Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, January 10, 2012

Untuk 2011 yang lepas

Assalamualaikum

Hai semua. Lama aku tak update blog. Rasanya ada dalam dua minggu lebih kot aku tak update apa-apa kat sini kan? Seriuslah aku pun tak tahulah kenapa lately aku malas nak update blog. Mood menulis nan ado. Tapi mood baca blog kawan-kawan tu memang sentiasa ada. Hehe.

Ok ni kira entri pertama aku di tahun 2012. Masih belum terlambat kan aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog cap ayam ni. Semoga tahun baru ni lebih bermakna buat kita semua. InsyaAllah.

Kalau bercerita pasal tahun baru ni, mesti orang nak tahu apa azam baru aku untuk tahun 2012 ni kan? Macam biasa, aku jenis malas nak tulis pasal azam aku kat sini. Biar aku simpan dalam hati je. Seganlah wei. Banyak sangat azamnya. Harap-harap aku dapat capai apa yang aku inginkan untuk tahun ni. InsyaAllah.

Untuk 2011 yang lepas, pencapaian yang aku rasa boleh aku banggakan ialah aku dapat kerja baru dengan income yang lebih sikit dari tempat lama. Syukur Alhamdulilah. Memang dah lama aku tekad nak buat penghijrahan dari company lama aku tu. Aku nak belajar sesuatu yang baru dalam hidup aku. Alhamdulilah aku dapat apa yang aku nak. Dan kebetulan company baru aku sekarang ni company milik orang Korea. So pergaulan dan cara kerja aku lebih kepada macam cara orang Korea bekerja. Memang stress sikit tapi bila fikirkan dari segi kebaikan tu, aku rasa ok kot untuk diri aku belajar sesuatu yang baru dan lebih mencabar.

Lagi satu pencapaian aku yang aku rasa memberangsangkan pada tahun lepas, aku dapat mulakan perniagaan kecil-kecilan aku. Walaupun hanya perniagaan online secara kecil-kecilan, aku rasa puas hati sebab aku memang minat berniaga dari dulu. Jadi kepada sesiapa yang masih berminat nak order macarons ke apam polka dot ke bolehlah buat tempahan ye.

Tapi dalam banyak-banyak moment yang manis, aku rasa perkara yang paling berharga pada tahun 2011 yang lepas, adalah dapat membesarkan Raina. Alhamdulilah tumbesaran Raina sangat memuaskan. Dia dah boleh hafal number, abjad, dah boleh baca doa makan, dah boleh bercakap sikit-sikit, pandai menyanyi dan macam-macam lagi. Alhamdulilah. Target aku nak masukkan Raina pre-school tahun ni. Tapi terpaksa tangguhkan sebab Tok Wan Raina tak bagi green light. Tok Wan Raina cakap Raina kecil lagi baru umur 2 tahun. Risau kalau nanti van transport yang disediakan oleh pihak pre-school tu hantar balik dari school ke rumah babysitter. Kalau aku suri rumah bolehlah hantar ambil Raina kan? Jadi aku terpaksa tangguhkan dulu niat aku tu. InsyaAllah genap umur Raina 3 atau 4 tahun aku akan masukkan Raina ke pre-school.

Aku sangat berharap tahun 2012 ni lebih bermakna dalam hidup aku. Sebab tahun ni umur aku akan naik lagi satu anak tangga. Sudah tua wooo. Jadi aku mengharapkan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.

8 comments:

  1. hurm..mungkin betul kot nurul..ckp tok wan raina..awal lagi....4 tahun sesuai lah mun rasa...papeon ini hanyalah pandangan mun tau....

    *eh nurul..nak alamat...mun nak hantar baju nie..ader baca tak kat belog mun..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah byk yg nurul dh achieved last year kan.life pon much better kan.harap2 thn ni akan lebih baik lg aminnn

    ReplyDelete
  3. ada mun nurul ada baca blog mun tapi lupa nak bagi address nanti nurul bg.

    kan? rasanya betul ckp tok wan raina tu

    ReplyDelete
  4. yun : hrp2 much better lah yun InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...
    Semoga tahun 2012 nie memberi lebih kegembiraan, rezeki dan manafaat..amin

    ReplyDelete
  6. Selama tahun baru Nurul.
    Moga tahun ini akan memberi lebih kegembiraan dan kebahagiaan.

    =)

    ReplyDelete