah. Jadi, aku selamat sikit sebab aku tak perlu bersusah-payah memasak untuk suami.

Sampailah aku disahkan pregnant, baru kami decided untuk duduk bersama. Bila dah duduk bersama satu bumbung dengan suami dengan keadaan aku yang sedang pregnant itu, jadi aku ada alasan utama untuk malas memasak. Jadi Saiful dengan usaha yang gigih masakkan untuk aku. Cakap saja aku mahu makan apa mesti dia masakkan. Aku goyang kaki tengok TV tanpa rasa bersalah sedikit pun. Kononnya tengah pregnant. Patutnya aku tak boleh jadikan itu sebagai alasan pun. Kasihan Saiful.

Aku selalu cakap kat Saiful, kalau tak larat masak beli saja di luar ataupun makan saja di luar. Memang itulah yang kami buat. Kalau Saiful penat dia selalu beli saja di luar atau bawa aku makan di luar saja. Lagipun Saiful jenis jarang ada rumah. Selalu saja ada kerja luar. Aku memang selalu duduk di rumah keseorangan saja semasa zaman mengandungkan Raina dulu. Sebenarnya sampai sekarang pun jadual kerja Saiful tak menentu w/pun sudah ada anak. Itu juga menjadi alasan utama aku malas memasak.

Sampai satu tahap Raina mula makan solid food ketika Raina berumur 6 bulan. Saiful juga yang bangun pagi untuk masakkan bubur Raina. Kalau Saiful outstation memang aku kelang-kabut okeh mahu masakkan bubur Raina. Sejak itu Saiful cuba memujuk aku untuk belajar memasak. Ada ayat-ayat Saiful yang buat aku tersedar sebenarnya. Betul-betul menyedarkan aku.

"Sayang kena belajar masak. W/pun Saiful selalu masakkan bubur Raina, masakkan untuk Sayang tapi sampai bila? Anak makin membesar. Dia pun mahu rasa air tangan mama dia. Saiful pun nak merasa juga air tangan Sayang. Bila anak sudah besar, Sayang sendiri akan rasa malu dengan anak-anak bila tengok papa dia yang masakkan untuk mereka. Mahu macam tu ke?"

Masa tu aku dengan ego masih lagi menjawab :

"Nanti bila anak dah besar barulah Nurul belajar masak. Mestilah Nurul nak anak makan masakan mama dia nie."

Selalunya Saiful akan diam tanpa membalas kata-kata aku itu. Sebab dia selalu cakap aku keras kepala dan degil. Jadi dia malas mahu bercakap lebih-lebih bila kami bercerita isu memasak ini. Tapi sebenarnya ayat-ayat itulah yang menyedarkan aku. Dalam diam aku belajar memasak. Kadang-kadang aku bertanya juga dengan Saiful macam mana sukatan air nak buat bubur Raina? Berapa biji bawang nak guna kalau nak masak sambal? Sebagai contohlah.

Tapi Saiful tak pernah paksa aku memasak. Sebab dia tahu aku masih dalam peringkat belajar lagi. Jadi kalau dalam seminggu tu mungkin ada 3 hari aku memasak untuk Saiful. Yang selebihnya kami makan luar atau beli di luar saja. Tak pun Saiful yang masak. Sebab memang hobi Saiful memasak. Balik-balik kerja saja dah tersedia makanan yang di masak oleh Saiful. Bagi menu makanan Raina memang aku masak hari-hari. Aku sendiri rela bangun pagi untuk masak menu untuk Raina.

Dan sejak akhir-akhir ini aku boleh tersenyum dengan puas apabila melihat suami makan dengan berselera apabila merasa merasa masakan aku. Dan aku juga akan berasa puas bila melihat Raina makan dengan berselera sekali apabila aku suapkan dia ketika makan. Aku rasa inilah dipanggil kepuasan dalam memasak. W/pun aku jarang memasak tapi aku rasa inilah perubahan kecil yang aku cuba lakukan.

Saiful pula apabila melihat aku rajin ke dapur, rajin juga dia membeli barang-barang dapur. Dia sendiri akan beli stok bahan basah selalunya. Jadi aku rasa seronok pula bila di layan begini. Mungkin ini satu balasan suami terhadap perubahan kecil aku ini.

Aku berharap perubahan ini akan sentiasa tersemat di dalam diri aku. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Bercerita pasal botol susu pilihan




Dulu masa aku mengandungkan Raina, aku tak amik kisah sangat hal-hal barang-barang baby nie. Aku bukan kategori orang yang teruja mahu beli itu ini untuk baby. Perkara yang paling teruja semasa aku mengandungkan Raina adalah mencari nama si kecil juga pergi scan perut hampir setiap bulan sebab nak jumpa si kecil dalam perut aku nie. Tak ke pelik namanya tu kan?

Sampai Saiful cakap aku ni teruja yang melampau sebab suka sangat nak membazir duit pergi scan perut hampir setiap bulan. Tapi dalam Saiful membebel-bebel kat aku tu dia ikutkan saja permintaan isteri dia nie. Tapi tak tahulah dalam hati tu menahan geram ke apa ke kan? Ah lantaklah Raina pun dah selamat dilahirkan. Hehe.

Berbalik cerita tadi, secara realitinya memang aku tak teruja sangat nak beli barang-barang baby ni. Sampailah ibu dan adik aku membebel kat aku dan selalu ingatkan aku bila nak beli barang baby? Bila? Bila?

Jawapan aku mesti akan cakap nanti-nantilah. Awal lagi. Padahal ketika itu kandungan dah mencecah 7 bulan. Itupun aku cakap awal lagi. Yang aku sibuknya cari nama anak pastu dok cerita pasal scan perut. Haha.

Yang aku paling ingat ketika puasa tahun 2009 kot barulah aku beli sikit demi sedikit barang-barang untuk baby. Aku beli tanpa mengambil tahu bab botol susu mana yang bagus? Diapers mana yang bagus? Baju jenis macam mana mahu beli? Semuanya aku tak ambil tahu sangat. Yang aku tahu beli je janji ok untuk baby oklah macam tu.

Masa pertama kali beli tu, aku beli kat satu kedai yang dikiranya taraf butik baby yang aku lupa entah apa nama kedai tu. Aku pergi dengan adik aku. Aku tak pergi dengan Saiful. Sedia maklum Saiful kerja tak tentu masa sibuk memanjang. Masa tu aku dah tahu gender baby aku adalah perempuan. Jadi aku main tibai je ambil baju, blanket dan barang-barang lain kemudian aku terus bayar. Kalau nak tahu baju yang pertama aku beli untuk Raina tu semunya bukan saiz newborn. Semuanya saiz 6 bulan ke atas.

Hah nampak sangat aku tak ambil kisah hal bab barangan baby nie kan? Pada aku janji kat mata aku cantik oklah. ambil dan bayar. Bila balik rumah belek satu-persatu baju baby yang aku beli tu baru tersedar yang semua baju tu bersaiz besar. Haha.

Masa tu aku tak beli lagi botol susu dan segala macam lagi barang. Cuma beli yang basic je dulu. Aku beli botol susu semua tu dengan ibu aku. Pasal ibu aku mesti tahu barang mana yang penting dan barang mana yang tak penting untuk dibelikan?




Ok kali kedua pergi beli barang baby bersama ibu aku nie, ibu ada tanya nak beli kat mana? Ibu aku nak sponser guna duit dia. Siapa tak nak kan? Tapi disebabkan aku tak ambil tahu sangat nak beli barang baby plus tempat mana yang best untuk shopping barang baby, jadi aku cakap kat ibu aku shopping kat Jusco je sudah. Teruk tak aku? Pada hal anak sulung nie. Patutnya terujalah sikit kan? Haha.

Masa kat Jusco tu macam-macamlah aku borong itu ini termasuk isu membeli botol susu. Aku dan ibu decided masa tu nak ambil botol susu dari brand Disney ke apa ke benda entah brand botol susu tu. Aku lupa. Tapi aku tengok botol susu tu comel okeh. Penutup botol tu bentuk mickey mouse. Macam budak-budak je aku punya citarasa kan?

Masa tu aku tak tahu pun bab isu botol susu BPA free nie. Cuma masa kat Jusco tu aku ada terpandang satu brand first year dan avent dan aku memang tahu botol ni bagus dan aku tahu yang botol ni ada ciri-ciri BPA free tapi masa tu macam blur dan sedikit keliru samada perlu ke tidak beli? Sebab masa tu terfikir mana tahu baby aku ni BF elok sempurna je ke? so tak ke rugi beli botol mahal-mahal untuk permulaan nie kan? So aku fikir kena tunggu baby keluar dulu baru boleh nak fikir perlu ke tak beli botol susu jenis besar gedabak nie.

Sampailah kali ketiga aku shopping barang baby. Kali nie shopping dengan Saiful. Masa nie terfikir-fikir lagi samada perlu ke tak aku beli botol susu besar gedabak tu? Masa tu Saiful jenis nak cepat. Suruh ambil je mana nak beli. Jenis Saiful kalau nak ambil je jangan nak belek-belek. Itu memang kepantangan dia. Jadi terbantutlah aku nak beli botol susu besar gedabak tu disebabkan memang perangai aku suka membelek dulu.

Apabila Raina selamat dilahirkan, bermulalah episod aku BF kan Raina. Nak dijadikan cerita Raina jenis budak yang tak mahu sangat direct menyusu kat badan aku. Dia akan cepat mengamuk bila susu badan aku keluar tak banyak. Punyalah dia teriak sakan. Ikut mood dia kalau pun dia nak direct menyusu kat badan aku.

Jadi bila aku tengok anak aku tu terkulat-kulat nak menyusu sedangkan air susu aku tak banyak mana, jadi aku ambil langkah lain seperti pam manual masuk botol. Aku buat siap-siap pam dan seterusnya masuk dalam botol susu. Selalunya aku buat ketika Raina nyenyak tidur.

Dan apa yang aku tak jangkakan, Raina macam menolak silk teat jenis bulat. Dia akan minum dengan laju kalau terdesak saja. Aku pun terfikir-fikir apa yang tak kena dengan botol susu Disney yang comel gambar mickey mouse nie?

Pastu aku cuba beli botol susu brand kiko. Comel juga botol susu kiko nie. Aku suka sebab penutup botol nie nampak unik. Aku pun tak tahu kenapa aku lebih tertarik tengok penutup botol susu berbanding body botol susu tersebut. Hehe. Tapi yang penting brand Kiko ni BPA free juga ye. So aku cuba bagi kat Raina. Jawapannya sama saja. Raina tak berapa suka juga.

Sampailah aku sms kawan baik aku Wawa. Aku tanya pendapat dia. Sebabnya masa dia melawat aku ketika pantang bersama suami dan anak dia dulu, dia bawak satu jenis botol susu yang sangat unik bentuknya di mata aku. Penutup botol susu Aisy anak Wawa tu menarik sungguh. Dan Wawa cadangkan aku supaya aku mencuba brand dari MAM. Katanya banyak ciri-ciri yang bagus yang ada di botol susu MAM. Yang penting BPA free dan anti colic dan yang paling utama adalah silk teat MAM adalah jenis leper dan bukannya berbentuk bulat.

Bila aku cuba beli botol susu MAM yang dicadangkan oleh Wawa tu di Mothercare, kat Mid Valley tu juga aku pergi cari air panas basuh dan cuba bagi kat Raina. Kira nie kes tak sabarlah nak cuba botol baru. Hehe. Dan paling aku terkejut elok je Raina minum. Tak tolak langsung seperti selalu. Dan laju je dia hisap. Dan dari situ aku sudah tahu anak aku jenis nak botol susu yang silk teat berbentuk leper dan bukannya bulat.

Sejak dari itulah aku fanatik dengan product dari MAM ini. Pacifier Raina pun semuanya dari MAM. Bermulalah episod menggunakan product dari MAM dari dulu hingga kini. Nak buat macam mana, anak aku nie memilih juga orangnya. Umur sudah setahun nie pun dia macam tahu saja botol susu dia yang mana satu. Sebab pernah cuba botol lain cuma bab puting botol susu tu je aku tukar jenis MAM, dibalingnya botol susu tu.

Tapi aku tak tahan okeh tengok botol susu brand lain yang comel-comel belaka. Nak je aku borong. Ingat nak cuba sekali lagi kat Raina beli botol tapi bab puting tu tukar dari MAM punya. Tapi tak sure lah dia nak ke tak nak? Aku rasa Raina dah set kat otak dia yang botol susu dia bentuknya besar gedabak dan berputing leper kot. Entahlah.

Tak pe orang tua-tua kata jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi. Janji botol susu ada ciri BPA free kan?

P/s : Tapi yang peliknya aku tak berapa minat botol susu dari Tommie Tippiee atau Avent. Tapi terasa nak mencuba tapi tak minat. Eh macam mana tu ye? Agaknya aku kena stick dengan MAM product kot. Haha.

Thursday, March 17, 2011

Kisah basi : Hello pantai dan pasir

Assalamualaikum

Sejak seminggu nie mood berblogging aku boleh tahan rajinnya. Sejak aku perasan akaun nuffnang aku dah merundum dan macam suam-suam kuku saja sejak aku cash out hari tu, terus aku cuba rajinkan diri aku nie. Memang tak dinafikan sejak cash out nuffnang hari tu aku semacam malas saja mahu berblogging. Nak blog walking pun malas. Tapi aku gagahkan juga update yang kadang-kala entri yang agak merapu juga. Haha.

Hah minggu nie aku rajin sikit berblogging. Siap rajin blog walking lagi. Terus tersedar dari lamunan yang panjang bila tengok akaun nuffnang merundum. So cepat-cepat ambil tindakan sewajarnya.

Ayuh Nurul,
Sila rajinkan diri anda.

Ok entri kali nie cerita biasa saja. Bolehlah dikatakan kisah yang sudah basi.



Sebenarnya dah lama aku nak bawa Raina pergi pantai dan perkenalkan Raina dengan keindahan air pantai dan pasir pantai nie. Cuma Saiful selalu sibuk. Jadi kena tunggu Saiful betul-betul free baru boleh pergi pantai.

Kalau tak silap aku masa Raina umur 2 bulan aku ada bawa Raina pergi pantai tapi masa tu Raina tidur. Maklumlah Raina kecil lagi. Dan selepas tu pernah ikut adik aku Bani photoshoot bersama client dia di pantai juga. Masa tu aku bawak Raina. Tapi sekejap saja sebab Raina meragam. So jawapannya duduk dalam kereta saja.

Dan sempena cuti panjang semasa chinese new year hari tu, aku dan Saiful telah bawak Raina pergi pantai. Ala dekat saja dengan rumah Atok dan Tok Wan Raina. Masa tu tak terfikir nak pergi holiday sebab aku sibuk nak siapkan kerja-kerja mendesign di rumah.

Siapa orang jati Selangor mesti tahu Pantai Morib dan Pantai Kelanang. Hari tu aku dan Saiful bawak Raina pergi Pantai Kelanang. Pantai nie kiranya masih baru lagi di buka. Agak menarik jugak. So sesiapa yang tak pernah jejak tu bolehlah cuba pergi ke pantai nie.



Mula-mula sampai ke sini, Raina macam nampak sedikit keliru. Mungkin Raina macam pelik tengok air pantai dan pasir pantai. Lama-kelamaan tu Raina nampak sangat seronok. Aku siap excited belikan set permainan untuk bermain pasir di Carrefour. Punya excited kan?

Tapi aku rasa macam aku dan Saiful pula yang terlebih excited berbanding Raina. Sebab kami yang berlebih-lebihan bermain pasir. Raina cuma cuit-cuit je. Mungkin Saiful ada sebelah so Raina cover lah hanya cuit-cuit je pasir tu. Sebab Saiful memang tak bagi Raina mandi atau main air pantai sebab Raina kan mempunyai kulit yang agak sensitif. Itu pun Saiful macam kawal anak dara dia main pasir. Katanya takut kulit Raina allergic pasir. Elok pulak tu Raina patuh kata-kata papa dia. Sebab itu yang Raina cuit sikit-sikit je pasir pantai tu.




Tapi apabila Saiful sibuk mencari kepah kat tepian pantai tu dan makin lama makin jauh lokasi Saiful mencari kepah dan tinggal aku dan Raina kat tepi pantai tu, apalagi elok je Raina main pasir pantai tu kaw-kaw. Pandai tak anak dara aku berlakon baik dan sopan santun depan papa dia? Belakang papa dia elok je dia main pasir. Siap duduk lagi. Habis baju dan seluar Raina kena pasir. Haha.

Sebenarnya aku ke Pantai Kelanang bersama ibu dan adik aku juga. Tapi ibu dan adik aku banyak duduk kat area pokok-pokok yang berada berdekatan pantai tersebut. Cuma aku, Saiful dan Raina je yang agak excited ketika itu.

Next time, bolehlah plan bawak Raina pergi pulau pula. Kami dah lama tak pergi holiday. Saiful asyik sibuk je. Tension pun ada. Nak tunggu trip pergi Sabah lama lagi. Oh Wawa kenapa kau booking tiket pilih tarikh tu wei? Lama sangat nak tunggu. Tak pe aku menunggu dengan sabar. Memang kena pujuk Saiful nie. Entah kenapa dia sayang sangat nak ambil cuti.

InsyaAllah kalau ada rezeki nanti bolehlah pergi pulau yang berdekatan. Raina pun dah besar so senang sikit kan nak bawak pergi berjalan.

Wednesday, March 16, 2011

Tuesday, March 15, 2011

Potongan rambut idaman seperti Natalie Imbruglia


Dari zaman aku anak dara sampai sekarang, cuma ada satu saja jenis potongan rambut yang jadi idaman aku. Kiranya menjadi igauan aku jugalah. Potongan rambut itu adalah seperti potongan rambut seperti Natalie Imbruglia semasa di awal penglibatan beliau dalam bidang seni dulu. Gaya rambut pendek yang nampak sangat hot di mata aku.

Siapa tak kenal Natalie Imbruglia kan? Dulu aku minat sangat dengan Natalie Imbruglia ini selain kumpulan Backstreet Boys, 911, Spice girls, Michael Learns To Rock dan ramai lagi untuk aku senaraikan di sini. Maklumlah darah muda dan jiwa muda. Jadi penyanyi yang di minati pun tentunya dari golongan muda.

Eh tak juga. Aku minat juga lagu-lagu inggeris versi lama seperti Modern Talking. Aku peminat fanatik kumpulan ini dulu. Kalau tak percaya boleh tanya Saiful. Sebab aku ada simpan hampir semua koleksi lagu dari kumpulan ini dulu. Semua lagu mereka pun hot pada pandangan aku.



Ok berbalik kepada tajuk entri kali ini, disebabkan potongan rambut pendek seperti Natalie Imbruglia ini jadi igauan aku sampai terbawa-bawa di dalam mimpi aku jadi, aku pernah mencuba memotong rambut panjang aku dulu untuk di potong pendek seperti penyanyi pujaan aku ini. Kiranya aku mengambil risiko memotong pendek rambut aku ini.

Kalau di ingat balik rasanya lebih 3 kali aku potong rambut seperti Natalie Imbruglia ini. Ada di antaranya tak menjadi pun. Rasa nak menangis pun ada okeh. Dalam banyak-banyak percubaan aku ini, aku rasa cuma ada satu je yang betul-betul menjadi sepertti rambut seperti Natalie Imbruglia ini. Masa tu aku berada di semester 2 peringkat diploma di UiTM. Kalau tak silap akulah. Masa tu aku rasa aku sangat hot.

Ada banyak gambar yang aku ambil ketika itu. Tapi sayangnya semua gambar-gambar tu ada di rumah family aku di Banting dan hanyalah dalam bentuk hardcopy dan bukannya softcopy. So, kalau nak tengok gambar-gambar tu memang kena balik Banting dan selongkar almari dan kena scan jawabnya.



Semasa aku tengah sarat mengandungkan Raina pun, aku telah memotong rambut aku seperti Natalie Imbruglia ini. Tapi tak menjadi okeh. So redha sajalah. Masih aku ingat aku kena marah dengan ibu aku. Katanya kenapa tak dibiarkan saja rambut tu panjang.

Paling terbaru aku potong rambut seperti ini adalah pada raya tahun lepas. Ketika itu pun tak berapa nak menjadi rambut idaman aku itu. Redha lagilah jawabnya.

Aku tak tahu sampai bila aku fanatik dengan potongan rambut seperti ini. Tapi aku rasa potongan rambut seperti ini memang akan menjadi potongan kegemaran aku sampai ke tua kot. So mari bayangkan macam mana rupa seorang nenek berambut seperti Natlie Imbruglia.

Hot tak? :D

Monday, March 14, 2011

Kisah melodrama pagi ini


Pagi tadi, macam biasa dalam kereta on the way nak pergi kerja, mesti aku nak buka radio. Selalunya aku main pilih-pilih je stesen radio mana-mana. Asalkan stesen radio tersebut tak membosankan aku. Kalau banyak sangat iklan atau bebelan dari DJ radio pun boleh buat aku bosan sebenarnya.

Tapi entah macam mana, pagi tadi aku rasa semua stesen radio membosankan aku. Asyik-asyik lagu yang sama. Aku rasa macam nak tidur pun ada bila dengar lagu yang entah apa-apa tu. Terus aku ambil koleksi CD lagu aku. Tangan aku main pilih saja satu CD yang aku lihat tajuk CD tersebut bertulis 'english'. Dalam hati,

'Eh ini lagu apa ye? ermmm sah-sah ini CD angah ni. Dia dulu memang rajin burn lagu' .

Tanpa memikirkan macam mana CD lagu tersebut berada di dalam kereta terus aku masukkan CD tersebut ke dalam CD player. Tunggu agak lama. Tapi lagu tak kedengaran pun. Dalam hati,

'Eh rosak ke CD ni?'.

Sambil tangan sibuk tekan button itu ini. Hai Nurul macam mana tak jahanam radio kereta kau kan? Tibai sajalah. Aku nak dengar lagu dalam CD ni. Hello CD sila kasihankan aku. Hati aku mula membebel-bebel sendirian.




Tak lama tu kedengaran lagu pertama. Memang sah lagu english. Baru rangkap pertama, aku dah agak ini lagu dari kumpulan Backstreet Boys. Aku dah mula cergas. Mata yang tadinya hampir kuyu terus segar. Aku memang fanatik giler dengan group nie dari zaman sekolah lagi.

Selepas lagu pertama habis, lagu kedua pula kedengaran dan seterusnya. Semuanya lagu-lagu dari kumpulan Backstreet Boys. Mulalah aku terkinja-kinja dalam kereta sendiri. Memang tabiat aku dari dulu suka layan radio dengan volume yang agak kuat sambil menggoyangkan badan w/pun tengah drive. Kalau Saiful ada kat sebelah ampun aku tak akan buat perangai macam nie ok. Ini tabiat aku bila aku drive bersendirian.

Yang peliknya, w/pun lebih 10 tahun lagu-lagu kumpulan Backstreet Boys ni, aku boleh ingat sampai sekarang. Setiap bait-bait seni kata lagu mereka aku boleh ingat. Macam tak percaya pun ada.

Sampailah ada satu lagu ni aku tak ingat lagu yang ke berapa dan lupa apa tajuk lagu ni yang tiba-tiba buat aku keluar air mata. Alamak aku menangis wei. Lagu tu dulu ex-BF aku bagi kat aku. Dia suka sms aku bait-bait seni kata lagu tersebut. Hah, tak ke buruk perangai aku boleh pulak menangis bila ingat kisah silam.

Cepat-cepat aku cakap :

"bodoh"

dalam hati aku nasib baik Raina tak ada kat sebelah aku. Kalau dia ada kat sebelah aku memang aku tak sebut perkataan 'bodoh' tu depan anak. Aku terfikir buat apa aku nak menangis ingat kisah lama. tu yang terkeluar dari mulut aku perkataan 'bodoh' tu. Haha. pagi-pagi aku dah emo. Buruk perangaikan?

Dalam kumpulan Backsteet Boys ini, aku paling suka Kevin Richarson. Mamat ni macho giler kan? Dulu semasa zaman bertunang, aku selalu bagitahu Saiful aku suka mamat ni. Aku suka teongok kening mamat ni yang lebat, mata dia yang super menggoda itu.

Tapi selalu Saiful cakap dia lagi macho dari mamat ni. Tapi dalam hati aku selalu cakap :

'Alah, mata awak tu tak super menggoda macam mamat ni. Mata mamat ni lagi berganda-ganda super menggoda ok.'

Tapi Saiful dah jadi suami aku pun sekarang ni. So tak payahlah aku nak komen lebih-lebih kan? Salah satu sebab aku terima Saiful dulu pun sebab mata dia. W/pun mata dia tak macam si Kevin nie tapi sebab mata dia aku tergoda. Orang kata dari mata jatuh ke hati kan?

Lagu kesukaan aku dari dulu hingga kini. Lagu ini aku dedikasikan buat semua pembaca :)

Show Me The Meaning Of Being Lonely

So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me

( chorus )
Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

Life goes on as it never ends
Eyes of stone observe the trends
They ever say forever gaze
Guilty roads to an endless love
There's no control
Are you with me now
Your every wish will be done
They tell me

( repeat chorus )

There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body and soul
How can it be you're asking me to feel
The things you ever show

You are missing in my heart
Tell me why I can't be there where you are

( repeat chorus )

Ok selamat pagi isnin :)

Thursday, March 10, 2011

Kisah di klinik

Jom teriak :D

Entri ini sepatutnya di buat pada 2,3 hari yang lalu. Tapi disebabkan aku agak sibuk sejak kebelakangan nie, jadi aku hold dulu untuk menulis tentang entri ini. Isi cerita biasa saja. Cuma rasa seperti mahu di kongsi cerita ini.

Isnin hari tu, aku dan Saiful ambil cuti sebab mahu membawa Raina ke klinik untuk check up bulanan. Kiranya ini check up untuk Raina bagi umur setahun 3 bulan. Oh sudah besar kan anak dara aku?

Apabila sampai di klinik Saiful tanya aku.

Saiful : Nak keluarkan stroller tak sayang?
Aku : Tak payah kot. Nurul dukung je Raina.
Saiful : Larat ke nak kejar Raina? Kalau larat sayang jaga ye. Saiful tak larat nak kejar Raina.
Aku : (Aku terdiam sebab terfikir eh betul juga cakap Saiful. Tapi tak pelah dukung je lah).

Melangkah masuk klinik, tak payah tunggu 5 minit lah, Raina terus memulakan hobi dia iaitu mengukur jalan. Ke hulu ke hilir. Bila aku dukung Raina, dia meronta-ronta nak turun. Bila dengar Raina mula keluarkan suara nyaring terpaksalah aku turunkan jugak Raina dan layankan saja dia ke hulu ke hilir.

Berpeluh ketiak aku. Tudung aku pun dah senget dan berseribai je aku rasa sebab Raina akan tarik tudung aku kalau aku dukung dia tanda protes. Saiful yang bergilir-gilir kejar Raina pun aku tengok dah berpeluh-peluh. Haha.

Paling aku tak sangka anak aku nie dah pandai berlakon. Bila kita mula tarik tangan dia nak dukung, dia cepat-cepat baring terlangkup atas lantai pastu buat-buat tidur. Hah percaya tak? Depan orang ramai dia buat macam tu. Malu sekejap aku dengan perangai anak dara aku tu. Tapi buat-buat jugak control ayu sopan tahan sabar dengan perangai si anak.

Dan sekarang nie dia dah agak mahir panjat tangga. Habis tangga kat klinik tu dia panjat. Saiful yang rajin layan. Aku tengok je dari jauh. Raina panjat tangga sambil panggil aku.

"mama...ma...ma..." (Agaknya Raina suruh aku tengok nak tunjuk yang dia dah pandai panjat tangga).

Orang kata anak lelaki lagi lasak dari anak perempuan. Tapi kalau sesiapa yang dah pernah jumpa Raina tahulah kot macam mana lasaknya Raina yang sama lasaknya seperti anak lelaki. Percayalah cakap aku. Sebab doktor pun cakap macam tu.

Tapi aku memang dah agak Raina akan lasak macam ni sebabnya semasa aku mengandungkan Raina dulu pun dia memang aktif sangat tendang sana sini. Perut aku pun selalu je senget sebelah dulu. Aku pun dulu memang jenis aktif semasa mengandung. Jenis tak suka duduk diam. Hah bila anak dah keluar rasakanlah ye Nurul.

P/s : Kejar anak hari-hari tapi aku tak kurus-kurus pun :D

Wednesday, March 9, 2011

Entri untuk Muhammad Rabbani Jamian


Hari ini 09/03/2011 adalah hari lahir adik aku Muhammad Rabbani atau nama busuk masam dalam keluarga aku ialah 'Ani' yang ke 20. Kejap je adik aku dah besar panjang.

Rasanya macam masih segar dalam kepala otak aku yang aku dok basuhkan kain lampin dia, aku yang dodoikan dia suruh tidur supaya kakak-kakak dia nie boleh main dengan senang hati apabila adik bongsu dia sudah tidur, aku yang suapkan dia bubur dan macam-macam lagi. Eh Bani, dulu kau tak suka minum susu. Ibu cakap kau lebih suka minum air milo dan makan bubur. Betul kan? Sebab itu sampai sekarang kau hantu milo. Haha.

Senang kata aku dan adik perempuan aku Dhila turut sama membesarkan adik bongsu aku ini. Sebab dia yang paling bongsu dan dia saja seorang adik lelaki yang kami ada. Tup tup dah 20 tahun umur Bani. Sudah boleh berpacaran kata orang. Oh no no no belajar dulu apa-apa hal ye. Lepas belajar baru boleh fikir hal berpacaran ok. Wah macam kakak yang bagus je aku nie kan. Haha.



Untuk Bani,

Kaklong harap Bani belajar rajin-rajin dan dapat result yang boleh membanggakan keluarga kita. Bani seorang je anak lelaki. Tunjukkan kehebatan sebagai anak lelaki dalam keluarga kita. Semoga apa yang Bani impikan akan tercapai. Kaklong lihat dah banyak perubahan yang memberangsangkan dalam hasil kerja photographer dan study Bani. Sila teruskan usaha itu ye.

P/s : Raina pesan : Pak Usu nanti balik Banting ambil gambar Raina banyak-banyak dan cantik-cantik ye. Ambil gambar Raina tolak stroller mainan cinonet yang Tok Wan belikan tu ye :)

Wednesday, March 2, 2011

Kisah susu formula dan DHA. Pentingkah?

Ini budak yang sensitif banyak segi. Hehe :)

Semalam kan aku ada buat satu entri tentang aku tak ada mood nak menulis kan? Rupa-rupanya aku di datangi 'bendera merah' pada petang semalam. Patutlah mood nak marah orang saja sejak 2,3 hari lalu.

So tepat pukul 5.30 petang tu aku dah siap-siap nak balik terus menuju ke arah keretaku yang berwarna biru itu. sungguh tak selesa tau. Otak dah set awal-awal nak balik secepat mungkin dan mahu mandi dengan kadar segera. Apa lagi aku drive memang tahap kelajuan yang agak laju bagi aku seorang perempuan ini. Dan aku sms Saiful minta tolong ambilkan Raina di rumah babysitter. Sebab selalunya Saiful akan sampai rumah lebih awal dari aku jika dia tiada kerja luar.

Sampai di rumah, terus aku mandi dan terasa oh segarnya badan. Serius. Rasa mood nak marah orang tu terus hilang macam tu je. Siapa perempuan tentu tahu macam mana mood jika di datangi 'bendera merah' bukan?

Selepas maghrib ajak Saiful pergi Econsave untuk beli stok susu untuk Raina. Aku memang suka pergi Econsave sebab barang-barang di sana lebih murah. Dalam kereta Saiful tanya :

Saiful : Nak pergi mana sebenarnya?
Aku : Econsave sajalah
Saiful : Bukan selalu pergi kedai sengsei ke? Nak beli susu kan?
Aku : Dah malam ni. Macam jauh pulak nak ke Sri Muda tu
Saiful : Tahu tak pe. Econsave pun murah jugak. Econsave sajalah ye
Aku : A'ah ye lah

Sampai di Econsave mesin ATM buat hal. So aku dan Saiful tukar plan terus ke Carrefour sebab di sana pun ada mesin ATM. Selepas selesai segala urusan, kami ambil keputusan untuk beli stok susu di Carrefour saja. Masuk-masuk je ke dalam terus kami pergi ke bahagian susu.

Sampai di bahagian tersebut ada dua orang jurujual. Mula-mula aku ingatkan mereka ialah pembeli seperti kami. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Masa aku mencapai kotak susu Enfagrow itu terus jurujual tersebut tahan aku dan Saiful.

Jurujual : Puan tak nak cuba susu ini ke? (Sambil menunjukkan susu Mamil Gold)
Aku : Eh tak apalah. Anak saya dari kecil memang minum susu nie
Jurujual : Susu ni lebih banyak kandungan DHA. 5x ganda dari susu yang puan pilih ni.
Aku : Eh tak apalah. Anak saya nie sensitif sikit. Dah cuba macam-macam brand dah.
Jurujual : Bagus puan 5x DHA anak akan lebih kuat
Saiful : (Terus Saiful menyampuk) Tak pe anak saya memang dah kuat pun. Minum susu apa-apa pun boleh jadi kuat.
Aku : Tak pe lah terima kasih
Jurujual : (Sambil kejar kami untuk cuba memujuk kami) Nanti kami akan ajar macam mana nak tukar susu formula ini ikut jadual. Cubalah. Bagus susu ni untuk anak.
Saiful : Takpe anak saya dah kuat dah besar pun. Tak mahu tukar-tukar lagi.

Selepas itu terus Saiful tolak troli laju-laju. Aku pun ikut saja langkah Saiful. Sebabnya Raina yang duduk dalam troli sudah menjerit-jerit kecil.

Aku sebenarnya bukanlah memilih sangat pasal brand susu yang nak diberi kepada Raina. Sebab kalau ikut plan asal aku dan Saiful, kami mahukan anak kami minum susu brand Anmum. Dulu Saiful yang bersungguh-sungguh cakap kat aku.

Saiful : Kalau boleh Saiful nak anak kita minum susu Anmum.
Aku : Kenapa Anmum?
Saiful : Sebab sayang kan minum Anmum masa pregnant ni. Mestilah anak dalam perut ni minum Anmum juga
Aku : Tengoklah baby dalam perut ni serasi ke tidak dengan susu tu
Saiful : Tak kira Saiful nak belikan stok Anmum jugak
Aku : (Terdiam)

Tapi kita hanya merancang bukan? Aku cuma dapat BF kan Raina dalam lebih kurang 2 bulan saja. Nak ceritakan pun panjang sejarah cerita aku itu. Tapi memang kisah sedihlah kalau aku nak ceritakan pasal penyusuan susu badan Raina nie. Kalau boleh tak mahu ingat-ingat lagi. Aku mahu jadikan pengalaman aku itu satu pengajaran untuk jadi lebih baik dalam ilmu penyusuan ibu bagi anak-anak aku yang seterusnya. Apapun, aku bersyukur dapat juga Raina merasa susu badan mama dia nie.

Bila tahu masalah aku ketika menyusukan Raina, Saiful awal-awal lagi dah belikan stok susu Anmum. So bermulalah Raina minum susu Anmum ini. Tapi yang aku perasan taik Raina agak keras dan Raina seperti susah untuk membuang. Tapi aku tetap teruskan beri susu Anmum ini.

Sampaikan satu tahap tiba-tiba tanpa pengetahuan Saiful yang ketika itu bekerja luar kot, aku telah beli susu Lactogen dan cuba berikan kepada Raina. Tiba-tiba aku nak try susu Lactogen dengan harapan Raina senang membuang. Tapi jangkaan aku meleset sebab kulit Raina jadi kemerah-merahan dan Raina di tumbuhi seperti ruam yamg amat merah. Terus aku kelang-kabut. Ibu dan mak saudara aku suruh aku stop beri susu Lactogen itu. Kata mak saudara aku susu Lactogen, Dumex dan beberapa susu lain agak panas. Jadi kena tengok baby tu tahan dan serasi atau tidak dengan susu tersebut.

Ibu aku minta aku teruskan beri Raina susu Anmum. Ibu aku cakap lebihkan air masak supaya Raina senang membuang. Tapi bila Raina makin membesar dan semasa Raina berumur antara 4 dan 5 bulan, aku lihat makin sukar Raina mahu membuang. Kadang-kadang Raina tak membuang hampir seminggu. Raina kena sembelit yang agak teruk ketika itu. Ibu bapa mana yang tak risau kan tengok anak macam tu.

Aku minta pendapat kawan-kawan. Ramai yang minta aku try susu dari kumpulan ENFA. bukan sebab aku ni nak memilih brand susu yang mahal. Tapi disebabkan aku dah pernah try beberapa brand dari yang mahal hingga ke murah Raina tak serasi jadi aku dan Saiful ambil keputusan untuk cuba susu dari kumpulan ENFA ini.

Dan Alhamdulilah, Raina serasi dengan susu ini. Aku selalu tanya babysitter Raina macam mana Raina membuang. Adakah kena sembelit lagi? Dan maklum balas dari babysitter Raina memuaskan aku. Aku bertanya kepada Saiful adakah mahu meneruskan beri Raina susu Enfalac ini? Saiful yang agak berat hati dan kecewa sebab impian dia mahu tengok anak dia minum susu anmum tak tercapai terpaksa bersetuju apabila melihat Raina paling serasi dengan susu ini.

Alhamdulilah Raina serasi dengan susu Enfalac dan bertukar ke step 2 Enfapro dan sekarang bertukar ke step 3 Enfagrow. Aku tak tahu kenapa anak aku serasi sangat dengan susu ini. Aku pernah tukar susu Raina baru-baru ini dalam mengambil langkah untuk berjimat-cermat. Aku try susu brand Dutch Lady. Tapi aku agak Raina tak berapa suka sebab dia banyak semburkan dan muntahkan balik susu tersebut. Kadang-kadang dia minum kadang-kadang dia tak mahu langsung.

Aku membayangkan kalau Raina dah umur setahun ini bolehlah kot tukar susu yang lebih murah. Tapi penerimaan Raina terhadap susu tersebut agak kurang memuaskan. Cuma sekarang ni aku try selang-selikan antara susu Dutch Lady dan susu Enfagrow. Tapi aku selalu kena marah dengan Saiful sebab buat eksperimen pemberian susu berlainan macam tu kat Raina. Jadi jalan penyelesaiannya aku beri sajalah Raina minum susu Enfagrow itu.

Pada aku bukan sebab isu susu tersebut banyak kandungan DHA atau tidak. Sebab kalau mahu bercerita tentang DHA, susu Dutch Lady pun kandungan DHA lebih 5x. So siapa cakap susu murah tak ada kandungan DHA. Semua tu bohong belaka.

Aku dulu dibesarkan hanya dengan susu Dumex. Tapi Alhamdulilah aku dapat juga jejakkan kaki ke universiti. Ibu dan Ayah aku cakap dulu mereka hanya mampu bagi anak-anak mereka susu Dumex saja. Tapi aku selalu cakap kat ibu aku it's ok w/pun kami adik-beradik diberi susu Dumex tapi kami telah memenuhi impian ibu dan ayah untuk melihat anak-anak mereka jejakkan kaki ke menara gading.

Pada pendapat aku isu susu murah dan mahal ini bukanlah persoalan utama bagi mendidik anak supaya menjadi cerdik pandai. Bukanlah isu sebab susu murah kurang DHA atau sebagainya. Pendapat jujur aku yang penting penerimaan si anak. Tengok si anak samada dia serasi atau tidak? Itu yang paling penting sebenarnya. Contohnya macam aku, Raina ini aku agak dia seorang budak yang agak sensitif dalam banyak segi. Jadi punca utama aku memilih susu dari kumpulan ENFA bukan sebab kandungan DHA tersebut alasan utama aku tetapi penerimaan si anak adalah alasan kukuh aku di sini. Anak aku ni memilih dan sensitif sangat kot.

Untuk Raina,
Mama dan Papa masih berharap Raina boleh minum susu Anmum. Kami selalu berangan kot-kot dah besar sikit nanti Raina boleh serasi dengan susu Anmum ini.

Berangan sajalah kamu Nurul. Ok stop sini dulu. Dah panjang sangat entri ni.

Tuesday, March 1, 2011

Tangan gatal kembali ke zaman friendster


Gambar lama di zaman menjadi tunangan orang. Terjumpa gambar selekeh nie kat album friendster aku. sangat selekeh aku dulu bukan?


Aku tak ada mood nak menulis sekarang nie. Ini betul-betul tak ada mood. Tapi bila tengok blog kawan-kawan yang lain dah update macam-macam, ada juga hati nak update tapi malasnya nak taip.

Dari semalam perasaan aku macam nie. Betul-betul rasa malas, tak ada mood. Rasa nak bermalas-malasan saja lepak tengok dvd sambil silang kaki dan layan anak. Alahai bestnya dapat bermalas-malasan sebegitu. Tapi dalam bermalas-malasan tu, semalam boleh pula aku rajin iron baju kerja Saiful untuk stok seminggu dan baju harian Raina. Eh peliklah pula kan?

Tapi bagus jugakan iron baju sekali banyak senang dan memudahkan kerja-kerja aku pada setiap pagi. Taklah aku kelang-kabut seperti biasa. Harap lepas nie, diri aku akan rajin iron baju anak-beranak pada sebelah malam supaya aku tidak kelang-kabut pada sebelah pagi dan yang pasti aku sampai awal ke office. yuhuuu.

Mood rajin silalah datang.
Terjah-terjahlah dalam diri aku nie wahai mood.

Dalam pada tak ada mood tu, aku boleh pula log in friendster. Sesekali layan tengok gambar-gambar lama buat diri terbuai-buai mengelamun jugakan? Dulu rutin harian aku mesti nak tengok friendster. Sikit-sikit friendster.

Sejak aktif di facebook nie aku terus abaikan friendster aku tu. Tapi kalau aku dok layan friendster sekarang nie pun bukan best macam dulu sebab ramai kawan-kawan aku dah berhijrah ke facebook. Oh facebook nie memang macam dadah lah kan? Nasib baik ada anak. So balik rumah lebih baik layan anak dari facebook. betul tak?

Anak kan terapi terhebat kan?
Tiba-tiba rindukan anak. Ok stop sini dulu. Nanti ada mood, aku tulis lagi.