Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, April 10, 2012

Blogger birthday gathering : Tasik Shah Alam

Sebenarnya ikut plan asal, memang aku nak join gathering ni. Tapi entah macam mana lagi seminggu dua sebelum event ni berlangsung aku ada hal bersama family aku yang plan mahu ke Melaka. Jadi aku memang tak boleh nak join gathering kali ni. Entah macam mana ibu aku bagitahu mahu ke Melaka hari Ahad tak jadi pergi hari Sabtu. So apa lagi hati tu meronta-ronta nak jugak join gathering ni. Lagipun dah lama kot tak jumpa kawan-kawan seangkatan. Rindu sehhh. Aku dah anggap diaorang ni macam adik-beradik aku je since pertemuan pertama di Megakidz dulu.

Dan malam sebelum event tu, Yaya BBM aku tanya samada aku join ke tak gathering tu. Bila Yaya kata dia nak singgah sekejap gathering ni, so aku pun terus rasa 100% mahu join gathering ni. Ye lah mula-mula rasa segan-segan nak join sebab ramai rakan blogger yang aku kenal tak dapat join macam Fad, Ann, Ena, Na, Hannah, Ana, Yun dan lain-lain. So bila Yaya kata dia join aku pun dengan confident mahu join. Ada geng berborak syok sikit kan? Heeeee :D

So pagi-pagi aku bangun sebab mahu pergi Econsave beli bahan apa yang patut. Sebab gathering kali ni berkonsep potluck. Ikut plan asal mahu bawak macarons tapi terpaksa cancelled disebabkan adik aku pun agak busy. So fikir punya fikir aku cuma beli fish and prawn nugget je lah. Cepat dan mudah. Simple tapi sedap. Cewahhh :D





Sampai Tasik Shah Alam agak lewat disebabkan tak jumpa lokasi. Aku ni nama je study dan duduk kat Shah Alam bertahun-tahun tapi serius aku tak tahu lokasi ni. Haha. Baru aku tahu Kedai Kopi kat Tasik Shah Alam ni ada dua gerai berlainan lokasi. So tersesatlah aku disebabkan Saiful hantar aku dengan Raina ke lokasi lain. Haha :D.

Kebetulan hari tu Saiful ada hal plus dia dah kelaparan jadi dia just hantar aku dengan Raina dulu dan dia akan datang kemudian. Bila Saiful dah gerak dari kawasan tasik tu baru aku perasan aku tersalah lokasi dong. Nasib baik aku jumpa Elly. So tumpang kereta Elly. Thanks Elly.





Gathering kali ni memang best sebab dapat berborak sakan dengan blogger-blogger yang lain lagi-lagi ada geng berborak macam Jue, Reen, Yaya, Hany dan lain-lain. Berborak sakan sampai tak ingat nak makan. Haha. Punya teruja nak berborak sebab dah lama tak jumpa diaorang ni. Tapi Alhamdulilah dapat jugak aku merasa rainbow cake. Memang dah lama mengidam nak makan rainbow cake ni sampai termimpi-mimpi. Tapi bila balik rumah teringat-ingat nak makan laksa Sarawak. Tak silap aku Elly bawak menu laksa Sarawak. Tu lah berborak sampai tak ingat nak makan. Haha.

Kepada Puan pengerusi Dayu, thanks sebab menganjurkan gathering kali ni. Aku memang dah pencen nak anjur gathering-gathering ni. Sejak tukar company baru ni aku agak busy balik kerja pun selalunya dah malam. Bagi peluang kat kawan-kawan yang lain pulak. Kalau free aku confirm join.

P/s : Gambar-gambar ni aku amik dari Dayu disebabkan aku tak angkut kemara gedabak. Cuma bawak kemera kecik sajooo. Itu pun tak edit lagi. Biasalah malas. Heeeee :D

16 comments:

  1. Huhu.
    Tatau info ada gathering ni.
    Kalo tak, boleh jumpa.

    ReplyDelete
  2. eeemm..tak dapat join lg...sedih sey..
    if ari ahad insyaallah aku ada..
    tempat nyer tu pun..mang selalu weekend dtg bw aryan main larilari kt padang depan tu..
    xpe la,insyaallah akan berjumpa juge 1 ari nanti..

    ReplyDelete
  3. lama dah tak join gathering bersama blogger nie .

    ReplyDelete
  4. Ain : Tu lah sebelum gathering ni tak buat entri promo ajak kawan2 blog punya kebizian. next time ain join eh

    ReplyDelete
  5. Ana : nak sangat jumpa kamu ana. next time join tau

    ReplyDelete
  6. Oh sweet sesangat..siapalah saya..hahaha..

    ReplyDelete
  7. Beshnyeeee...huhu..xdpt join lg..sobs):

    bler la boleh berlaga2 pipi dgn nurul gan mommy2 yg lain neh..:)

    ReplyDelete
  8. selalu tak dapat join ...tambah mun nie takde fesbuk bagai so susah le kan..heheee

    ReplyDelete
  9. lynn : eh lynn meh next time join eh jgn segan2

    ReplyDelete
  10. asue : tu lah bila boleh jumpa asue ni

    ReplyDelete
  11. mun : buat satu acc fb mun senang sikit. nex time plis mun join eh

    ReplyDelete
  12. lame x jumpe nurul kan? kalau join rituh mesti best! tapi segan la...yg join sume bloggers x kenal. malu! hihih

    ReplyDelete
  13. jgn pencen beb
    byk edisi lain lagi ni. kasik rotate giliran menganjur
    (:
    anyway tq sebab sudi luangkan masa memeriahkan majlis ni

    ReplyDelete
  14. Seronokkkknyaaa, Fie ada event lain plak masa tu..

    ReplyDelete
  15. lylie : lylie lama tak jumpa hari tu jumpa masa potluck kat cyberjaya kan. RINDU

    ReplyDelete
  16. Dayu : tak pe beb kasi can kawan2 lain. kalau free aku sure join. korang mmg best


    fie : tu lah kalau ada fie mesti best join sesi berborak. hehe

    ReplyDelete