Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, November 16, 2011

Terapi untuk diri

Aku rasa dah lama aku tak manjakan diri-sendiri. Asyik kerja, kerja, kerja. Sampai ke sudah pun kerja tak akan pernah siap. Kalau dah siap satu kerja datang lagi 2,3 kerja yang lain. Kerja kuat macam mana sekali pun percayalah kerja tak akan pernah siap. Lainlah kalau aku ni bos duduk goyang kaki dan kerja aku bagi arahan kat staff je kan?

Alahai.

Ok ni kira macam entri mengeluh kat diri-sendiri. Aku tahu bukan elok sangat mengeluh. Sebab ibu aku sendiri selalu pesan kat anak-anak dia jangan selalu mengeluh. Tak baik untuk diri-sendiri. Ibu aku paling pantang kalau anak-anak mengeluh depan dia. Sorry ibu. Kaklong mengeluh sekali-sekala je. Boleh kan? Hehe.

Ok berbalik kepada tajuk entri berkenaan tentang terapi untuk diri ni, sebenarnya aku nak bagitahu yang aku memang dah lama tak manjakan diri aku macam shopping untuk diri-sendiri, pergi bercuti tenangkan fikiran dan pergi keluar berseronok dengan kawan-kawan. Lebih-lebih lagi sejak aku ada anak ni. Segala aktiviti yang aku lakukan semasa zaman anak dara dulu dah jarang-jarang sangat aku lakukan sekarang.

Serius aku rindu.

Dulu aku memang kaki shopping. Aku sanggup shopping sorang-sorang tanpa ada orang teman pun. Aku buat buka tak malu je pergi MNG, Zara, Topshop, Dorothty Perkins test baju itu, test baju ini sorang-sorang. Dulu aku kurus sikit jadi ada keyakinan kalau nak shopping sorang-sorang macam tu. Sekarang ni aku kalau nak shopping mesti nak bawak Raina temankan aku.Maklumlah dah gemuk. Bawak anak nanti orang akan tahu 'ohhh dia ni mak budak patutlah gemuk'. Hehe.

Satu hari tu, aku terfikir yang aku dah lama sangat tak shopping untuk diri-sendiri. Jadi aku rasa alangkah baiknya aku shopping untuk diri aku ni. Kebetulan baru-baru ni Saiful konon-konon nak buat suprise. Dia ambil aku balik kerja pada hari Sabtu yang lepas dan bawak aku dan Raina pergi shopping. Masa tu Saiful macam tak kisah aku nak beli apa pun. Dia sendiri cakap yang aku dah lama tak beli baju dan keperluan diri aku sendiri. Jadi aku pun menjadi seorang isteri yang jakun tak ingat dunia. Memang melepaskan gian shopping sakan masa tu.

Apa-apa pun terima kasih buat suami.

Sebelum tu aku ada jugak shopping online. Aku order sehelai maxi skirt. Aku memang suka pakai skirt atau dress kembang-kembang ni. Memang dasar tak sedar diri tu dah gemuk nak jugak ada hati pakai maxi skirt. Hehe. Jadi tanpa fikir panjang aku order je maxi skirt dari RnR Collection. Aku order bulan September hari tu dan baru minggu lepas aku dapat. Lama kan aku tunggu maxi skirt aku siap? Tapi tak pe yang penting aku puas hati.


Maxi skirt dari RnR Collection

Dalam masa yang sama aku teringin nak pakai dress macam dalam gambar kat bawah ni. Puas aku cari bisnes online yang ada jual dress macam ni. Aku minat gila dengan dress dari Ammara Hijabi ni. Tapi tiap kali aku nak order mesti sold out punya. Tension betullah.

Tak tahu kenapa sejak ada anak ni aku memang suka sangat pakai dress macam ni. Aku automatik jadi kurang gemar pakai seluar. Agaknya sebab aku dah gemuk kot. Kalau pakai dress macam ni bolehlah tutup mana yang patut lemak-lemak yang ada tu kan? Itu pendapat aku lah.


Dress dari Ammara Hijabi

Lagi satu aku teringin nak pakai longsleeve jumpsuit macam dalam gambar kat bawah ni. Keinginan ni dah lama aku pendam. Tapi bila aku nak beli je aku mesti teragak-agak. Aku takut kot-kot bila aku pakai nanti nampak macam kartun dan kelihatan kelakar kat mata orang lain.

Kan best kalau kurus tinggi lampai. Pakai apa pun nampak cantik kan? Tapi kot-kot nanti aku terbeli jugak longsleeve jumpsuit ni, bolehlah aku melaram pakai dan buat muka tak malu je walaupun nampak kelakar. Hehe. Yang penting keyakinan diri kita bila sarung sesuatu pakaian tu kan?

Longsleeve jumpsuit dari Ammara Hijabi


Oh ye aku nak bagitahu jugak yang aku dah lama gila tak beli handbag baru. Terus-terang dulu aku ni gila kumpul handbag lebih-lebih lagi handbag dari Guess. Tapi sejak ada anak ni aku macam jenis tak kisah beg tu dari brand apa pun janji nampak cantik kat mata aku. Aku terperasan yang aku dah lama tak ada beg baru sejak aku kerja tempat baru ni.

Ada sorang kakak kat office aku ni kalau pergi office dia mesti bawak handbag dia yang cantik tu. Aku selalu bandingkan handbag dia dengan handbag aku. Pastu dah termalu-malu dengan diri-sendiri pasal aku kalau pergi office asyik pakai handbag yang sama je. Handbag tahap cap ayam pulak tu yang aku bawak hari-hari. Padahal handbag kat rumah tu banyak. Masa tu lah aku terperasan yang sebenarnya aku dah lama tak shopping handbag baru. Aku dok berangan nak grab handbag Coach macam dalam gambar kat bawah ni. Tapi harga dia buat aku telan air liur je kot. Haha. Dah ada anak ni nak shopping barang mahal-mahal sikit kena fikir 4,5 kali. Sebab tak mahu pembaziran berlaku. Tapi hati dok meronta-ronta. Apa kes?




Lagi satu, aku teringin nak beli kasut baru lagi-lagi pattern macam dalam gambar kat bawah ni. Sebenarnya aku memang gila kumpul kasut. Kat dalam kereta aku je bersepah-sepah kasut. Sampaikan satu hari tu Saiful pergi kemas kereta aku dan dia pergi humban kasut-kasut aku tu masuk dalam satu beg plastik besar. Dia siap perli aku, kalau tak nak pakai kasut-kasut ni pergi buang atau bakar je. Buat apa letak dalam kereta? Hehe.

Sejak aku kerja tempat baru ni banyak perkara yang aku perasan. Aku tengok sorang kakak kat office ni hari-hari pergi kerja pakai kasut yang berlainan. Hari ni pakai color pink esok pakai color hitam lusa pakai color coklat. Yang aku pulak dok pakai kasut yang sama hari-hari padahal kasut banyak dalam kereta aku tu. Tapi aku macam dah tak berkenan dengan pattern kasut-kasut yang sedia ada tu. Sebab kebanyakan kasut-kasut tu aku beli entah zaman bila aku pun dah lupa. Ada sepasang kasut ni aku beli masa zaman aku study kat UiTM dulu. Kasut ni memang kasut favourite aku dari dulu. Kasut tu lah yang aku dok pakai hari-hari walaupun dah nampak buruk benar kat mata aku. Hajap betul kan?



Secara kesimpulannya aku rasa memang patut kot aku manjakan diri aku ni. Asyik kerja je letih satu badan aku ni. Rasanya tak salah aku spend sedikit duit aku ni beli apa yang patut. Oh ye aku pun dah lama tak pergi holiday. Aku ni laki bini asyik ingat kerja je. Lagi-lagi sekarang ni hujung minggu pun Saiful ada buat kerja part time catering dan PA sistem. Saiful ni memang jenis tak suka duduk rumah. Ada je kerja yang dia nak buat walaupun hari ahad. Tak pe lah kalau dia larat badan.

Jadi aku terfikir-fikir sebelum atau selepas percutian aku ke Sabah nanti, aku ingat nak bercuti pergi mana-mana. Ada terfikir nak ke Johor sebab teringin sangat nak jumpa kawan-kawan blogger di Johor. Tapi tak pasti jadi atau tak. Sebab ni baru perancangan je. Apa-apa pun kena bincang dengan Saiful dulu.

Harap terapi untuk diri ni dapat hilangkan stress bekerja. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Thursday, November 3, 2011

Jangan kutuk suami anda

Sejak aku bekerja kat tempat baru ni, macam-macam orang yang aku jumpa yang aku boleh simpulkan kat sini lebih hebat dan lebih teruk dari segi perangai, sikap dan cara bekerja. Bukanlah aku nak kata aku ni bagus. Tidak sama sekali. Aku pun masih tahap belajar dan baru mempunyai pengalaman bekerja lebih kurang 5,6 tahun. Baru lagi kan? Aku konvo untuk dapatkan degree aku pun masa umur aku 26 tahun. Dah lewat sangat. Sebab tu pengalaman kerja aku baru 5,6 tahun. Itu pun kalau di campur dengan pengalaman kerja kilang sementara tunggu result SPM dan STPM dulu.

Ok berbalik kepada tempat baru aku ni, ada sorang perempuan ni agak suka bercerita tentang perihal suami dan kehidupannya kat orang lain. Dan pernah sampai satu tahap dia bercerita tentang keburukan suami sendiri. Aku selalu terfikir apa motif dia bercerita semua hal peribadinya kat orang lain. Dia mempunyai satu prinsip yang bertentangan dengan prinsip aku sendiri. Dia berpendapat bahawa tak salah kita kongsikan segala cerita suka, duka, buruk, baik kat orang lain bagi meringankan masalah yang dihadapi.

Pada pendapat aku, walau macam mana buruk pun seorang suami tu, janganlah kita kutuk dan memburuk-burukkan suami sendiri. Dalam islam pun di larang bukan? Nak cerita dan kongsi masalah boleh tapi perlu berpada-pada. Aku yang jadi seorang pendengar pun rasa meluat dan muak bila secara terang-terangan dia bercerita tentang keburukan suami sendiri.

Tolonglah, Aku pun bukanlah baik sangat tapi sekurang-kurangnya jagalah sikit hal perihal berkaitan peribadi sendiri. Bila orang lain tegur perempuan ni tak mahu terima. Pada dia semua yang dia buat betul walaupun ada salahnya. Kadang-kadang aku kasihan dengan perempuan ni. Bukan kasihan dengan cerita dia semata-mata tapi kasihan dengan perangai dan sikap dia.

Tapi disebabkan aku masih baru bekerja kat sini, jadi aku terpaksa relakan jugak telinga aku ni untuk mendengar keluhan dia walaupun hakikatnya aku tak rela langsung. Tapi aku ingat aku nak jugak test power tegur sikap dia ni. Kot-kot dia nak mendengar kata ke?

P/s : Hal dalam 'kain' tak perlu di canang. Kalau nak cerita jugak cerita depan cermin :D


Tuesday, November 1, 2011

Entri Pendek (5) : Perbualan si anak

Satu hari sedang aku sibuk mengadap cermin membetulkan shawl, aku ditegur oleh anak dara aku Raina Evaqairina.

Raina : Ma ni lambatlah.
Aku : Kejaplah Raina.
Saiful : Kan Raina? Mama ni lambatlah kan?
Raina : Ma ni lambatlah. pat lah ma. 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (sambil kira-kira dengan jari)

Aku yang tengah terkebil-kebil membetulkan shawl depan cermin hampir nak bantai gelak dengar Raina cakap macam tu.

Amboi Raina, bukan main lagi kamu kan.


Penghibur untuk diri aku