Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, January 12, 2012

Kasih seorang anak

Ini entri kedua aku untuk tahun ni. Tiba-tiba sebelum balik kerja ni, aku rasa nak menulis pulak. Jadi bila mood tengah ada tu aku cepat-cepatlah taip apa yang patut. Nanti bila mood menulis nan ado bersawang berminggu-minggu pulak blog aku ni. Kasihan blog aku ni kan?

Dah lama tak cerita pasal Raina kan? Ok entri kali ni aku nak cerita sikit pasal Raina. Raina dari kecil sampai sekarang, dia sangat rapat dengan Saiful berbanding dengan aku. Aku pernah dengar orang cakap keadaan ni normal. Kalau anak perempuan selalunya memang akan lebih rapat dengan ayah berbanding dengan emak.

Keadaan tu memang aku akui. Sebab anak aku sendiri memang rapat dengan Saiful. Kalau Raina merajuk ke, Raina nak perhatian ke, Raina nak sesuatu benda ke memang tempat pertama yang Raina tuju adalah Saiful. Kecuali bila Saiful tak ada kat rumah sebab kerja ke baru Raina akan datang kat aku. Mula-mula dulu aku memang terasa kecil hati. Iyelah aku yang mengandungkan dan melahirkan dia tau. Tup-tup bila keluar dari perut aku anak aku rapat dengan papa dia.

Contohnya, soalan pertama yang selalu Raina akan soal selepas dia bangun dari tidur tiap-tiap pagi ialah :


'Mama, papa ne?'


Hah dari situ dah tahu kan Raina ni anak bapak. Dahlah fotostat habis muka papa dia. Sabar je lah aku ni.

Tapi sebenarnya tak adalah Raina langsung tak mahu dengan aku. Kalau Saiful tegur Raina dan Raina merajuk sebab papa dia tegur dia, automatik Raina akan datang kat aku jugak. Sebab dia tahu aku akan pujuk dia. Raina pun rajin borak-borak dengan aku lepas aku ambil dia dari rumah babysitter. Dari situ aku cuba merapatkan hubungan aku dengan anak aku. Lagi satu selalunya Raina nak makan masakan aku je tau. Contohnya mihun goreng. Raina selalunya akan makan masakan mihun goreng aku berbanding masakan mihun goreng Saiful. Jadi dari situ tetap ada kasih seorang anak terhadap mama dia.

Tapi bila aku kenang-kenangkan balik masa aku kecil-kecil dulu, aku memang rapat gila dengan ayah aku berbanding dengan ibu aku. Aku suka ayah aku sebab bila aku nak apa-apa ayah aku mesti akan belikan. Lagi satu ayah aku suka bawak aku jalan-jalan naik motor. Boleh dikatakan tiap-tiap malam ayah bawak aku naik motor. Best wooo. Dulu aku tak rapat dengan ibu aku malah aku takut dengan ibu aku sendiri sebab ibu aku sangat garang. Lagi-lagi time ibu ajar aku mengaji Al-Quran. Kalau salah sikit bab tajwid kadang-kadang ibu aku akan cili mulut aku. Ini serius tak main-main ye. Aku pernah beberapa kali kena cili mulut aku ni sebab salah tajwid time mengaji Al-Quran. Tapi aku tak pernah salahkan ibu aku. Sebab aku tahu ibu aku buat semua tu bersebab. Hasilnya aku khatam Al-Quran beberapa kali.

Tapi bila aku meningkat dewasa, automatik aku tak rapat dengan ayah aku. Sebabnya aku rasa segan dengan ayah sendiri. Hehe. Jadi zaman remaja aku dulu, aku lebih rapat dengan ibu aku. Sebab aku rasa ibu aku lebih memahami kehendak aku. Mungkin golongan perempuan sesama golongan perempuan jadi ibu aku lebih faham apa kehendak aku berbanding ayah aku. Contohnya hal hubungan aku dengan Saiful. Ibu aku lebih banyak tahu cerita kami berbanding ayah aku.

Dan bila aku fikirkan semua ni, aku rasa mungkin Raina akan rapat dengan aku bila dia dah meningkat dewasa kelak. Lagipun aku lebih faham kerenah anak aku berbanding Saiful. Aku yang mengandungkan dan melahirkan dia. Sah-sah aku lebih faham perangai anak aku kan? Kasih seorang anak tak ke mana. Tetap tumpah kat mak bapak jugak. Percayalah.

Kami : Ciuman dari seorang anak. Raina suka cium pipi aku kuat-kuat.
Mersilau, Kundasang

24 comments:

  1. sweet sgt pic tue nurul :)

    mmg fitrah kot, anak perempuan rapat dgn papa dia..sama mcm jue...tapi nak tido ttp cari mama dia :D

    ReplyDelete
  2. betul2 anak perempuan lebih rapat ngn ayah tp bila dh besar ada beberapa part kene share ngn mak huhu..anyway cantik sgt gambar ni suka2

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaa tempat ni. Gambar ni pun sgt priceless! Fie pun sama mcm Nurul, kecik2 sgt rapat dgn ayah =)

    ReplyDelete
  4. Bestkan anak main cium2 pipi kite......

    ReplyDelete
  5. erm..suker tgk pic raina ciom awk..

    ReplyDelete
  6. mirza pon suka peluk mun kuat2....eh nurul betul kot..sebab mirza lebih rapat dengan mun berbanding dengan papa die....

    ReplyDelete
  7. farhanna : Dah besar dah awak dah dua tahun umurnya :)


    julia : jue raina nak tido pun dia cari papa dia. papa dia yg selalu tepuk2 dia sampai dia tertido

    ReplyDelete
  8. nurul : kan? lumrah kot. thanks. kita pun suka gambar ni

    ReplyDelete
  9. fie : nanti fie pergi sabah kan? ni kat dairy farm mersilau sabah. nanti fie tmpt ni ok. kan? kita sama kecik2 rapat dgn ayah. hehe

    ReplyDelete
  10. fashya : kan? best sgt :)


    alynn : hehehe rasa bahagia jadi seorang mama bila anak cium kita begini


    mun : tu lah kalau anak llaki rapat dgn mak pulak

    ReplyDelete
  11. kaka cantik sgt view... best nye berjalan... hehe anak dara sorang ni da besar.. cepat je masa berlalu

    ReplyDelete
  12. Kita sama Nurul.
    Macam I ni, sejak dari kecil lagi duduk dengan Nenek, tapi tetap rapat dengan bapak.

    Dah kahwin, baru terhegeh-hegeh cari mak sebab nak tanya hal-hal perempuan. =p

    ReplyDelete
  13. haikal hari2 dh menagdap muke maknya dia dh bosan. asal ayah dia balik keje, msti ketawa sakan seronok tgk ayah dia pula..

    ReplyDelete
  14. Salam..

    betol la nurul..Najah pun rapat ngan my hubby..tapi nak tidor..bila hubby takde datang jugak menempel nak tidur atas lengan saya..

    I follow..datanglah ziarah umah kecil saya..

    ReplyDelete
  15. nurul, mane n3 g sabah? nak baca......

    ReplyDelete
  16. jelesnya..raina meh la kiss auntie kuat2 mcm tu jugak. auntie pon nk jugak. emmm as for me, walaupun mya byk ikut muka hubby tp rasanya dia lebih rapat ngan sy kot.coz papa dia garang selalu marah dia.pastu dia lg suka panggil momy selalu.papa dia jarang panggil hehehehe

    ReplyDelete
  17. aj : dah besau dah anak dara akak aj. meh lah deting dengan raina :)


    ain : hah kan? kalau nak tanya hal perempuan mesti lah kat kaum mak2 kan? kalau dgn bapak mesti segan :)


    lip : Amin. Mudah-mudahan :)


    asna : hehehe sbb haikal hari2 tgk muka asna kot. eh akak gurau je tau :)



    lynn : tp rainakalu nak tido pun cari papa dia lynn. thanks follow blog nurul ye



    ena : tggu mood rajin ni ena


    yun : oh agaknya bapak mya garang tu yg rapat dgn yun tu agak ye. tp syoklah mcm tu yun

    ReplyDelete
  18. sweetttt sgt gambo tu..

    sy pun suke bler my alya dakap n cium sy ketat²..
    rasa mcm dihargai sgt, bertuah jd mak!
    wlpn baru bgn tido, masham2 bau.. still shedap bau anak.. hehehhe

    ReplyDelete
  19. Anak perempuan saya, Azra adalah sangat rapat dengan saya berbanding papanya. Semua benda pun Azra akan datang ke mama dulu walaupon papa ada je tu ha. Kadang2 rimas dan penatlah asyik kita je tp bila fikir2 balik, bagus gak maknanya dia percaya saya lebih la maknanya saya dah buat benda2 baik yang dia suka la tu. Hihi. Tp takdela dia rasa janggal dgn papa. Okay je kalau papa nak keluar rumah, nangis2 nak ikut.

    ReplyDelete
  20. mmg mcmtu kot nurul..sofea pun same..mane ayah dia pegi mesti nk ikut..kalo mama dia xpun..huhu

    p/s : sweet sgt pic tue! elok diframekan! cntik! ;)

    ReplyDelete
  21. yaya : thanks yaya :)


    leily : kan? rasa di hargai kan?


    azra : oh anak awak lain sikit pulak ye rapat dgn awak. untung awak


    ain : eh mcm raina jugak mana papa dia pergi semua nak ikut. nurul pun suka gamabr ni

    ReplyDelete