Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, April 18, 2012

Dari Hati (7) : Aku mahu kurus

Sebenarnya aku dah mula give up bila bercakap tentang isu kurus ni. Sebab aku rasa aku sendiri yang tak tegas control diri aku dalam bab pemakanan. Bila tengok rupa badan sendiri depan cermin atau tengok balik baju dan seluar semasa zaman kekurusan dulu, barulah time tu rasa menyesal. Di tambah pulak bila suka tengok perempuan yang kurus, selim yang kalau pakai apa pun cantik. Dan-dan tu jugak aku nak lancarkan diet.

Tapi aku diet adalah dalam 2,3 minggu. Lepas tu haram jadah terus tak boleh control diri. Pantang nampak menu yang best sikit teruslah lupa diri. Memang kena salahkan diri sendiri. Tampar pipi aku laju-laju biar tersedar sikit diri tu dah mengembang. Eh eh boleh ke aku tampar pipi sendiri? Boleh kot tapi tampar secara lembut. Haha.

Selain tu, masalah aku yang paling ketara adalah tang perut aku. Lepas proses berpantang dulu perut aku makin ketara buncit. Dahlah diri tu mengembang di tambah dengan perut buncit. Adoi serius aku stressed gila dengan masalah perut buncit ni. Macam mana eh nak kempiskan perut selain buat senaman sit up? Aku ni kerja kadang-kadang balik dah lewat sampai rumah pun selalunya dah malam. Jadi memang tak ada masa terluang nak buat senaman sit up tu. Sebab balik rumah je aku dah mula buat kerja-kerja rumah macam membasuh, memasak, main dengan anak aku, tengok TV pun sekejap-sekejap je pastu aku dah tidur. Ada je alasan aku kan? Heeeee.

Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni. Ketara badan aku mengembang kan? Gambar ni gambar terbaru aku. Masa ni kat Melaka bawak anak jalan-jalan dua minggu lepas. Nak amik gambar pun malas sebenarnya. Apatah lagi nak buat entri pasal holiday ke Kedah, Penang, Perlis dan Sutun Thailand bulan lepas. Memang super malas di tambah ada perasaan keseganan. Sebab tak ada gmbar yang best-best. Semua gambar pun nampak diri aku mengembang. Uwaaaaa. Kalau tengok gambar yang no 2 tu dah nampak macam aku ni pendek dari ketinggian asal. Terus stressed tengok gambar sendiri.


Aku macam nak amik jamu Mak Dara. Tapi boleh ke eh jamu Mak Dara tu mengempiskan perut aku? Dan dalam masa yang sama aku plan aku nak amik teh slimming. Tapi aku tetap kena belajar control makan walaupun aku jadi amik teh slimming tu. Target aku tak banyak dapat turun dalam 9kg ke 12kg pun dah kira bersyukur sangat. Nak dapat balik berat asal macam zaman anak dara dulu, rasanya macam dalam mimpi kot. Sebab dulu aku memang kurus macam jerangkung.

Aku dapat rasakan sejak kerja kat company Korean ni, aku terlampau stressed. Ubatnya mestilah aku nak makan dan makan. Kerja aku memang banyak. Baru habis satu, datang 3,4 kerja lain. Belum lagi aku buat kerja luar berurusan dengan imegresen, kedutaan negara-negara Asia, kastam semua tu. Masuk office badan dah lembik. Apa lagi mestilah rasa nak makan sesuatu dong.



Kalau boleh aku nak kurus sebelum raya nanti. Dapat kurangkan berat badan sikit jadilah. Kadang-kadang aku siap berangan agaknya aku boleh kurus kalau aku mengandung lagi. Sebab apa nanti lepas beranak bolehlah aku berpantang secara kaw-kaw. lebih-lebih lagi part pakai bengkung. Tapi realitinya aku ni memang tak suka pakai bengkung. Haha. Ok abaikan. Aku memang kuat berangan.

Kalau sesiapa ada tips untuk kurus secara cepat dan mudah silalah bagitahu aku eh. Aku ni memang nak cara yang cepat dan mudah je. Hehe.

Ok nanti sambung lagi. Hari ni aku half day dong. Ada interview.
Wish me luck :)

33 comments:

  1. Fie makan JMD tu tapi tak habis Nurul. Selalu mcm tu, malas nak makan. Huhu. Try lah Nurul. Btw, nice dress!

    ReplyDelete
  2. Fie : ok eh fie JMD tu? Tu lah mcm nak cubalah. dress dari KF Hijabi. hik hik hik

    ReplyDelete
  3. orang kata makan jamu boleh kurangkan selera makan...cuba lah nurul..mun makan jugak jamu but selera makan masih lagi tinggi..hahaha..camno nak kurus

    ReplyDelete
  4. actualy dah bayak kali u tulis entry ni.senang je nak turunkan berat bdan.kontrol makan dan bersenam.tu shaja.yang lain tu rasanya tak ada.or u terima jelah ni as takdir..

    anie

    ReplyDelete
  5. mun : jamu apa yg mun makan tu? jom try JMD

    ReplyDelete
  6. apa kata ke slimming centre...hah mesti berkesan. ni cadangan serius dari saya sebab ramai juga kawan saya pegi, berhasil.

    ReplyDelete
  7. aku dah malas pk psl kurus. sbb dh nak proses anak no.2 next month wuwuwuwuw...

    doakan aku berjaya yer. aku doakan ko berjaye gak nurul ^_^

    ReplyDelete
  8. cara nk kurus ye...emm..no komen..
    wakakaka..

    pepun ana wish goodluck utk nurul ye..caiyok..caiyok..

    ReplyDelete
  9. as : as sku dulu pernah pergi slimming landon management tp kos mahal sgt tak larat aku nak teruskan



    ena : aku doakan ko berjaya ena. doakan aku jugak. hehehe. good luck tau

    ReplyDelete
  10. cik anon : apa kata bagi link tak syok tulis sebagai cik@puan anon pastu just letak nama tau. hehehe. tapi tak pe if rasa selesa mcm tu silalah ye.

    memang tak nafikan byk kali tulis entri berkenaan isu kurus ni sbb kita stressed sgt lately awak. tu yg meluahkan di blog :)

    orang yang sama. tgk ayat pun dah tahu. thanks ur advise yeah :)

    ReplyDelete
  11. Nurul... kamu kan ada PB kan.. apa lagi pakai lah jangan la bagi almari ko yang pakai. rugi woooooo

    ReplyDelete
  12. hany : kuang2x aku mana ada PB Hany. adalah sample PB yang kawan bagi tapi mcm tak selesa je beb. hehehe

    ReplyDelete
  13. semua statement diatas berkait rapat dgn aku jugak, ngeeee...
    ckp smpai berbuih2 mulot cnak diet,
    tp harammm :p
    nway gud luck nurul :)

    ReplyDelete
  14. na : tu lah mulut tu selalu ckp nak die na tp harammm selalu tak leh control makan. haha.

    thanks beb :)

    ReplyDelete
  15. JMD tu untuk dalaman, nurul.tapi boleh gak mengurangkan inci badan sbb jamukan panas.
    Bagi zuris, sejak mkan JMD tu...berat tak turun pun.tapi badan adalah mengecil sikit, menurut org2 sekeliling ;).
    Tang perut buncit tu, aku pun sama!hahaa..
    Tapi try sapu losyen mustajab tu.sapu waktu siang.effect die...pergh!superb!mmg leh susut perut tu.tapi kena rajinlah.dan paling penting...jgn minum ais ok!
    Haaa..yg tu zuris xleh wat.tu yg buncit tak hilang2

    ReplyDelete
  16. herbalife darling.

    aku pun jenis payah kurus. tapi in two weeks, mampu turun 2.5kg tu kira pencapaian terbaik la wey.

    plus - tak lapar!

    pi tengok shilashower. sat ja dia dah kurus. sebab dia sangat ikut rejim diet. cepat ja. aku plak jenis makan gakk tak bersenam pun buleh gak turun 2.5kg. try la. tak rugi kot cuba, kan?

    ReplyDelete
  17. heheh.. kalu berjaya war war kan yer..
    sama la kita.. nak solusi cepat jer.. mcm yo yo kan...

    pembaca tetap

    ReplyDelete
  18. lynn memang makan jamu mak dara..Tapi tak pasti keberkesanan tentang mengempiskan perut..sebab memang kurus dah..tapi lynn nak sarankan kalau boleh nurul tru skipping dan sit-up..sebab dolu2 pernahla try..memang lambat sekurangnya selamat...just cadangan ok..take it or leave it..it's ok..

    ReplyDelete
  19. ala bagi kat aku lah lelemak tu semua..orang nak gemokkkkk..nak 55kg..sekarang baru 39..lagi 15kg nak kena naikkan...jom lawan jom..hahhaha

    ReplyDelete
  20. Suffer the discipline (of jaga makan & exercise) or suffer the pain of regret.

    ini lah poster healthy lifestyle kitorg kt opis.:)

    ReplyDelete
  21. samalah kita nurul..buncit tak menahan hehe..shima skrg tgh try x mkn malam..lau mkn pun mkn buah ke.ape ke

    ReplyDelete
  22. saya tak amalkan apa2 jamu..cuma berdiet.jaga makan dan tak makan malam.ais memang reject terus..kena banyakkan berjoging.itu sahaja

    ReplyDelete
  23. nak try shaklee tak nurul.murah & berkesan

    ReplyDelete
  24. klu ckp kurus tension kan along. aj doakan along dapat struggle kali ni. aj plan nak beli pb tu. org kata elok.. tgk bajet lepas ke tak

    ReplyDelete
  25. salam sis.....eika pn dalam proses mengurangkan berat badan n eika tengah minum shake herbalife n memg berkesan dari 67.3 pada 27/3/2012 n skrang dah 60kg pada 20/4/2012.....sis cuma seach produk herbalife.....bukan ubat tp suplement utk menggantikan breakfast n dinner kita....

    ReplyDelete
  26. kte tgh try diet skrg. control makan. bab exercise malas..haha..nak makan supplement risau effect kat nuha sbb kte breastfeed. ok. jom target kurus before raya! chaiyok nurul! all the best ;) jgn minum ais..confirm perut kempis. hehe

    ReplyDelete
  27. zuris : waduh aku kalu bab ais ni mmg payahlah zuris. air berias dan sejuk tu lah sedap tp mcm mana nak kempis perut kalau minum ais kan? try untuk kurangkan tp nak elak terus payah kot. ohhhh mcm nak try JMD tu tp tak sure lagi


    LADY RARA : HERBALIFE MCM MAHAL HARGANYA BOLEH NAK TRY TP KANG NAK TETAP BELI PRODUK TU MCM BERAT HATI PULAK AKU


    AISHA : TERHARUNYA LAH SUDI BACA BLOG KITA. THANKS TAU

    ReplyDelete
  28. Lynn : lynn thanks sgt2 ramai yg sarankan begitu tapi nurul i mcm malas giu. hehe


    ayuraza : ko biar benau ayu berat 39kg amik lemak2 aku ni beb


    sha : bagusnya.... bab exercise lah mcm beat hati benau nak buat. waduhhhhhhh


    shima : rasanya malam kena makan buah kan

    ReplyDelete
  29. Auntie I pesan, kalau I nak pregnant lagi, make sure berat badan at least boleh sampai berat yg dulu.

    Sebabnya, kalau pregnant lagi, confirm berat akan bertambah-tambah.

    T____________T

    So, nak tak nak, disiplin kena kuat dalam hal nak kurus ni.

    ReplyDelete
  30. Bayangkan dari saiz XXL berjaya turun ke saiz M
    semuanya tidak mustahil dengan Bios Life Slim...

    Mereka telah BERJAYA dengan BIOS LIFE SLIM
    Tak rugi anda mencuba pula...

    untuk maklumat lanjut atau pembelian
    boleh call/sms/pm saya : 013-3882126 (Aza Ideris)
    My Fanpage - http://www.facebook.com/pages/SenangKuruscom/198946323546010
    My Blog - http://azaideris.blogspot.com/

    ♥♥♥ Feel free to 'SHARE' as sharing is caring ♥♥♥
    ♥♥

    ReplyDelete
  31. salam kakak semua

    Program diet paling berkesan, mudah,murah dan selamat. Dengan dietkamikaze ANDA AKAN KURUS HANYA JIKA ANDA MAKAN! Paling utama sarapan pagi WAJIB jika nak kurus. Mudahkan??? Inilah satu-satunya program diet yang memerlukan penggunanya makan utk kurus ! Tidakkah anda teruja mendengarnya? Jangan hanya teruja sebab hanya mendengar dan membacanya......rasailah keterujaan itu dengan mencubanya hari ini..

    jika akak-akak berminat boleh pm saya disini http://www.facebook.com/tipsdietkamikze atau sms "katakan berminat" saya akan cuba respon sebaik mungkin ini no tpon saya.......0139606147.....hisham......

    ReplyDelete