Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, December 23, 2011

Kini aku di Setia Alam

Assalamualaikum

Rasanya hampir seminggu kot aku tak bukak langsung blogger ni. Hari ni baru ada masa free nak log in. Ni pun sebenarnya aku tengah sibuk siapkan report salary untuk bulan December. Tapi diri tu macam tak senang duduk je kalau dah berhari-hari tak log in blogger, twitter, facebook tu semua. Jadi aku selamber kodok log in dan buat-buat macam tak banyak kerja. Padahal budak-budak office semua dok tanya aku :

Nurul, gaji boleh keluar before cuti hari christmas tak?

Kalau budak-budak office ni tanya aku soalan macam tu, aku dengan confident jawab tak boleh je. Gila apa? Minggu lepas sibuk settlekan hal pindah office sampai ada satu hari tu aku sampai rumah dekat pukul 12 malam. Mana boleh gaji keluar seawal tu kan? Minggu ni baru ada masa nak buat report salary tu. Ni pun sebenarnya banyak lagi barang yang tak berkemas dan bersusun.

Sebenarnya masa aku dapat call untuk datang interview kat company ni dulu, head department aku tu dah bagitahu yang company ni akan pindah kat Setia Alam area Meru. Tapi disebabkan aku punya target memang nak cari tempat kerja yang lebih dekat dengan rumah jadi dalam banyak-banyak tempat yang aku pergi interview tu aku pilih company ni yang masa tu terletak kat area Pandamaran, Port Klang.





Kalau ikutkan dari rumah aku kat Shah Alam nak ke Pandamaran tu pun sebenarnya taklah dekat mana pun. Tapi kalau nak dibandingkan dengan tempat kerja lama kat Kelana Jaya tu, Pandamaran area ni dekat sikitlah. Tapi masa tu yang penting bagi aku jalan nak ke tempat kerja tak sesak macam kat Federal Highway. Aku benci Federal Highway. Dulu setiap pagi aku mesti stuck kat area Subang depan Empire Shopping Gallary tu. Menyampah ok!

Jadi aku pun setuju je kerja kat company ni walaupun aku tahu company ni akan pindah kat Setia Alam. Kalau nak tahu dari rumah aku nak ke Setia Alam tu agak jauh ye. Ambil masa lebih kurang 45 minit. Kadang-kadang 1 jam perjalanan kalau jalan sesak teruk. Aku rasa dah macam aku kerja kat area Kelana Jaya dulu. Tempat kerja yang agak jauh pastu jalan sesak teruk. Pelik betul aku dengan bos aku ni. Pindah jauh-jauh. Pindahlah area Shah Alam ke Subang area jalan ke Hicom tu ke? Bestlah jugak kan?





Mula-mula pindah kat sini aku taklah teruja mana pun. Sebabnya aku selalu tertanya-tanya apa yang best kat area Setia Alam ni? Adakah tempat ni macam kat area Pandamaran yang panas terik pastu tak banyak tempat yang menarik? Oh cakap pasal Pandamaran, aku secara jujurnya tak berapa suka tempat ni. Nak pergi bank jauh, tak banyak tempat makan yang best-best, tak ada shopping mall (Eh ada tapi itu pun Econsave je kot), pastu banyak bangunan kedai-kedai yang menakutkan. Serius aku tak suka tempat ni. Aku terpaksa gagahkan jugak ke Pandamaran ni sebab office lama company ni kat situ dulu.

Tapi jangkaan aku meleset. Sebab Setia Alam ni better than Pandamaran. Sini ada Tesco, Giant, nak makan Subway ke Mc Donalds pun sangat dekat. Pastu kalau tiba-tiba nak berubah angin boleh lepak kat Starbucks atau Tutti Frutti. Senang kata kat Setia Alam ni macam-macam ada. Pada pandangan aku Setia Alam ni tengah membangun. Pembangunan kat sini pun tersusun je aku tengok. Sedap mata memandang.

Ok berbalik pasal hal pindah office ni, beberapa minggu sebelum pindah tu aku memang super duper busy. Sebab aku secara tak langsung terlibat nak settlekan hal Kastam, Bomba, Majlis Perbandaran Klang dan macam-macam lagi. Iyelah nak pindah kena dapatkan kelulusan dari semua pihak. Dan yang paling penting kelulusan dari pihak Kastam iaitu kebenaran menduduki bangunan baru. Rupa-rupanya bukan mudah nak pindah bangunan ni.

Dua, tiga hari sebelum pindah, aku balik lewat sesaja. Dok leka packing dan kemas barang sampai tak sedar dah dekat pukul 10 malam. Pernah sekali tu aku sampai rumah dekat pukul 12 malam. Sampai rumah memang dah kebabooo penat. Ni pengalaman pertama aku pindah office. Memang memenatkan dan agak rumit. Sebab nak packing barang pun bukan mudah. Lagi-lagi barang yang jenis kecik-kecik. Tapi apa-apa pun aku selamatkan dulu barang-barang aku. Itu yang penting kan? Hehe.


Kalau nak cerita persekitaran office baru ni banyak sebenarnya. Cuma yang aku boleh cakap persekitaran office ni macam agak scary. Mungkin salah-satu sebab bangunan ni terlalu besar. Jadi bila aku overtime balik malam-malam memang meremang jugaklah. Tapi mungkin ni perasaan aku je kot.

Bila bangunan lebih besar memang berpeluh ketiaklah aku dibuatnya bila aku turun kat bahagian production. Sebab kadang-kadang aku kena turun kat bahagian production kalau-kalau ada aduan dari pekerja berkaitan bahagian pentadbiran. Boleh kurus kot kalau hari-hari turun bahagian production ni. Eh kalau boleh kurus best jugak kan? Heeeee.

Apa-apa pun aku harap aku cepat sesuaikan diri dengan tempat baru ni. Mungkin sekarang ni tempat ni masih baru bagi aku tu sebab aku rasa macam tak teruja. Mungkin lama-kelamaan nanti bila aku dah rasa sesuai dengan tempat ni aku akan rasa teruja macam masa aku kerja kat area Kelana Jaya dulu. InsyaAllah.


Wednesday, December 14, 2011

Kaki filem (2) : Ombak Rindu

Secara jujurnya aku dah lama tak tengok wayang. Sejak ada anak, aktiviti masuk panggung dah berkurangan begitu ketara sekali. Bukan tak nak luangkan masa untuk aktiviti seperti ni dalam kamus hidup aku tapi bila dah ada anak ni, aku rasa aktiviti masuk panggung tak berapa sesuai lagi untuk kami laki bini walaupun hakikatnya aktiviti ni adalah aktiviti favourite Saiful. Lagi-lagi dengan perangai Raina yang jenis cepat bosan. Cerita baru nak mula dia dah meragam. Perkara-perkara macam tu yang aku tak mahu berlaku dalam panggung.

Adalah sekali tu aku dengan Saiful bawak Raina masuk panggung. Masa tu umur Raina baru mencecah setahun kot. Cerita baru nak mula dia dah meragam. Puas jugak nak pujuk dia. Tapi masa tu nasib agak baik sebab tak lama tu Raina terus tidur. Bangun tidur pun masa cerita dah habis. Jadi legalah kami laki bini.

Lepas tu Saiful terus bagitahu kat aku yang dia tak nak bawak Raina masuk panggung lagi. Kalau nak tengok wayang tunggu Raina besar sikit. Kalau nak sangat tengok wayang Saiful kenakan syarat iaitu dengan syarat tak bawak Raina. Tapi sedia maklum agak payahlah kan kalau keluar berdua tak bawak anak. Rasa macam kekurangan sesuatu je. Pernahlah sekali dua keluar berdua tak bawak Raina yang kebetulan masa tu Atok dengan Tok Wan Raina nak jaga Raina. Tapi jauh kat sudut hati aku lain macam je kalau keluar berdua tak bawak Raina. Kami laki bini kalau keluar mesti nak bawak Raina. Jadi sejak tu, aku pasrah je lah bila berbulan-bulan tak masuk panggung.

Bila cerita Ombak Rindu ditayangkan dan orang sana sini menceritakan kehebatan filem ni, hati aku meronta-ronta nak tengok. Sampai beberapa kali aku pujuk Saiful nak tengok cerita ni. Bukan mudah ye nak pujuk Saiful. Tapi entah macam mana nasib menyebelahi aku. Babysitter Raina minta cuti. Katanya nak bawak anak-anak dia holiday sempena cuti sekolah. Dan kebetulan ibu aku tengah cuti panjang lepas balik dari Bandung hari tu. Jadi nak tak nak Raina kena duduk dengan Atok dan Tok Wan dia bila aku dengan Saiful pergi kerja kan?

Jadi Ahad minggu lepas aku dan Saiful decided untuk tengok cerita Ombak Rindu ni. Kebetulan hari Ahad tu aku kena pergi office sekejap nak packing barang-barang sebab nak pindah office baru. Balik je kerja terus sms ibu bagitahu aku dengan Saiful nak tengok wayang. Aku tak nak ambil kesempatan kat ayah dengan ibu aku. Mentang-mentang ayah dengan ibu boleh jaga Raina kan? Nasib baik ibu bagi green light. Maybe ibu pun faham yang kami dah lama tak masuk panggung. Thanks ibu.




Jadi aku pun tersengih-sengih macam kerang busuk macam orang tak pernah masuk panggung je gayanya. Pastu siap feeling macam zaman bertunang. Kononnya nak feeling-feeling romantik padahal dah jadi mak budak. Haha.

Nasib aku baik sungguh malam tu sebab tiket tak sold out. Aku siap bagitahu Saiful kalau tiket sold out kat Jusco Klang aku sanggup pergi mana-mana panggung yang lain. Yang penting dapat tengok cerita Ombak Rindu. Saiful layankan je lah kerenah aku. Haha. Tiket kami ngam-ngam dalam pukul 8.00 malam. So lega sikit hati kami laki bini sebab tak payah tunggu midnight punya tayangan. Sebab kami laki bini asyik menyebut nama Raina je sepanjang kami keluar berdua tu. Memang tak boleh lari ingat hal anak kan?






Pendapat aku tentang cerita ni boleh tahan best. Taklah best yang betul-betul boleh mencapai tahap terbaik. Aku rasa cerita ni better dari cerita 'Lagenda Budak Setan'. Dulu masa aku tengok cerita 'Lagenda Budak Setan' tu aku rasa agak kecewa sebab jalan cerita dan penghayatan setiap pelakon tak kena langsung dengan jalan cerita seperti dalam novel.

Jadi bila aku tengok cerita Ombak Rindu ni, aku rasa ada sedikit rasa sedih dan aku boleh rasa kesedihan jalan cerita ni walaupun tak cukup mantap jadi kesimpulannya aku suka cerita ni. Oh ye aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Aaron Aziz dan terus tak minat Remy Ishak. Tiba-tiba je terselit nama Remy Ishak kan? Haha.



Cuma dalam cerita ni aku rasa Maya Karin sedikit kaku dan tak berapa mantap. Macam ada rasa takut-takut bila dia lakonkan beberapa babak. Aku lebih suka watak Lisa Surihani tu. Lagi satu aku suka gila dengan make up si Lisa tu. Cantik kan?

Secara jujurnya aku tak ingat sama ada aku pernah baca atau tak novel Ombak Rindu ni. Aku ni memang kaki novel. Bila dah banyak sangat novel yang aku baca jadi aku lupa samada aku dah baca atau belum. Kecuali kalau novel-novel dari Ahadiat Akashah, Zuraidah Othman dan beberapa penulis novel yang menjadi favourite aku tu memang aku akan ingat setiap tajuk dan jalan cerita novel tersebut. Tapi rasanya masa kat UiTM dulu aku pernah baca novel Ombak Rindu ni. Itu pun pinjam dari budak junior. Serius aku dah lupa sebab dah lama sangat kan?

Jadi aku tak boleh nak menilai samada cerita ni betul-betul menepati 100% jalan cerita seperti di dalam novel atau tidak. Cuma aku rasa cerita ni oklah kalau nak ditonton lebih-lebih lagi bersama suami.



Sebab apa?



Sebab aku suka watak Aaron Aziz tu. Jadi aku bagitahu kat Saiful :

'Awak, jadilah macam Aaron Aziz tu. Romantik betul'

Dan Saiful jawab balik :

'Sayang jadilah macam Maya Karin tu, balik kerja suami tertidur pun dia bukakan kasut dan buatkan air. Ni Saiful tengok selalunya sayang yang tertidur dulu depan TV bila balik kerja'

Terus aku terkedu dan bertekad nak jadi macam Maya Karin yang penuh dengan kelembutan. Eh eh boleh ke kau Nurul? Haha :D

Jadi sesiapa yang tak tengok lagi cerita Ombak Rindu ni sila-silalah tengok ye.

Tuesday, December 13, 2011

Dari Hati (6) : Teringin tapi tak berani

Bila buka FB sekarang sana sini orang jual tudung Fareeda. Mula-mula dulu aku buat tak tahu je bila tengok kat home FB aku penuh dengan orang jual tudung Fareeda ni sebab aku memang tak berapa minat tudung jenis owning ni. Sampailah satu hari tu aku tengok Fareeda ada keluar design baru. Design polkadot. Dalam hati 'eh eh cantik gila tudung design polkadot ni'. Masa tu mulalah hati meronta-ronta nak beli. Tapi sedia maklum tudung Fareeda ni bukan calang-calang harga macam harga tudung kat pasar malam atau kat Uptown yang boleh dapat sehelai tudung dengan harga RM10 ke RM20. Harga tudung ni semua mencecah ratusan ringgit. Hebat kan?

Jadi bila harga tudung mencecah ratusan ringgit, aku akan berfikir 2,3 kali sebelum buat keputusan nak beli ataupun tidak. Bukan apa takut nanti dah beli menyesal sebab tak sesuai dengan bentuk muka aku yang tembam kembang semangkuk ni ke atau tak sesuai dengan aku yang tak cukup comel macam model tudung Fareeda ni ke kan? Sebab aku perhatikan kalau orang tu muka comel molek ni kalau pakai tudung jenis owning mesti nampak cantik. Kalau muka tu memang tak comel molek pastu pakai tudung jenis owning sah-sah nampak macam makcik-makcik. Contohnya macam akulah. Haha. Tu yang buat aku tak berani nak beli.

Cuba tengok model tudung Fareeda dalam gambar kat bawah ni. Comel gila kan? Jadi kalu dia pakai jenis tudung owning ni memang sah-sah nampak cantik. Lagi-lagi dengan muka dia yang kurus dan mempunyai tulang rahang pipi yang terbentuk. Lagilah nampak menyerlah bila dia pakai tudung jenis macam ni.

Tudung polkadot color grey ni buat aku termimpi-mimpi


Cantik model ni kan? Pakai apa pun nampak cantik

Sebenarnya aku pernah beli tudung jenis owning ni. Masa tu terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Tengok orang lain pakai cantik je terus rasa nak beli. Kebetulan masa tu nak raya. Tak silap aku raya tahun 2010. So memang masa yang sesuailah memborong tudung. Hampir 10 helai tudung jenis owning aku beli. Tapi pakainya adalah 4,5 kali. Tu pun tak semua tudung yang aku beli tu aku pakai. Yang selebihnya aku peram tak pakai-pakai pun.

Aku akan pakai bila aku betul-betul rasa malas nak iron tudung. Contohnya kalau terlewat bangun tidur nak siap-siap pergi kerja ke. Jadi jalan penyelesaian adalah tudung jenis owning ni. Sebab tudung ni mudah di pakai. Sarung je dan kalau tak iron pun tak pe. Mudah bukan?

Tapi ada sekali tu adik bongsu aku, Bani komplen pasal aku kat ibu aku. Dia cakap aku tak sesuai langsung pakai tudung jenis owning ni. Nampak macam orang tua. Ibu aku terus bagitahu aku. Tengoklah budak-budak zaman sekarang pandai komplen kakak sendiri. Jadi sejak adik sendiri dah keluarkan statement yang tak best macam tu terus aku dah kurang-kurangkan pakai tudung jenis owning ni. Tersentap beb. Haha.


Gambar raya 2010. Muka aku nampak macam makcik-makcik tak? Tapi yang pasti muka macam mak budak tu menyerlah kan? Haha


Gambar raya 2010. Muka control ayu. Konon-kononnya nak nampak lebih muda

Aku rasa aku lebih sesuai pakai tudung jenis shawl. Memang payah sikit sebab nak kena belit-belit tudung bagai. Tapi aku lebih serasi pakai tudung jenis macam ni. Sebenarnya dari dulu lagi aku memang suka tudung jenis shawl ni. Dari zaman masa aku study kat UiTM lagi.

Jadi kalau pergi mana-mana sekarang tak kisahlah pergi kerja ke, pergi rumah orang kahwin ke, pergi pasar ke, aku akan pakai tudung jenis shawl ni. Kecuali kalau aku betul-betul malas barulah aku pakai tudung jenis owning ni. Cuma kalau pakai tudung jenis shawl ni kita kena bersabar sikit bila mendukung anak. Macam anak aku ni, Raina dia kalau tengah mengamuk memang tudung aku ni jadi mangsalah.


Shawl kesayangan aku


Percubaan menggabungkan color biru dan hijau. Masa ni belasah je pakai. Haha

Tapikan, tudung Fareeda design polkadot tu memang cantik gila. Aku rasa nak beli satu tapi tak berani. Muka ni dahlah bertambah bulat. Mesti nampak kelakar kot. Huh payah macam ni tau. Buat aku termimpi-mimpi.

Beli atau tak?
Berbaloi-baloi atau tak?
Aku sendiri tak ada jawapannya.

Monday, December 5, 2011

Dua tahun Raina Evaqairina

Nampak gayanya blog aku ni makin terabai. Bukan tak sudi nak update tapi nak cari masa yang betul-betul free sekarang ni bukan main payah lagi. Aku pulak jenis orang kalau nak update tu kena betul-betul ada mood menulis. Kalau mood menulis tu setakat acah-acah ayam je jangan harap aku nak menulis walaupun idea tu dah ada dalam kepala otak. Sekarang ni mood menulis aku asyik ke laut je. Asyik fikir kerja, kerja kerja. Jadi mood yang ada sekarang cuma mood membaca blog orang lain.

Ok hari ni aku cuba jugak nak update sesuatu kat blog cap ayam ni. Update demi anak tercinta. Cewahhh. Ayat bukan main lagi ye. Oklah aku nak update pasal Raina. Tak cerita banyak pun cuma cerita mana yang best je. Hehe.

Untuk pengetahun korang, dua minggu lepas anak dara aku genap dua tahun. Sekejap je kan? Kalau Raina kat depan mata aku, selalu terdetik dalam hati :

'Eh eh anak aku dah besarlah. Sekejapnya masa berlalu.' (Tiba-tiba rasa sebak pulak taip ayat ni. Ecececeh).

Kali ni aku tak plan langsung nak buat sebarang birthday party untuk Raina macam tahun lepas. Sebab aku dah plan nak bawak Raina pergi holiday pada awal Januari depan. Jadi masa hari istimewa tu cuma ada acara potong kek kat rumah Atok Raina. Cuma masa tu Ummie Ngah Raina je tak ada sebab dia tak balik Banting. Atok dan Tok Wan adalah orang yang paling teruja nak tengok Raina potong kek. Dan kek pulak di sponser oleh Pak Usu Raina. Tapi apa kan daya Raina masih tak reti nak potong kek dan tiup lilin. Raina cuma tahu nak hempuk kek tu dengan pisau plastik ala-ala kungfu silat mana entah gayanya. Amboi dah tunjuk skill nampaknya kamu Raina. Aduhai. Mungkin tunggu Raina besar sikit nanti baru dia pandai potong kek dan tiup lilin kot.


Ambil gambar dulu sebelum potong kek. Aku yang over nak tiup lilin. Raina macam biasa tiada perasaan teruja langsung dengan hari kejadian

Masih tak pandai tiup lilin. Letak lilin ni pun untuk suka-suka pasal orang kedai tu dah bagi. Berlakon je tu sebab nak ambil gambar punya pasal

Perkembangan Raina sekarang bagi aku memuaskan. Alhamdulilah sekarang dia tengah kemaruk bercakap. Dah kurang guna bahasa German, Jepun tu semua. Haha. Raina dah boleh bercakap gabungkan 4,5 patah perkataan jadikan satu ayat. Contoh macam ayat ni :

-Mama, ne papa? Papa wok? (mama, mana papa? papa work?)
- Mama nak air cejuk no no air nas (mama nak air sejuk no no air panas)
- Fog tido laa. cam ne ni (Frog tidur lah. Macam mana ni) - Masa ni tengok frog kat Zoo.

Jadi sekarang ni kalau nak bercakap depan dia kita kena control apa yang kita nak cakapkan. Sebab anak aku cepat faham dan kadang-kadang dia akan ikut apa yang kita cakapkan.

Raina dah boleh hafal numbering dari nombor 1 hingga 10 dalam versi bahasa melayu dan bahasa inggeris. Kalau bab huruf ABC tu dia baru hafal separuh tu pun dia ada skip beberapa huruf. Kalau bab mengaji Alif, Ba, Ta tu pulak Raina baru tahu sikit-sikit. Masih dalam proses pembelajaran lagi.


Tengok animals kat Zoo

Kalau cerita pasal hobi pulak, Raina ada hobi baru. Hobi baru Raina sekarang adalah menyanyi. Antara lagu kesukaan dia Kisah Hati dari Alyah dengan Kisah Dongeng dari Stancy. Raina taklah hafal semua part seni kata lagu-lagu tu. Dia cuma hafal beberapa part je lagi-lagi part yang ada perkataan 'cinta'. Itu memang dia hafal. Pernah sekali tu aku tengah sibuk nak beli barang dapur kat Econsave, Raina boleh bantai menyanyi. Bayangkan dia duduk dalam troli pastu melalak menyanyi. Terus aku tersegan sendiri. Orang tengah ramai pulak tu. Sabar je lah. Dan ada sekali tu Raina bangun pukul 4 pagi tiba-tiba je dia menyanyi. Suruh tidur tak mahu tidur. Dia dok menyanyi melalak sambil buat gaya.

Kalau bab makan pulak, aku tengok Raina dah kurang sikit nak makan nasi. Tapi kalau susu, dia memang juara. Satu hari 8,9 kali minum susu. Tak pe yang penting sihat kan? Lagi satu sekarang ni Raina belasah je kalau bab makan. Apa yang aku dengan Saiful makan dia pun nak makan jugak. Kalau aku makan coklat dia pun nak makan coklat. Kalau aku makan aiskrim dia pun nak makan aiskrim. Kalau aku makan Nandos dia pun nak makan Nandos. Eh eh Nandos pun masuk dalam senarai? Oh oh yang nak makan mama dengan papa dia. Raina ikut je. Hehe. Sampai kamu pecahkan piring kat Nandos tu Raina. Sabar je lah. Senang kata apa kitaorang makan Raina pun nak makan. Pedas pun dia bedal jugak. Cuma taklah aku bagi selalu. Masih dalam kawalan dan pemerhatian jugaklah.

Apa lagi ye nak tulis? Oh ye sekarang ni aku tengah cuba sedaya-upaya pisahkan Raina dengan soother kesayangan dia tu. Rasanya dah seminggu lebih dia tak hisap soother dia. Mula-mula memang payah sikit. Tengah malam mesti Raina terjaga dari tidur pastu menangis melalak-lalak nakkan soother dia. Tapi aku terpaksa kebalkan hati. Selalunya aku pujuk dengan cara bagi Raina susu. Memang tak sampai hati tapi terpaksa beb. Tak lama lagi konon-konon plan nak hantar Raina masuk school. Tak kan pergi school hisap soother kan? Hehe.


Nak makan sendiri. Tak mahu orang lain suapkan dia

Bila umur anak dah dua tahun ni, aku rasa dah macam senang nak handle Raina. Cuma kadang-kadang Raina adalah buat perangai manja mengada-ngada dia tu. Tapi biasalah budak-budakkan? Paling best sekarang ada teman berborak. Jadi tak boring sangat kalau Saiful kerja tinggal berdua je dengan Raina kat rumah. Raina pun macam reti-reti je layan aku berborak. Kelakar kalau fikir-fikir balik.

Contoh macam aku tanya hal aktiviti dia kat rumah babysitter dia.

Aku : Raina tadi kat rumah ibu buat apa? Ramai tak friend?
Raina : num shushu. Mah ibu fen mai. (Minum susu. Rumah ibu friend)
Aku : Siapa nama friend Raina?
Raina : kah, ifa, aish, kak yah (Ika, Ifa, Aish, Kak Dayah)

Orang cakap anak ni harta kita paling bernilai sekali. Yeah Raina adalah harta aku paling bernilai sekarang. Aku harap bila besar nanti dia jadi doktor. Ni aku punya impian je. Kot-kot ada rezeki anak aku jadi doktor bila besar nanti, aku bersyukur. Tapi kalau dia minat bidang lain tak pe. Asalkan dia jadi lebih bagus dan lebih berjaya dari mama dan papa dia. InsyaAllah.


Anak dara yang dah dua tahun umurnya

Untuk Raina,
Selamat ulangtahun kedua untuk kamu. Jangan nakal-nakal okeh. Semoga jadi anak yang solehah untuk mama dan papa.