Klik belanja Raina dan Raifa ais krim :)

Tuesday, February 14, 2012

Bila hati dah terpaut

Geng mak merah. Haha :D

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak update satu cerita yang taklah best mana pun. Sebenarnya nak update cerita lain tapi malas nak tulis entri panjang-panjang sebab mood nan ado. Jadi hari ni aku taip entri ringkas saja. Bolehlah untuk nak melepaskan rindu berblogging kat sini. Ecececeh. Hehe.

Sekarang ni aku tak semena-mena dah terjebak dengan tudung Fareeda. Nak dijadikan cerita balik je dari Sabah hari tu, aku rasa macam tak senang duduk. Ada je benda tak kena. Nak tidur pun teringat-ingat tudung Fareeda. Masa tu dahlah duit dalam poket tak berapa nak kencang pasalnya baru balik bercuti kat Sabah kan. Tapi penyakit angau aku ni menjadi-jadi bila tengah malam aku terbangun dan tak boleh lelapkan mata. Masa tu tak silap, aku mimpi aku pakai tudung Fareeda. Kelakarkan tudung Fareeda pun masuk dalam mimpi aku. Haha.

Jadi aku suarakan keinginan aku kat Saiful. Aku pujuk dia cakap nak beli tudung. Dia pun pelik nak beli tudung apalah harga mahal-mahal macam tu. Tapi Alhamdulilah akhirnya Saiful bagi jugak aku duit untuk beli tudung. Terus tersenyum lebar aku wei. Sanggup aku ke Butik Fareeda kat Bangi cari tudung yang aku angaukan tu. Sebab masa pergi butik Fareeda kat cawangan Shah Alam boleh tutup pulak sebab cuti sempena chinese new year.


Geng Fareeda

Bila aku dah dapat grab 2,3 helai tudung Fareeda ni, lega hati aku. Sekarang aku dah tak angaukan sangat tudung Fareeda ni. Pasalnya aku ada berkenan jenis tudung lain pulak. Nak tahu tudung apa? Tudung AidiJuma. Simple, murah dan yang penting cantik. Aku tak beli lagi tudung AidiJuma ni. Tapi aku ingat aku nak grab 1,2 helai nanti. Sebab aku dah mula tak senang duduk selagi tak dapat tudung AidiJuma ni. Hehe.

Oh ye aku ada jugak berkenan shawl koleksi dari butik Radiusite. Shawl corak binatang-binatang. Cantik tau. Tapi aku tak beli lagi pun. Rambang mata aku kan? Semuanya aku nak beli tapi kang dah beli bukan aku pakai sangat pun. Haha.


Tudung bawal AidiJuma. Aku suka gila color hijau ni. Menarik kan?

Sebenarnya aku jenis tak kisah sangat pasal tudung. Semua fesyen tudung aku berkenan. Asalkan fesyen tudung tu nampak cantik kat mata aku. Senang kata semuanya aku belasah je. Yang penting kalau kita pandai gayakan tudung tersebut semuanya akan nampak cantik bukan? Tak kisahlah tudung tu tudung mahal atau murah. Tapi aku paling suka pakai shawl. Sekarang ni tengah berusaha cari shawl corak harimau. Haha. Ok cukuplah entri untuk hari ni. Nanti kalau rajin aku update lagi ye.

18 comments:

  1. kaler2 yg nurul suka na pun suka gak,
    tp semua kaler yg garang2,
    bg na xsesuai kot, sbb na xbrani kehkeh

    ReplyDelete
  2. best tak pakai fareeda? Mesti rasa confident kan. Mahal tu. Tudung AJ pun cantik dan murah. Ingat nk try gak

    ReplyDelete
  3. serius mun jeles..cantik giler tudung adijuma tue...mahal kot nurul,.....

    ReplyDelete
  4. na : color hijau ni menarik kan? dah angau ni na. hehe

    ReplyDelete
  5. nani : best jugak nani rasa ringan sbb chiffon. kan? cantik kan AJ ni murah dan cantik

    ReplyDelete
  6. mun : tudung design polka dot ni rm35 rasanya murah je jue ada jual



    fie : hehehehe tudung semua cantik2 kan :)

    ReplyDelete
  7. shawl binatang2?????? o_O ingat skirt aku je cheetah haha

    ReplyDelete
  8. ena : ada beb corak binatang, corak sisik ikan, corak semut. comel beb. ohhh dah ada skirt cheetah tu. caiyoklah ena

    ReplyDelete
  9. baru 1st time dgr aidijuma dah terpaut jugak..dahler skang ni dah inlove dengan bawal balik..hehe..


    nyway salam kenalnurul..:)

    ReplyDelete
  10. nurul angau tudung, dina angau dress..haha..pompuan2..

    ReplyDelete
  11. Tapi, memang kan?kalau kita betul2 nak and tak dapat...mesti tak senang duduk punya.

    ReplyDelete
  12. along, aj nak beli tudung fareeda tu tak mampu la. mahal kot di mata aj ni ha... tp kat sek 7 tu ada butik hajra. kat situ pun okeyh gak + tak mahal sgt. try la tgk

    ReplyDelete
  13. pretty write : skrg ni mcm tgh naik balik trend berbawal. salam kenal jugak :)


    dina : nurul kalau dress pun tgh angau jugak ni dina. semuanya nak rambang mata. hehe :)

    ReplyDelete
  14. zuris : tu lah tak senang duduk sampai masuk dlm mimpi tu hehehe



    aj : tak pe aj mana tahu nanti ada rezeki aj kan? Hajra? along tak berapa minat design dia aj

    ReplyDelete
  15. xsanggup nk beli tudung fareeda yg mahal tu. adijuma brp harga dia ek? mcm tertarik la pulak.

    ReplyDelete
  16. Yun : AidiJuma ada yang harga rm10, rm35 kot kira murah2 dan cantik sangat. Jue ada jual yun

    ReplyDelete
  17. comel kan hijau tu..bekenan gak..

    ReplyDelete