Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, May 24, 2011

Jika diberi peluang kedua

Gambar dari Yaya. Thanks Yaya :)

Semasa aku mengandungkan Raina dulu, aku tak begitu mengambil berat tentang ilmu penyusuan ibu terhadap si kecil. Dulu aku selalu berfikir bila anak yang dikandung selamat dilahirkan maka ketika itu air susu akan keluar secara natural dengan begitu mudah. Selalu terfikir yang air susu itu akan keluar mencurah-curah apabila selesai sahaja proses melahirkan anak. Jahilnya aku dulu kan?

Aku tak terfikir langsung nak beli peralatan mengepam dan peralatan yang berkaitan. Aku memang tak ambil pusing semua tu. Bila jenguk blog rakan-rakan seangkatan dengan aku semasa aku mengandungkan Raina dulu, kebanyakan masing-masing sibuk nak beli itu ini yang berkaitan dengan penyusuan ibu. Tapi aku tak ada hati langsung nak beli semua tu.

Sampailah tiba masanya aku selamat melahirkan Raina. Aku masih ingat lagi, aku melahirkan Raina pada sebelah malam dalam pukul 9.59 malam. Jadi pada sebelah malam aku di tahan di wad itu, aku selamber saja baring di katil sendiri dan termangu-mangu di situ bertemankan Raina. Aku tengok Raina elok saja tidur jadi aku biarkan saja. Lagipun aku masih blur tak tahu nak buat apa. Maklumlah baru 2,3 jam bergelar mama. Mana aku tahu nak uruskan anak macam mana kan? Jadi aku biarkan saja Raina tidur.

Masa tu aku lupa Saiful pergi mana. Oh ye, aku rasa Saiful pergi cari makanan. Sebab aku mengadu kat Saiful yang aku lapar. Memang patut lapar pun sebab bertarung nyawa, berhempas-pulas meneran bagai nak rak keluarkan Raina. Hehe. Gaya macam baby tu besar saja kan? Padahal 2.37kg je. Doctor dan nurse yang sambut kelahiran Raina pun cakap kat aku :

Keciknya baby puan. Ingatkan besar tadi’
(Macam perli aku pun ada sebab tengok aku meneran bagai nak rak tak keluar-keluar kot. Haha)

Sampailah satu tahap Raina dah mula merengek malam tu. Aku dah gelabah ayam ok. Berpeluh juga aku nak handle. Dalam hati :

‘Kenapa time nie kau nak menangis wahai anak?

Sampailah datang seorang nurse ke katil aku.

Nurse : Puan, tak bagi susu badan?
Aku : (Masih dalam keadaan blur termangu-mangu terus selak baju nak bagi Raina susu badan)
Nurse : Bukan macam tu Puan (Sambil ajar aku macam mana nak bagi baby menyusu badan)
Aku : Oh macam nie ye? (Padahal masa tu aku masih blur lagi)

Kalau korang nak tahu air susu aku tak keluar pun pada malam aku melahirkan Raina tu. Puas aku urut-urut dan tekan-tekan tapi tetap tidak keluar. Masa tu rasa macam nak menangis. Sebenarnya aku dah amalkan mengurut bahagian tertentu itu semasa kandungan aku 8 bulan kot. Tapi mungkin bahagian puting aku itu tersumbat sebab itu air susu tak keluar-keluar. Masa tu aku kasihan sungguh dengan Raina. Terkulat-kulat mulut dia nak susu tapi air susu tak keluar pun.

Keesokkannya ibu aku datang melawat, terus aku mengadu dengan ibu aku. Puas ibu aku ajar dan tolong tengokkan tapi air susu aku tetap tak keluar. Saiful dah siap sedia beli satu kotak susu tepung Anmum untuk persediaan awal. Tapi mana boleh bagi susu formula kat hospital. Sebab setiap masa doctor dan nurse datang buat pemeriksaan. So dalam diam ibu aku tak sampai hati tengok mulut Raina terkulat-kulat mahukan susu, ibu aku senyap-senyap bagi Raina air masak. Laju je Raina minum. Kasihan anak aku. Lapar rupa-rupanya. Patutlah menangis je.

Alhamdulilah aku duduk kat wad satu malam je. Jadi lega hati kat situ. Balik rumah, aku cuba bagai nak rak bagi Raina susu badan. Tapi tetap tak berjaya. Sampailah mak bidan datang nak urut aku. Bila mak bidan tu check rupa-rupanya memang betul bahagian puting aku tersumbat. Macam mana nak keluar air susu kan? Sakit gila kena urut. Hampir seminggu jugalah baru air susu aku boleh keluar. Jadi Raina dari sejak kecil sudah merasa minum susu tepung disebabkan air susu aku lambat keluar. Sedihkan?

Tapi sebenarnya timbul lagi satu masalah. Masa nie aku rasa macam dah berputus asa. Air susu aku taklah banyak mana. Mak bidan yang urut aku pun cakap air susu badan aku memang tak banyak. Percaya atau tidak, aku tak pernah rasa bengkak susu. Jadi apabila Raina minum direct ke badan aku dia selalunya seperti rasa tak puas. Selalu saja menangis.

Jadi, jalan penyelesaian aku adalah aku perah kemudian masuk ke dalam botol. Aku lihat Raina lebih suka cara begini. Tapi sesekali aku akan paksa Raina minum direct ke badan aku juga. Tapi akhir cerita dia mesti menangis tak puas. Jadi terpaksa juga aku pam siap-siap semasa Raina tidur ke atau selepas Raina dah kenyang menyusu ke. Memang aku akan pam setiap hari. Tapi aku pam manual je.

Ada pernah beli peralatan pam. Tapi beli yang murah je. Aku lupa apa jenama pam tersebut. Tapi aku rasa macam menyakitkan saja. Jadi aku terus tak mahu pakai pam tersebut. Aku lebih selesai pam manual. Alhamdulilah bolehlah dapat 3-4 ouz sekali pam. Memang tak banyak mana pun. Tapi aku tetap bersyukur.

Sampai satu tahap, masa tu usia Raina hampir dua bulan kot, ketika aku mahu pam manual seperti biasa, air susu aku kering tak keluar langsung. Menangis meraung-raung aku ketika itu. Tak boleh aku bayangkan anak aku baru saja mahu mencecah usia dua bulan tapi air susu aku sudah kering.

Bila dikaji puncanya baru aku tahu, yang aku tak pam ikut masa yang betul. Ikut mood aku saja. Kalau rasa nak pam aku pam. Bila aku malas memang aku tak pam. Pastu dalam masa yang sama Raina tak mahu menyusu direct kat badan aku w/pun dipaksa. Raina minum susu guna botol. Akhirnya kering macam tu saja. Aku dah buat macam-macam cara tapi air susu tetap tak keluar. Nak menangis pun tak berguna. Jadi bermulalah episod Raina minum susu tepung sepenuhnya ketika aku masih cuti berpantang. Aku rasa Raina cuma dapat susu badan hampir dua bulan saja.

Tapi ibu aku selalu pujuk aku. Ibu aku cakap aku kena bersyukur sebab Raina dapat juga merasa susu badan aku. Ada sesetengah baby langsung tak merasa susu badan. Jadi aku sedikit lega bila ibu aku pujuk aku macam tu.

Apabila Raina makin membesar, dan aku melihat kawan-kawan yang lain gigih memberi susu badan kepada anak mereka, aku jadi cemburu. Perasaan ini tiba-tiba saja datang. Terus-terang aku menyesal sebab tak mendalami ilmu penyusuan ibu itu dari peringkat awal lagi.

Aku cuma berharap, jika aku diberi peluang dan rezeki oleh Allah S.W.T untuk mendapat zuriat lagi, aku bertekad akan cuba memberi susu badan ini selama mana yang boleh. Kalau Raina dulunya cuma dapat minum susu badan hampir dua bulan, aku berharap adik Raina dapat minum lebih dari dua bulan.

Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Gambar dari Pak Usu Raina : Bani Jamian


Untuk Raina,

Maafkan mama sebab mama cuma dapat bagi Raina susu terbaik di dunia iaitu susu ibu itu hanya hampir dua bulan saja. Sebab itu mama dan papa sanggup berhabis duit untuk berikan Raina susu formula yang terbaik w/pun kami tahu susu formula ini tidak dapat menandingi susu ibu. Mama harap Raina dapat maafkan mama. Dan mama berharap Raina dapat membesar dengan sihat w/pun hanya minum susu formula. InsyaAllah.

Wednesday, May 18, 2011

Menulis untuk mengubat rindu

Assalamualaikum

Alamak sudah berhabuk semula blog aku ini. Aku minta maaf kerana sejak kebelakangan ini aku tidak dapat meluangkan masa untuk menghadap blog aku ini. Agak sibuk sedikit dengan aktiviti harian. Alhamdulilah aku tetap cuba untuk menjenguk blog kawan-kawan aku di sini supaya aku tidak ketinggalan banyak entri.

Untuk pengetahuan, aku dan Raina demam sepanjang minggu lepas. Pada mula asalnya Raina yang demam teruk dan kemudian aku pula diserang demam yang teruk itu. Itu antara sebab kenapa blog aku tidak ada entri baru untuk sepanjang minggu lepas.

Alhamdulilah sekarang Raina dah sihat dan aktif semula. Cuma batuk dan selesema masih belum berkurangan. Aku pula demam on off. Diri masih tak sihat sepenuhnya. Tapi disebabkan rindu mahu menulis, aku gagahkan juga untuk menulis kali ini.

Tiada cerita menarik yang hendak aku ceritakan di sini. Aku masih lagi dalam proses mencari kerja baru yang bersesuaian. Harap ada kerja yang sesuai untuk aku nanti. Untuk kali ini, aku memang agak cerewet dalam mencari kerja. Ada beberapa offer tetapi terpaksa tolak dengan alasan jauh dari rumah. Kalau boleh nak cari kerja yang berdekatan dengan rumah. Sebab aku mahu luangkan masa yang lebih untuk keluarga di rumah. Wish me luck.




Cerita baru Raina pula apa ye? Oh ye Badan Raina sudah sedikit susut sejak baik dari demam hari tu. Muka dia agak cengkung. Dia dah makin kurang mahu makan. Dia lebih suka minum susu berbanding makan. Agak risau di sini.

Dan aku lihat Raina sekarang dalam proses belajar bercakap. Sejak baik dari demam, macam-macam perkataan yang dia belajar. Seperti perkataan 'thanks', 'Allahuakhbar', 'name' dan sebagainya. Raina juga suka ikut apa yang orang dewasa suka buat. Contohnya kalau tok wan dia nak ketip kuku dia pun nak ketip kuku sendiri. Atau bila dia tengok tok wan dia masak, dia pun akan ambil pinggan mangkuk segala dan main masak-masak kemudian dia akan paksa kita konon-kononnya rasa masakan dia tu. Itu yang aku nampak sejak dia baik dari demam.

Oleh itu aku kena lebih berhati-hati sebab takut dia akan terikut-ikut perbuatan yang tak elok. Sebab itu aku cuba kawal setiap percakapan dan perbuatan yang tidak sesuai untuk si kecil seperti Raina ini.

Oklah aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Sebenarnya nak cerita tentang hal lain tetapi tangan aku nie laju taip cerita lain pula. Haha. Nanti aku update cerita lain pula ye.

Thursday, May 5, 2011

Percubaan pertama

Aku rasa kan aku dah banyak sangat buat entri mengatakan aku teringin sangat mahu kurus seperti zaman anak dara bukan? Tapi percaya atau tidak sebenarnya setiap kali aku buat entri mahu kurus, mahu slim-melim, mahu sedikit kecil, mahu kurangkan berat badan, dan bla bla bla itu, sebenarnya aku hanyalah berdiet main-main saja.



Serius!



Sejak dah berkahwin dan mempunyai seorang anak ini, aku rasa amatlah payah mahu mengawal selera makan. Aku macam dapat rasakan badan aku nie macam dah sebati dengan mengambil menu seperti nasi bersama lauk-pauk yang sedap itu. Oh, makanan di Malaysia ini sedap-sedap belaka bukan? Jadi macam rugi saja mahu mengelak dari mengambil semua menu yang sedap itu.

Tapi semua ini berubah serta-merta sejak lebih kurang dua,tiga minggu yang lalu. Semuanya adalah gara-gara aku pergi menimbang berat badan aku dan aku rasa seperti mahu menangis sekuat hati di atas mesin penimbang itu.


Rasa seperti hati aku ini bagai direntap-rentap.
Sebak.



Sebak sebab melihat jarum penimbang itu ke kanan dan bukannya ke kiri. Terkedu atas mesin penimbang itu. Betul ke apa yang aku lihat ini? Betul ke? Betul ke? Atau aku bermimpi? Cuba beliakkan mata sebesar-besarnya. Eh betullah. Ini realiti.

Tak mungkin!
Mesin penimbang ini tipu!

Mahu saja aku mencampakkan mesin penimbang itu di luar rumah. Tapi aku masih lagi di tahap kewarasan. Cuba muhasabah diri sebentar. Aku redha. Salah aku pun. Diet main-main. Inilah akibatnya.

Sejak dari kejadian itu, aku terus tekad. Jika mahu dibandingkan perasaan tekad aku ini dengan 5,6 tahun yang lepas semasa aku dalam proses berdiet secara bermati-matian semasa di zaman anak dara dulu memang tidak sama. Tapi aku rasa masih boleh dikategorikan perasaan tekad ini lebih dari biasa.

Sudah beberapa minggu aku tak menjamah nasi. Aku rasa aku memang tidak boleh mengambil menu nasi dalam jadual diet aku. Sebab apa? Sebab bila setiap kali aku ambil nasi, aku akan mengambil nasi untuk pemakanan harian aku yang seterusnya. Jadi baiklah aku tidak mengambil menu berbentuk nasi. Aku orang melayu jati. Jadi nasi itu seperti sudah sebati dalam diri aku. Walaupun agak sukar aku cuba juga selagi aku mampu untuk mengawalnya.

Walaupun aku sedang menyuapkan Raina nasi pada hujung minggu, aku tidak lagi curi-curi mengambil sesuap dua nasi lebihan Raina seperti dulu. Walaupun aku dipujuk dengan menu yang sedap dimasak oleh ibu aku apabila aku balik ke Banting, aku cuba juga tidak mengambil nasi. Aku tekad.

Cuma yang menjadi masalah aku sekarang, aku amatlah payah mahu memulakan sebarang bentuk senaman seperti skipping. Aku dapat rasanya masa aku di rumah agak terhad. Balik kerja sudah penat sambil melayan Raina. Selepas itu buat apa yang patut seperti membasuh baju, melipat baju, mengemas rumah bla bla bla. Jadi bila masa aku mahu memulakan aktiviti berbentuk senaman itu?

Tapi aku akan cuba juga. Mungkin aku boleh curi-curi masa iaitu pada awal-awal subuh selepas aku siap memasak untuk bekalan Raina. Atau mungkin balik kerja itu aku boleh membuat sedikit senaman sebelum aku pergi mandi kemudian baru aku boleh fikirkan mengemas rumah dan sebagainya.

InsyaAllah.
Aku akan cuba selagi aku mampu.

Aku tak mahu meletakkan target yang besar. Kondisi badan selepas berkahwin dan mempunyai anak adalah tidak sama seperti kondisi semasa di zaman anak dara. Itu kata ibu aku. Jadi kalau aku dapat turun dalam 10kg hingga 12kg pun sudah cukup baik bagi aku. Kalau lebih dari itu Alhamdulilah.

Berdiet untuk mengurangkan berat badan bukan hanya untuk kelihatan cantik tetapi untuk kesihatan kita juga. Sebab itu sekarang aku sudah tidak mengambil langsung air sejuk mahupun minuman berbentuk ais. Aku juga cuba kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Aku rasa memang patut aku kawal pemakanan aku demi kesihatan aku.

Wish me luck.
InsyaAllah.

Wednesday, May 4, 2011

Belajar bersabar

Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak lari dari sikap tidak boleh bersabar. Memang agak payah mahu belajar bersabar. Lagi-lagi jiwa muda. Orang tua kata darah muda selalunya dikaitkan dengan mudah sangat mahu melenting. Pantang di usik atau di tegur tak kena tempat mesti kita akan melenting bukan?

Begitu juga dengan aku. Tak lari dari sikap mahu melenting. Dulu aku kuat melenting. Kadang-kadang benda tu kecil saja tapi aku boleh melenting. Sampai sekarang pun aku mudah melenting. Cuma taklah sekerap dulu. Mungkin jiwa seorang mak terhadap anak itu sudah menyerap dalam tubuh aku. Secara perlahan-lahan aku cuba belajar bersabar.

Tapi apabila belajar bersabar, aku selalunya akan cuba mendiamkan diri. Aku tak banyak bercakap. Jika dalam keadaan marah pun aku akan duduk senyap tak berkata apa-apa. Kerana bila aku sudah mula bersuara untuk mengawal kemarahan, aku akan jadi seperti halilintar.




Mungkin.




Jadi, aku rasa baik aku diam diri tak kata apa-apa. Bila sudah cool baru aku akan cuba gelak, ketawa, senyum, mula bercakap walaupun jauh di sudut hati aku terasa pedih sampai ke ulu hati. Tapi selalunya aku nie cepat cool. Cuma aku selalunya akan cuba belajar dari kesilapan.

Contohnya, jika ada antara rakan di office buat sesuatu yang aku marah. Aku akan diam diri dulu. Aku duduk di meja kerja aku setempat tanpa berkata apa-apa pun. Sampai ada orang tanya.


'Nurul, you ok ke?'



Hah masa nie aku mulalah akan menahan air mata. Aku nie jenis peleleh tau. Sikit-sikit nak meleleh. Itu ibu aku cakap. Saiful pun cakap aku macam tu. Mudah sangat nak menangis. Selalunya aku akan menahan air mata aku ketika aku mahu sembur semua yang aku tak puas hati.




Bla bla bla bla bla bla........




Pernah aku baling dokumen apa entah kat atas meja sebab aku marahkan seorang dua rakan di office. Aku sembur cakap apa yang aku tak puas hati sambil menahan keluar air mata. Tapi lama-lama air mata tu akan keluar juga. Cuma aku control jika berada di depan orang. Tengok meleleh lagi. Aku memang peleleh orangnya. Alahai. Bila semuanya aku dah keluarkan apa yang aku tak puas hati, aku rasa ringan sangat. Lega satu macam. Selepas itu adalah seorang dua rakan office cuba selesaikan masalah yang terjadi.

Jadi jangan ingat aku ini nampak pendiam tak boleh bertukar menjadi Hulk. Aku tak kiralah itu dokumen penting atau tidak. Kalau aku dah bertukar jadi Hulk semuanya aku campak.

Begitu juga dalam perhubungan suami isteri. Selalunya apa-apa perkara atau benda yang aku tak puas hati dalam perhubungan suami isteri, aku akan diam diri dahulu. Kemudian bila tiba masa yang sesuai baru aku luahkan. Mahu berkomunikasi dengan suami, kita kena cari masa yang sesuai. Baru mudah untuk kita bincangkan sesuatu perkara bukan?

Atau jalan paling selamat, aku sms saja Saiful. Lebih mudah. Sebab bila aku dalam keadaan marah, aku agak payah mahu berkomunikasi dalam keadaan yang selesa mengikut rentak hati. Jadi baik aku diam diri dulu. Kemudian aku bantai tidur. Esok pagi bangun tidur siap-siap seperti biasa pergi kerja. Dan sampai office baru aku akan sms Saiful. Dalam sms lah selalunya aku luahkan semuanya. Haha.

Selalunya cara begini lebih ok dan berkesan mengawal kemarahan dan belajar bersabar. Sebab masing-masing pun dah cool. Jadi sesuatu perkara pun boleh diselesaikan dengan mudah.

Sebenarnya cara itu aku dah lama amalkan sejak dari zaman aku bertunang lagi. Jadi bila dah berkahwin ini, cara yang sama juga aku buat. Entahlah. Bagi aku cara begini lebih mudah untuk mengajar aku lebih bersabar dan mengawal kemarahan.

Aku Cuma berharap, lepas ini aku akan lebih banyak lagi belajar bersabar. Lebih-lebih lagi bersabar terhadap kerenah anak yang sedang melasak. Aku rasa sejak ada anak ini, aku banyak sangat belajar apa itu erti kesabaran.

InsyaAllah kesabaran itu separuh dari keimanan kita.