Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, May 29, 2012

Aku mula bosan

Kebelakangan ni, aku macam dah mula bosan nak pergi kerja. Aku bangun paling awal pukul 4 pagi untuk masak bekalan Raina yang akan dibekalkan ke rumah babysitter. Kalau aku tak ada mood nak masak, selalunya aku bangun dalam pukul  5.45 pagi. Kalau aku tak ada mood nak masak tu, memang selalunya aku beli tapau je untuk Raina. Pastu macam biasa iron baju, bagi Raina minum susu, tukarkan diaper Raina, mandi, solat, berdiri depan cermin belek-belek apa yang patut, bla, bla, bla. Macam tu lah aku tiap-tiap hari.

Pergi kerja dengan perasaan malas yang membuak-buak. Tak ada semangat langsung. Sampai office dengan muka aku monyok dan masam mencuka. Bukan di buat-buat. Tapi kebelakangan ni, perasaan malas nak pergi kerja tu makin menebal. Tu yang automatik muka macam nak bagi penampar tu. Haha. Aku tak tahu kenapa kebelakangan ni aku mula bosan dengan kerja-kerja aku. Memang tak nafikan kerja aku memang banyak. Lagi-lagi time nak siapkan report. Aku akan hadap report tu sampai nak termuntah. Tapi sesibuk mana sekali pun perasaan bosan tu mesti nak terselit-selit dalam diri aku. Apa kes? Haha.

Aku rasa macam nak ambil cuti tanpa gaji. Tak pun rasa macam nak berhenti kerja. Eh seriuslah aku macam dah malas nak pergi kerja. Memang tak nafikan sebelum ni aku pernah buat entri bagitahu aku bosan gila duduk rumah kalau tak bekerja. Entri tu aku taip time sebulan lebih aku duduk rumah sementara aku nak masuk tempat kerja baru dulu. Masa tu aku rasa bosan gila duduk terperap kat rumah buat kerja-kerja yang sama kat rumah. Nasib baik ada Raina teman aku kat rumah. Kalau tak memang bosan gilalah wei. Lagi satu aku jadi kuat makan bila duduk rumah. Haha.

Maaf entri ni agak melalut. Entri ni aku taip time aku tengah bosan walaupun hakikatnya kerja aku boleh tahan banyaknya sekarang ni. Time ni aku malas nak hadap twitter ke facebook ke atau apa-apa pun. Apa kenalah dengan aku ni kan? Tanda-tanda ada isi dalam perut ke apa? Sila jangan percaya cakap aku. Haha.

Ok sekarang aku dah bosan nak teruskan menaip entri ni. Maaf entri kali ni agak tak berfaedah. Nanti aku ada mood aku taip entri berfaedah sikit ok.

Muka bosan control ayu :D

21 comments:

  1. naseb shawl cantik, aauuuwwww =p

    ReplyDelete
  2. dina ni pun bosan nurul kat tempat skrg..kalau lahhhh boleh tender..bestnyeee lahh

    ReplyDelete
  3. Na : Hahaha pakai shawl cantik pun bosan jugak Na

    ReplyDelete
  4. Dina : Kan? Bosan betullah malasnya nak pergi kerja

    ReplyDelete
  5. comellah muka bosan control ayu.. sabar ye nurul...

    ReplyDelete
  6. mun pon dah bosan nurul..entah bile lah dapat kuar dari sini

    ReplyDelete
  7. Lawanya Nurul walaupun muka mmg nampak sangat lah kebosanan tu. hehe..

    ReplyDelete
  8. Along, 1hb ni kite start keje kat tmpt baru.. Kat tmpt lama mcm tula kite rasa. Rasa nak benti & mls sgt gi keje. Hari2 mesti turn up lambat. Then rasa mcm nak lempang jer sume yg ada kat office tu.. hehehe.. Maybe u shud find another place yg buat u happier long :)

    Nway, pasal mekap tu mmg sy dah buat partime freelance mak andam. Kalau nak pakai utk dinner/engagement/function/photoshoot/wedding, feel free to buzz me yer long :)

    ReplyDelete
  9. sama la kita.. paah pun dah malas nak keje.. rasa nak duk umh goyang kaki je...boleyy??

    ReplyDelete
  10. ahahah muka bosan habes. sesuai ngan entry kakakaka. haa dh bosan tu apa lg.proses anak la.nanti dpt cuti free 2bln

    ReplyDelete
  11. aku pun rasa nak benti keje.
    keje sini bkn mendatangkan hasil pun.
    kalau ada income lain yg baloi, dah lama aku cabut

    ReplyDelete
  12. nurul.kalau bosan nk bekerja tu maksud nya ada sesuatu di tempat keje yg kita tak suka..nurul cari tempat baru nurul..good luck hehee

    ReplyDelete
  13. hehe bosan buat keje yg sama ni kaka long.. jgn tensen k, kena cari point utk seriakan hari di tempat kerja

    ReplyDelete
  14. Fashya : Haha comel ke? Muka bosan tak ada mood tu

    ReplyDelete
  15. Mun : Hanya perlu bersabar dengan mencari rezeki Mun


    Yun : Macam bagus idea tu Yun. Hehehe


    Atiqah : Tu lah macam nak cari kerja lain. Wow dah ada skill make up. Best best

    ReplyDelete
  16. Mimi : Kalau kaya kan best kan. duduk rumah goyang kaki tapi masyukkkk



    AJ : Along try lah AJ. Bosan dengan bos Korea tu yg suka nak marah2. Tak selesa dgn cara kerja dia

    ReplyDelete
  17. dear..buat biz online laa..skang ni ramai housewife with solid income tru biz online...I pun buat as side income..so far mmg income dia Alhamdulillaahhhh!!!! check out my blog k <3

    ReplyDelete
  18. Kerja mmg kadg kadang membosankan ya amat

    ReplyDelete