Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, April 4, 2012

Kisah Raina dan soother

Dah lama aku nak tulis entri ni tapi asyik tertangguh-tangguh je. Idea dah ada tapi nak menaip tu malas kemain lagi. Musim kemalasan dalam diri aku ni makin menjadi-jadi ni. Eh memang tak boleh dibiarkan. Ayuh aku nak cerita pasal Raina dan kisah perihal soother dia.

Sebenarnya dari Raina baby lagi, aku memang tak nak amalkan bagi soother kat anak aku. Mungkin sebab aku dah banyak dengar cerita kurang enak akibat memberi anak hisap soother ni. Ada yang kata nanti gigi tak cantiklah. Ada yang kata nanti beri kesan yang tak elok untuk pertumbuhan gigi lah. Macam-macam cerita yang aku dengar.

Nak di jadikan cerita masa umur Raina dalam sebulan kot, Raina asyik menangis tak tentu pasal. Masa tu kan aku baru terkial-kial nak belajar jaga anak plus dengan emosi yang tak berapa stabil semasa proses berpantang. Jadi apa-apa benda baru atau apa-apa benda yang aku tak tahu semuanya aku refer kat ibu aku. Dan berbalik dengan cerita tadi, Raina menangis tak berhenti-henti. Yang peliknya bila malam je mesti Raina menangis macam ada benda tak kena. Bagi susu, check perut kot-kot kalau kembung perut ke, check diaper dia kot-kot tak selesa ke, layan dia bermain semuanya aku buat. Tapi Raina mesti menangis. Kalau Raina tak menangis pun Raina tak nak tido sampai ke pagi. Masa proses berpantang tu memang betul-betul menguji kesabaran aku.

Sedia maklum Raina tak tido dalam buaian. Memang aku berkeras tak nak ajar anak aku tido dalam buaian sebab takut nanti kalau pergi mana-mana dia cari buaian. So ibu aku suggestkan kat aku bagi soother kat Raina. Kot-kot bila bagi soother tu Raina tak menangis tengah malam dan senang nak tido. Mula-mula ibu aku try bagi sekali. Dan macam magic Raina tak menangis malam tu dan elok je dia tido. Dan bermulalah dari kisah malam tu sampai umur Raina hampir dua tahun berkepit dengan soother dia. Begitulah sejarah asal perihal Raina dan soother dia. Heeeee :D.


Masa ni umur Raina 6 bulan kot. Rambut pun dah tak berserabut sebab mengamuk sakan. Ubat dia time ni ialah soother :D

Bila aku dah mula kerja selepas habis proses berpantang, aku cuba ajar anak aku supaya dia tak hisap dan cari soother dia pada waktu siang. So bila aku hantar Raina ke rumah babysitter, aku tak akan bawa soother Raina tu. Raina hanya akan hisap soother dia pada waktu malam saja. Kecuali pada hari hujung minggu tu memang aku bagi kelonggaran sikit kat Raina hisap soother dia pada sebelah siang dan malam. Aku buat macam tu sebab aku tak nak anak aku terbiasa berkepit dengan soother 24 jam.

Alhamdulilah cara aku tu berkesan. Raina bila kat rumah babysitter, dia memang tak cari pun soother dia. Jaranglah dia meragam sebab nak soother pada waktu siang. Sebab selalunya Raina akan cari soother dia pada waktu malam time dia nak tido je. Kalau time dia nak tido tapi soother tak ada memang payahlah anak dara tu nak tido. Sanggup dia tak nak tido kalau kita sorokkan soother dia. Heeeee :D

Bila umur Raina hampir masuk dua tahun, aku mula risau bila tengok anak aku tu asyik berkepit dengan soother dia. Mulalah aku fikirkan macam-macam teknik macam mana nak pisahkan Raina dengan soother dia tu. Sebab target aku ialah aku nak pisahkan Raina dengan soother dia sebelum usianya mencecah genap dua tahun.



Ni gambar raya tahun lepas. Soother warna kuning tu soother terakhir Raina sebelum dia stop hisap soother dia. Soother Kuning tu bukan soother kesukaan dia tapi Raina dok hisap jugak. Terpaksalah tu sebab soother MAM semua dia dok gigit-gigit sampai berlubang :D

Aku cuba bertanya tips kat Hidd Mama Umar. Sebab aku dengar masa tu Umar dah tak hisap soother dia. Tips Hidd simple je. Kita sebagai mak budak ni yang kena tegas dan bersifat hati kering sikit dari bagi anak kita hisap soother dia tu. So aku pun try lah. Mula-mula aku try seminggu je. Bila malam je nak tido Raina dah menangis melalak-lalak cari soother dia. Tengah malam apa tah lagi. Siap dia hisap jari tangan dia sendiri sebab tak dapat soother dia. Kesian aku tengok time tu.

Sampaikan Saiful pun tak sampai hati tengok anak dia menangis cari soother dia. Tapi masa tu aku memang terpaksa keraskan hati. Terpaksa demi kebaikan anak aku jugak. Dan Alhamdulilah dalam masa seminggu lebih je, Raina dah lupa pasal soother dia. Magic kan? Tak silap aku Raina stop hisap soother dia lagi beberapa minggu umur dia genap dua tahun. Now bila nak tido je, Raina dengan sendirinya akan tertido sendiri dengan bantal busuk dan kain gentel dia je. Raina dah tak tercari-cari lagi soother dia.

Kesimpulannya kat sini, kalau kita nak pisahkan anak kita dengan soother, kita sebagai mak bapak budaklah yang kena bersifat hati kering. Terpaksa beb demi kebaikan anak jugak. Sebab takut bila kita lewat-lewatkan pisahkan anak kita dengan soother dia, boleh bawak sampai ke besar. Sebab aku pernah dengar cerita ada budak sampai dah bersekolah pun hisap soother. So kepada sesiapa yang ada plan nak pisahkan anak dengan soother trylah tips ni eh.

21 comments:

  1. so far mika xde mslh bab ni,
    cume skrg tgh ajar asingkan tido dia lah, lebih kurang gak la kan?
    kne keraskan hati huhu

    ReplyDelete
  2. na : mcm tu kena keraskan hati jugaklah Na

    ReplyDelete
  3. Kysha xhisap soother tapi nenen.so far dah tak nenen kecuali bila dia terjaga tido malam2 mesti cari nenen.nenen xleh sorok.huhuu..

    ReplyDelete
  4. kysha : nenen mmg tak leh sorok tu zuris bau mummy dia pun dia dah tahu kan

    ReplyDelete
  5. alia takde masalah soother sbb mmg x hisap dr baby
    cuma aku ada mslh mcm zuris tu ha
    mana aku nk sorokkan nenen ni kalau malam2 dia bangun melalak2 mintak nenen?
    hahaha

    ReplyDelete
  6. shima pun mmg tk biasa kan anak2 isap puting ni. bila dh besar..mcm lps pantang tu.nk try bg..dia org dh tak nak.saja cuba je sbnrnya.hehe

    mcm buai pulak..nsb baik dia org ni tak mencari2 kalau tkde..dia org cuma duk kat umah pngasuh je naik buai. kat umah tido cam biasa tkde nangis nk buai ..

    ReplyDelete
  7. jadi mak mmg kena hati kering bab mcm nie hehehhe...

    bab hati kering, aku mmg no.1 ahahahha =P

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, setakat ini masih boleh handle anak tanpa soother & buai.

    =)

    ReplyDelete
  9. mmg tak penah bg arreessa tp nk cuba wean off dia sbb bln 5 ni kena p oversea.cuba nk hati kering tp kurang berjaya.huhhuuu

    ReplyDelete
  10. sama kes dengan saya.. bagi soother sebab Mak suruh bagi, anak asyik nangis tak nak tido tau apa sebab. Alhamdulillah dah wean off masa umur 1thn 4bln, dia sendiri yg tak nak lepas kena ulcer..

    ReplyDelete
  11. Memang kena keraskan hati..perlahan-lahan lelama okaylah tu..

    ReplyDelete
  12. baca dari komen nmpknya lylie sorang la bagi ank hisap puting smpi besar kn? da 2 tahun 3 bulan kot masih hisap puting.Tak smpi hati la nk berhati kering nie.

    Tapi kena try juga kn?

    ReplyDelete
  13. anak aku dua dua tak hisap puting langsung. ada sekali aku bagi sebab nak reda bengkak gusi saja. tapi tak sampai 15minit pun.

    buai karan pun aku ingatkan ketagihan, tak plak. aku pi mana-mana, mana ada bawak pun buai. dua dua beradik kalau mengantuk selamba ja tidoq kat atas katil ka kat lantai mana sempat.

    cumanya si abang dengan bebear tu la masalah dulu. tapi sebulan dua ni tak berkepit sangat dah. syukur.

    ReplyDelete
  14. Sopea sekejap jek isap soother..dlm sebulan pastu xnk dah..geli kot..hihi
    Nurul try slow2..lame2 raina maybe dh bese..gud luck! =)


    p/s : ain ade tag nurul psl pakai vit-e kat blog ain..huhuhu

    ReplyDelete
  15. memang berguna tips tu Nurul. Hati kering. Selama ni hantar taska pun macam tu juga. Kena buat bodoh je walaupun anak menangis depan taska. Bertabah je lah. Tahniah Raina!

    ReplyDelete
  16. Nurul, raina time 3 bln mcm tu, xtdo buai, cne dia tdo? My baby nak riba plk

    ReplyDelete
  17. mya still bersoother lg.time nk tido mmg dia mencari.now si adek pon mula berjinak dgn soother gak

    ReplyDelete
  18. anak farah pun hisap soother nurul. siap kat mulut ada soother, kat tangan pun pegang soother lagi..boleh tukar2!hahaaa...sebelum 2 tahun nak pisahkan dia ngan soother. hope dia tak melalak lah cari puting dia ;)

    ReplyDelete
  19. ann : masalah mcm zuris tu apa kata kasi sapu kopi so nanti rasa pahit mesti lupa nenen. hehehe


    shima : wahhh anak2 shima tak nak hisap soothers


    ena : hahaha hati ko kering ke beb bukan ke ko lembut hati ena

    ReplyDelete
  20. dark pink : wahhh Alhamdulilah teruskan usaha ye


    ainul : kena beul2 hati kering ainul. good luck ainul


    aisyuhada : sama mcm kes raina tok wan dia yg ajar bg soother tu


    lylie : memang kena hati kering lylie. cuba lylie. good luck tau



    lynn : ye betulll heeeeee

    ReplyDelete
  21. lady rara : wahhhhh anak ko tak nak soother dan buaian lah eh kasi petua beb


    ain ; wahhh ada tag nurul ke ok nanti nurul tgk tau


    fie : mmg kasian tgk anak menangsi tp demi kebaian terpaksa hati kering kan. hehehe


    miss rhana : raina tak diajar tido buai tp tido beriba dan didodikan macam tepuk2 lembut mcm tu


    yun : apa kata berhati kering dgn si mya . adik iskandar tak pe kecik lagi. hehehe


    farah : wahhh banyaknya soother anak farah. hehehe

    ReplyDelete