Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 29, 2012

Aku dan maxi dress

Assalamualaikum

Huh! Lama gila aku tak update blog kan? Lately busy sangat dengan kerja-kerja kat office. Balik rumah dah penat. Memang agak payah nak hadap blog macam dulu-dulu. Ni pun aku tengah berserabut nak siapkan report untuk payroll tapi aku cuba-cubalah update apa yang patut kat blog aku ni untuk lepaskan rindu berblogging. Hehe.

Aku nak cerita pasal maxi dress. Hari tu aku dah cerita pasal tudung. Ni aku nak cerita pasal maxi dress pulak. Nanti esok lusa aku cerita pasal ikan masin ke atau pasal belacan pulak eh. Gurau je. Hehe.

Aku memang dari dulu lagi suka pakai maxi dress. Sebab aku rasa bila aku pakai maxi dress, aku dapat sorokkan segala lemak-lemak kat badan aku ni. Dulu bila aku dapat tahu diri aku pregnant, aku terus borong maxi dress berhelai-helai. Aku jenis tak suka pakai baju uniform khas untuk ibu-ibu mengandung. Sebaliknya aku beli maxi dress dan seluar jenis palazzo. Sebab pada pendapat aku maxi dress dan seluar jenis palazzo tu boleh di pakai balik selepas proses berpantang. Eh kenapa aku selitkan pasal seluar palazzo pulak ni eh? Ok dah lari tajuk sikit. Sorry.






Nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku terjatuh cinta dengan ThePoplook. Aku rasa kebanyakkan baju-baju yang ThePoplook jual ni menepati citarasa aku. Jadi aku pun bantailah beli berhelai-helai maxi dress kat ThePoplook tu. Tapi koleksi aku dari ThePoplook ni tak banyak lagi. Sebab baru nak berjinak-jinak. Selalunya aku suka beli maxi dress yang ada corak bunga-bunga atau abstrak. Now aku try yang plain je digabungkan dengan long cardigan mahupun jacket.

Kalau di kira-kira koleksi maxi dress aku yang aku kumpul dari dulu sampai sekarang ada lebih dari 10 helai kot. Bayangkan masa sakit nak bersalin, aku pergi hospital pun pakai maxi dress. Sebab aku rasa mudah dan selesa. Entahlah sekarang aku rasa tak berapa selesa bila pakai seluar jeans. Aku rasa nampak ketara lemak sana sini. Segan okeh. Kalau nak pakai seluar jeans pun aku akan pastikan baju yang aku pakai tu labuh menutupi punggung aku. Mungkin sebab faktor usia kot so penampilan pun dah berubah sikit. Tak macam dulu-dulu suka pakai baju sendat-sendat. Heeeee.

Cuba tengok gambar Juma pakai maxi dress ni. Cantikkan? Orang kurus pakai apa pun cantik kan? Ada hati nak pakai macam Juma ni pakai. Aku ni dahlah lemak sana sini pakai apa pun nampak biasa-biasa je. Tapi tak apalah yang penting keselesaan diri-sendiri. Kalau aku rasa selesa itulah yang aku suka pakai.



Gambar kat bawah ni contoh aku pakai maxi dress. Maxi dress dalam gambar ni antara maxi dress paling aku suka dari dulu sampai sekarang. Beli kat gerai dalam Giant kat Kelana Jaya je. Harga pun murah. Tak silap aku RM59 kot maxi dress aku ni. Ni gambar bersama rakan-rakan blogger dan ex-housemate aku. Oh tiba-tiba rindu dengan dia orang ni. Aku tak nak letak gambar banyak-banyak kat blog aku ni nanti ada orang yang tak suka pulak. Cukuplah sekeping gambar aku kat sini.



Pendapat aku, yang penting keyakinan diri. Kalau kita kena yakin apa yang kita pakai. Bila ada keyakinan dalam diri pakai apa pun akan nampak cantik. Tapi yang paling penting keselesaan ketika memakai. Kalau tak selesa pakai tak guna jugak kan? Macam aku ni jenis main belasah je pakai. Janji selesa.

Ada berani mencuba? Ayuh :D

19 comments:

  1. wallahhhh cunnnn :D betul tu yg penting berani n selesa. Masalahnya x beraniiii ihihi ;p

    ReplyDelete
  2. Bila pakai maxi dress rasa kurus dan tinggi. =p

    Tapi tulah, suami tak suka tengok, so jarang pakai.

    ReplyDelete
  3. ahahaha..ann alias disitu..baju kotak2...auwwwww....

    belasah je nurul. asal sedap pakai, x menjolok sarang tebuan...ehhh mata agagagaa

    ReplyDelete
  4. kak nurul..chatik aje..

    hehe

    ReplyDelete
  5. Ciera : Yakin diri Ciera. Ayuh. Kita dulu pun tak berani tapi belasah je . hehehehe

    ReplyDelete
  6. Ain @ Dak Pink : Kenapa suami tak suka Ain? Eh byk tanya pulak daku :)

    ReplyDelete
  7. ena : aku mmg belasah je ena asalkan selesa. hehehehe. gamabar lama ada gambar ann kat situ. hehehehe

    ReplyDelete
  8. Suami kata I macam makcik-makcik bila pakai dress.

    Sungguh kurang asam kan? T___T

    ReplyDelete
  9. hi! lama jga x singah sini :)

    elin mmg suke pakai maxi dress..sebbbbbbbbbb sama dgn reason kamu :)

    tp koleksi x bnyk lah cm kamu hiihhhii

    ReplyDelete
  10. auwww gambar ni, i like!!

    Nurul, yakin tu penting. kita ni je yg tak terpakai2 lagi. eh yg hijau tu, same lah. tp kita punye sleeveless. :))

    ReplyDelete
  11. mun suka tengok orang pakai..tapi nak pakai takde keyakinan..hahahaa

    ReplyDelete
  12. elly pun dah terjebak ngan poplook..abih la

    ReplyDelete
  13. Hum as xade pon maxi dress, tp teringin nk try. Hum faktor ketinggian myb. Purf!

    ReplyDelete
  14. cun.. eh nurul kurus dri jue tau.. huhuhu jeles ni, nak kene eksesais la.. hahha angan2 je pastu makan tak ingat dunia...

    ReplyDelete
  15. yg penting confident dan selesa kan??me yg pendek ni wpun org ckp x sesuait org pendek pakai maxi dress, tp sebab suka, tetap pakai gak..hihi..sukati lah org nak ckp ape pun..

    ReplyDelete
  16. Ain : mak aih hubby ain ckp mcm tu? hehehe



    elin : mehlah sama2 menambah kolksi elin


    farhana : kan kan kan :)

    ReplyDelete
  17. ann : sama eh ann? leh pakai sesama :)


    mun : tingkatkan keyakinan diri mun. cewahhhhhhhh



    elly : abis lah duit ke poplook je nih. hehehe



    as : try dulu as mesti cantik dan comel :)


    juelee : tak lah jue nurul gemuk lemak sana sini jue lagi kurus tau. tu dlm gambar je tu


    dina : yang penting selesa dina. pakai je dina

    ReplyDelete