Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, July 26, 2011

Kadang-kadang tak sengaja

Mama sayang kamu sangat-sangat Raina

Melihat keletah dan ragam anak, sebenarnya satu perkara yang boleh membahagiakan hidup aku. Walaupun aku tengah drive untuk pergi ke tempat kerja sekalipun aku boleh tersenyum sorang-sorang bila teringat keletah dan ragam anak. Walaupun kadang-kadang tu aku geram sangat dengan Raina sebab dia nakal sepahkan permainan dia, suka sembur-sembur makanan tapi jauh di sudut hati aku sebenarnya aku suka melihat keletah Raina tu.

Bila anak makin membesar, macam-macam akal baru yang dia belajar. Dari tak tahu memanjat dah pandai memanjat. Dari tak tahu merajuk dah pandai merajuk. Dari tak tahu sepahkan barang dah tahu sepahkan barang. Dari tak tahu berlari dah pandai berlari. Dari tak tahu meminta dah pandai meminta. Itulah namanya budak-budak. Setiap tumbesaran mereka akan ada saja benda baru yang mereka belajar. Kita sebagai mak bapak cuma kena perhatikan dan contol apa yang tak patut diaorang buat.

Cuma kat sini aku nak tulis tentang kesabaran kita sebagai seorang mak bapak. Macam aku ni aku rasa aku jenis yang agak tegas berbanding Saiful dalam mendidik anak. Ada je benda atau perkara yang pada aku tak boleh anak aku lakukan. Contohnya aku mengajar anak aku supaya kemas dan susun semula semua permainan dia selepas bermain. Aku tak suka dia biarkan saja permainan tersebut dalam keadaan berselerak. Memang nampak macam tak logik budak kecik macam Raina nak di ajar sebegitu. Tapi Alhamdulilah kadang-kadang tu Raina cuba buat dan mengikut apa yang aku ajar. Tapi macam Saiful dia agak berlembut dengan anak. Pada dia biar kita sendiri yang kemaskan semua permainan tu.

Aku bukan nak bersikap keras atau kasar dengan anak. Cuma aku nak ajar Raina berdispilin. Aku tak mahu sampai ke besar dia terbiasa dengan sikap yang kita tak suka tu. Jadi, bila Raina kadang-kadang tak mendengar kata, aku akan membebel dan cuba untuk terangkan kat Raina.

Kadang-kadang tu aku terpaksa tinggikan suara. Sedangkan aku tak mahu tinggikan suara. Cuma kadang-kadang tu aku tak sengaja meninggi suara dengan anak tanpa sedar. Ini akan berlaku bila tahap kesabaran aku menipis. Itu yang aku kesalkan. Bila aku tersedar yang aku dah tinggikan suara dengan Raina, cepat-cepat aku minta maaf. Walaupun aku tahu Raina masih kecil lagi. Tapi itulah yang aku akan buat setiap kali aku tersedar yang aku secara tak sengaja melakukan kesilapan kat anak.


Aku : Raina, maafkan mama ye sebab tadi mama marah dan tinggikan suara mama kat Raina.

Raina : (Angguk-angguk kepala sambil sengih-sengih. Itulah tabiat anak aku setiap kali kita minta maaf kat dia).

Aku : Mama tadi marah Raina sebab Raina nakal sangat. Kan mama dah cakap mama tak suka Raina tak kemas balik permainan Raina lepas Raina main. Raina kena kemas balik permainan Raina. Nanti rumah nampak cantik, kemas, bersih. Faham tak apa mama cakap ni Raina?

Raina : Pam ( merujuk perkataan faham. Sambil angguk-angguk kepala.)


Walaupun muka aku nampak garang dan agak serius tapi aku bukan jenis yang suka nak cubit, pukul, jentik anak. Aku memang tak pernah buat semua tu sebelum ni. Kalau aku marah sangat dengan Raina, selalunya mulut aku je yang bising tapi nama nak pukul ke cubit anak ke memang tak pernah aku lakukan sebelum ni.

Tapi baru-baru ni aku tanpa sengaja telah memukul bahagian paha Raina. Ini adalah perkara yang sangat aku kesalkan. Walaupun tak kuat mana tapi sampai sekarang terkesan sungguh kat hati aku. Sebab aku bukan jenis mak budak seperti itu. Ini semua gara-gara Raina sepahkan nasi dan buang nasi goreng kat kedai makan. Depan orang ramai pulak tu sambil menangis meraung sekuat hati dia. Terus-terang time tu aku tak tahu mana perginya tahap kesabaran yang ada dalam diri aku selama ini. Aku tengok Saiful tetap cool layan kerenah Raina. Aku pulak yang meronta-ronta menahan sabar tengok perangai anak aku tu.

Eh eh apasal laki aku ni berlagak cool semacam je layan anak ni?

Balik dari kedai makan malam tu, perasaan kesal memang menyelubungi diri aku tak henti-henti. Menyesal wei. Tak pernah-pernah aku buat macam tu sebelum ni. Tapi entah kenapa malam tu aku tanpa sedar dah buat apa yang aku tak pernah buat sebelum ni. Rasa macam nak hantuk kepala aku kat dinding je.

Raina,
Mama minta maaf. Mama tak sengaja. Raina pun tahu kan mama tak pernah ‘babab’ Raina sebelum ni. Cuma malam tu je tanpa sedar mama ‘babab’ Raina. Maafkan mama ye Raina. Mama sayang sangat dengan kamu Raina. Mama sayang kamu lebih dari mama sayang papa kamu tau. Percayalah.

Monday, July 25, 2011

Tempahan masih di buka

Macarons

Apam polka dot

Cookies

Sesiapa yang mahu mencuba macarons, tempahan masih di buka. InsyaAllah aku akan melayan customer aku dengan sebaik mungkin walaupun kadang-kadang tu aku terlewat sikit balas segala pertanyaan kat email tapi aku akan cuba sedaya-upaya untuk membalasnya.

Biasalah aku bukan buat bisnes ni full time. Aku masih bekerja makan gaji. Jadi agak kelang-kabut sikit dengan kerja-kerja kat office dan kat rumah. Itu yang kadang-kadang tu sampai terlupa nak check email. Tapi korang boleh order melalui FB aku atau FB Rainbow Lala jugak tau. Korang cuma perlu search : Nurul Jamian atau Rainbow Lala.

Selain macarons, aku ada jual apam polka dot dan cookies. Ada juga buat beberapa produk yang lain macam sourvenior untuk birthday party atau cukur jambul. Sesiapa yang berminat tu bolehlah email aku kat ainiee_overmars@yahoo.com atau rainbowlala_lala@yahoo.com

Friday, July 22, 2011

Kalaulah aku kurus, aku nak jadi model

Aku dan adik aku. Aku memang paling suka amik gambar bercekak pinggang untuk menampakkan diri aku kurus. Haha :D

Kalaulah aku kurus, mempunyai bentuk punggung yang mantap, paha yang kecil dan saiz pinggang seperti kerengga, aku rasa mungkin sekarang ini aku akan tanpa rasa malu hantar profile aku kat mana-mana agensi untuk menjadi model. Tapi aku nak jadi model muslimah. Berangan je aku ni kan?

Tapi apakan daya aku bukan kurus mana pun. Dari dulu aku benci bahagian punggung dan paha aku. Dari zaman anak dara lagi. Lagi-lagi sejak melahirkan anak ni. Aku rasa makin membesar je bahagian tersebut. Nak pakai seluar pun fikir 2,3 kali. Sebab itu aku suka pakai kain jenis kembang macam dress labuh.

Salah aku juga sebab main belasah makan tanpa rasa bersalah masa mengandungkan Raina dulu. Lepas tu berpantang main-main. Memang menyesal habis beb. Kalau aku tahu badan aku nak jadi membulat macam ni, aku tak akan makan banyak masa aku mengandung dulu. Aku ingatkan senanglah nak dapat balik berat asal aku. Rupa-rupanya macam dalam mimpi je nak dapatkan berat asal aku tu.

Aku suka diri aku nampak cantik walaupun diri aku bukanlah cantik mana pun. Walaupun kadang-kadang tu aku malas nak hias diri sebab bergantung pada mood aku. Tapi bila mood ada dalam diri, mesti aku nak make up bagai walaupun pakai secalit lipstik. Aku juga suka tengok orang cantik. Kalau ada perempuan cantik lalu depan aku, mesti aku tengok sepuas-puas hati aku. Betapa hebat ciptaan Allah S.W.T kan?

Walaupun aku gemuk dan membulat, tapi aku tetap mahu hias dan cantikkan diri aku. Sebab memang dari dulu itulah minat aku. Ibu aku cakap aku ni suka nak melawa. Sebab itu anak aku mengikut perangai aku. Raina tu pantang nampak cermin mesti ada saja gaya yang dia nak buat. Sebijik perangai aku sebab aku pun memang pantang nampak cermin. Kadang-kadang tu siap cakap sorang-sorang depan cermin. Suami aku kalau dah nampak aku berdiri depan cermin sambil nak menggayakan tudung ke atau baju ke sambil bercakap sorang-sorang, dia mesti biarkan aku sambil gelakkan aku. Agaknya dah tak kuasa nak tegur perangai bini dia.


Ada ke nak mengadu depan cermin? Haha


Aku rasa cermin pun boleh jadi kawan baik kita. Sebab kadang-kadang cermin boleh buat diri kita nampak lebih kurus. Tak percaya? Silalah beli cermin berbentuk panjang dan dan bersaiz tinggi. Hah confirm kita nampak kurus dalam cermin. Haha.

Assalamualaikum kurus,

Kalau aku kurus, aku mahu jadi model muslimah macam Rina Salleh.
Can hah?

Tuesday, July 19, 2011

Menu si kecil (2) : Fruity yellow oatmeal

Ok kali ni menu aku sangat simple. Semudah ABC ok. Cewahhh. Iyo-iyo je kau Nurul. Eh tapi betul menu ni memang simple sangat. Dan yang pasti sangat sesuai untuk si kecil kerana menu ini berasaskan susu.

Bahan-bahan
- Buah-buahan seperti pisang, mangga, epal, prune.
- Oat
- Susu

Cara membuatnya

1) Sediakan bahan-bahan yang di perlukan seperti buah-buahan, susu dan oat.





2) Oat dan susu perlu di masak sekali di dalam satu periuk selama 5-7 minit. Api perlu di kecilkan dan gaul perlahan-lahan supaya tidak melekat di periuk.



3) Selepas itu letakkan oat dan susu yang telah di masak itu di dalam sebuah mangkuk



4) Taburkan buah-buahan yang telah di potong kecil-kecil ke atas oat dan susu tadi. Selepas itu, bolehlah hidangkan kepada si kecil.



P/s : Boleh juga menggunakan susu tepung yang si kecil biasa minum. Contohnya jika si kecil minum susu tepung Enfagrow, bolehlah bancuhkan susu tepung tersebut dan masakkan bersama oat.


Selamat mencuba.

Masa emas untuk anak


Hujung minggu adalah masa emas untuk anak. Sebab hujung minggu kita boleh mengadap anak lebih lama dari hari kita bekerja. Indah kan? Aku memang ternanti-nanti hari hujung minggu sebab macam-macam kita boleh lakukan tanpa fikirkan hal kerja.

Walaupun kadang-kadang Saiful kena kerja pada hari minggu, ini tidak menghalang aku untuk terus meluangkan masa bersama anak. Memang sakit hati sikit bila kadang-kadang suami dapat on call kena kerja pada hari minggu. Kadang-kadang tu kena outstation berhari-hari. Tapi suami kerja pun untuk cari rezeki kan? Jadi kita kenalah terima dengan hati terbuka. Tak payah nak komplen bagai.

Jika aku bosan duduk rumah, aku akan keluar jalan-jalan pergi taman atau pergi shopping. Kadang-kadang tu aku bawak Raina temankan aku pergi basuh kereta ataupun pergi beli stok barang dapur. Macam-macamlah aktiviti yang aku buat. Walaupun Saiful kena kerja, aku tetap akan keluar berdua dengan Raina. Selalunya Saiful memang tahu setiap hujung minggu, aku akan keluar jika aku bosan duduk kat rumah.



Bila shopping dengan anak, aku rasa itu adalah terapi diri paling hebat. Sambil shopping sambil kita berbual-bual dengan anak. Bolehlah kalau kita nak jadikan ianya satu aktiviti terapi yang hebat bersama anak. Ada komunikasi antara dua hala terjadi di situ. Bagus bukan?

Aku dah beberapa kali makan di luar berdua dengan Raina. Mula-mula tu memang agak cuak nak control Raina. Tapi lama-lama tu Alhamdulilah aku dah boleh control. Tapi siaplah aku berpeluh ketiak nak handle anak dara tu. Haha. Tapi aku tak kisah sangat sebab dapat luangkan masa dengan anak, itu dah cukup baik buat aku.

Aku pun tak tahu dari mana datangnya keberanian aku keluar berdua dengan Raina. Selalunya aku tak bawa stroller pun. Kadang-kadang aku rasa macam membazir je beli stroller yang berharga beribu tu. Kononnya dulu beli stroller Quinny Zapp berserta Maxi Cosi tu untuk memberi keselesaan kepada Raina dan tahan lama. Tapi percaya atau tidak sejak Raina dah pandai berjalan ni, kami dah jarang sangat guna stroller tersebut. Lebih selesa dukung atau biarkan Raina berjalan sendiri. Kadang-kadang rasa macam nak let go je. Tapi sayang pulak. Itu pun aku ada hati berangan nak beli stroller MacLearan bagai.

Tak payah membazir duit lah Nurul oiii.
Ok itu angan-angan aku di kala nafsu shopping memuncak. Nak kena bebel dek laki buatlah. Ada berani? Haha.

Hari minggu juga hari untuk aku test power memasak. Hari minggu kita boleh masak macam-macam untuk suami dan anak. Kadang-kadang tu aku main tibai je masak menu yang aku cipta sendiri. Dahlah tak reti masak pastu ada hati nak cipta menu baru bagai. Pastu kalau tak sedap, aku boleh bantai gelak dan membebel sorang-sorang kat dapur. Apa jadah entah aku ni kan?

Selalunya hari minggu pun aku akan bangun awal pagi. Selain aktiviti memasak, adalah aktiviti lain macam kemas rumah, basuh baju, iron baju untuk stok seminggu dan macam-macam kerja lain yang aku buat. Sampai peti ais kat rumah aku tu pun aku bersihkan kalau dah tak ada kerja lain yang nak dibuat. Penat tapi aku seronok sebenarnya.


Pernah juga aku cuba bawa Raina pergi taman area rumah aku. Masa tu Saiful baru balik outstation. Jadi Saiful sendiri tak larat mahu bawa kami keluar. So aku pun keluar berdua je dengan Raina. Masa tu memang berpeluh ketiak beb. Ada ke patut Raina nak tolak stroller mainan dia masuk dalam tasik.

Lepas tu aku rasa serik sangat nak pergi taman area rumah aku tu tanpa Saiful. Sebab taman tu ada tasik tapi tak ada palang besi penghadang di sekeliling tasik. Memang bahaya untuk budak-budak. Sesiapa yang pernah pergi tasik kat Kota Kemuning tu tentu tahu macam mana rupanya taman Kota Kemuning tu.

Tapi tak kisahlah kita penat ke, kita berpeluh ketiak ke, make up kita cair dek kejarkan anak ke, kita kena berulang-ulang kali lap lantai sebab anak sepahkan makanan ke atau apa-apa sekalipun aku memang tak kisah sangat. Janji kita boleh luangkan masa emas kita dengan anak, itu dah cukup indah buat aku.

Friday, July 8, 2011

Mula-mula kutuk, lama-lama suka

Dari zaman anak dara antara perkara yang paling aku benci adalah pakai baju kurung. Bukan baju kurung je tau. Tapi baju fesyen yang lain pun aku tak suka. Tak kisahlah baju kebaya ke baju kurung moden ke semuanya aku tak suka pakai. Kalau kat sekolah aku dulu cikgu bagi green light pakai baju uniform sekolah jenis skirt tentu aku pun nak sarung skirt kot. Tapi disebabkan sekolah aku tak benarkan murid yang beragama islam memakai skirt, jadi aku dalam keterpaksaan sarung jugak baju kurung.

Bila tiba raya, memang beriya-iya aku beli kain dan tempah baju untuk raya. Tak cukup dengan sepasang, mesti nak tempah sampai 2,3 pasang. Bila dah mula kenal Saiful dan aku jadi tunang dia, pernah jugak sampai merajuk besar hanya sebab baju raya je. Ibu aku sampai membebel-bebel dan bising kat aku sebab aku beriya-iya protes baju raya yang Saiful belikan untuk aku. Ibu cakap aku tak hargai apa yang orang belikan dan beri kat kita. Ibu aku dah faham sangat dengan perangai aku yang bukan nak pakai sangat pun tapi beriya-iya nak protes bagai.


Entahlah.
Dulu aku mengada-ngada lebih kot. Kononnya nak manja lebih dengan tunang sendiri. Poyonya kau ni Nurul. Haha.


Pernah Saiful belikan aku baju kurung harga RM300 lebih kot tapi aku protes habis-habisan. Ada sekali tu aku campakkan je baju kurung yang Saiful beli tu sebab Saiful tak belikan aku tudung yang sesuai untuk baju kurung tersebut. Bila dia dah beli tudung yang sesuai, bukan aku nak pakai pun. Tersepuk dalam almari. Tak ke itu satu pembaziran? Kebanyakan baju yang dia beli pun aku cuma pakai sekali dua je sebab aku bukan suka sangat pakai baju kurung. Rasa rimas dan tak selesa. Pada aku baik pakai seluar lagi best dan senang nak bergerak. Aku lebih rela pakai skirt atau jenis dress dari pakai baju kurung.

Sebab itu ibu aku bising. Tapi ibu aku bising macam mana sekali pun aku buat tak tahu je. Tetap ikut kepala degil aku je dulu. Hah sebab itu ibu aku cakap aku ni jenis keras kepala tapi kuat peleleh. Haha. Ala dulu darah muda. Suka memberontak. Terukkan aku dulu?

Sekarang ni bila dah jadi mak budak, bila tiba raya mulalah aku berlembut dengan Saiful minta duit nak beli kain baju raya. Bila aku dah tempah baju raya, aku cuma pakai sekali dua je. Kalau hari raya, pagi je aku sarung baju kurung tu kang petang aku dah tukar balik pakai seluar. Haha. Mulalah Saiful membebel kat aku. Aku buat tak tahu je. Lantaklah situ. Orang dah tak suka pakai buat apa nak paksa-paksa pakai kan?

Sampailah satu tahap, bila aku tengok orang perempuan yang pakai baju kurung sangat cantik di mata aku. Lagi-lagi kalau pakai baju kurung moden. Mak aiii cantik gila kan? Kalau aku ni lelaki dah lama aku ngorat kau wahai perempuan. Nasib baik aku ni perempuan beb. Haha.

Bila aku sarung baju kurung nak pergi kerja aku berdiri depan cermin, aku lihat badan aku nampak sedikit selim-melim. Eh eh aku perasan sorang-sorang ke? Haha. Bila aku pakai kemeja dan seluar pergi kerja aku rasa aku gemuk sangat. Sebab memang ketara nampak benjolan sana sini selepas aku bersalinkan Raina lebih-lebih lagi bahagian paha dan punggung. Tiba-tiba aku rasa malu. Rasa nak sorok muka bawah meja.

Mulai hari tu, aku tekad borong kain dan buat baju kurung. Aku nak cuba selalu pakai baju kurung pergi kerja. Hari pertama pakai baju kurung hasil jahitan Makcik Ani iaitu mak Reen Fredo, serius aku rasa teruja. Best ok.


Eh eh kenapa aku rasa selesa sangat ni?


Bermula dari situ aku dah mula banyakkan memakai baju kurung. Mulalah aku geledah almari mencari balik koleksi baju-baju kurung yang ada. Aku rasa Saiful pun pelik tengok bini dia yang sekarang teruja bukan main lagi memakai baju kurung. Aku tertunggu-tunggu jugak kot-kot dia nak puji bini dia ni. Tapi aku tengok dia cuma sengih-sengih macam kerang busuk je. Ala dalam hati dia mesti cakap bini dia ayu. Kan? Kan? Kan? Perasanlah kau Nurul. Haha.

Orang kata jangan kutuk lebih-lebih nanti jatuh cinta kan? Mula-mula kutuk lama-lama suka. Sekarang sudah terkena kat batang hidung aku daaa.


Cik Raina Evaqairina berbaju kurung :). Gambar ni saja je nak tempek kat entri ni sebab aku sedia maklum memang tak berapa suka buat entri tak ada gambar :D

Tuesday, July 5, 2011

Tidak salah mencuba

Kadang-kadang aku rasa segan. Tiada keyakinan diri. Siapalah aku. Hanya ada sedikit bakat terpendam. Bukan sedikit tetapi ciput saja. Tapi aku mempunyai minat dan berminat untuk mengembangkan bakat yang ada itu. Saja test power.

Sebenarnya dah lama aku pasang angan-angan nak bisnes berkaitan dengan apa yang aku study dulu. Selama ni aku adalah buat kerja-kerja freelance secara kecil-kecilan. Tapi sekarang dah lama aku tak buat kerja-kerja freelance tu. Masa yang ada banyak aku luangkan bersama keluarga terutamanya Raina.

Tapi bila aku fikir-fikirkan balik agak rugi jika aku sia-siakan ilmu yang aku ada. Sebab sedia maklum aku bekerja full time agak sedikit lari dari bidang apa yang aku belajar di UiTM dulu. Aku buat kerja bermain dengan nombor. Hari-hari mengadap nombor beb. Kadang-kadang pening kepala aku dibuatnya. Dan bukan aku seorang yang lari bidang tapi adik aku yang dulu merangkap senior aku di UiTM pun beralih bidang bekerja dengan banking line. Macam-macam bank adik aku dah pernah cuba seperti CIMB Bank, Maybank dan ada satu lagi bank tapi aku lupa apa kejadahnya nama bank tu. Memang agak pelik di situ tapi itulah realitinya kami adik-beradik. Yang penting masyuk. Alhamdulilah.

Gambar lama : Adik-beradik aku. Muka kami sama tak? Yang kecik tu tentulah si Raina

Mesti korang pelik macam mana aku boleh beralih bidang dengan begitu ketara sekali bukan? Aku belajar dari bawah selepas aku habis study dulu. Sebenarnya aku juga nak berterima kasih kat bos aku sebab bagi peluang untuk aku belajar dunia perakaunan. Bos aku sendiri yang tanya aku sama ada aku berminat mahu belajar dunia perakaunan atau tidak. Aku sendiri yang bersetuju semasa di awal-awal aku join company tempat aku bekerja sekarang ini.

Aku selalu kutuk-kutuk bertweet pasal tempat kerja aku kat twitter kan? Tapi jauh di sudut hati aku mahu berterima kasih juga kat company ni sebab banyak bagi ruang untuk aku belajar banyak perkara baru. Aku ada juga menghadiri pelbagai kursus dan sebagainya. Alhamdulilah tambah satu lagi ilmu dalam diri.

Antara product yang aku sedang cuba usahakan. Ada banyak lagi contoh gambar. Cuma aku agak sibuk ketika ini. InsyaAllah aku cuba rajinkan diri nanti

Dari awal lagi, aku memang tak set otak aku mahu bekerja dalam dunia dipenuhi dengan cabang-cabang graphic atau printing sepenuh masa. Sebab aku rasa kerja seperti itu seperti tidak sesuai bila usia semakin bertambah. Ini pendapat aku saja tau. Tapi aku memang dah set otak aku mahu gunakan ilmu graphic dan printing yang aku belajar ini untuk buat kerja-kerja freelance, part time atau bisnes aku saja. Sebab itu sekarang aku cuba ceburkan diri untuk membuat bisnes menggunakan ilmu yang aku ada.


Tak salahkan jika kita mencuba?


Walaupun secara kecil-kecilan tetapi aku rasa ada satu kepuasan bila aku menggunakan ilmu yang ada ini disertai dengan minat yang mendalam. Aku harap semangat aku ini sentiasa ada dalam diri aku. InsyaAllah.

Tapi dalam diam aku pasang angan-angan. Nak tahu apa angan-angan aku itu? Dari zaman study lagi aku berangan mahu bekerja dalam dunia editor. Dulu masa di UiTM jika ada project department untuk hasilkan majalah atau brosure department ke atau apa-apa event berkaitan fakulti, aku dengan laju sekali bagitahu pensyarah yang aku mahu libatkan diri untuk bahagian editor ataupun pre press dalam istilah bahasa di fakulti aku itu. Tapi belum ada rezeki aku lagi. Kalau dapat kerja di Karangkraf atau The Star kan best. Itu impian aku dari zaman study lagi tau.

Ok aku berangan je tu.
Eh tapi kalau ada rezeki macam mana? Oklah kan? Syukur Alhamdulilah.
Weeeee




Mari jenguk-jenguk blogshop aku Rainbow Lala yang simple ini. Tapi buat masa ni aku jarang update blogshop ni. InsyaAllah aku cuba rajinkan diri untuk update nanti.