Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, April 25, 2011

Majlis makan Raina Evaqairina

Assalamualaikum,

Hello dunia blogging? Sangat rindu mahu menulis di sini. Aku cuba mencari masa untuk menulis tetapi apakan daya sejak kebelakangan ini tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Jadi hari ini, aku mengambil kesempatan ini, mahu menulis tentang majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina yang diadakan pada awal bulan April yang lalu.



Majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina ini sebenarnya diadakan sempena menyambut ulangtahun umur Raina genap setahun pada bulan November yang lalu. Atas sebab-sebab tertentu majlis ini lewat diadakan. Tetapi bagi memenuhi janji kepada seorang anak kecil, majlis ini tetap diadakan juga walaupun terlewat beberapa bulan. Tidak kisah atas kelewatan ini, cuma yang aku mahukan melihat Raina gembira dengan majlis ini.

Majlis ini hanya majlis kecil dan simple sahaja. Memang pada peringkat awalnya, aku mahu membuat majlis ini lebih dari yang ini. Tetapi memandangkan majlis ini telah lewat diadakan, jadi aku rasa cukuplah setakat majlis yang kecil, simple tetapi tentu sekali meriah dengan kehadiran para tetamu.



Aku memang berhasrat mahu membuat semua persiapan untuk majlis Raina ini menggunakan idea dan air tangan aku sendiri. Alhamdulilah aku Berjaya melakukannya. Boleh dikatakan semua persiapan dari segi kerja-kerja hal design, menghasilkan paper bag DIY, label untuk botol air mineral, sourvenior, bunga kertas DIY dan sebagainya semuanya adalah hasil kerja yang aku lakukan sendiri dengan bantuan Saiful dan ahli keluarga aku.

Aku rasa sangat berpuas hati apabila aku berjaya melakukannya demi seorang anak. Walaupun aku bersengkang mata menyiapkan semua persiapan ini tetapi aku rasa hasil kerja keras aku ini membuahkan hasil yang cukup memberi kepuasan kepada diri aku. Alhamdulilah.




Jika mengikut perancangan awal, aku mahu melakukan bermacam-macam lagi seperti membuat pop cake sendiri contohnya. Tetapi memandangkan kesuntukan masa jadi menu pop cake itu terpaksa dikeluarkan dari list menu yang disenaraikan.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang buat hati aku sedikit terkilan. Antaranya isu conopy. Aku menempah conopy lain tetapi conopy lain pula yang dipasang. Aku menempah semuanya serba putih dari segi lapik meja dan kerusi. Semuanya aku mahu warna putih disebabkan tema majlis Raina ini rainbow/colourful. Tapi owner conopy tu beri lapik meja dan kerusi warna lain dengan alasan tiada stok. Nasib baik kerusi boleh ditukar warna putih. Itupun last minute setelah aku membebel-bebel dengan owner conopy tersebut.



Tidak banyak gambar diambil disebabkan adik aku Bani tersalah bawak lens kamera. Agak kelang-kabut sedikit sebab adik aku ketika itu sedang sibuk dengan final project dan final exam. Tak mengapalah asalkan ada gambar kan? Di sini aku masukkan gambar hasil dari adik aku Bani dan juga kawan-kawan yang lain. Thanks kepada Fie dan Anita yang sudi tagged gambar-gambar ini di FB.

Alhamdulilah, walaupun ada beberapa perkara yang yang tersasar dari yang dirancangkan seperti isu conopy, tetapi majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina ini berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulilah.

Terima kasih kepada yang sudi hadir ke majlis makan Raina ini. Aku memang tak sangka ramai blogger yang sudi hadir ke majlis ini bagi memeriahkan suasana. Dan aku juga mahu berterima kasih kepada yang sudi memberi Raina pelbagai hadiah. Memang tak sangka Raina akan dapat banyak hadiah sebab birthday Raina dah lama lepas. Thanks korang.

P/s : Sesiapa yang berminat nak tempah paper bag, label untuk botol air mineral dan sebagainya boleh hubungi aku ye. Dan aku minta maaf kalau dalam entri ini tiada gambar-gambar korang yang hadir. Gambar memang tak banyak di ambil. Maaf ye.

Sekian

Wednesday, April 20, 2011

Ubat paling mujarab buat diri aku

Assalamualaikum,

Ikut hati, banyak sekali cerita yang ingin aku ceritakan. Aku mahu ceritakan tentang majlis makan-makan Raina tempoh hari, aku juga mahu ceritakan tentang birthday party Mya Myiesha iaitu salah seorang kawan Raina dan macam-macam lagi. Tapi sejak kat office langsung tak boleh access internet sejak Jumaat yang lepas, aku terus terbantut mahu menulis semua cerita-cerita tersebut. Jika di rumah, diri lebih rela melayan anak, mengemas rumah, berkomunikasi dengan suami dan sebagainya. Jadi masa untuk aku berblogging, update facebook dan sebagainya mungkin akan jarang dilakukan mulai sekarang ini.

Aku berperasaan begini bukan sebab tak boleh online di office semata-mata. Tapi aku agak patah hati oleh sebab hanya sebilangan kawan-kawan aku termasuk aku saja yang tidak boleh access internet. Aku rasa macam ada yang tidak kena saja. Aku memang paling tak suka diskriminasi berlaku. Serius. Dari dulu aku benci diskriminasi. Bila ini berlaku kat diri aku jadi aku harus berfikir jalan penyelesaian untuk keluar dari hal seperti ini. Aku berharap aku akan dapat kerja yang lebih sesuai dengan jiwa aku. InsyaAllah.

Sudah lama aku memikirkan keadaan ini. Bila aku baru mahu memulakan langkah, ini yang terjadi. Oh pity me huh? Tak mengapa sabar separuh dari iman. Dah banyak aku bersabar di sini. Selagi aku boleh sabar aku akan sabar.

Nasib baik ada penawar hati aku ini. Tentu saja anak aku. Terima kasih Raina kerana kamu menjadi penawar paling mujarab buat mama. Oh tiba-tiba saja air mata mahu keluar. Oh tidak elok menangis bukan? Ok lap air mata ini sebelum ianya menjadi lebih laju.

Untuk Raina, teruskan menjadi penawar buat mama di kala mama di rundung kegelisahan. Biar apa kata-kata orang tapi kamu tetap di hati mama. I love you Raina Evaqairina.

P/s : Ini auto entri. Kepada pembaca blog biasa-biasa ini, aku akan cuba juga berblogging dan blogwalking. InsyaAllah.


Raina Evaqairina

Thursday, April 14, 2011

Video lama Raina Evaqairina : Mari berjoget

video

Video nie dah lama tersimpan kat draft. Hari nie bosan. Mood nak siapkan kerja pun ala-ala gitu saja. Jadi bila mood pun agak down, bila tengok video anak rasa hati aku nie cukup terhibur. Tersenyum sorang-sorang.

Masa nie Umur Raina 11 bulan. Masa nie dia dah mula jalan setapak dua tapak. Kiranya masa nie dia kemaruk nak berdiri sendiri. Itu sebab bila orang suruh joget Raina akan joget. Sekarang nie makin rancak Raina joget. Kadang-kadang tu sampai terlompat-lompat. Siapa yang ajar tak pasti. Tapi kelakuan Raina itu cukup menghiburkan aku.

Kalau tengok dalam video nie, rambut Raina di ikat dua. Semua kata dah macam muka aku masa kecik-kecik dulu. Hari tu selongkar almari. Terjumpa gambar lama rambut aku di ikat dua seperti Raina. Memang betullah macam muka aku. Bagitahu Saiful. Dia tak boleh terima kenyataan. Katanya Raina macam muka dia masa kecik-kecik dulu. Dasar cemburu. Haha.

Oklah tak tahu nak tulis apa lagi.
Assalamualaikum :)

Wednesday, April 13, 2011

Zaman kenakalan

Secara jujurnya dulu di zaman persekolahan, aku seorang yang nakal. Aku bukanlah tergolong dalam kategori pelajar yang sopan-santun, baik hati dan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Senang kata aku dulu adalah seorang pelajar yang suka enjoy.

Masih aku ingat lagi geng aku ada dalam 5,6 orang. Ketua dalam geng aku itu bernama Baiazah atau aku panggil dengan panggilan Azah saja. Seorang anak taukeh ayam yang terkenal di area Banting ketika itu. Boleh dikatakan geng kami ini sukakan barangan yang berjenama ketika itu.

Kami sukakan beg sekolah yang berjenama, kasut yang berjenama, jam yang berjenama senang kata semuanya nak ada jenama. Sebenarnya aku pun taklah pandai sangat hal perihal jenama yang entah apa-apa itu. Tapi dah disebabkan berkawan pun dengan anak taukeh ayam jadi aku selalu terikut-ikut rentak kawan aku itu.

Perkara paling teruk dan aku menyesal hingga kini adalah aku telah menghabiskan duit simpanan ASB yang ayah dan ibu kami simpankan untuk aku dulu. Serius aku menyesal hingga sekarang. Percaya atau tidak, ayah aku masukkan duit dalam akaun aku dan adik-adik aku seorang RM10K. Kebetulan ketika itu ada rezeki lebih ayah dan ibu aku. Tapi aku boleh habiskan hampir kesemua duit tersebut dalam diam ketika aku masih bersekolah di peringkat menengah. Sampailah perkara ini terbongkar ketika aku di UiTM dulu. Maafkan along ayah dan ibu.

Aku juga suka ponteng kelas. Perkara ponteng kelas ini sudah menjadi satu kebiasaan aku ketika itu. Aku selalu ponteng kelas pergi Klang atau lepak di Subang Parade. Aku bagitahu ibu aku yang aku ada kelas pendidikan jasmani jadi kena bawa baju sukan. Sedangkan dalam beg sekolah aku tu, aku bawa seluar jeans.

Apabila tiba subjek matematik dan prinsip akaun, aku dan kawan-kawan akan pakat ponteng kelas. Aku benci subjek matematik dan prinsip akaun. Dulu aku minat sastera. Nak sangat masuk kelas aliran sastera. Sebab aku suka baca novel. Tapi ibu aku tak bagi aku ambil aliran sastera. Sebab itu aku tercampak dalam kelas aliran prinsip akaun itu.

Benci.
Benci.
Benci.

Cikgu yang tak pernah nak senyum. Muka masam mencuka. Sorry cikgu. Aku lupa nama cikgu tu. Tapi yang pasti aku tak suka cikgu tu sebab muka dia masam tak suka senyum.

Beberapa kali juga kami kantoi dengan cikgu penolong kanan. Kami lari satu bangunan sekolah sebab tengah syok ponteng kelas, cikgu penolong kanan nampak kami. Jadi kami jadi pelari pecut berlari keliling bangunan dengan memakai baju kurung sekolah. Memang kelakar. Haha.

Aku juga dulu pergi sekolah tidak suka pakai stokin. Aku cuma pakai kasut sekolah saja. Jadi bila cikgu perasan aku dan geng aku tak pakai stokin, kaki kami akan di rotan. Tapi aku tak pernah serik pun. Rotanlah berapa kali pun. Aku tetap tak akan pakai stokin pergi sekolah kecuali hari Isnin. Sebab hari Isnin ada perhimpunan sekolah kan?

Kalau nak tahu, adik aku atau dikenali Ummie Ngah Raina adalah seorang pengawas ketika di sekolah dulu. Adik aku nie memang dah tahu perangai kakak dia ini. Jadi tiap kali ada pemeriksaan secara spontan di setiap kelas atau di perhimpunan pada setiap hari Isnin itu, adik aku akan lepaskan aku w/pun aku ada buat salah. Tak adil bukan?

Aku nakal tapi taklah sampai bergaduh-gaduh. Orang cari gaduh dengan aku adalah. Tapi aku tak suka cari gaduh dengan orang. Aku rasa dulu aku nakal sebab pengaruh dari kawan-kawan satu kelas. Mungkin.

Sampailah satu tahap, masa tu lagi beberapa bulan nak SPM, baru aku tersedar yang aku perlu belajar bersungguh-sungguh. Masa tu aku dah gelabah ayam sebab banyak bab contohnya subjek matematik dan prinsip akaun yang aku tak cover. Terus berpeluh satu badan.

Eh macam mana nie?
Nak baca yang mana dulu?
Alamak aku tak minat subjek kira-kira.
Macam mana nak hafal formula?
Gelabah sampai tak tidur malam.

Sampai satu tahap cikgu yang mengajar subjek matematik itu mahu pergi mengerjakan haji, dia terus jumpa aku dan geng aku nasihat macam-macam. Terus kami minta maaf dan minta cikgu tersebut doakan yang terbaik untuk SPM kami.

Alhamdulilah. Aku bersyukur doa cikgu aku itu dimakbulkan. Aku mendapat pangkat satu dengan aggregat yang memberangsangkan. Percaya atau tidak? Pelajar yang nakal ini berjaya dalam SPM. Ramai cikgu kat sekolah aku tak percaya apabila melihat keputusan aku itu. Berkat doa ayah dan ibu aku, cikgu aku dan juga usaha aku.

Aku cuma berharap anak aku tak ikut perangai kenakalan aku ini. Cukuplah aku seorang saja yang nakal dulu. Aku sudah puas kena rotan kat kaki sebab tak suka pakai stokin dan kena rotan kat tapak tangan sebab suka ponteng kelas. Harap anak aku jadi pelajar yang baik-baik saja bila besar nanti. InsyaAllah.

Alhamdulilah akhirnya aku berjaya jejakkan kaki ke menara gading. Itu antara impian ayah dan ibu aku terhadap anak-anak mereka. Aku dan adik-adik aku sudah buktikan.

Syukur.

Tuesday, April 12, 2011

Hello perut buncit

Masalah perut buncit ini buat aku mahu menangis setiap masa tau

Hampir setiap masa mengeluh. Bila mahu kurus? Bila? Bila? Bila? Bila? Bila?
Tapi nafsu makan boleh tahan juga. Jadi sila salahkan diri-sendiri. Aku target sebelum raya nanti aku dah dapat balik berat asal aku yang dulu-dulu. Tapi aku nie suka target saja tak tahu berjaya atau tidak.

Masalah ketara aku adalah perut aku buncit. Perut aku dah macam orang pregnant saja. Ramai tanya dah ada isi ke? Redha saja bila orang tanya soalan macam tu kat aku. Nak marah pun tak boleh sebab memang kenyataan perut aku buncit. Tensionnya.

Bila orang tanya bila mahu bagi Raina adik? Aku jawab nanti-nanti dululah. Tungga Raina besar dulu. Salah-satu sebabnya aku mahu kurus dulu. Nak bergaya pakai baju bermacam-macam fesyen. Nanti dah puas bergaya macam anak dara barulah aku fikir nak pregnant semula. Itupn kalau ada rezeki. InsyaAllah.

Hello kurus,
Bila boleh aku dapat balik berat asal aku itu? Aku dah rindu mahu sarung jeans kesayangan aku yang dah lama terperuk dalam almari. Harap ada peluang aku untuk kurus seperti dahulu-kala. Jadi yang penting di sini usaha.

Ayuh Nurul. Kamu boleh.
Weeeeee :)

Friday, April 8, 2011

Majlis makan kecil-kecilan Raina Evaqairina


Design aku yang simple saja. Ini design yang dah lama aku buat sebab itu tarikh dalam design nie lain dari tarikh sebenar majlis. Malas nak tukar. Hehe :)


Hari : Ahad
Tarikh : 10/04/2011
Masa : 3.00 hingga 6 petang
Tema Rainbow / colourful

Assalamulaikum,

Oh bagaimana aku nak ceritakan permulaan entri ini yeah? Mood menulis tiada langsung dalam diri ketika ini. Tapi macam tak syok pula kalau tiada entri baru. Hari nie baru ada sedikit mood mahu jenguk blog aku nie.

Mood,
Silalah jangan macam nie selalu. Sila datang dalam diri sentiasa.

Ok sebenarnya Ahad nie aku nak buat majlis makan-makan untuk Raina. Majlis sempena sambutan ulangtahun kelahiran Raina yang sudah lama berlalu itu. Mesti ada orang terfikir-fikir kenapa dah lama berlalu hari lahir Raina tapi nak buat juga? Aku kena buat juga majlis nie sebab aku dah berjanji dengan Raina. Aku tak mahu jadi seorang mama yang suka berjanji dengan anak tapi tak tunaikan. Jadi lambat atau cepat aku mesti tunaikan janji aku itu kat Raina juga.

Majlis ini sepatutnya di buat pada 2,3 bulan yang lepas. Tapi terpaksa ditangguhkan atas sebab Tok Wan Raina, Ummie Ngah dan papa Raina agak busy. Paling busy adalah Tok Wan Raina. Sebab Tok Wan Raina bukan mudah untuk ambil cuti semasa hari bekerja. Hari Ahad pun Tok Wan Raina kerja tau. Nie kebetulan student tengah cuti beberapa minggu dan Tok Wan Raina pun ikut sama cuti jadi aku ambil kesempatan ini untuk buat majlis makan-makan Raina ini.

Majlis ini majlis yang kecil saja. Majlis yang simple saja. Kebanyakan persiapan dari segi paper bag, hal-hal design, deco semuanya aku buat sendiri. Sebab bajet ciput. So nak jimat buat sendiri saja. Tapi sebenarnya memang aku dah lama pasang niat nak buat sendiri semua persiapan untuk majlis makan-makan Raina nie. Apa guna aku dulu belajar di UiTM, bekas student school art and design kalau aku tak praktikkan apa yang aku belajarkan? So aku cuba praktikkan dalam majlis serba sederhana ini.

Tapi hasilnya agak comot sedikit. Maklumlah kebanyakkan aku buat semua kerja-kerja persiapan nie semasa Raina tidur. Aku buat semua kerja-kerja ni sampai ke lewat subuh. Mata aku pun dah macam mata panda tau. Haha.

Kalu ikutkan banyak je idea nak buat. Nak buat itu ini. Semuanya nak buat. Tapi aku cuma dapat buat mana yang aku larat buat saja. Serius aku katakan persiapan majlis makan-makan Raina nie aku dapat rasakan macam sedang siapkan majlis perkahwinan seorang anak perempuan saja. Tapi aku seronok. Serius seronok. Sebab aku buat semua nie ikhlas untuk anak aku yang bernama Raina Evaqairina itu.

Mama sayang sangat kat Raina. Mama pernah janji dari Raina dalam perut mama lagi kan? Mama sanggup buat apa saja untuk Raina. Harap Raina hargai pengorbanan Mama ini. I love you Raina Evaqairina.

Tuesday, April 5, 2011

Sila pilih mengikut citarasa sendiri

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Mood menulis tak ada sebenarnya. Tapi aku usahakan juga demi entri ini. Ok aku mahu meminta jasa kamu semua untuk memilih antara design-design T-shirt di bawah ini untuk dijadikan T-shirt rasmi untuk aktiviti gathering akan datang.

Silalah pilih mengikut citarasa korang ye. Kamu semua juga boleh memberi cadangan dari segi penambahan design dan juga warna yang sesuai. Tapi kalau mengikut pendapat dan pengalaman aku semasa aku study di bidang yang berkaitan ini, aku rasa pemilihan warna hitam lebih baik dari warna putih. Lebih-lebih lagi untuk si kecil yang sedang melasak. So kalau kotor sikit tu taklah nampak ketara kekotoran tersebut bukan?

Tapi apa-apa pun semuanya mengikut kata ramai. Mana yang baik akan kami perbaiki. InsyaAllah demi ukhuwah blogger antara kita.

Dan di sini aku mahu umumkan gathering terbesar akan diadakan tidak lama lagi. Setelah berbincang secara tulus bersama Dayu, jadi kami memilih satu tarikh yang kami rasa agak sesuai untuk perjumpaan terbesar itu nanti.

Tempat : Genting Highland
Tarikh
: 19/06/2011 hingga 20/06/2011 (Terpulang kepada setiap individu atau keluarga mahu tidur semalaman atau balik hari)
Masa
: Berkumpul di Genting Highland pada pukul 11.00 pagi

P/s : Hal ini akan dibincangkan lagi. InsyaAllah. So jika berminat bolehlah mula simpan duit ke, nak diet kuruskan badan ke sebelum berjumpa beramai-ramai atau apa-apa saja.

Ok mari pilih design di bawah ini dengan hati yang terbuka yeah :)



Design 1 by Yaya




Design 2 by Yaya




Design 3 by Yaya



Design 4 by Onniey




Design 5 by Onniey




Design 6 by Onniey