Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, October 31, 2011

Dari Hati (5) : Bertahan atau lepaskan?

Sekali lagi blog aku bersawang tanpa entri baru. Bukan tak nak update tapi masa untuk berblogging tu agak terhad buat masa sekarang ni. Sejak aku kerja kat tempat baru ni, aku agak busy. Balik kerja pun kadang-kadang dah malam. Tempat kerja memang dekat dengan rumah dan tak payah nak tempuh jalan sesak setiap hari. Tapi kali ni tanggungjawab aku terhadap kerja lebih berat berbanding kerja sebelum ni.

Sebelum ni aku selasa buat kerja-kerja berkaitan akaun, bermain dengan nombor sampai muak. Ada macam-macam kursus khas sampai aku boleh mahir dengan bidang tersebut. Tapi bila bekerja kat tempat baru ni, head department aku offer aku buat kerja-kerja berkaitan admin dan HR. Dalam masa yang sama aku kena handle jugak buat kerja-kerja akaun. Sebab kat sini manpower kurang. Jadi aku kena tolong staff yang lain. Bayangkan kerja aku macam mana? Yang paling berat untuk aku adalah kerja-kerja berkaitan HR.

Aku suka je belajar benda baru. Aku akan jadikan perkara ni macam satu platform untuk diri aku seperti untuk demand gaji dan kumpul pengalaman bekerja yang boleh aku gunakan kat tempat lain nanti. Tapi bila kita dipertanggungjawabkan kena handle dan control banyak kerja, lama-kelamaan aku macam rasakan benda ni dah di luar kemampuan diri aku. Aku kena settlekan payroll, KWSP, SOCSO, Income tax, overtime untuk staff. Aku jugak kena handle cuti tahunan, hal kebajikan untuk staff. Aku jugak nak kena settlekan report untuk salary. Aku jugak nak kena handle dan control hal-hal pentadbiran company. Pastu ditambah lagi nak kena tolong staff lain handle bab akaun company. Gila ke apa?

Memang aku tak nafikan gaji yang aku dapat kat sini double dari tempat lama lebih-lebih lagi jika aku rajin overtime stay kat office sampai malam. Tapi aku bukan saja-saja nak stay kat office sampai malam macam tu. Tapi memang kerja aku melambak. Aku terpaksa jugak balik lewat yang kadang-kadang aku tak sedar sebenarnya dah malam. Kadang-kadang tu kalau aku dah tension sangat aku tinggalkan je kerja-kerja aku tu. Baik aku balik rumah layan anak aku. Tenang sikit jiwa aku.

Kat tempat baru ni internet tak kena block macam tempat lama aku. Jadi bila-bila masa je aku boleh nak online. Tapi sejak aku kerja kat sini, percaya tak aku jarang online. Sebab aku dah dibebani dengan kerja yang banyak jadi aku dah tak ada hati nak online waktu bekerja. Kalau aku online pun sekejap-sekejap je. Itu pun selalunya masa waktu lunch ke atau masa sebelum nak balik rumah. Balik rumah pun dah penat. Nak makan pun kadang-kadang aku boleh lupa atau aku sendiri yang malas nak makan. Sampaikan Saiful sendiri kejutkan aku suruh aku makan. Inilah salah-satu sebab kenapa masa aku terhad untuk berblogging sekarang ni.

Baru-baru ni aku ada pergi interview kat satu company ni. Dekat jugak dengan rumah aku. Dan yang bestnya dekat dengan office Saiful. Aku di offer bekerja untuk buat kerja-kerja akaun. Account department kat company tu pun ramai. So aku dah boleh agak kat situ mesti ramai manpower macam company lama aku. Tapi gaji yang mereka offer tu kurang sikit dari apa yang aku minta. Tapi elaun banyak. Jadi sekarang aku berbelah bahagi samada nak terima offer tu atau tidak? Kalau aku terima offer tu bermakna aku akan lepaskan jawatan aku kat tempat kerja sekarang ni.

Sebenarnya aku sayang nak lepaskan jawatan sekarang ni sebab gaji memang dah cantik sangat. Bayangkan aku baru kerja kat sini lebih kurang dua minggu, tapi gaji aku untuk bulan ni dah hampir sama dengan gaji sebulan aku kat company lama dulu. Tapi bila fikir bab kemampuan aku nak handle dan control kerja-kerja aku tu, aku rasa aku nak je lepaskan jawatan yang ada sekarang ni. Tapi kadang-kadang tu aku fikir macam nak stay kat sini sampai tahun depan. Pastu aku akan cari kerja lain.

Selain tu aku ada je dapat panggilan interview sana sini. Tapi ada yang aku terpaksa reject sebab position yang mereka offer tu aku tak berkenan. Jadi aku dalam kekeliruan sekarang ni. Samada nak teruskan bekerja kat sini atau lepaskan apa yang ada pastu cari lain?

Tension aku wei

Wednesday, October 12, 2011

Terima kasih Tuhan

Pada bulan Ramadhan yang lalu, aku sanggup membuat keputusan meletakkan jawatan aku di company yang aku anggap cukup kukuh pada pandangan mata aku. Ramai yang tak percaya dengan keputusan mengejut aku tu.

Eh Nurul betul ke ni? Kenapa? Kenapa?

Banyak sebab kenapa aku sanggup buat keputusan besar macam ni. Kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa aku nak berhenti kerja kat situ sedangkan aku dah cukup selesa dengan kerja-kerja aku kat situ. Ada kerusi meja yang best dan selalu dapat makan tempat yang best-best. Sebab bos aku ni selalu belanja makan. Tapi aku tetap nak berhenti kerja.

Seperti entri aku yang lepas-lepas, salah-satu sebab kenapa aku sanggup berhenti dan melepaskan jawatan aku tu adalah diskriminasi yang melampau. Dan lagi satu, aku gaduh besar dengan bos aku. Masa tu aku tekad aku akan letak jawatan walaupun bos aku pujuk rayu sekali pun. Sebab lain tempat kerja aku tu jauh. Selalu dapat warning dari pihak management. Orang lain datang lambat tak kena apa-apa pun tindakan. Tapi aku selalu je kena warning. Macam yang aku cakapkan kat situ diskriminasi melampau. Dan sebab terakhir adalah aku nak pastikan tahun-tahun akan datang aku dapat mencapai misi tangga gaji yang aku idam-idamkan.

Aku tak nafikan selama aku berkerja kat area Kelana Jaya ni, aku selalu mengeluh traffic jam, thumb print lewat, terpaksa travel dari Shah Alam ke Kelana Jaya. Aku tak nafikan itu semua. Tak baikkan mengeluh? Tapi aku selalu mengeluh. Haih. Tapi jauh di sudut hati aku, sebenarnya aku sanggup travel jauh-jauh kalau sesuatu offer yang aku dapat tu berbaloi-baloi untuk diri aku. Tapi kalau dapat tempat kerja yang lebih dekat tu, aku rasa itu satu bonus buat aku.

Sebelum aku letak jawatan, aku secara besar-besaran dah mencari kerja sana sini. Dan aku selalu berdoa supaya ada rezeki aku dapat kerja yang lebih dekat. Senang balik rumah awal boleh ambil Raina kat rumah babysitter pun awal. Tapi kebanyakan offer yang datang kat aku semuanya jauh-jauh. Kalau ada yang dekat-dekat pun offer tak berapa cantik. Jadi, aku terus ubah pendirian. Ok tak pe kot kalau dapat kerja jauh tapi offer mesti cantik dari company lama aku tu. Dan lagi satu aku nak cari sebuah company yang boleh bagi banyak benefit untuk staff.

Sebenarnya banyak target aku untuk tahun-tahun akan datang. Jadi bila aku mengambil kira semua perbelanjaan dan target aku tu, terpaksalah aku mencari offer yang betul-betul yang boleh mendatangkan kepuasan bagi diri aku. Alhamdulilah akhirnya berkat kesabaran dan doa aku selama ni, akhirnya penantian yang aku tunggu-tunggu selama ni tercapai.

Pagi tadi, aku dapat panggilan dari minah cina yang tegur aku gemuk tempoh hari. Yeahhh aku dah dapat offer yang aku idam-idamkan. Terima kasih minah cina. Walaupun kau tanya aku soalan cepumas yang menjengkilkan hati aku, tapi kau sanggup terima apa yang aku minta tempoh hari. Aku harap, tempat kerja baru aku ni lebih baik dan selesa dari company lama aku tu. Tak pe yang penting aku cuba dulu.

Terima kasih Tuhan. Terima kasih kerana Kau sudi makbulkan permintaan aku. Syukur Alhamdulilah.

Tuesday, October 11, 2011

Membesar bagaikan juara


Perkahwinan aku dengan Saiful belum pun mencecah tiga tahun usianya. Tapi lihat sajalah pembesaran kami laki bini. Kami membesar bagaikan johan. Aku tengok pun gerun lebih-lebih lagi bahagian perut. Bukan saja perut aku tapi perut Saiful pun dah sama level macam perut aku. Apa kes?

Ini baru anak sorang tapi dah kembang sana sini. Scary kan? Tapi silap aku jugak sebab berpantang koboi dulu. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Salahkan diri-sendiri. Aku nak kurus cepat tapi malas diet. Jadi macam mana nak kurus-kurus macam ni?

Hari tu aku pergi interview untuk sebuah company. Dan minah cina tu tanya aku,

Dulu awak kurus ye? Dalam resume ni gambar awak nampak lain.

Bila soalan itu yang ditanyakan kat aku, terus aku moody sepanjang interview tersebut dijalankan. Nampak sangat aku dah gemuk kan? Sampai minah cina tu pun tegur aku.

Tension aku wei.

Friday, October 7, 2011

Aku hanyalah seorang pekerja makan gaji

Kenangan lama. Tiba-tiba rasa rindu. Alahai

Ini lagi satu entri lama yang aku peram. Hari ni sedaya-upaya aku cuba jugak publish entri lama ni.

Banyak sebab kenapa aku resign secara tiba-tiba walaupun hakikatnya aku sayang sangat dengan kerja aku sekarang ni. Ini adalah keputusan paling besar yang aku buat pada bulan Ramadhan yang lalu. Memang menguji tahap kesabaran aku. Walaupun aku di pujuk atau di rayu, aku tetap dengan keputusan aku tu.

Sebenarnya aku dah banyak sangat makan hati tapi aku masih boleh lagi bertahan hampir 4 tahun kat sini. Aku tak tahulah kalau orang lain macam mana. Entah-entah dah cabut lari kot. Sebab situasi staff cabut lari memang biasa kat tempat kerja aku ni. Aku rasa orang yang betul-betul hati kental je boleh bertahan kat sini. Kiranya aku ni seorang yang hati kental kot kat sini. Kental tak kental sangatlah. Hehe.

Apa yang aku buat untuk bertahan kat sini cuma satu je yang aku amalkan. Aku tak pedulikan apa yang orang lain nak cakap. Yang aku tahu datang kerja macam biasa punch card dan buat kerja yang di beri. Jam 5.30 cabut balik. Dulu masa mula-mula kerja kat sini aku memang rajin sikitlah nak balik lewat tapi sekarang ni tepat jam 5.30 aku memang dah ready nak balik. Tak sabar nak jumpa anak. Hehe. Aku tak suka nak bergosip sana sini walaupun aku tahu ada yang kutuk dan mengata belakang aku. Bagi aku buat hal sendiri lebih baik. Biarlah orang nak cakap aku sombong sekalipun asalkan aku tak kacau hidup orang.

Time ni tengah tunggu turn nak thumb print. Masa ni aku baru lepas habis cuti maternity. Gemuk kan aku?

Dengan Dato' my big bos

Aku join company ni dari awal tahun 2008. Paling aku ingat ibu aku sanggup temankan aku pergi interview ni. Bos aku siap jumpa ibu aku bagitahu yang aku dah diterima bekerja. Masa tu aku bajet bos aku ni baik gila wei. Tapi tak sangka rupa-rupanya bos aku ni seorang yang sangat cerewet dan agak poyo.

Aku rasa aku adalah orang yang bernasib baik sebab lepas je aku habis belajar aku dah dapat offer kerja. Dan sebelum majlis konvo aku dah dapat beli kereta hasil titik peluh dan usaha aku. Semuanya bermula di tempat aku bekerja sekarang ni. Masa tu gaji aku kecik je. Dengan status fresh graduate berapa sen sangat gaji aku dulu. Tapi aku tetap mahu terus kerja kat sini dengan target nak cari pengalaman. Alhamdulilah lama-kelamaan tu adalah naik sikit gaji aku tu. Berkat kesabaran aku kot.

Tapi untuk bertahan kat sini bukan mudah seperti yang di sangka. Macam-macam aku tempuh. Kena marah, kena maki, dan pernah jugak kena hina dengan bos. Kadang-kadang tu kena marah atas perkara yang tak logik di terima akal. Aku jugak adalah mangsa diskriminasi! Aku tak pernah menangis depan bos. Aku akan tahan dulu rasa sebak aku dan selalunya aku akan masuk dalam toilet. Dalam toilet baru aku akan menangis sepuas-puas hati aku.

Contohnya hari tu, aku ada selisih faham dengan bos aku. Puas aku pertahankan diri. Tapi dah namanya pun bos kalau dia salah pun dia tetap cakap diri dia betul. Pastu bila dah marah aku kaw-kaw, tiba-tiba dia nak buat baik dengan aku pulak. Siap tanya kawan aku ‘Nurul marah saya ke Joanne?’ Motif? Aku tak sukalah kalau dah terang-terang aku tak salah tapi ada orang nak cari pasal dengan aku. Terus mood kerja ke laut. Sejak tu aku tak nak pandang muka bos aku. Agaknya bos aku pun perasan. Lantaklah situ. Ada aku kisah ke bos? Eh eh dah jadi bekas majikan aku lah. Haha.

Inilah manager department aku yang baik gila, Mr Tong

Bukan mudah kalau kerja di sektor swasta macam aku ni. Lagi-lagi kalau dapat bos yang cerewet macam bos aku ni. Eh tapi manager department aku baik gila. Salah-satu sebab aku masih bertahan kat sini pun sebab adanya seorang manager yang baik. Cuma bos besar je yang cerewet. Semua kerja kena perfect. Macamlah staff dia ni robert dan ada kuasa magik. Semua kerja kena siapkan dalam masa yang cepat. Tak ada istilah nak mengular atau nak tangguh-tangguhkan kerja. Datang lewat sikit dah kena warning letter. Buat salah sikit pun dah kena warning. Pagi-pagi masuk kerja bukak komputer terus kena buat kerja. Kadang-kadang tu dah tapau breakfast nak makan kat office tapi makan pun dalam keadaan kelang-kabut. Sebab tak mahu dikatakan ambil kesempatan melengah-lengahkan masa bekerja. Kadang-kadang tu aku rimas jugak situasi bekerja macam ni. Tak ada kebebasan langsung. Tapi inilah protokol cara kerja di tempat aku ni.


Hari sabtu kami bekerja. Masa ni sibuk nak ambil gambar sebab bos tak ada kat office

Tempat kerja aku ni kaum melayu dan india tak ramai. Paling ramai kaum cina. Jadi bahasa komunikasi kat tempat kerja aku ni 70% adalah dalam bahasa inggeris. Mula-mula tu kekok jugak. Lama-kelamaan tu dah biasa. Itu adalah satu cabaran dan peningkatan buat diri aku. Tapi nasib baik dalam department aku ni ada sorang kawan melayu. Jadi aku dengan kawan aku ni bantai cakap melayu je kalau berborak. Cuma secara rasminya kalau dengan bos, orang atasan dan kawan-kawan seangkatan yang lain kami banyak berkomunikasi dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu. Sebenarnya seronok jugak kerja bercampur dengan pelbagai kaum ni. Agak meriah. Cuma kadang-kadang tu teringin nak kerja dalam suasana yang ramai staff melayu. Rasanya lagi meriah kot lagi-lagi kalau nak raya. Feel nak raya tu rasa lebih sikit kot.

Kalau bekerja di sektor swasta, pengiraan bonus dan pemberian increment bergantung pada prestasi kerja seseorang. Tapi kat tempat aku ni agak diskriminasi sikit. Jadi agak berat sebelah dalam bab pemberian bonus dan increment. Tapi Alhamdulilah walaupun tahun ni nama aku tak tersenarai dalam pemberian bonus dan increment tapi aku merasa jugak duit bonus dan increment beberapa kali. Sekali bonus kat tempat aku boleh sampai 3,4 bulan setahun. Ada sekali tu aku dapat bonus sampai dua kali dalam setahun. Masa tu memang masyuk gila lah. Itulah salah-satu kelebihan kalau kerja swasta.

Bila dah beberapa tahun aku bekerja di sektor swasta ni, kadang-kadang hati tu teringin jugak nak beralih angin kerja kat sektor kerajaan pulak. Cuma aku tak tahu macam mana cara kerja dan tahap tension bekerja kerajaan ni. Tapi bagi aku yang dah bertahun-tahun bekerja dalam situasi kerja yang sangat protokol dan menghadapi tahap tension yang agak tinggi, jadi agak biasa bagi aku nak tempuh keadaan yang agak mencabar dalam situasi bekerja ni. Nasib baik aku tak kerja banking line macam adik aku. Hampir setiap hari adik aku mengamuk mengadu hal kerja. Macam susah je kerja bank ni ye? Orang cakap gaji besar, tanggungjawab terhadap kerja pun tentulah besar. Nak pergi toilet pun fikir 2,3 kali wei kalau kerja tengah melambak.

Konon-konon je buat busy. Sebab bos ada time ni :D


Masa ni tengah busy sebenarnya. Tengok muka aku pucat gila kan?

Kalau kerja kerajaan ni tak boleh demand gaji kan? Itu yang sebenarnya buat aku rasa berat hati nak kerja kerajaan ni. Tapi jauh di sudut hati aku ni kadang-kadang tu teringin jugak sebab ibu aku cakap kerja kerajaan akan dapat pencen bila kita dah tua nanti. Tapi sekarang ni bukan mudah nak kerja kerajaan. Aku dah beberapa kali pergi exam kat putrajaya tu tapi tak lulus-lulus pun. Susah gila exam tu. Apa nama exam tu pun aku dah lupa.

Tapi bagi aku tak kisahlah kerja swasta mahupun kerajaan. Janji kita dapat income tu cara halal. Mana-mana kerja ada je tahap tension dalam bekerja. Cuma aku berharap suatu hari nanti aku dapat jugak merasa bekerja di sektor kerajaan. Sebab aku dah letihlah nak menempuh tahap tension yang tinggi dalam bab bekerja ni. Lagi satu aku teringin nak kerja yang ramai staff melayu. Aku nak cuba beralih angin. Itu pun kalau rezeki berpihak kat diri aku.

Ada tips tak macam mana nak kerja kerajaan?
Syok tak?

Alhamdulilah, sekarang ni aku dah bebas dari cengkaman bos aku tu. Dan hidup aku lebih happy dari dulu. Aku beryukur. Terima kasih ya Allah.

Thursday, October 6, 2011

Entri basi : Birthday party Mya Myiesha



Assalamualaikum,

Ini entri basi. Memang cerita ni dah lama sangat aku peram. Sebenarnya aku dah lama tulis entri ni tapi asyik tertangguh-tangguh je nak publish. Sebab hari tu aku agak busy dengan hal kerja dan uruskan bisnes kecik aku tu. Sekarang ni ada masa terluang jadi aku cuba jugak publish mana-mana entri yang dah terperam lama tu. Wish me luck. Ok kali nie aku nak ceritakan tentang birthday party Mya Myiesha anak seorang rakan blogger. Sejak ada anak nie, aku dapat banyak jemputan birthday party dan majlis cukur jambul mahupun aqiqah. Aku memang suka pergi majlis-majlis macam ni. Sebab boleh bawak Raina jumpa kawan-kawan dia. Aku akan cuba hadirkan diri jika ada kelapangan.












Terima kasih Azie atas jemputan majlis ni.

Untuk majlis Mya ni, aku memang agak teruja sikit. Sanggup ambil time off waktu kerja pastu pergi The Curve sorang-sorang nak cari hadiah untuk Mya. Aku jugak nak carikan hadiah untuk Imaan anak si Fad dan baju baru untuk Raina. Sibuk set otak aku nak cari hadiah untuk Mya dan Imaan sampai lupa nak belikan hadiah untuk Cha anak si Dayu. Maafkan aunty ye Cha. Maklumlah tarikh lahir anak-anak diaorang nie dekat-dekat je.









Aku adalah orang terawal sampai kat majlis Mya ni. Datang awal pun sebab adik aku Bani diamanahkan oleh Azie mengambil gambar untuk majlis Mya ni. Jadi memang kena sampai awal. Disebabkan kejar masa, aku pergi pun berasingan kereta dengan Saiful. Nasib baik Saiful jumpa rumah Azie ni. Mula-mula tu Saiful cakap sesat jugak. Tapi Alhamdulilah sebab Saiful dah biasa dengan area Shah Alam, cari-cari akhirnya jumpa jugak.

Aku jumpa ramai blogger kat majlis Mya ni. Tapi ada yang segan aku nak tegur. Takut diaorang tak kenal aku pulak. Aku bukannya popular pun. Hehe. Aku jumpa Diah dan Amy. Aku baca blog diaorang yang terkenal dengan blog hal persiapan perkahwinan dulu. Tapi segan nak tegur. Jadi aku cuma sengih-sengih macam kerang busuk je kat diaorang.











Eh ada jugak tegur Amy. Itupun sebab Raina nak ambil soother si Anya. Kebetulan soother MAM Anya tu sama macam soother lama Raina. Jadi Raina ingat itu soother dia. Menangis-nangis Raina nakkan soother Anya.

Akhirnya aku dapat jumpa dengan Hanie. Aku baca blog Hanie nie dari dia belum kahwin rasanya. Oh Hannah sangat putih melepak. Geram tengok Hannah. Aku jugak jumpa dengan Nadd. Baru kenal dan baca blog Nadd sebenarnya. Tapi macam dah lama kenal. Sebab Nadd ni peramah orangnya. Siap dukung si Khadra yang tembam tu. Nasib baik Raina okeh je bila tengok mama dia dukung baby lain. Hehe.

Aku tengok Mya happy sepanjang majlis berlangsung. Jadi aku tahu Mya mesti tahu semua orang sedang meraikan sambutan hari lahirnya. Walaupun Mya dah besar nanti mesti dia tak ingat tentang majlis sambutan hari lahir yang pertama dia. Tapi aku pasti apabila dia melihat gambar-gambar ni, dia mesti tersenyum. InsyaAllah.

Wednesday, October 5, 2011

Blog : Tak semua benda boleh cerita

Blog bukanlah tempat yang sesuai untuk meluahkan segala apa yang kita pendam. Ada di antara kita anggap blog ni macam diari harian yang perlu di update selalu. Ikut suka kita nak tulis apa pun kan? Sebab ini blog kita, gambar kita, cerita kita. Peduli apa orang lain nak cakap apa pun. Tapi bukan semua cerita kita boleh ceritakan kat sini. Kita perlu jugak tapis setiap cerita yang nak kita tulis.

Kenapa perlu nak tapis-tapis?
Sebab tak mahu orang lain terasa hati dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain terasa jelik dan muak dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain rasa marah dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain salah-anggap dengan kita.
Sebab tak mahu orang lain tahu 100% pasal hal kehidupan peribadi kita.


Kita perlu jugak simpan sekurang-kurangnya 50% hal peribadi kita. Tak semuanya perlu kita pertontonkan kepada umum. Kita perlu sedar tak semua orang suka kat kita. Percayalah setiap apa yang kita ceritakan kat sini boleh dijadikan bahan kepada orang yang tidak sukakan kita walaupun sekelumit kudis sekalipun. Bukan hanya kat blog malah kat facebook mahupun laman sosial yang lain.

Dulu aku tak pernah terfikir langsung yang blog aku ni akan ada orang lain jumpa dan baca. Sebab dulu aku berblogging hanya untuk suka-suka je. Kalau ada pun yang tahu pasal blog aku ni pun hanya 2,3 orang kawan rapat aku je. Tapi aku tak sangka yang hari ini agak ramai yang dah tahu pasal blog aku ni. Sehinggakan bila aku pergi mana-mana ada jugak yang kenal aku. Ada jugak yang massage inbox FB aku supaya approve kan request mereka untuk jadi kawan kat FB.

Follower aku pun masih ciput. Lagipun aku bukannya selalu update blog. Ikut mood aku je. Kalau aku rasa nak update, aku update. Kadang-kadang tu kalau aku rasa malas nak update aku biarkan je blog aku ni bersawang. Sebenarnya aku malu dan segan. Apa yang aku tulis kat sini hanya untuk suka-suka dan berkongsi cerita je. Aku minta maaf kepada sesiapa yang kalau ada aku lambat approved kat FB. Sebab selalunya aku akan tapis dan tengok dulu siapa orangnya.

Kebanyakan entri-entri aku ni berdasarkan pengalaman dan situasi yang berada kat sekeliling aku. Tapi tak semuanya aku ceritakan kat sini. Sebab aku masih mahu simpan untuk diri-sendiri jugak. Kadang-kadang tu aku takut sebenarnya. Takut kalau ada mana-mana pihak yang salah anggap dengan aku. Sebab tu aku tapis dulu apa yang aku nak tulis kat sini. Pernah kadang-kadang tu aku dah tulis panjang lebar tapi aku simpan kat draft je.

Aku rasa blog bukanlah tempat yang sesuai untuk ceritakan hal dalam dan tepi kain kehidupan. Blog jugak bukanlah tempat yang sesuai untuk tunjukkan apa yang kita ada. Cukuplah kita ceritakan secukup rasa untuk ada rasa lemak manis dalam sesebuah entri. Tapi terpulang kat korang kalau rasa mahu berkongsi cerita apa saja. Kalau macam aku ni, memang suka je baca apa-apa entri pun. Sebab memang minat aku pun membaca. Jadi aku belasah je baca. Lagi-lagi kalau entri tu ada banyak gambar. Lagi aku suka baca. Hehe.

Korang boleh nilai dan tegur penulisan aku jika aku tersasar jauh dari landasan sebenar. Sebab kita sebagai manusia tak lari dari membuat kesilapan. Mungkin jugak aku tanpa sedar telah menulis sesuatu yang mengguris hati orang. Jika ada jangan segan atau takut untuk menegur. Aku cuba perbaiki mana yang silap.

Tidak salah kan kita belajar dari kesilapan kan? Entri ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku yang pernah kena hentam pada awal-awal pembabitan aku di dunia blogging dulu. Aku hanya tulis entri pasal perempuan merokok je pun. Tapi kena hentam bukan main lagi. Mana aku bajet orang nak baca blog aku dulu kan? Tup tup kena hentam. Tapi silap aku jugak menulis tak pandang kiri kanan. Hehe. Sebab tu sekarang aku lebih berhati-hati setelah bertahun-tahun aku berblogging kat sini.

Jadi bila blog kita di serang oleh si anon, kita jangan cepat gelabah ayam pulak. Mula-mula kita cari dulu mana silap kita. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari komen si anon. Kalau komen si anon tu seperti mahu menjatuhkan kamu dan kamu rasa kamu berada di pihak yang benar, kamu biarkan je serangan si anon ini. Jangan ambil peduli sangat. Si anon pun manusia biasa jadi buat apa kita nak takut dan gelabah ayam dengan bayang-bayang manusia seperti tu bukan?

Terima kasih kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Kepada silent reader, rajin-rajinlah tinggalkan jejak kamu kat sini supaya aku dapat kenal kamu. Aku tak makan orang jadi jangan takut atau segan nak tinggalkan jejak. Muka aku je nampak sombong tapi hati aku baik tau. Cewahhh. Mulalah tu kau Nurul. Hehe.

Assalamualaikum

Monday, October 3, 2011

Bila anak berkomunikasi

Perbualan pertama
Raina : Mama, tu tu untah
Aku : Kenapa Raina?
Raina : tu tu untah
Aku : Raina muntah?
Raina : untah (sambil angguk-angguk kepala)

Perbualan kedua
Raina : Mama, tu tu pah
Aku : Kenapa Raina?
Raina : tu pah
Aku : (Sambil berjalan menuju tempat yang di tunjuk oleh Raina)
Raina : tu tu
Aku : Oh Raina tumpahkan kerepek ye?
Raina : (Angguk-angguk kepala)

Perbualan ketiga
Raina : Jom lah, jom lah
Aku : Nak pergi mana?
Raina : tu tu (Sambil tunjuk di luar rumah)
Aku : Kejap ye
Raina : Ma ni bat la. Pat lah
Saiful : Kan Raina? Mama lambatlah.

Itu antara contoh-contoh komunikasi antara aku dengan Raina Kadang-kadang aku pelik dan terfikir mana Raina belajar semua ni? Sebab tak semua perkataan baru tu aku yang ajar. Automatik terkeluar dari mulut Raina bila dia mula berkomunikasi dengan kita. Bila dia bercakap perkataan-perkataan baru tu, aku akan terkejut. Eh bila masa Raina belajar perkataan ni?

Aku tak sangka yang Raina akan cepat bercakap dan mudah faham arahan dan perbualan kita sejauh ini. Sebab anak aku ni tumbuh gigi cepat sikit. Umur 5 bulan lebih dah mula menampakkan proses-proses pertumbuhan gigi. Umur 6 bulan dah keluar dua batang gigi sekaligus. Ramai yang bagitahu kat aku yang anak aku mesti akan lambat berjalan dan lambat bercakap. Kadang-kadang aku terpengaruh jugak dengan kata-kata orang. Dan mulalah aku akan risau bila aku banyak berfikir. Sampailah tiba masanya Raina dah mula berjalan pada umur 11 bulan. Masa tu pun aku dah terkejut sebab aku tak sangka jugak yang anak aku akan berjalan seawal usia begitu, sebab masih memegang persepsi kata-kata orang sebelum ni. Dan sekarang pada usia Raina yang belum mencecah dua tahun, sekali lagi aku terkejut sebab anak aku dah mula bercakap menggunakan perkataan-perkataan baru yang aku sendiri tak pernah terfikirkannya.

Dari situ aku mula buang semua persepsi kata-kata orang yang tersemat dalam diri aku selama ni. Saiful selalu jugak marah aku sebab aku cepat terpengaruh dengan kata-kata orang. Sebenarnya aku dah tekad tak mahu dengar sangat cakap orang keliling. Tapi bila dah ramai yang bagitahu aku hal yang sama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi diri aku jugak. Alhamdulilah dan aku bersyukur sangat dengan proses pertumbuhan dan pembelajaran Raina setakat ini.

Buat masa sekarang ni, Raina boleh faham arahan dan percakapan kita. Kalau ada arahan dan percakapan kita yang dia tak faham, aku akan cuba terangkan dan betulkan. Cuma sekarang ni aku kena lebih berhati-hati dan control bila bercakap. Sebab anak aku ni jenis mudah mengikut apa yang orang lain cakap. Itu yang merisaukan aku sekarang ni.

Contoh hari tu, aku panggil Saiful dengan panggilan ‘awak’. Tak lama lepas tu, Raina cuba panggil papa dia dengan panggilan ‘awak’ jugak. Puaslah aku nak terangkan kat dia nak bagi dia faham. Kadang-kadang kelakar pun ada bila tengok keletah anak aku ni. Hehe.

Jadi bila anak dah mula berkomunikasi , kita sebagai mak bapak kena sentiasa control apa yang kita nak cakapkan. Sebab dia dalam peringkat nak belajar benda dan perkara baru. Jadi kita kena sentiasa terangkan mana yang tak betul dan mana yang betul. Lagi satu, bila anak silap cakap kita kena cuba betulkan. Budak-budak yang baru nak belajar ni selalunya akan bercakap hujung-hujung perkataan macam Raina ni. Jadi, kita kena sentiasa cuba terapkan perkataan penuh dan betulkan. Walaupun si anak agak payah nak sebut sebab masih baru bagi diri dia, tapi kita kena sentiasa bercakap dalam perkataan dan ayat penuh tanpa berkomunikasi dalam bahasa yang pelat. Aku tak tahulah kalau orang lain macam mana. Tapi untuk diri aku, memang aku tak amalkan bahasa pelat dengan anak aku. Aku tetap menggunakan bahasa dan ayat penuh walaupun kadang-kadang Raina terkial-kial nak belajar sebut setiap perkataan yang aku ajar.

Tapi takpe kan? Yang penting kita gunakan cara yang betul. InsyaAllah mungkin berkat kesungguhan kita tu akan membuahkan hasil. InsyaAllah mudah-mudahan.



Ni gambar hari raya hari tu. Raina kalau nak 'pupu' dia akan mencangkung macam ni. Lepas tu bila dia dah 'pupu' dia akan cakap 'Mama, pupu' :D