Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 24, 2011

Kisah di bulan Ramadhan : Adab sopan seorang pakcik tua

Hari ahad hari tu, aku pergi Mydin Subang dengan adik, ibu dan anak aku Raina. Alhamdulilah ada rezeki sikit. Adik ipar aku dapat baucer free masa buat liputan untuk cari bahan berita. Aku tengok sejak adik ipar aku tukar kerja kat TV Al-Hijrah ni macam-macam rezeki yang dia dapat. Dapat baucer free, baju raya free, duit raya. Syok kan?

Sampai je kat Mydin, aku tengok Mydin dah penuh dengan lautan manusia. Biasalah tu dah nak raya ni masing-masing keluar shopping. Nak cari parking kereta yang kosong pun payah. Nak berjalan pun sampai berlanggar bahu. Aku ni memang tak berapa suka pergi tempat yang sesak macam tu. Tapi disebabkan nak shopping guna baucer free jadi aku sanggup redah.

Bila tiba musim perayaan ni, nak ambil troli pun kena berebut. Aku ni baik hati pergilah beratur masa nak ambil troli tu. Tiba-tiba seorang pakcik yang agak berusia dengan muka selamber tolak badan dan tangan aku. Dahlah tak nak beratur. Dengan muka tak bersalah selamber je terus ambil troli yang aku dah pegang tu. Masa tu darah aku dah mula menyirap. Tapi aku cuba berlagak cool. Terus aku tegur pakcik tu dengan nada suara yang lembut.


Aku : Pakcik, saya beratur kat sini. Saya dapat dulu troli ni pakcik.

Pakcik tua : Troli ni ada letak nama siapa yang punya ke? (Sambil tergelak kecil)

Kurang ajar punya pakcik. Dia boleh tanya aku soalan bodoh. Siap gelakkan aku pulak tu. Terkedu aku dengan perangai dan budi bahasa pakcik tu. Dahlah tak nak beratur pastu main nak rampas troli dari aku. Tapi aku masih tak puas hati. Aku rasa pakcik ni memang patut kena sound dengan aku dulu baru aku puas hati.


Aku : Lain kali beraturlah. Aku beratur kat sini kau selamber je nak amik troli dari aku. Kurang ajar punya pakcik. Dah tua tapi perangai buruk. Suka hati kau je nak amik troli dari orang.


Aku pun tak tahu mana datang keberanian dalam diri aku. Mungkin hati tengah panas tu yang laju je aku sound pakcik tu. Masa tu dah ramai mata yang pandang-pandang kat aku. Tapi aku dah tak kisah janji aku puas hati dapat sound pakcik tu. Aku tengok pakcik tu dah malu kot terus blah dari situ. Dahlah tak minta maaf dengan aku. Geram aku tau tengok pakcik tu terus blah ambil troli yang aku dapat dulu dari dia tu.

Aku bukan nak bersikap kurang ajar. Aku pun ada perasaan hormat. Sebab ayah dan ibu aku pun dah berusia. Tapi jangan hanya sebab pakcik tu ingat dia dah makan garam dulu dari aku dia boleh ketepikan soal adab sopan. Kalau dia minta troli tu cara baik, aku akan bagi sebab aku consider dia dah berusia. Tapi cara pakcik tu tak betul dan tak beradab langsung. Pendapat aku kalau dah salah tu tetap salah. Tak ada isu siapa yang makan garam dulu kat sini.

Tuesday, August 16, 2011

Kerja makan gaji sampai muntah

Korang pernah terfikir tak nak kerja makan gaji sampai bila? Sampai ke tua? Atau sampai anak dah besar sikit? Pastu berhenti kerja duduk rumah buat bisnes full time. Atau korang memang nak kerja sampai pencen? Itupun kalau ada pencen bagi yang kerja government. Bagi yang kerja private boleh kerja sampai ke tua pastu boleh keluarkan semua duit KWSP. Mana satu pilihan korang?

Sejak kebelakangan ni aku asyik fikir sampai bila aku nak kerja. Letihlah wei nak hadap jalan macam tin sardin tu hari-hari. Lenguh kaki aku drive dalam keadaan jalan sesak macam tu. Kepala lutut aku ni sakit bukan main lagi sekarang ni. Maklumlah kereta manual je. Hehe. Eh tapi memang dari dulu aku suka bawak kereta manual berbanding kereta auto. Pelikkan aku ni?

Kerja makan gaji ni aku rasa sampai ke tua pun tak kaya-kaya. Lainlah kalau kita ni kerja jawatan tinggi gaji 15K sebulan. Kadang-kadang tu aku tension jugak bila tiba masa nak kira payroll staff aku tengok gaji orang atasan bukan main banyak lagi. Masuk kerja boleh lewat. Nak balik pun boleh ikut sesuka hati diaorang je. Datang kerja pun aku tengok bukan buat kerja sangat pun. Cuma check dan monitor kerja-kerja staff mana yang patut pastu balik. Bulan-bulan gaji 3,4 kali ganda dari gaji aku. Dari situ aku terfikir sampai bila aku nak kerja makan gaji macam ni tapi tak kaya-kaya pun. Tapi kalau duduk kawasan KL dan selangor ni gaji RM2K-RM3K sebulan pun belum tentu cukup. Duit minyak kereta aku je pun dah dekat RM400. Itu belum termasuk duit tol lagi.

Sebab tu aku buat bisnes secara kecil-kecilan. Aku nak ada pendapatan lain selain gaji bulanan semata-mata. Duit untung niaga tu aku memang asingkan siap-siap dan simpan dalam akaun berlainan. Itu sebab otak aku sekarang ni asyik fikir macam mana nak kembangkan bisnes kecik aku tu. Hari-hari aku dok fikir-fikir benda yang sama. Kadang-kadang tu sampai dah naik muak aku fikir.

Aku pernah terfikir nak berhenti kerja duduk rumah sambil bisnes dari rumah. Tapi bukan sekarang. Mungkin tunggu anak aku dah sekolah. Tapi masa tu aku kena pastikan bisnes aku tu dah stabil. Tapi bila fikir-fikir balik macam rugi je. Baik aku kerja sambil bisnes macam sekarang ni. Duit gaji dapat. Pastu hujung tahun atau awal tahun ada rezeki bos bagi bonus. Itupun kalau rezeki berpihak kepada kita. Keuntungan bisnes pun dapat kan? Best kan?

Kadang-kadang tu aku pernah jugak pasang impian nak ada satu butik pengantin yang sediakan macam-macam perkhidmatan selain buat pelamin dan make up pengantin. Macam buat souvenior dan reka bentuk kad kahwin. Tak payah nak pening kepala fikir pasal nak jaga hati bos pastu terkejar-kejar nak settlekan kerja yang bos suruh buat . Kita jugak tak payah nak terkejar-kejar masa nak punch card atau thumb print bagai. Sebab kalau kita ada butik atau kedai sendiri, kitalah bos besar. Best gila kan? Alahai aku ni memang kuat berangan.

Tapi mana tahu ada rezeki lebih akan datang, termakbul pulak apa yang aku impikan ni. Sampai bila nak makan gaji dengan orang? Sampai bila kita nak jadi kuli? Nak kerja makan gaji sampai muntah? Paling tidak pun kalau kita masih nak kerja makan gaji sekalipun kita mesti ada pendapatan sampingan yang lain. Baru kita rasa puas hati kan? Itu pendapat aku je. Sebab aku memang dah terbiasa dari zaman anak dara buat kerja-kerja sampingan. Cuma sejak dah ada anak ni je aku dah kurang buat kerja-kerja sampingan ni.

Terus-teranglah aku bagitahu, dulu aku pernah kerja kat pusat tuisyen. Hari-hari bekerja aku macam biasa kerja kat Kelana Jaya. Hujung minggu aku balik Banting kerja kat pusat tuisyen. Dalam masa yang sama aku buat freelance berkaitan graphic. Best tau dapat income sana sini walaupun aku penat sikit ulang-alik hujung minggu dari Kelana Jaya ke Banting tapi aku puas hati.

Masa sekolah dulu, aku pernah kerja kat pasar minggu. Kerja dengan family kawan aku. Kawan aku ni anak tokeh ayam terkenal kat kawasan Banting. Jadi aku dan kawan-kawan aku sepakat nak kerja dengan family dia kat pasar minggu jual ayam. Memang bau ayam je aku dulu kalau hujung minggu. Hehe. Sampai pernah kena perli dengan cikgu. Tapi aku tak kisah pun sebab masa tu aku dengan kawan-kawan aku memang suka gila buat kerja ni. Boleh dapat duit tiap-tiap minggu. Boleh beli macam-macam tau. Konon-kononnya dulu dah rasa macam hebat sangatlah sebab masih pegang status budak sekolah tapi dah boleh pakai barang-barang berjenama, makan kat tempat yang mahal-mahal dengan kawan-kawan. Sebab tu aku jenis tak kisah buat 2,3 kerja dalam satu masa. Janji masyuk kan?

Sekarang kawan aku yang anak tokeh ayam tu dah tak kerja. Dia dah berhenti kerja dan bisnes ikan segar. Memang dasar otak bisnes kawan aku tu. Dia sendiri cakap itulah minat dia. Ada sorang lagi kawan aku ni pun dah berhenti kerja bukak kedai dobi. Aku memang terkejut dengan kawan aku yang sorang ni. Sebab senyap-senyap je dah ada kedai dobi. Aku memang salute kat kawan-kawan aku yang sanggup berhenti kerja sebab nak bisnes.

Aku harap rezeki aku berniaga ni sentiasa ada. Aku memang berharap aku dapat kembangkan bisnes kecik aku ni. Walaupun aku masih kerja makan gaji sekalipun tapi aku masih boleh berpuas hati sebab ada jugak kerja sampingan yang aku buat berdasarkan minat aku. Alhamdulilah.

Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum Ramadhan

Agak lama aku tak meluangkan masa untuk menulis di sini. Bebanan kerja di tempat kerja dan kesibukan aku di rumah membuatkan aku menghadkan semua aktiviti sosial aku seperti check facebook, membaca entri terbaru kawan-kawan dan menghadap twitter. Tup-tup dah pun masuk bulan Ramadhan. Assalamualaikum Ramadhan.

Aku berharap Ramadhan kali ni lebih bermakna dan memberi keberkatan dalam hidup aku. Contohnya tahun lepas aku tak dapat solat terawih sebab Raina kecik lagi dan tahun ni Alhamdulilah aku dapat solat terawih dengan penuh keinsafan. Lagipun Raina pun dah besar. Dah setahun lebih pun dan dah boleh di harap. InsyaAllah.

Ramadhan kali ni, aku rajin sikit masak. Tak macam tahun lepas aku dengan Saiful lebih suka habiskan duit beli kat bazaar atau makan kat luar je. Dulu makanan untuk sahur pun selalunya kami beli je. Kalau masak pun selalunya Saiful yang rajin masuk dapur. Punya pemalas aku dulu.

Tapi tahun ni memang berbeza sikit sebab sebelum bulan ramadhan, aku dah beriya-iya pergi borong beli barang-barang dapur. Masa tu memang dah ada niat nak masak untuk sahur dan berbuka. Cuma waktu sahur tu agak kelang-kabut bagi aku sebab nak masakkan bekal Raina untuk hantar ke rumah babysitter dan dalam masa yang sama nak masak untuk sahur pulak. Tapi aku tak kisah sangat malah aku rasa seronok dengan perubahan pada diri aku ni.

Cuma kadang-kadang tu Saiful ada jugak masak untuk sahur dan berbuka. Mungkin dia tengok aku penat sangat tidur sampai tak ingat dunia tu yang dia masak kot. Contohnya macam semalam, aku dah kunci jam nak bangun pagi masak untuk sahur dan bekal Raina. Tapi tup tup Saiful dah kejutkan aku suruh bangun sahur. Bila bangun aku tengok Saiful dah siap masak dan makanan dan siap berhidang bagai.

Pada bulan Ramdhan kali ni jugak aku telah buat satu keputusan yang agak sukar bagi diri aku. Tetapi Alhamdulilah Allah S.W.T beri aku petunjuk dan aku yakin dengan keputusan aku ni. Untuk pengetahun korang, aku dah hantar notis untuk letak jawatan aku kat company tempat aku bekerja sekarang ni. Aku buat keputusan ni pun setelah berfikir panjang dan meminta pendapat orang lain. Susah untuk aku ceritakan kat sini. Cukuplah aku simpan untuk diri aku sendiri kenapa aku resign secara tiba-tiba. Cuma dari apa yang aku belajar di sini janganlah kita mudah mempercayai orang yang kita anggap dan lihat dia sebagai seorang yang sangat baik di mata kita. Kerana dia belum tentu baik terhadap kita. Itu yang aku belajar dari keputusan yang aku buat ni.

Tapi tak kisahlah. Aku percaya Allah S.W.T sentiasa ada dan akan membalas setiap tingkah laku yang kejam tu. Lagipun diam tak diam dah hampir 4 tahun aku kerja kat sini. Dah rasa bosan dan kadang-kadang rasa meluat. Jadi aku tekad membuat pembaharuan dalam hidup aku. InsyaAllah lepas raya seminggu ni ada rezeki, aku akan bekerja di tempat baru. Aku berharap rezeki tu berpihak pada diri aku. InsyaAllah.

Untuk semua pembaca blog aku yang tak seberapa ini, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa. Semoga kita mendapat keberkatan dari Ramadhan kali ini. Salam Ramadhan untuk semua.