Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, December 28, 2012

Gambar lama dan cerita biasa

Perangai aku sekarang ni, sebelum tidur suka godek tengok album lama-lama. Malam tadi entah macam mana aku pergi godek album lama-lama kat FB adik aku, Dhila. Rupa-rupanya dalam FB dia banyak pulak tu gambar Raina masa Raina kecik-kecik dulu.

Ok gambar kat bawah ni dah lama. Tak silap aku masa umur Raina 5, 6 bulan. Tapi rasanya aku tak cerita pun secara keseluruhan pasal photoshoot adik-beradik ni kat blog. Kalau ada pun maybe tak menyeluruh. Maklumlah aku kan kalau nak update blog tengok mood. Hahaha. Sebenarnya gambar ada banyak sangat tapi malas nak tempek kat sini. Aku ambil dari FB adik aku secara random je ni.

Sedia maklum, adik-beradik aku 3 orang je termasuk aku. Aku anak sulung. Bawah aku adik perempuan dan adik lelaki. Sesiapa yang baca blog aku dari awal, rasanya dah tahu pasal ni. Alhamdulilah, kami memang rapat antara satu sama lain. Kiranya boleh kamcing dan jadi satu geng. Lagi-lagi adik perempuan aku. Sebab dia perempuan. Macam Bani tu lelaki ada hadnya iyo tak?




Sebagai kakak sulung, aku selalu terapkan dan nasihatkan adik-adik aku supaya janganlah nak berkira sangat dengan adik-beradik. Kena tolak ansur antara adik-beradik. Tapi macam adik aku Bani ni dia memang agak kedekut sikit. Tak tahulah ikut perangai siapa. Kedekut mengalahkan aku tu. Kesian siapa jadi awek dia. Hahaha. Tapi walaupun dia agak kedekut, dia masih boleh tolak-ansur. Senang kata dia penjimat orangnya. Memang betul-betul jimat okeh. Dia student tapi dia pandai urus duit dia. Itu yang aku tengoklah. Kalau dia nak beli sesuatu barang tu dia siap buat pengiraan bajet dulu. Kalau keluar shopping dengan dia semua benda yang tak penting pun nanti dia cakap tak payah beli. Tapi untuk diri-sendiri tu boleh pulak dia nak beli. Memang lawak tapi baguslah tu kan?

Macam adik perempuan aku, Dhila ni dia jenis tak lokek. Aku suka sebab dia jenis tak berkira. Itu yang best tu kalau keluar shopping dengan dia. Hahaha. Adik aku ni kira rapat sangat dengan Raina. Untung Raina dapat Ummie Ngah macam adik aku ni. Iye lah anak buah baru sorang. Lagipun Raina cucu pertama dalam family aku. Memang manja melampaulah kan? Pastu apa yang Raina nak semua kitaorang cuba ikutkan je. Aku suka keluar shopping dengan adik aku, Dhila ni. Kitaorang selalu akan plan awal-awal simpan duit untuk peruntukan shopping dan akan keluar shopping seharian suntuk. Percaya tak? Itulah kitaorang. Dah kata kamcing. Hahaha.

Aku berharap, keakraban aku antara adik-beradik ni akan kekal sampai bila-bila. Biasalah kadang-kadang tu ada jugak selisih faham tapi selalunya tak lama. Sekejap je dah berbaik semula. Lagipun family aku tak besar mana. So tolak-ansur dan faham hati masing-masing tu memang sangat penting. InsyaAllah.

Wednesday, December 26, 2012

Kesan vitamin C

Selain Aura Maya, Aku juga mengamalkan pengambilan vitamin C dan juga supplement yang lain. Nantilah kalau aku rajin aku cerita detail pasal supplement yang aku ambil ni. Kalau rajinlah ye. Tak janji. Biasalah mood aku kan selalu ke laut. Hari ni mood menaip tu ada tapi malas nak taip panjang-panjang. Haha.

Dulu aku jenis tak ambil pusing segala atok nenek supplement ni. Kononnya dulu bajet muda remaja. Apa ada hal nak ambil supplement semua ni. Tapi sejak umur aku makin meningkat ni, aku makin risau dengan keadaan kesihatan aku dan juga keadaan kulit aku. Senang kata risau segala segi. Maklumlah umur dah meningkat ni memang macam-macam nak kena jaga kan? 

Jadi sejak beberapa bulan yang lepas, aku secara displin mengambil segala atok nenek supplement. Antaranya vitamin C. Aku rasa kesan pengambilan vitamin C ini besar dalam kehidupan aku. Bukan saja kesan terhadap kulit luaran tapi dalaman jugak. Antaranya sistem penghadaman aku bertambah baik. Kalau dulu seminggu sekali nak membuang pun payah. Sampai Saiful gelarkan aku manusia tak normal sebab aku payah bebenau nak membuang dalam seminggu. Sekarang yang aku perasan paling ketara seminggu mesti 3 atau 4 kali aku membuang. Punyalah aku happy.

Selain tu, kulit aku dah kurang berminyak, masalah jerawat aku yang dulu-dulu tu pun dah kurang. Memang tak nafikan aku mengamalkan Aura Maya dalam membantu menyelesaikan masalah kulit muka aku ni tapi sejak aku menambah pengambilan vitamin C ni, aku rasa kulit aku bertambah ok berbanding dulu. Paling ketara dulu kulit aku kusam gila okeh. Tapi sekarang tanpa make up tebal-tebal pun aku boleh dengan confident keluar rumah. Tapi taklah kulit jadi macam jenis kulit anak patung ke atau macam artis tu. Tapi memang nampaklah kesannya. Semua bergantung kat atas individu lambat atau cepat kesan tersebut.

Kalau tengok gambar lama-lama dulu rasa nak sorok muka bawah meja. Punya kusam melampau. Segan nak tunjuk gambar ni sebenarnya tapi aku gagahkan jugaklah tempak kat blog aku ni. Boleh tengok gambar yang aku tempek kat bawah. Gambar tu semua tak ada kesan photoshop ye. Semua gambar original. Mungkin kesan cahaya je yang tak boleh percaya sangat. Disebabkan kesan cahaya ni, kulit aku macam cerah sedikit dalam gambar. Haha. Tapi secara jujurnya semua gambar ni gambar original tak ada edit kat photoshop okeh?

Ok di sebabkan aku malas nak taip panjang-panjang hari ni, aku ringkaskan saja di sini aku ada jual vitamin C. Sebenarnya aku tolong adik aku je. Sebagai kakak haruslah aku tolong mana yang termampu. Adik aku sekarang sedang berdiet secara hebat atas arahan doktor kat HUKM. Jadi segala mengambilan supplement semua mestilah di rujuk dengan doktor yang mengambil kes adik aku ni. So terbukti vitamin C ini boleh di makan atas saranan doktor. Ada kelulusan KKM dan harga juga sangat berbaloi-baloi. Jika berminat bolehlah bertanya terus kat aku inbox, DM aku kat FB mahupun twitter : Nurul Jamian atau email aku di ainiee_overmars@yahoo.com

Ayuh jom cuba. Nak cuba? Bagitahu aku okeh.



Monday, December 24, 2012

Teman baik

Selamat pagi.

Mesti hari ni ramai yang masih bercuti. Maklumlah esok cuti lagi kan? So mesti ramai yang sambung cuti. Aku kena kerja. Annual leave dah habis. Pasrah je lah pagi ni datang kerja seperti biasa. Ikutkan hati memang tak ada mood aku nak datang kerja hari ni. Bukan hari ni je, tapi ikutkan hati hari-hari pun tak ada mood nak pergi kerja. Hahaha.

Aku nak cerita pasal cerita minggu lepas. Khamis lepas, aku ambil MC sebab kena sengugut. Kesian kan kat aku dah beranak anak sorang pun masih kena sengugut? Tapi kali ni tak lah teruk sangat macam bulan-bulan lepas. Tapi still rasa tak selesa dan rasa nak mengamuk tak tentu pasal. So dari aku mood ke laut datang kerja baiklah aku ambil MC. Alasan malas kejo sebenarnya. Hahaha.

So aku pun pergi klinik berdua dengan Raina. Malas aku nak hantar Raina kat rumah babysitter. Takpe Raina dah besar setakat pergi klinik berdua dengan dia tu aku boleh control lagi kerenah dia. Saiful biasalah kena kerja. Tak kan nak ikut aku ambil MC pulak kan? Lepas ambil MC tetiba perut aku macam dah ok. Eh? Kemain lagi tu tetiba perut dah ok. Hahaha.

Dan lepas aku dapat MC, aku plan nak pergi check gigi sebab dah lama bebenau tak check apa yang patut kat gigi aku ni. Dan aku  plan nak check gigi Raina sekali. Tapi hari tu ramai pulak umat manusia. So aku je lah sorang check gigi. Untuk budak-budak macam Raina tu, staff klinik suruh datang hari lain. So pujuk Raina cakap jumpa doktor gigi hari lain. Sebab anak dara aku tu punya teruja nak jumpa doktor gigi.

Lepas balik dari klinik, aku rasa macam bosan pulak nak terus balik rumah. Pada hal perut still ada rasa sengugut ni tapi dah dasar kaki jalan tu memang macam cacing kepanasanlah wei kalau duduk rumah. Hahaha. So terus cakap kat Raina nak ajak dia pergi mall. Dan petang tu aku rasa macam nak pergi Sunway Piramid. Kenapa Sunway Piramid? Sebab aku nak pergi Butik Forever 21 cari shawl. Kot-kot ada shawl yang lawa-lawa macam kat Uniqlo ke kan? Raina pun macam aku kaki jalan. Laju je cakap nak ikut. Biasalah anak mama. Hahaha.

Anak dara ni boleh senyum lagi walaupun dah penat mengukur mall

Sampai je kat Sunway Piramid, aku pesan kat Raina jangan meragam tak tentu pasal. Dengar cakap mama. Dahlah tak bawak stroller. Memang kena betul-betul pantau pergerakan Raina sebab dia ni kalau bab mengukur jalan memang laju. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku pergi mall sebesar Sunway Piramid berdua dengan Raina. Selalunya kalau nak shopping ke window shopping ke mesti ada teman macam ajak Saiful ke adik aku ke ibu. Tapi kali ni berdua je dengan Raina. Sebelum ni memang banyak kali keluar berdua dengan Raina tapi cuma pergi Econsave, Carrefour, Giant ataupun Tesco je. Itupun selalunya nak cari barang dapur. 

Alhamdulilah Raina tak banyak ragam. Adalah sekali dua tu dia macam merengek nak mengukur jalan je kerjanya. Tapi bila aku beliakkan mata besar-besar dan bagi warning terus dia patuh arahan mama dia ni. Best jugak tau bawak Raina pergi temankan aku shopping. Sebab kadang-kadang dia siap boleh bagi pendapat lagi. Contoh kalau akau nak beli baju. Nanti dia cakap baju tu cantik ke tak cantik. Dah besar bebenau anak aku ni sebab dah boleh pilihkan barang untuk mama dia.

Kalau Raina penat berjalan, dia akan bagitahu aku yang dia penat nak duduk rehat sekejap tak pun dia minta aku dukung. Sebab hari tu tak bawak stroller dan Raina pun tak berapa suka duduk dalam stroller. Raina kalau minta dukung pun sekejap je pastu bila aku pujuk suruh jalan sendiri nanti dia pun jalan sendiri. Bila Raina lapar, dia akan cakap dia lapar. So laju-lajulah aku cari tempat makan. 

Alhamdulilah, pengalaman pertama aku pergi mall berdua dengan Raina berjalan dengan lancar. Sejak Raina dah besar ni memang agak senang nak control dia. Dia akan mengada-ngada kalau Saiful ada. Automatik perangai mengada-ngada tu datang. Kalau berdua dengan aku, elok pulak tu mendengar kata. Memang dia agak manja dengan papa dia. Dia dah boleh jadi teman baik aku. Dahlah satu kepala suka berjalan memang kenalah kan kalau nak pergi shopping ke window shopping ke dengan Raina.

Seronok ada anak perempuan satu kepala macam ni. Boleh jadi teman baik paling best.

Masa ni dah nak balik. Muka kepenatan tapi still nak mengukur jalan lagi

Tuesday, December 18, 2012

Selekeh tapi macho : Chef Adu Amran


Ini entri untuk stok cuci-cuci mata je bukan entri berfaedah okeh. Aku tengah rajin update blog ni, memang ada je cerita yang aku nak tulis kat sini. Agak-agak Saiful jeles ke aku buat entri pasal chef macho ni? Ala, anggap macam peminat yang nak bercerita pasal hero pujaan. Boleh kan? Hahaha. Aku nak cerita pasal Chef yang macho dan kacak kat mata aku, siapa lagi kalau bukan Chef Adu. Siapa yang tak kenal Chef Adu Amran ni kan? Rasanya semua kenal lagi-lagi yang layan rancangan TV realiti Masterchef kat Astro Ria. 

Dalam banyak-banyak Chef kat Malaysia ni aku suka stail Chef Adu. Aku rasa dia stailo gila walaupun kadang-kadang nampak agak selekeh dengan stail jambang kat muka tapi dia tetap nampak macho. Bila tengok dia ni, aku akan teringat kat pelakon Keanu Reeves. Sebabnya Keanu Reeves pun macho kat mata aku walaupun dengan stail jambang kat muka.

Hah cuba tengok gambar kat bawah ni. Macho kan? Kemain lagi Chef Adu ni tau pakai baju T-shirt pink dengan stail bergambar manja gitu. Gambar ni aku ambil kat FB dia. Minta kebenaran ye chef tempek gambar chef kat blog saya ni.


Disebabkan aku minat sangat dengan Chef Adu ni, aku follow dia kat twitter dan like akaun FB dia. Hah kemain lagi aku kan? Dan paling best Chef Adu siap follow twitter aku. Terima kasih chef. Jadi aku pun sedikit batak sebab chef pujaan follow twitter aku. Hahaha.

Kalau nak tahu Saiful pun tahu aku minat dengan Chef Adu ni. Ada satu hari tu aku pengaruh Saiful suruh beli kasut macam stail Chef Adu. Hah nampak tak punyalah aku minat dengan Chef Adu ni sampai suruh laki aku beli kasut pun stail sama macam Chef Adu ni. Nasib baik Saiful termakan pujukan aku hari tu beli kasut tu. Tapi aku tak paksa pun. Saiful sendiri cakap dia pun suka kasut tu. Lepas ni aku nak pengaruh Saiful beli seluar warna-warna pulak. Baru stailo. Iyo tak? Hahaha.

Aku pun tak sure Chef Adu ni dah kahwin ke bujang. Kalau dah kahwin bertuahlah ye isteri dia sebab laki dia pandai masak macam-macam. Eh Saiful pun boleh jugak masak tapi masakan stail kampunglah. Bolehlah kan dari tak pandai masak langsung. Oklah malas nak taip panjang-panjang entri tak berfaedah ni. Sebelum aku meraban tulis bukan-bukan kat sini baiklah aku layan twitter. Oh ye bos dan manager aku keluar, tu yang aku mengular malas buat kejo siap update blog lagi ni. Ok nanti kalau rajin aku update lagi ye.

Bila kurus terasa gemuk

Sekarang aku suka tersadai kat twitter. Facebook (FB) dah jatuh nombor berapa aku pun kurang pasti. Tapi yang pastinya aku dah makin bosan dengan dunia FB. Selalunya aku on FB tak sampai 5 minit, pastu aku dah tutup dan laju-laju layan twitter semula. Kalau nampak aku update FB tu selalunya aku update letak gambar je. Jarang update buat status itu ini. Agaknya aku dah begitu tua kot bila mana aku rasa FB ni lebih sesuai untuk golongan muda belia. Eh tua sangat ke aku? Muda lagi kan? kan?

Kadang-kadang tu aku tak update apa-apa pun kat timeline di twitter. Cuma suka perhatikan timeline je yang kadang-kadang laju macam angin ribut dan kadang-kadang perlahan macam kura-kura kepenatan. Kalau datang mood rajin aku layan jugak sesetengah conversation kenalan-kenalan di situ. Kalau datang mood malas aku jadi tukang baca timeline je.

Ok entri aku kali ni bukan nak cerita perihal FB mahupun twitter. Tapi aku nak cerita pasal trend sekarang di mana rata-rata manusia di FB, twitter mahupun platform sosial terbaru seperti instragram, yang suka meletak bermacam-macam jenis gambar. Aku pun tak ketinggalan keretapi sebab kadang-kadang turut sama terjebak upload gambar ikut suka aku je. Tapi aku sedaya upaya bersikap jujur di mana aku upload gambar aku yang kelihatan gemuk dan aku mengaku aku memang banyak lemak di situ. Tapi yang buat aku rasa annoying bebenau tu bila ada manusia yang meletak gambar yang pada pandangan mata aku, kau sememangnya dah kurus cun melecun tetapi menggangap diri kau gemuk. Adakah kau betul-betul mahu mendoakan diri kau gemuk?

Letak gambar berdiri depan cermin dan tulis : "Aku dah gemuk. Aku yang kembang semangkuk".

Aku tak tahu apa tujuan kau letak gambar yang sememangnya dah sedia kurus macam Lisa Surihani dan ada figure yang sangat meletop tapi kau cakap kau gemuk? Kalau betul-betul Tuhan bagi kau gemuk, adakah kau akan menggelabah ayam? Jadi janganlah berdoa dan berharap menjadi gemuk. Bersyukurlah dengan apa yang ada. 

Nanti jadi macam aku. Kau tengok aku yang banyak lemak sana sini kemain payah aku nak kuruskan balik jadi keding macam zaman anak dara aku dulu. Sanggup skip nasi berbulan-bulan lamanya. Ada tak kat mana-mana gambar aku yang kelihatan gemuk tapi aku tulis aku dah kurus macam Lisa Surihani? Setahu aku tak ada kot. Jadi bersikaplah jujur dengan diri-sendiri. Tapi aku cakap jujur, aku tak gemuk mana aku berisi je. Nak jugak cakap tak gemuk tu. Hahaha. Eh mestilah aku pun nak jadi cun macam Lisa Surihani jugak. Eh kenapa dalam entri aku ni selit nama Lisa Surihani ni? Tak ada artis lain ke? Semuanya gara-gara 'Istanbul Aku Datang'. Ok ni dah lari dari tajuk. Sebelum aku meraban tulis entah apa-apa baik aku buat kerja sekarang. Oklah nanti kalau rajin aku update lagi ye.

Minah ni memang cantik. Aku suka :D

Monday, December 17, 2012

Kisah semalam : Tentang Raina Evaqairina

Raina sekarang dah besar. Dah masuk 3 tahun umurnya. Walaupun dia baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 3 tahun bulan lepas, tapi aku rasa dah macam-macam perkara baru yang dia belajar. Walaupun anak aku tu dah meningkat besar, aku tetap nak anggap anak aku tu macam baby. Walaupun dia dah boleh buat macam-macam dengan sendiri tapi aku tetap nak pantau setiap gerak-geri dia.

Aku nak cerita pasal semalam. Kisahnya begini, semalam aku busy sikit dengan aktiviti mengemas rumah, membasuh dan melipat kain, memasak dan macam-macam kerja rumah yang lain aku buat. Sebabnya hari Sabtu tu adalah hari bermalas-malasan aku kat rumah. Punyalah malas aku nak buat kerja-kerja rumah hari Sabtu tu. Jadi hari Ahad semalam aku terpaksa jugak merajinkan diri buat semua tu.

Macam biasa, Raina bangun pagi, aku akan suruh dia mandi. Sambil aku buat kerja-kerja rumah tu, aku akan tengok-tengokkan dia dalam bilik air. Bila aku rasa dia dah puas main air barulah aku akan tanya dia dah berus gigi belum, check gigi dia, mandikan dan bersihkan dia apa yang patut. Selalunya macam tu lah aku kalau hujung minggu. Bagi peluang kat anak dara aku tu main air puas-puas. Lepas mandi, aku pun pakaikan Raina diaper. Jangan terkejut ye, kadang-kadang Raina masih pakai diaper di kala mama dia malas nak potty train anak dara tu. Hahaha. Tapi kalau datang mood rajin, aku memang tak pakaikan Raina diaper pun. Ok berbalik cerita tadi, lepas aku pakaikan Raina diaper, aku biarkan dulu Raina. Sebab aku nak habiskan sidai kain.

Aku bagitahu Raina, suruh tunggu aku kejap. Nanti lepas habis sidai kain aku akan pakaikan dia baju. Macam tu lah aku kelang-kabut terkejar sana sini nak buat macam-macam walaupun hujung minggu. Lepas beberapa ketika, aku pun toleh ke arah anak aku. Punyalah aku terkejut tengok dia dah siap pakai baju, dan seluar. Baju dan seluar tu pun dia yang pilih dan ambil sendiri. Siap dah pakai bedak dan sikat rambut sendiri. Raina terus datang kat aku bagitahu, "Nena dah siap". Terharunya aku bila tengok anak aku dah boleh buat macam-macam dengan sendirinya.

Aku memang perasan sekarang Raina banyak belajar perkara baru dan dia banyak cuba lakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya kalau dia rasa nak minum air masak. Kadang-kadang dia sendiri pergi dapur bukak freezer ambil air masak sendiri. Dah banyak kali aku tegur kalau nak air bagitahu aku. Sebab aku punyalah risau kalau dia senyap-senyap pergi dapur bukak freezer sendiri. Tapi bila dah 2,3 kali dia buat perkara yang sama, lama-lama aku pun terpaksa ajar dia dengan cara yang betul macam mana nak ambil air sendiri. 

Kadang-kadang bila aku fikirkan balik, bagus jugak kita ajar anak kita perkara-perkara baru macam tu. Alhamdulilah setakat ni Raina masih boleh ikut apa yang aku ajar. Cuma sesekali tu kalau dia rasa tak boleh nak buat sendiri baru dia panggil aku. Tapi aku taklah biarkan macam tu je. Aku tetap pantau. Aku pun kena terima hakikat bahawa anak aku bukan baby lagi. Jadi banyak perkara yang kadang-kadang Raina nak cuba buat sendiri. Jadi aku kena bagi galakan bila dia nak belajar mencuba sesuatu perkara baru.

Anak dara saya yang dah macam-macam perkara baru yang dia belajar dan nak buat sendiri

Thursday, December 13, 2012

Berat hati

Sebenarnya aku nak nak buat entri ni semalam. Tapi semalam aku busy sikit sampai terlupa nak draft pasal entri ni. Hari ni dengan penuh semangat aku menaip. Aku rasa bersemangat pulak tengok Dayu rajin benau update blog dia lately. Apasal kau rajin sangat update blog Dayu? Tercabar aku tau. Blog aku ni asyik bersawang je. Haha.

Semalam macam biasa pagi-pagi aku hantar Raina ke rumah babysitter. Aku pun macam mak budak lain yang berkerja, yang setiap kali hantar anak ke rumah babysitter atau nursery, hati automatik akan rasa sayu dan berat hati. Tapi demi mencari rezeki aku gigihkan jugak. Kalau aku ni kaya, duit berkepok-kepok aku pun malas nak kerja. Baik aku duduk rumah jaga anak. Biarlah anak aku tu membesar di bawah jagaan aku dari siang sampai ke malam. Aku rasa bukan aku seorang yang mempunyai impian perkara yang sama macam ni. Semua mak budak yang bekerja mesti ada impian yang sama. Betul tak?

Tapi aku kena jugak kerja untuk menjadikan kehidupan aku  ni lebih selesa dan apa yang aku nak aku boleh dapatkan dengan hasil titik peluh aku sendiri. Memang banyak kali aku mengeluh cakap kat Saiful, aku dah fed up nak kerja. Perkara ni akan terjadi setiap kali aku stress kat tempat kerja. Saiful pernah jugak offer aku cakap terpulanglah kat aku. Tapi aku pulak yang tak nak. Banyak sebab kenapa aku tak nak terima offer laki aku tu. Antara sebabnya, aku nak kehidupan aku lebih selesa. Lagi satu aku jenis suka nak dapatkan sesuatu tu dengan hasil duit sendiri. Jadi aku taklah terhengeh-hengeh minta duit laki aku. Tapi tipulah pulak kalau aku cakap aku langsung tak pernah terhengeh-hengeh minta duit Saiful nak beli itu ini kan? Memang pernah tapi tak selalu. Iyolah kalau selalu minta nanti kena bebel pulak. Itu yang jadi beli barang pastu suka sorok-sorok dari laki sendiri sebab takut kena bebel. Haha.

Ok berbalik cerita pagi semalam, macam biasa turun dari kereta selalunya aku akan dukung Raina sampai sampai depan rumah babysitter. Lepas Raina turun dari dukungan aku dan salam aku, terus aku beredar macam biasa. Tiba-tiba Raina menjerit panggil aku. "Mamaaaa". Aku pun toleh ke belakang. Raina terus cakap, "Nak peluk mama". Aku pun terus berpatah balik dan peluk anak dara aku tu. Ya Allah terasa sayu dan berat hati aku time tu. Nak menangis pun ada okeh. Tapi aku tahan-tahan rasa sebak tu.

Terus pagi-pagi semalam aku emo tak pasal-pasal terkenangkan anak aku kat rumah babysitter. Muka terus jadi ketat semacam rasa macam nak kena tampar je semalam. Haha. Tapi mengenangkan aku bukan nak pergi berjoli katak atau berjimba-jimba, tapi nak pergi mencari rezeki yang halal. Jadi aku gigihkan jugak.

Harap anak aku faham situasi papa dan mama dia. Papa dan mama pergi kerja cari rezeki pun untuk kesenangan Raina jugak. Oklah aku dah sebak taip entri ni. Nanti kalau rajin aku update lagi ye.


Gula-gula hati saya

Tuesday, November 27, 2012

Majlis konvokesyen Bani Jamian

Assalamualaikum
 
Hari ni nak cerita pasal majlis konvokesyen adik bongsu aku, Bani. Cerita ni baru lagi, hari Ahad lepas. Jadi bagi memeriahkan dan menggembirakan adik bongsu, aku pun ikut serta ke UiTM Shah Alam. Tapi aku tak masuk dalam dewan pun. Tak kuasa Mak Jemah nak masuk dan duduk dalam dewan berjam-jam. Yang masuk cuma ibu aku je. Aku cuma tunggu kat luar je. 

Oh ye, kali ayah aku tak dapat join sebab tengah sakit kaki. Sebenarnya ayah aku memang dah lama sakit kaki. Sekarang ni ayah aku nak jalan jauh pun tak berapa larat. Kalau ikutkan, ini adalah majlis konvokesyen kali ke 5 dalam family aku. Dari majlis adik aku Dhila, termasuk diri aku sendiri dan sekarang giliran Bani pulak. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa macam banyak sangat aktiviti konvokesyen ni dalam family aku sedangkan adik-beradik aku tak ramai? Sebenarnya ini adalah termasuk majlis konvokesyen dari peringkat diploma sampailah ke peringkat degree. Master belum lagi ye. Berangan-angan tu ado tapi otak macam dah berkarat je nak study lagi. Hahaha. 

Almost 5 years aku tak masuk kawasan UiTM. Pada hal hari-hari pergi balik kerja lalu depan UiTM Shah Alam tu. Jadi aku sangat teruja bila menjejakkan kaki kat tempat aku menimba ilmu dulu. Banyak benau perubahan sekarang. Yang aku perasan banyak bangunan-bangunan baru. Banyak kenangan kat UiTM Shah Alam ni. Kadang-kadang aku ada terfikir nak buat satu entri tentang pengalaman aku kat UiTM ni tapi biasalah aku kan dasar pemalas nak menaip. Hahaha.





Adik aku untung sebab sekarang ni, semua majlis konvokesyen berlangsung kat dewan baru. Apa nama dewan tu aku pun lupa. Tapi dewan baru ni memang cantik gila dan besau kemain. Time aku dulu kat Dewan Sri Budiman yang dah berzaman tu je lah. 

Sekarang ni Bani sambung belajar lagi. Ambil degree pulak. Sebenarnya aku tak berapa galakkan Bani sambung belajar full time. Biarlah dia kerja cari pengalaman bekerja sambil belajar. Sebab hari tu, sementara Bani tunggu offer sambung belajar, dia dapat offer kerja kat Karangkraf dan dia kerja untuk beberapa bulan. Tapi Bani berkeras nak sambung belajar full time. Bukan apa, aku risau sekarang ni nak cari kerja yang bagus bukan senang. Tapi it's ok lah rezeki tu ada kat mana-mana kan? Aku harap lepas Bani habis study ni, dia akan dapat offer kerja lebih bagus kakak-kakak dia ni. Kakak-kakak dia ni kerja biasa-biasa je. Dia anak lelaki dalam family jadi dialah harapan kami. Cewahhh kemain ayat aku kan. InsyaAllah mudah-mudahan.


Raina pulak kemain suka hari tu. Minah tu memang suka berjalan. Tak kisahlah berjalan kat mana-mana pun. Gambar kat atas tu gambar dia sementara tunggu Pak Usu dia keluar dewan. Oh ye, Raina panggil Bani, 'Pak Usu'. Berpeluh-peluh anak dara tu sebab kepanasan tunggu kat luar. Bukan nak duduk satu tempat. Nak mengukur jalan je kerjanya.

Oklah dah tak tahu nak tulis apa lagi. Nanti kalau rajin aku update lagi ye.

Wednesday, November 21, 2012

Raina Evaqairina is three

Assalamualaikum

Hai. Dah sebulan lebih kot aku tak update blog. Ok lap-lap sikit habuk yang ado. Memang dasar pemalas nak update blog sekarang ni. Bila nak rajin? Aku pun tak tahu. Aku lebih suka melepak kat twitter dari update blog sekarang ni. Kat twitter sekarang makin meriah. Tu yang terabai sikit blog aku ni. Haha.

Dua hari lepas, 19 November 2012, genap umur anak dara aku 3 tahun. Wow! Sekejap je aku rasa anak dara aku tu membesar. Sekarang ni keletah dia dah bermacam-macam. Kalau bab bercakap tu kadang-kadang dialog dah macam dialog orang dewasa. Kalau nak tahu Raina ni memang banyak bercakap ye. Lagi-lagi kalau dia jumpa dengan orang yang dia dah lama kenal. Jangan terkejut kadang-kadang dia bercakap macam gaya orang dewasa.

Kadang-kadang balik kerja dia cerita pasal hantu momok, cerita dia makan apa kat school, cerita pasal kartun apa yang dia tengok kat school dan macam-macam lagi. Jadi aku pun layan je lah bila Raina dah start bercerita. Hilang jugak stress aku kan.

Oh ye baru malam tadi Raina cerita pasal hantu selipar. "Mama, tadi kan Nena nampak antu seliper". Nampak tak betapa anak aku ni suka imaginasi perkara yang pelik-pelik. Ado ke hantu selipar? Selalunya dia suka imaginasi pasal hantu momok.





Hobi Raina sekarang adalah menyanyi dan berjoget. Aku tak tahu dari mana datangnya perangai dia yang satu ni. Nak kata aku suka menyanyi dan berjoget apo kejadah pulak eh. Nak kata Saiful? Bukan jugak. Dalam hp aku ni penuh kot dengan video dia menyanyi dan berjoget. Kadang-kadang Raina sendiri yang suruh aku rakam. Percaya tak? Silalah percaya. Itulah perangai anak dara aku.

Kadang-kadang tu aku tengah syok-syok tengok TV, Raina tiba-tiba menyanyi kat tengah-tengah ruang tamu. Babysitter Raina pun cakap benda yang sama. Kawan-kawan yang lain elok tengah tengok TV yang dia dok menyanyi. Nak suruh kawan-kawan dia tengok dia menyanyi ke apo? Kalau aku drive berdua dengan Raina, Dia lebih suka menyanyi. Kadang-kadang aku ikut sekali menyanyi melalak dalam kereta dengan dia. Best jugak. Haha.




Tahun ni tak buat party pun untuk Raina. Sama macam tahun lepas. Sebab memang plan nak bawak dia pergi holiday. Tahun lepas bawak Raina pergi Sabah kan? Tahun ni plan mahu ke tempat lain pulak. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Untuk gembirakan hati Raina, aku belikan dia sebijik kek dan Saiful pulak belikan sate. Kenapa sate? Sebab Raina paling suka makan sate. Dalam beberapa minit Raina boleh habiskan beberapa cucuk sate. Kalau dia tak ada selera nak makan pun selalunya dia request sate. Nampak tak betapa anak aku suka makan sate. Haha.
  
Hari sebelum birthday Raina hari tu, kami ada bawak Raina tengok wayang dan bawak dia pergi Ikea. Ikea adalah tempat favourite Raina. Tak tahulah kenapa dia suka sangat pergi Ikea. Menangis-nangis okeh kalau bawak pergi tempat lain. Saiful cakap ikut perangai aku. Haha. Bawak Raina tengok wayang tu pun sebab Raina yang request nak tengok cerita 'Ajiboy'. Tergelak-gelak anak dara aku dalam panggung tengok cerita 'Ajiboy'. Haih dah besar panjang anak dara aku kan siap request nak tengok cerita apa kat panggung.

Selepas sesi potong kek dan makan sate, ada sesi buka hadiah. Sebenarnya ni hadiah dari aku dan Ummie Ngah Raina. Hadiah biasa-biasa je pun. Saja nak bagi Raina happy. Kemain suka Raina dengan hadiah-hadiah tu.




Untuk Raina,

Semoga menjadi anak yang baik-baik untuk papa dan mama. Dan semoga kamu menjadi lebih baik dari mama dan papa. Mama selalu berangan nak Raina jadi doktor suatu hari nanti. Nie kes terjumpa nama 'Doktor Raina' kat hospital hari tu, terus berangan nak anak jadi doktor. Kemain aku kan? Hahaha. InsyaAllah kot-kot termakbul impian aku ni. Sejuk perut ibu mengandung. Tapi kalau dia suka bidang lain it's ok asalkan bidang yang baik-baik sahaja.

Sayang Raina banyak-banyak =)

Friday, October 19, 2012

Hello Atkins diet

Sebenarnya aku teragak-agak nak buat entri ni. Tapi disebabkan aku tengah bosan hadap kerja-kerja kat office ni, baiklah aku menulis sesuatu kat sini. Untuk pengetahuan, sekarang aku dalam proses berdiet secara hebat. Kali ni aku cuba sedaya-upaya untuk lebih serius dan lebih kental. Selama ni aku memang ada berdiet tapi semuanya ke laut. Sebabnya aku diet main-main. Baru beberapa hari diet aku dah mula bosan dan masa tu hati pun tak berapa nak kental.

Ok kali ni aku cuba ikut cara atkins diet. Sekarang sudah hampir dua minggu aku mengamalkan atkins diet. Dan selama hampir dua minggu ni jugak aku tak makan nasi. Kalau ikut cara atkins diet ni dua minggu pertama kita perlu melakukan peringkat "induction". Peringkat ni adalah peringkat paling mencabar dalam hidup aku.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya peringkat induction ni kita diharamkan dari mengambil nasi, buah-buahan, roti, segala jenis mee dan bihun dan macam-macam lagi. Dan limit karbohidrat yang boleh aku ambil dalam tempoh peringkat induction ni hanya 20g karbohidrat je. Aku pun masih belajar mengira karbohidrat pada setiap menu. Maybe ada 1,2 hari masa tempoh peringkat induction ni terlebih sikit dari limit yang karbohidrat yang dibenarkan. Tapi takpe kita tak bolehlah terlalu memaksa badan kita masa proses berdiet kan? slow-slow lebih selamat. Nantilah kalau aku rajin sikit bila-bila aku cerita lebih lanjut pasal atkins diet ni ye. Sekarang ni tak berapa nak rajin sangat. Tapi aku tak janji tau. Biasalah aku kan makin malas nak update blog. Haha. Tapi aku mungkin akan panjangkan sedikit peringkat induction ni dari dua minggu ke tiga minggu. Sebab minggu pertama induction aku dah termakan roti dan biskut berkeping-keping. Masa tu aku bajet roti dengan biskut boleh makan. Rupa-rupanya tak boleh daaa.

Untuk elakkan dari makan nasi tu, InsyaAllah aku masih boleh control lagi. Sebab dulu masa belum kahwin pun aku pernah tak makan nasi hampir setahun. Tapi yang paling payah aku nak control seperti menu kudap-kudapan. Contohnya kerepek pisang (Favourite aku no 1) dan bihun. Tapi hari tu dah termakan kerepek pisang. Ini kes tak tahan godaan. Hahaha. InsyaAllah lepas ni aku cuba control nafsu makan sehabis mungkin.

Dalam masa yang sama aku ada buat  sedikit exercise bila balik kerja. Nak pergi gym tapi aku tengok gym area rumah aku ni dipenuhi dengan lelaki-lelaki perkasa. Seram pula aku. So batalkan saja niat nak pergi gym tu. Jadi buat je lah exercise kat rumah. Aku ingat hujung minggu nak pergi jogging. Dah bagitahu Saiful minta temankan sambil jaga Raina. InsyaAllah semoga dipermudahkan semuanya.

Pagi tadi terbeli kuih tiga ketul. Dua ketul kuih karipap dan seketul lagi tu kuih apa entah aku tak tahu nama. Terfikir-fikir aku nak makan ke tak. Sampai-sampai office google sana, google sini nak cari berapa banyak karbohidrat kuih karipap. Sambil google otak ligat berfikir macam-macam. Dan akhirnya dengan tekad, aku pun bagi tiga ketul kuih tu kat nyonya kurus selim-melim kat department aku ni. Redha dalam keterpaksaan.

Doakan program diet aku berjaya ye. Aku tak menaruh harapan tinggi sangat. Kalau dapat kurangkan sikit kg berat aku, dapat kecikkan pinggang, paha, lengan dan punggung aku pun dah bersyukur sangat. Tapi kalau dapat turun lebih banyak kg berat aku, lagi best kan?

Ambil gambar dengan momok montel dengan harapan menampakkan ilusi badan sedikit kurus :D

Wednesday, October 10, 2012

Bila dah suka, jangan lepaskan

Aku bila dah suka sesuatu barang, aku akan setia dengan barang tersebut. Selalunya macam tu. Contohnya baju kemeja hitam kat dalam gambar di bawah ni. Dalam banyak-banyak baju kemeja, baju kemeja hitam ni antara favourite aku. Baju ni baru je beli tapi dah masuk list barang favourite aku. Haha.

Dulu semasa aku kurus sedikit di zaman anak dara, ada 2,3 baju kemeja yang menjadi favourite aku. Walaupun beli baju baru sekali pun, aku tetap akan pakai baju kemeja tu sampai lunyai. Bayangkan semasa dalam pantang nak pergi klinik pun aku boleh sarung baju kemeja favourite aku yang aku pakai semasa pergi kelas zaman di UiTM dulu. Sampaikan macam tu sekali jika aku dah suka dengan sesuatu barang.

Macam tu jugak dengan kasut, handbag, lipstik, eyeliner dan barang-barang yang nampak remeh-temeh di mata. Contoh macam lipstik Matte Berry by Elianto seperti di dalam gambar kat bawah ni, aku suka sangat dengan lipstik ni. Jadi bila dah habis je lipstik ni aku akan beli barang yang sama. Dah tak pandang brand lain. Oh ye selain Elianto ada satu brand yang aku suka jugak iaitu Maybellin. Itu je lah kot dua brand yang aku suka untuk lipstik. Aku tak pakai brand mahal-mahal pun. Memang tak nafikan pernah pakai sekali dua brand yang agak mahal tu pun Saiful yang belikan tapi bila aku rasa tak best dan tak suka aku tak akan beli lagi barang tu walaupun brand mahal sekalipun. Tapi kalau mencuba tak salah bagi aku. Itu je prinsip aku.


Yup! Aku berani mencuba sesuatu yang baru. Tapi bila kita mencuba sesuatu yang baru, dan selepas beberapa ketika kita sendiri tak selesa dengan barang tu pun, ianya tak akan masuk dalam list favourite aku. Contohnya kisah aku jatuh cinta dengan tudung Fareeda di entri yang lepas-lepas. Memang aku jatuh cinta dengan tudung yang mahal berharga beratus ringgit sehelai tu. Tapi itu dulu ye. Sampaikan sanggup aku rembat berhelai-helai. Tapi akhirnya bila aku dah dapat apa yang aku nak, aku rasa tudung jenis awning ni memang tak serasi dengan jiwa aku. Maka aku berbalik kepada keadaan asal iaitu memakai shawl walaupun agak payah sebab perlu melilit-lilit bagai tapi itulah tudung yang serasi dengan jiwa aku sebenarnya. 

Sebab itu aku sanggup beli berhelai-helai shawl. Tak kisahlah walaupun shawl berharga RM10 pun aku rembat asalkan cantik kat mata aku. Aku memang suka pakai shawl. Antara shawl favourite aku adalah shawl leopard design yang aku beli kat Times Square berharga RM10 saja. Jadi jika anda perasan, sejak kebelakangan ni aku banyak tempek gambar aku memakai shawl leopard design ni kan? Itu lah shawl paling paling paling aku suka.

Kesimpulannya, jika kita dah suka sesuatu barang tu jangan kita lepaskan. Pakai je sampai lunyai. Pedulikan apa orang nak cakap. Yang penting hati suka, hati gembira, hati selesa. Itu dah cukup buat hidup ni lebih indah bukan?

Selamat pagi Rabu.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 

P/s : Hari ni rajin update blog sebab bos tak masuk office lagi. Weeeee :D

Tuesday, October 9, 2012

Aku benci warna kuning

Dalam banyak-banyak warna dalam dunia ni, warna paling aku benci adalah warna kuning. Dari aku kecik sampailah dah ada anak ni, memang aku tak boleh blah dengan warna ni. Bila warna ni berdamping dengan diri aku, secara tiba-tiba mood aku ke laut dan aku akan pening kepala tahap nak marah orang. Aku tak reka cerita tau. Ni kisah benar.

Tapi lately, aku jadi suka dengan warna kuning ni. Tapi bukan warna kuning yang betul-betul terang-benderang macam orang kuning simbol line Digi tu tau. Tapi ni warna 'yellow mustard'. Warna yellow mustard ni taklah terang dan agak dark sikit dari segi  tahap kekuningan tu. Aku jatuh cinta dengan warna ni sejak aku pergi rembat sehelai baju warna yellow mustard kat Times Square beberapa bulan lepas. Nak tengok gambar sila refer entri yang lepas. Ada gambar aku pakai baju tu.

Baru-baru ni aku ada beli beberapa helai essential scarf dari Shawlbyvsnow. Antara warna yang aku rembat beli adalah warna yellow mustard. Serius warna ni lawa. Yang pelik bin ajaibnya aku tak pening kepala seperti yang aku jangkakan. Masa pagi-pagi nak bersiap ke tempat kerja tu, aku dah risau kot-kot bila aku pakai shawl warna kuning ni mood aku akan ke laut dan aku akan pening kepala tahap tak boleh blah secara tiba-tiba. Tapi jangkaan aku meleset. Mood aku happy sesangat hari tu. 

Maaf gambar kat bawah ni agak kelihatan sedikit sengal. Masa ni tengah stress hadap monthly report. Walaupun agak stress tapi aku happy.  Sesekali tempek gambar Mak Jemah takpe kan? Mak Jemah pun nak bergambar jugak. Hahaha.


Thursday, September 20, 2012

Geng otai zaman sekolah

Aku sebenarnya tak tahu nak update pasal apa. Dari tadi asyik terjah blog kawan-kawan tapi empunya blog bersawang tak sudah-sudah. Ok fikir punya fikir, jadi aku buat keputusan nak update pasal aktiviti minggu lepas. Daripada cerita ni jadi basi baiklah aku update. Hahaha.

Aku ada beberapa kawan paling aku rapat tau. Kami berkawan dari zaman sekolah tadika lagi. Kebetulan rumah kami dekat-dekat. Bayangkan macam mana akrabnya kami bila dah berkawan dari kecik kan? Dari zaman sekolah tadika membawa kepada zaman sekolah rendah dan jugak sampai ke zaman sekolah menengah. Walaupun sekarang dah ada haluan hidup masing-masing, kami tetap berkawan. Serius aku rindu semua kenangan tu.

Tapi sejak dari zaman sekolah menengah, Aku dah kurang menghabiskan masa aku bersama kawan-kawan otai aku ni. Sebab bila aku masuk form 2, aku terpilih masuk kelas 'atas' sikit dari kawan-kawan otai aku ni. Sampaikan kawan-kawan otai gelarkan aku 'budak kelas pandai' mana layak kawan dengan diaorang. Serius time tu aku sedih wei. Ikut hati aku nak cakap kat cikgu aku nak jugak satu kelas dengan kawan-kawan otai aku tu. Jadi bermula dari titik permulaan kisah itulah aku rasa macam tak best je bila nak datang sekolah. Rasa kurang otai bila satu geng kamcing aku tak satu kelas dengan aku.

Masalah ini berlarutan sampai aku form 4. Bila aku sorang je antara mereka mengambil jurusan prinsip akuan. Aku minat sastera. Tapi ibu aku tak bagi aku ambil aliran sastera. Jadi berlarutan lagi dilema aku bila semua kawan-kawan otai aku ambil jurusan sastera tapi aku sorang boleh tercampak dalam kelas prinsip akaun. Dahlah time tu aku tak minat gila subjek ni. Kiranya macam kes dalam keterpaksaan kerana menurut arahan keluarga. Hahaha.





Tapi luka aku terubat bila lepas saja habis exam SPM, aku bertekad nak ikut kawan-kawan otai aku pergi cari kerja. Kerja apa? Mestilah kerja kilang. Itu antara kerja yang layak sementara menunggu result SPM. Gaji pun masyuk. Hahaha.

Sebenarnya ibu dan ayah aku tak bagi green light tau masa aku bagitahu nak kerja kilang. Tapi aku tarik muncung sedepa siap merajuk bagai. Akhirnya ibu dan ayah aku pun bagi green light. Masa tu macam nak melompat bintang beb. Hahaha.

So kami bekerja satu tempat dan kilang yang sama. Masa tu bangga beb jadi minah kilang. Belajar make up tebal-tebal dengan harapan kot-kot ada mamat kat kilang tu tersangkut dengan kitaorang ke. Di tambah bila dapat gaji masing-masing senyum lebar pergi shopping sama-sama. Perghhh semua kenangan tu memang bestlah. Kami kerja sampai result SPM keluar. Bila result SPM keluar, aku sekali lagi menurut perintah keluarga menyambung pelajaran aku ke form 6. Akan tetapi semua kawan-kawan otai aku meneruskan kerja. Masa tu ada yang dah bertukar kerja kat kilang lain tak silap aku.




Dan nak di pendekkan cerita, (ni sebab aku dah malas nak taip panjang-panjang. Haha) sejak aku masuk form 6, kami mula ikut arah tujuan masing-masing. Tapi walau sesibuk mana pun, kami tetap berjumpa bila ada kelapangan. Masa aku dah habis form 6 tu, aku kerja sekejap then terus aku sambung belajar kat UiTM. Dan macam kawan-kawan otai aku yang lain ni, rezeki diaorang tau sebab masing-masing dapat offer kerja goverment. Kalau nak tahu antara diaorang ni ada 2,3 orang je kerja private termasuk akulah tu. Yang lain semua kerja goverment. Rezeki kan?

Aku pun tumpang happy. Walaupun kebanyakan kawan-kawan otai aku ni decided tak nak sambung belajar, tetapi mereka dimurahkan rezeki kerana masing-masing dapat kerja gomerment. Sekarang pun diaorang dah hebat-hebat. Ada rumah besar, kereta besar dan ada side income sendiri. Serius aku bangga dengan diaorang. So siapa kata orang tak belajar tinggi tak boleh berjaya? Semua tu tak betul okehhh! Bagi aku apa yang penting ada usaha nak berjaya. Kan?




Ok gambar-gambar dalam entri ni semuanya adalah aktiviti Ahad lepas. Kami jarang berjumpa bila masing-masing dah berkahwin. Diaorang pun duduk dan kerja jauh-jauh memasing. Taklah jauh mana. Tapi kalau sorang kat Ampang, sorang kat Shah Alam, Sorang kat Bangi dan sorang kat Banting pun still susah nak set satu date untuk berjumpa kan? Jadi aku sedaya-upaya nak jugak plan ni menjadi. Sebab lama gila tak jumpa diaorang ni. Ni pun ada lagi 2,3 kawan aku yang lain tak dapat join. Aku harap next aktiviti, kami dapat berkumpul semuanya. Masa tu barulah meriah.

Bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni, mulalah macam-macam cerita keluar. Cerita bagai nak rak. Al-maklumlah masa tu suami masing-masing tak join. Apa lagi masing-masing keluar tanduklah. Haha. Oh ye ada sorang lagi kawan aku ni belum kahwin lagi. InsyaAllah ada rezeki dia nanti. Macam aku, Saiful bagi green light kat aku habiskan masa bersama kawan-kawan aku ni. Terima kasih Saiful kerana memahami jiwa daku ni. Cewahhh.

Gambar-gambar ni kebanyakan di ambil  kat Gold Coast Morib. 1st time tau aku jejak Gold Coast Morib ni walaupun rumah family aku dekat dengan Pantai Morib tu. Tu yang muka aku dalam gambar-gambar ni macam jakun sikit. Hahaha.

Oklah dah panjang benau entri ni. Nak keluar lunch.
Jom makan :D

Wednesday, September 12, 2012

Entri sebelum basi : Raya 2012

Assalamualaikum

Hari ni aku nak buat entri tentang raya. Ye ye ye aku tahu raya dah nak habis pun. Tapi tak kisahlah aku nak jugak tulis pasal raya tahun ni. Oklah kan masih dalam bulan Syawal lagi ni.

Raya tahun ni aku anak-beranak beraya kat Shah Alam je family belah Saiful. Tahun ni kami balik Sekinchan pada hari raya kedua. So hari raya pertama tu memang kami lepak beraya kat Shah Alam je. Sejak bapak mertua (FIL) kahwin baru ni, memang FIL dah 100% pindah duduk kat Shah Alam. Sesekali tu, memang kami akan balik Sekinchan. Selalunya ziarah kubur arwah mak mertua (MIL), arwah adik Saiful dan arwah nenek Saiful.

Kebetulan memang dah jodoh FIL, isteri baru FIL pun berasal dari Sekinchan jugak. Tapi mak baru ni memang duduk dan kerja kat UiTM Shah Alam. Sebab tu FIL 100% pindah duduk kat Shah Alam. Disebabkan mak baru ni pun berasal dari Sekinchan, jadi kami  memang akan balik Sekinchan jugak bila tiba hari raya.

Inilah family besar sebelah Saiful
Theme hijau : FIL, mak baru dan anak-anaknya
Theme hitam : family abang Saiful. Muka diaorang sama kan?
Theme bunga-bunga purple : Adik ipar aku. Masih anak dara
Theme biru : Aku anak-beranak

Kami :)

Family brother in law

Gambar raya tahun ni tak berapa nak best sangat sebab tak amik gambar dengan family sebelah aku. Aku balik Banting pada hari raya ketiga. Masa tu theme dah colourful so macam tak berapa best nak bergambar. Kalau ikut theme sebelah family aku, tahun ni adalah theme electric blue tau. Suka color ni. Nice sangat. 

Raya aku macam biasa sederhana tetapi meriah. Seronok jugak bila sesekali dapat balik Sekinchan. Sebab dah lama tak balik Sekinchan tengok sawah padi. Tahun ni jugak aku dan keluarga aku beraya ke rumah keluarga angkat ibu kat Kampung Pandan, KL. Setelah berpuluh-puluh tahun tak berjumpa, tahun ni begitu bermakna bagi ibu aku dapat jumpa keluarga angkat dia dan juga best friend ibu masa zaman ibu anak dara lagi. 

Tahun ni jugak pertama kalinya aku berani ajak tetamu datang beraya ke rumah kecik aku tu. Aku percaya setiap tetamu itu pembawa rezeki. Meriah dan seronoknya bila orang datang bertandang beraya ke rumah kita kan? Masak-masak dan jamu tetamu makan sambil berborak-borak. Barulah terasa kehangatan beraya tu. Cewahhh.

Oklah aku dah tak tahu nak tulis pasal apa. Macam dah kekok nak menulis. Agaknya dah lama sangat tak menulis kot. Aku nak ucapkan Selamat hari raya dan mohon maaf kepada semua pembaca blog cap ayam aku ni kalau ada kot-kot penulisan aku selama ni yang terguris hati korang. ye. Kalau sesiapa ada buat open house tu mehlah jemput aku. Aku ni bab makan ok je. Haha :D

Monday, August 13, 2012

Simple deco dari IKEA

Dari dulu aku memang suka benda yang simple. Kalau boleh nak yang betul-betul nampak simple dan nice. Itu untuk diri aku. Untuk orang lain aku tak pasti. Sebab setiap orang lain-lain citarasa kan? Aku tak suka benda yang nampak berserabut. Sebab aku jenis cepat rimas.

So bila aku decided nak ubah secara keseluruhan deco dalam rumah aku tu, aku dah fikir nak cari barang atau perabot baru pun nak yang simple-simple je. Kebanyakkan harga benda yang simple-simple ni murah. Harga tak mahal mana. Kiranya masih lagi di tahap kemampuan aku laki bini.

Kalau nak tahu aku memang fanatik dengan color biru, merah, hitam dan kelabu. Tapi paling aku suka color biru. Tapi sejak aku buat persiapan majlis perkahwinan aku dulu, secara tiba-tiba aku dah jatuh cinta dengan white color dan juga off white color. Sebab itu pelamin, bilik pengantin, hantaran aku banyak menggunakan color putih dan off white.

Perangai aku ni berlarutan sehingga sekarang. Tapi Saiful kurang setuju dengan pemilihan warna putih dalam rumah. Tapi aku ni kan jenis keras kepala.Tapi untuk tak menghampakan laki aku tu, aku gabungkan color putih dengan kelabu dan hitam. Alhamdulilah nampak gayanya Saiful suka dengan gabuangan color yang aku pilih tu.

Antara contoh deco dan perabot yang aku suka seperti gambar kat bawah ni. Dua-dua gambar ni aku suka. Sebab bagi aku, nampak simple dan nice sangat. Tak nampak serabut. Memang kena dengan citarasa aku.




Kebanyakkan barang-barang dalam rumah aku ni beli kat Ikea je. Cari yang murah-murah je dengan harga yang berpatutan. Aku memang suka cari barang kat Ikea sebab kebanyakan barang-barang kat situ kena dengan citarasa aku. Dan banyak barang Ikea sesuai dengan keadaan rumah aku yang small space. Rumah aku tak besar mana. Ruang terhad. So memang kena betul-betul pandai gunakan ruang yang ada. So pilihan tepat ialah Ikea. Kadang-kadang pernah sebulan sampai 3, 4 kali pergi Ikea. Hehe.

Aku deco dan beli perabot baru ni bukan sebab semata-mata nak raya. Aku dah mula start deco dan beli perabot baru ni sebelum bulan Ramdhan hari tu lagi. Memang ini antara wishlist aku untuk tahun ni. So sikit-sikitlah aku beli. Bukan beli sekali harung ye. Aku bukan orang kaya pun. Kerja makan gaji jugak. Hehe.




Kalau ikutkan hati aku ni, aku nak tukar sofa baru. Nak sofa color putih. Tapi Saiful tak bagi tukar. Dia kata kalau betul-betul nak tukar tunggu tahun depan. Sebab sofa yang sedia ada ni masih elok lagi. So aku pun akur dengan kehendak laki aku tu walaupun hati meronta-ronta nak sofa baru color putih.

Tapi ada bagusnya jugak. Sebab apa Raina sekarang tengah melasak dan suka ambil pensil color conteng sana-sini. Kalau jadi beli sofa color putih tu, dibuatnya Raina conteng. Harulah keadaan dan aku jadi tarzan kuasa dua. Haha.

Maaf aku tak banyak ambil gambar. Biasalah mood malas melanda. Ni aku tempek gambar mana yang ada je. Oklah nanti kalau rajin aku update lagi. Sebenarnya aku tengah busy tapi biasalah hari Isnin ni malas sikit nak buat kerja. So sambil buat kerja sambil update blog. Haha :D

Wednesday, August 8, 2012

Bila meragam

Hari Isnin yang lepas sedia maklum Selangor cuti Nuzul Al-Quran. Aku pun turut serta cuti walaupun hakikatnya company aku tak ambil pun cuti tu. Biasalah company Korea poyo sikit. Disebabkan aku ni malas nak kerja, jadi aku pun ambil cuti. Haha.

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu lepas kad ATM aku hilang. Aku mengaku aku ni agak careless. Dulu hp aku pernah hilang beberapa kali. Ni kad ATM aku pulak. Jadi sangat cantiklah Isnin tu aku ambil cuti untuk buat kad ATM baru. So pagi-pagi aku dah bangun dan terus ajak Saiful pergi Public Bank area KL. Terpaksa jugak masuk KL sebab KL kan kerja Isnin tu. Bila semuanya dah settle, aku tengok jam awal lagi. Tak kan nak balik rumah kot. Saiful pun cakap tak kan nak balik rumah dan tanya aku nak pergi mana-mana tak. Kononnya nak ajak Saiful pergi KLCC. Tapi laki aku tak gemar sangat pergi KLCC. Dia selalu cakap parking kat KLCC mahal. Haha.

So aku terus ajak Saiful pergi Sunway Piramid. Tujuan kami hanya satu nak shopping barang sikit untuk persiapan raya. Misi utama sebenarnya nak cari kasut raya Raina je pun. Lagipun kasut-kasut Raina yang sedia ada banyak dah sempit. So aku decide nak belikan sepasang kasut baru untuk Raina. Tapi bila dah sampai Mall terus berubah fikiran cari apa yang patut untuk kami laki bini sekali.

Kami pun sempoi je redah Mall tanpa bawak stroller Raina. Lagipun Raina dah tak berapa suka duduk dalam stroller. So malaslah kami nak angkut stroller masuk bonet kereta. Tapi tak sangka pulak aku, Raina boleh buat perangai masa nak cari barang dia tempoh hari. Masa tengah pilih-pilih kasut dia kat kedai kasut Clarks, Raina nak sangat kasut color purple. So kami pun cuba pakaikan kasut tu bila dah dapat saiz anak dara. Bila Raina dah pakai kasut tu, dia buat perangai tak nak bukak kasut tu. Selamba dia je lari sana sini. Sampai orang kedai pun kejar dia nak suruh dia cuba pakai kasut design yang lain pulak.

Masa tu lah dia mula menangis sambil terjerit-jerit. Ok mungkin ini situasi normal bagi sesiapa yang dah ada anak sebaya usia dengan Raina. Tapi Raina bukan saja menangis atau terjerit-jerit okeh. Tapi dia siap berguling-guling atas lantai. Bila pujuk, makin kuat dia menangis dan hentak-hentakkan kaki dia. Aku masih boleh tahankan lagi kesabaran aku bila tengok anak aku dah mula meragam. Saiful pun selalunya macam tu dia jenis akan pujuk. Manjakan sangat Raina tu.

Akhirnya kami laki bini terpaksa pujuk hampir setengah jam, bayar dan terus bagi paper bag berisi kasut tu kat Raina. Barulah anak dara tu berhenti menangis. Ok masalahnya sekarang kasut yang kami beli  kat Clarks tu adalah sport shoe punya pattern. Tak kan nak pakai sport shoe dengan baju kurung masa raya nanti kan? Tak sesuai langsung.

Nak tak nak kami terpaksa carikan sepasang lagi kasut untuk Raina. Aku malas nak fikir terus ajak Saiful masuk kedai kasut Bata je. Pada hal sebelum tu aku dah terfikir nak beli lagi sepasang kasut tu kat Payless atau Pumpkin Patch. Tapi disebabkan Raina dah meragam, dan bila aku nampak kedai kasut Bata depan mata, laju je kaki melangkah masuk. Pilih-pilih terus bayar. Dan sekarang kasut raya Raina ada dua pasang. Tapi aku rasa macam tak puas hati dan diri ni macam memberontak nak pergi cari lagi sepasang kasut kat Payless. Tapi bila fikir-fikir balik macam membazir je terus aku lupakan saja niat tu.

Aku nak tanya, kepada sesiapa yang ada anak dara tu, perangai anak dara korang macam Raina tak yang suka berguling-guling atas lantai sambil hentak-hentak kaki? Aku perasan Raina memang perangai dia macam tu. Pernah sekali tu kat Melaka, kami singgah Mall kat sana, Raina baring atas lantai tak nak bangun. Lama okeh. Puas pujuk baru dia nak bangun. 

Raina oh Raina. Makin besar makin macam-macam perangai kamu.
Sabar je lah.


Anak dara tido mulut melopong. Masuk kereta je terus tido. Agaknya penat sangat meragam

Monday, July 30, 2012

Aku makin malas

Assalamualaikum

Aku mengaku sejak kebelakangan ni aku makin malas nak hadap blog aku ni. Mood menulis tu makin lama makin merundum. Adakah ini petanda aku dah begitu tua nak hadap blog? Tapi jauh kat sudut hati, aku masih sayang kat blog aku ni beb. Dulu masa tengah rajin menulis macam-macam aku coretkan kat sini. Sampai kena hentam dengan komen-komen mak anon pun ado. Tapi aku tetap gigih menulis sebab itu memang minat aku.


Serius! 


Ada dua minat yang dah sebati dalam diri aku. Membaca dan menulis. Jadi jangan terkejut kalau aku bagitahu kat sini bahawasanya aku mempunyai beratus-ratus buah novel dalam simpanan aku sekarang. Sebenarnya bukan saja novel tapi termasuklah hikayat-hikayat lama dan buku-buku sejarah. Aku minat pembacaan berkonsepkan sejarah sebenarnya. 

Bila minat membaca tu memang dah ada dalam diri aku, automatik aku minat menulis. Dulu rajin jugak aku tulis beberapa cerita seperti novel sampai berhelai-helai muka surat. Dulu aku tak taip dalam computer tapi aku tulis pakai pen. Rajin tak? Haha. Sebenarnya tak rajin mana pun tapi dulu masa kat sekolah menengah aku mana ada computer kat rumah. Ibu aku belikan computer masa aku form 6 kot. Pastu ayah aku belikan aku mac book masa aku masuk universiti. Dah besar panjang baru dapat computer dan mac book. So jalan terbaik adalah menulis menggunakan pen pada awal-awal pembabitan aku dalam dunia penulisan dulu.

Aku dah cuba cari mood menulis. Tapi mood tu seakan-akan merajuk dengan aku. Mungkin sebab kebelakangan ni aku super-duper busy. Jadi bila ada masa lapang sikit nak hadap blog, mood pulak tak ada. Yang ada cuba blog walking je. Macam tu lah aku dari hari ke sehari. Nama nak update, harammm. Sebab tu mood tu merajuk dengan aku. Haha.

Ok aku bukan buat-buat busy tapi memang busy. Kesibukan aku ni bertambah sejak Kak Fadz resigned dua minggu lepas. Kak Fadz ni rakan sekerja aku yang paling aku rapat kat tempat kerja aku sekarang ni. Dia jugak merangkap pembantu aku dalam banyak hal kerja. Rezeki dia dapat offer kerja goverment. So dia terpaksa letak surat walaupun offer kat company sekarang lebih sikit dari apa yang dia akan dapat bila dia bekerja di jabatan kerajaan. Siapa tak nak kerja goverment kan? Kalau aku pun aku nak. Impian aku tu.


Aku dan Kak Fadz

Sekarang ni, manager aku dah carikan pengganti tempat Kak Fadz. Tapi yang tak bestnya assistant baru ni lelaki. Nama dia Asyraf. Budak lepasan diploma Uitm Perak. Aku anggap Asyraf ni dah macam adik-adik aku je. Kerja-kerja luar aku selama ni aku dah banyak suruh dia buat sebab dia lelaki kan? Senang sikit. Asyraf ni pun jenis tak kisah dan jenis nak belajar. 

Cuma buat masa ni, aku kena ajar dia apa yang patut. Selalunya aku cuma bagi dia buat kerja-kerja failing dan belajar tentang documentation je. Pernah jugak terfikir nak ajar dia buat payoll dan report untuk payroll. Tapi hari tu baru ajar macam mana kira overtime workers pun dah banyak kesilapan di situ. So buat masa ni aku rasa biarlah aku sorang-sorang yang handle pasal report untuk payroll tu.

Sejak Kak Fadz resigned, aku rasa sunyi sangat. Sunyi sebab tak ada kawan yang betul-betul boleh kamcing dengan aku. Tak nafikan sini ramai pekerja melayu. Tapi untuk department aku cuma ada dua orang je melayu. Yang buat aku betul-betul stress sebab aku tak suka cara kerja orang Korea. Tapi disebabkan nak timba pengalaman, aku gagahkan jugak. Semoga aku bertabah bekerja kat company Korea ni. Selagi aku boleh bertabah selagi tu lah aku bekerja kat company Korea ni. Tak pe semua tu dugaan dalam bekerja. Harap dipermudahkan semuanya. InsyaAllah.

Ok aku dah membebel panjang sangat kat sini. Entri pun dah carca-marba. Nanti kalau ada mood lagi aku update entri baru ye.


Kami :D

Tuesday, July 24, 2012

Entri pelepas rindu

Assalamualaikum

Sebelum aku menulis panjang lebar, aku nak ucapkan salam ramadhan. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dan diberkati seperti tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.

Huh! Dah dekat sebulan blog aku tak berupdate kan? Makin lama makin malas nak taip sesuatu kat sini. Adakah ini petanda aku sudah tua dan sikap malas tu makin berleluasa dalam diri aku? Mungkin ye. Sebab bukan saja blog malah FB dan twitter pun kadang-kadang aku rasa malas nak hadap. Tapi aku akan cuba jugak update jika mood rajin tu ada dalam diri. InsyaAllah.

Sebenarnya banyak cerita aku nak cerita. Tapi nak menaip tu yang malas. Hahaha. Ok kali ni aku nak cerita pasal cerita yang dah basi. Sebenarnya banyak lagi cerita basi yang aku nak cerita. Tapi aku cerita satu-satu dulu. Tapi tak janjilah. Tengok mood menulis ye.

Untuk tahun ni aku memang dah plan nak beli awal-awal baju raya untuk Raina. 2,3 bulan sebelum ramadhan aku dah mula shopping sikit-sikit. Bukan apa, bila shopping awal-awal, aku rasa kita tak akan rasa duit tu habis macam air kan?

Aku dah listkan awal-awal apa yang perlu aku beli. Bukan keperluan raya untuk anak je, tapi untuk keperluan yang lain jugak macam buat langsir baru, beli peralatan dan perabot rumah, peruntukan duit raya untuk family dan lain-lain lagi. Alhamdulilah tahun ni ada rezeki lebih sikit dan dapatlah beli apa yang aku inginkan. Semua ni bukan datang bergolek tapi aku usaha sendiri dan kerja keras sejak kerja kat company baru ni. Dan hasil penat lelah aku selama ni, akhirnya dapatlah aku capai beberapa wishlist yang aku dah senaraikan dalam diari aku selama ni. Alhamdulilah.







Tapi aku rasa berbaloi jugak shoppping awal-awal. Sebab sekarang ni ada sales kat mana-mana butik pun. So aku terjah je mana-mana butik yang ada sales. Contohnya Cotton On Kids, Guess Kids dan banyak lagi. Jakel dan Ikea pun aku terjah lagi-lagi time diaorang buat sales hari tu. Perangai aku memang suka shoppping time sales sebab banyak penjimatan boleh dilakukan kat situ.

Shopping online pun aku layan jugak. Sekarang ni banyak jugak baju-baju yang cantik yang di jual secara online. Cuma kita kena pandai bandingkan harga. Sebab setiap orang yang jual barang-barang online ni selalunya tak sama. Ada yang murah dan ada yang mahal. Rasanya, persiapan raya untuk anak dara aku ni, hampir complete. Cuma nak belikan dia kasut, cardigan dan nak tambah 1,2 item lagi barang dia je lagi. Untuk aku biasa-biasa je. Bila dah jadi mak budak ni, keutamaan lebih kat anak.  

Oklah nanti kalau aku rajin aku cerita lagi. Maaflah entri kali ni tak berfaedah langsung. Banyak cerita hal shopping pulak kat sini. Ini namanya entri pelepas rindu. Hahaha.

Salam ramadhan semua.

Gambar lama : Salam ramadhan dari Raina Evaqairina

Monday, June 25, 2012

Gigih demi Raina Evaqairina

Aku sebenarnya dah lama nak buat entri ni. Tapi asyik tertangguh-tangguh je. Biasalah aku kan sekarang kemain malas nak menaip. Kalau hadap blog pun cuma rajin nak baca blog kawan-kawan je. Nak update blog sendiri macam tak ada hati. Bukan apa, kerja aku sekarang dah tak macam company lama dulu. Kerja banyak dan kadang-kadang aku jarang ada kat office sebab selalu buat kerja luar macam ada urusan nak settlekan hal passport dan permit foreign workers kat imegresen, urusan di kedutaan atau urusan di KWSP, SOCSO mahupun LHDN. Lepas tu akhir bulan dah busy siapkan report gaji. Selalunya ada 7 report aku kena buat tiap-tiap bulan. Tu yang kadang-kadang rasa nak menangis. Macam tu lah kalau buat kerja-kerja HR. Tapi takpe, macam yang aku pernah bagitahu kat entri sebelum ni, aku suka belajar benda baru.

Ok kali ni aku nak cerita sikit pasal bekalan Raina ke rumah babysitter. Aku mula belajar bangun awal pukul 4.30 atau 5 pagi sejak Raina dah start makan bubur dari usia lebih kurang 6 bulan. Masa mula-mula tu memang aku tak biasa nak bangun pagi-pagi. Rasa nak menangis pun ada. Sebab aku tak pandai masak bubur pastu nak bangun pagi-pagi lagi. Percayalah aku memang tak pandai masak bubur. Nasib baik ada Saiful. Dialah yang tolong ajar dan bantu aku masak bubur. Selain tu, ibu aku ajar macam mana nak pelbagaikan rasa dan menu bubur. Tapi sekejap je kot aku rasa cuak. Lepas 2,3 bulan aku dah agak hebat masak pelbagai jenis bubur. Cewahhh hebat ke Nurul? Hahaha.

Ok mesti ada yang pelik kenapa perlu bangun pagi untuk masak? Aku memang dah  berazam dalam diri aku yang aku tak nak menyusahkan babysitter Raina dan aku sendiri nak masak makanan untuk anak aku supaya anak aku biasa makan dari air tangan mama dia. Memang babysitter Raina banyak kali offer bagitahu tak payah susah-suah bangun pagi dan masak bubur. Tapi aku sendiri dengan rela hati nak masak.

Alhamdulilah, pada usia Raina 2 tahun lebih ni pun, aku masih gigih bangun pagi dan masak. Cuma kerja memasak aku pagi-pagi tu bertambah sikit sejak Raina start makan nasi. Selalunya aku akan masak menu untuk breakfast, nasi, lauk tengahari dan petang untuk Raina.


Semua ni aku beli kat Centro Mall

Antara menu yang aku masak untuk Raina 

Tapi sejak aku kerja kat company baru ni, aku selalu je terbangun lewat. Walaupun dah kunci jam kat hp tapi mesti dalam seminggu tu adalah 3,4 kali aku terlewat bangun. Pernah seminggu berturut-turut aku bangun lewat. Mungkin aku penat sangat sebab kadang-kadang tu aku buat kerja sampai malam. Orang lain dah sampai rumah aku masih kat office. Bila balik kerja, kena buat kerja-kerja rumah lagi pastu terus tidur sampai terlewat bangun pagi. Selalunya time aku tengah sibuk siapkan report gaji. Time tu memang boleh dikatakan tiap-tiap hari aku balik malam.

Bila aku terlewat bangun, mestilah aku tak boleh masakkan bekal untuk Raina kan? Masa tu memang rasa nak hempuk diri-sendiri. Sebab rasa bersalah sangat. Selalunya aku akan beli tapau breakfast kat luar kalau aku tak masak. Dan babysitter Raina akan masak untuk lauk tengahari dan petang. Tapi aku tetap rasa tak best bila anak aku makan makanan luar atau makanan yang babysitter dia masakkan.

Jadi untuk menaikkan semangat aku memasak tiap-tiap pagi, beberapa bulan yang lepas, aku pergilah beli botol air dan bekas untuk letak makanan yang baru untuk Raina. Aku beli semuanya baru dengan harapan aku akan lebih bersemangat untuk memasak. Walaupun kadang-kadang tu aku masih terbangun lewat, tapi dalam seminggu tu, selalunya aku akan cuba jugak masak untuk Raina. Maknanya dalam seminggu tu tak adalah hari-hari Raina makan lauk yang di beli kat luar atau pun lauk yang di masak oleh babysitter dia. 

Alhamdulilah, sekarang ni walaupun aku letih sangat, aku tetap cuba gigih masak untuk Raina. Kadang-kadang tu rasa malas sangat nak masak tapi bila fikirkan pasal Raina terus automatik pergi toilet basuh muka dan laju-laju aku masak. Bukan apa, aku sampai sekarang rasa terkilan dan bersalah pasal anak aku BF cuma beberapa bulan je. Jadi aku cuba buat yang terbaik dari segi lain. Aku berharap aku akan sentiasa bersemangat bangun pagi untuk memasak. InsyaAllah. 

Love you Raina Evaqairina